KimEunhwaxSuho for b2utyvip01

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

"

Setelah Exo membuat persembahan Overdose, mereka teruskan dengan Love Me Right. Semua peminat bersorak dengan kuat kerana ia merupakan kali pertama Exo membuat konsert disana.

Kim Eunhwa memerhatikan Chanyeol. Dia bersorak dengan kuat apabila Chanyeol memulakan rapnya. Tanpa dia sedar ahli kumpulan Exo yang lain asyik memerhatikan Eunhwa, dia ialah Suho. Eunhwa masih tidak sedar kerana hanyut oleh rap Chanyeol. Eunhwa sebenarnya tidak begitu sukakan Exo, dia hanya mahu menemani rakannya kerana dialah peminat setia Exo. Mereka berdua duduk di barisan VIP, iaitu bar`isan paling hadapan. Selepas daripada Exo membuat konsert, mereka berdua akan berjumpa dengan ahli Exo di belakang pentas untuk high5, peluk dan autograph!

 

"Terima kasih!" 

"Saranghae!" 

Antara kata-kata ahli kumpulan Exo selepas membuat persembahannya. Ada antara mereka masih mahu melihat mereka, ada yang menangis, ada yang masih lagi bersorak tetapi Eunhwa tiada apa-apa reaksi.

"Ish, kau tak rasa apa-apa ke?" tanya rakannya, Dani.

"Rasa apanya?"

"Lepas tengok konsert diorang lah"

"Tak rasa apa-apa pun"

"Pelik la kau ni. At least happylah sikit sebab boleh jumpa artis, seat depan pulak tu" rungut rakannya.

"Aku bukan Exo L macam kau. Aku datang ni pun sebab kau ajak. Nasib baik aku sanggup habiskan duit untuk temankan kau je" balas Eunhwa. Dani mencebik bibir.

"Iye lah" katanya. Eunhwa dan Dani ketawa kecil.

Kemudian seorang pengawal datang.

"Semua orang di barisan VIP sila masuk ke pintu kat sana untuk sesi fan meeting" kata pengawal tersebut. Semua orang bersorak dan sampai menangis kerana boleh jumpa dengan oppa-oppa mereka.

Mereka bergegas masuk dan seorang lagi pengawal membuka pintu. Kelihatan kesemua ahli Exo sedang duduk di meja didalam bilik kosong. Pengawal tersebut menyuruh mereka bertenang dan beratur.

Eunhwa dan Dani masuk. Dani sangat teruja untuk berjumpa dengan idolanya manakala Eunhwa hanya tersenyum kecil. Eunhwa melihat kesemua ahli Exo tesebut, dia ternampak Suho asyik memandang kearahnya sahaja. Dia terkejut kemudian melihat disekelilingnya. Dia hairan, apa yang Suho lihat?

Semua orang memeluk dan mendapat high 5 serta autograph daripada idola kesayangan mereka. Sampai sahaja ditempat Suho. Suho tersenyum manis sambil melihat Eunhwa.

"Minat exo ke?" tanya Suho.

"Minat la jugak" jawab Eunhwa spontan.

"Minat la jugak?" tanya Suho pelik.

"Saya bukan fan awak tapi saya temankan kawan saya ni." jelas Eunhwa kemudian menundingkan jari kepada rakannya yang gembira bercakap dengan Kai.

Suho tergelak kecil.

"Jadi awak takminat la dekat saya?" tanya Suho.

"Huh? Hmm, tu.." Suho ketawa.

"Tak apelah. Nak hug dan high5?" tanya Suho. Eunhwa mengangguk. Suho memeluknya dan memberikan high5. Dia menandatangan album kemudian menyelit sesuatu dekat album tersebut.

Eunhwa terkejut kemudian melihatnya. Ia adalah nombor telefon!

"Ni.."

Suho menarik tangan Eunhwa dan berbisik.

"Ni nombor private saya. Kita berhubung okay? dan jangan bagitau sesiapa." bisik Suho. Eunhwa terkejut. Ramai peminat Suho memandang Eunhwa dengan muka yang tidak puas hati kerana nampak Suho berbual dengan Eunhwa lebih mesra daripada mereka.

Kemudian sesi fan meeting tamat. Suho sempat melambai kepada Eunhwa. Eunhwa membalas lambaiannya.
____________________________________________________________________________________________________________

Malam tersebut Eunhwa ralit membalas mesej dengan Suho. Suho baik dengannya tetapi dia tiada apa-apa perasaan kepada Suho. 

Seseorang menelefon Eunhwa. Eunhwa melihat screen telefonnya. Dia kelihatan gembira. DIa mengangkatnya.

"Hello Hoya oppa!" kata Eunhwa.

Eunhwa meminati seseorang bernama Hoya. Hoya merupakan rakan sekelasnya dan juga jirannya. Dia sukakan Hoya sejak kecil lagi, dia takut untuk meluahkan perasaanya kepada Hoya.

"Apa?!" kata Eunhwa.

"Saya akan pergi U.S minggu depan. Maaflah saya saya cakap dekat awak lambat." kataHoya. Eunhwa hampir menitiskan airmata.

"Er.. awak takkan balik?" tanya EUnhwa.

"Tak kot. Terus tinggal sana." kata Hoya. Eunhwa hanya membisu.

"Eunhwa?" panggil Hoya.

"ya.."

"Takpela saya nak start simpan pakaian. Bye!" kata Hoya kemudian terus meletakkan panggilan tersebut.

Eunhwa menangis. Dia menutup mukanya dengan tangannya. Dia belum luahkan lagi perasaanya kepada Hoya. Dia melihat telefonnya. Dia terkejut. Terdapat 8 mesej daripada Suho. Dia hanya belum membalasnya dalam beberapa minit, hampir sepuluh mesej masuk.

"Kenapa tak balas?"

"Eunhwa?"

"hey!!"

"Saya ada buat salah ke?"

"Eunhwa!! ~~"

"(*0*) Eunhwa~~~"

"Merajuk ke ><"

"Kim Eunhwa T_T""

 

Eunhwa ketawa kecil. Dia membalas mesej Suho.

""Saya kat sini! tak pergi mana-mana pun"

"habis tu kenapa balas lambat?"

"ada orang call"

"Oh. Saya on the way rumah awak."

"Hah?!"

"betullah. sebab tu tadi saya ada tanya rumah awak kat mana"

"seorang ke?"
"Yup."

"Oh.. Hmm"


"Tunggu ya ^^" 

Eunhwa terkejut. Kenapa Suho tiba-tiba nak datang rumahnya? Selepas beberapa minit, Suho menghantar mesej yang dia telah pun sampai. Eunhwa cepat-cepat keluar.

Dia membuka pintu dan melihat Suho memakai spec hitam. Dia memandang kearah Eunhwa dan menanggalkan specnya. 

"Eunhwa!!" jeirt Suho kemudian memeluknya. Eunhwa terkejut. Eunhwa menolak Suho perlahan-lahan. Suho mencebik bibir.

"Kenapa datang? Manager tak marah ke?" tanya Eunhwa kemudian menutup pintu rumahnya kerana bimbang jika ada sesiapa syak bahawa Suho datang ke rumahnya.

Suho duduk di atas sofa kecil di ruang tamu Eunhwa.

"Tak boleh ke datang? Manager tak marah pun. Masa ni kitorang tengah free." kata Suho kemudian mengambil sesuatu didalam poketnya.

"Nah!" kata Suho kemudian menunjukkan gelang perak kepada Eunhwa. 

"Eh? Kenapa bagi kat saya?" tanya Eunhwa.

"Ish banyak tanya betullah. Pakai ajelah. Ikhlas tau" kata Suho kemudian memegang pergelangan tangan Eunhwa dan memakaikannya gelang tersebut. Dia melepaskan tangan Eunhwa dan merenung Eunhwa dengan senyuman.

"Wah cantiknya.. Takpe ke ni?" tanya Eunhwa sambil melihat gelang tersebut.

"takpe" balas Suho. Kemudian Suho mendekati Eunhwa.

"Saya ada benda nak bagitau" kata Suho. Eunhwa melihat Suho.

"Apa?" tanya Eunhwa.

"Saya sukakan awak" kata Suho dengan yakin. Eunhwa tergamam. Dia melihat kearah lain.

"Oh awak tak ready lagi ke?" tanya Suho.

"Bukan.. Saya dah ada crush.." kata Eunhwa. Suho terkejut. Mukanya berubah menjadi sayu.

"Oh, hihi maaflah." kata Suho. 

"Tapi kita masih boleh contact kan?" tanya Suho. Eunhwa mengangguk. Selepas Suho memberitahu perasaan sebenarnya, Eunhwa menjadi kekok dengan Suho.

"Saya rasa awak perlu balik.. saya nak pergi lain" tipu Eunhwa.

"Oh. Okay" kata Suho kemudian bangun dan keluar. Suho melambaikan tangannya kepada Eunhwa. Eunhwa hanya membalas dengan senyuman. Kemudian dia cepat-cepat menutup pintu.

 

Suho memasuki keretanya dan menhidupkan enjin. Dia menundukkan kepalanya. Dia sangat sedih. Dia memang sukakan Eunhwa sejak dari mula lagi. Dia sepatutnya tahu, kenapa cinta tidak boleh terburu-buru. Dia menggigit bibirnya kemudian pergi meninggalkan perkarangan rumah Eunhwa.

Eunhwa menyandar dibelakang pintu selepas menutup pintu rumahnya. Dia menddidit bibirnya dan mengingati akan Suho. Dia rasa bersalah. Dia memandang kearah gelang tangannya. Dia berasa sangat bersalah. 
________________________________________________________________________________________________

Beberapa hari kemudian..

Eunhwa mahu berjumpa dengan Hoya kerana mahu meluahkan perasaanya terhadap Hoya. Dia menunggu Hoya di taman berdekatan. Hoya datang kemudian mengukirkan senyuman kearah Eunhwa. Eunhwa membalas senyumannya balik. Hoya akan bertolak pagi esok jadi dia mahu meluahlkan perasaannya sekarang.

"Ada apa awak panggil?" tanya Hoya.

"Saya nak bagitau sesuatu sebelum awak pergi." kata Eunhwa.

"Cakaplah.."

"Saya sukakan awak sangat-sangat. Sejak kecil lagi." kata Eunhwa. Hoya terkejut kemudian ketawa.

"Kenapa lucu ke? Saya serious la"kata EUnhwa lagi.

"Hahahaha! Awak sukakan saya?" kata Hoya kemudian sambung ketawa lagi. Eunhwa tiba-tiba rasa sedih.

"Alahai, sorry la. Tapi awak bukan type saya. Membazir betul datang sini" kata Hoya kemudian bangun. Dia melambaikan tangannya.

Eunhwa menangis kesakitan. Hati dia sakit sangat. Jahatnya Hoya! Sampai hati cakap macam tu. Eunhwa pulang kerumah dengan mata yang bengkak. Dia tiada tempat mengadu, dia mengadu kepada Suho. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengadu tetapi dia tidak tahu ingin bercerita kepada siapa.

"Hello?" 

"Suho.." kata Eunhwa kemudian menangis.

"Kenapa ni? Apa dah jadi? Nak suruh saya pergi sana ke?" tanya Suho.

"Saya dah faham perasaan awak. Saya kena reject dengan crush saya. Tapi dia jahat. Jahat sangat!" kata Eunhwa kemudian menangis.

"Aduh, janganlah menangis.. Nanti tak comel" kata Suho. Eunhwa hanya ketawa kecil.

"Saya tahu saya tak sepatutnya telefon dekat awak tapi.. maaflah" kata Eunhwa.

"tak apa" kata Suho. Dia juga berasa kasihankan Eunhwa.

"Suho.."

"hmm?"

"Boleh tak kita cuba lagi sekali?" tanya Eunhwa.

"Maksud awak?" tanya Suho dengan berdebar.

"Kita sama-sama sakit hatikan? Nak tak cuba ubati kembali rasa sakit tu? Saya nak jadi girlfriend awak" kata Eunhwa. Dia mencuba menerima Suho.

"Betul ke ni? Yeayy!! Petang nanti saya datang" kat Suho. Eunhwa ketawa kecil.

Eunhwa pada mulanya cuba untuk menyayangi Suho. Lama kelamaan rasa sayang itu timbul dan dia menyesal kerana menolak Suho dari awal. Nasib baik Suho masih sukakan dia. Mereka bercinta secara rahsia. Suho akan hebohkan nanti harijadi Eunhwa. Mereka akhirnya dapat bersama!
________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request lagi ^^ Do upvote and comment :D


_________________________________________________________________________________________________________

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??