AhnJaehmixMark

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

"Awak janji ngan saya, jangan tinggalkan saya okay?" kata Mark. Jaemi melihat mata Mark. Dia ketawa kecil.

"Saya takkan tinggalkan awak lah" kata Jaemi. Mark senyum dengan lebar kemudian memeluk Jaemi. Jaemi keatwa lagi.

"Kenapa ni tiba-tiba je" kata Jaemi.

"Nak bermanja pun tak boleh ke?" kata Mark kemudian mencebik bibir.

"Boleh je laa" kata Jaemi kemudian tersenyum kecil melihat teman lelakinya merajuk.

"Tahun depan tak boleh dah jumpa.." kata Mark. Jaemi melihat Mark.

"Kenapa tak boleh?"

"Tahun depan kita dah habis sekolah menengah kan? Maybe tahun depan tak sempat nak jumpa macam ni" kata Mark. Jaemi mengeluh.

"Nak pergi dekat rumah awak pun tak boleh, mak awak kan taksuka awak bercinta dengan sapa-sapa kan." sambung Mark.

Jaemi menangis. Mark terkejut.

"Aish kenapa ni? Lambat lagi la nak habis sekolah." kata Mark kemudian ketawa kecil. Jaemi melihat kearah Mark.

"Saya taknak awak tinggalkan saya" kata Jaemi.

"Jangan cakap macam tu. Kita akan berhubung jugak kan walaupun tak boleh jumpa?" kata Mark. Jaemi mengangguk.

"Habistu? Saya takkan tinggalkan awaklah" kata Mark kemudian memeluk kekasihnya. Jaemi perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

 

Sudah 2 tahun mereka bercinta. 6 bulan selepas ini, mereka akan habis sekolah menengah. Jaemi merupakan anak tunggal dalam keluarga walaupun ibunya memanjakannya tetapi dia tidak mahu Jaemi bercinta sehingga masuk universiti sebab itulah Jaemi merahsiakan hubungannya dengan MArk daripada ibubapanya. Mark ialah cinta pertamanya. Dia sangat sayangkan Mark.

Setiap minggu mereka berjumpa dan keluar bersama. Jika ibubapa Jaemi tanya, dia akan cakap keluar bersama rakan-rakannya. Mereka selalu berjumpa dan keluar bersama sampailah habis sekolah menengah. 

 

Ketika hari akhir sekolah menengah.

Mark memeluk Jaemi dengan erat. Jaemi menitiskan air mata. Mark hanya memeluk Jaemi.

"Janji kita takkan putus dan kekal sampai bila-bila okay?" kata Jaemi. Mark mengangguk. Mark mencium Jaemi. Selepas sesi persekolahan habis, mereka keluar untuk kali terakhir. Mark menghadiakan Jaemi seutas rantai perak dan ada terukir nama mereka di rantai tersebut. Itulah kali terakhir mereka berjumpa. Ibubapa Jaemi tidak membenarkan Jaemi keluar seorang diri, mereka mahu rakan-rakannya mengambil mereka. Mereka terlalu mengawal Jaemi.
_________________________________________________________________________________________________________

Jaemi asyik berbalas mesej dengan Mark. Dia tersenyum seorang. Sambil menunggu Mark membalas dia melihat di gallery telefonnya. Terdapat banyak gambarnya dengan Mark. Dia tersenyum seorang kemudian menitiskan airmata. Betapa rindunya dia kepada Mark. 

Selepas beberapa minggu, Mark berubah. Mark jarang membalas mesej Jaemi. Jaemi mula risau. Setiap kali Jaemi tanya Mark mengapa dia tidak membalas, Mark akan awab dia tertidur, tidak sedar, tiada kredit dan macam-macamlah. Jaemi mula risau. Mark mungkin sudah puas dengan Jaemi. Mereka bertelefon pun jarang-jarang sekarang. Mereka terus menjadi begitu sehinggalah hari mereka mengambil 'result' peperiksaan. Jaemi berjanji dengan MArk mahu pergi awal, bolehlah mereka berjumpa sekejap sebelum meninggalkan sekolah tersebut.

 

Sampai sahaja di sekolah, Jaemi menunggu Mark di tempat yang dijanjikan, sebelum mereka mengambil result. Sudah sejam lebih Jaemi menunggu. Dia sepatutnya mengambil 'result' dia sekarang tetapi dia tetap menunggu Mark. Dia menelefon Mark tetapi Mark tidak menjawab panggilannya. 

"Eh Jaemi!" jerit seorang gadis. Jaemi melihatnya. 

"Eh awak!!" jerit Jaemi. Dia ialah rakan Jaemi dahulu.

"Kenapa duduk sini? Tak ambil result lagi ke?"

"Tak, tengah tunggu Mark." kata Jaemi. Gadis itu terkejut. 

"Mark bukankah tak datang harini? Ibu dia tolong ambilkan result dia harini." kata gadis tersebut. Jaemi terkejut.

"Betul ke? Dia tak cakap pun, saya call dia tak jawab." kata Jaemi.

Gadis itu seakan tahu sesuatu.

"Takpelah saya pergi dulu." kata rakannya. Jaemi melihatnya dengan hairan. Jaemi mengeluh, tak dapat lah dia berjumpa dengan Mark. Dia pergi mengambil resultnya dan meninggalkan seolah tersebut.
____________________________________________________________________________________________________________________

"Kenapa awak tak datang?" mesej Jaemi kepada Mark. Tetapi Mark tidak membalasnya.

"Mark?"

"Hello?"

"Awak nak tinggalkan saya ke?"

"Tak" balas Mark singkat. Jaemi terkejut, Mark hanya membalas itu sahaja.

"Habistu kenapa tak balas mesej saya?"

Mark tidak membalas mesejnya. Jaemi menangis, dia sakit hati sangat-sangat. Dia sudah tidak tahan.

"Takpelah kalau macam tu. Kita putus!" Jaemi menghantar mesej kepada Mark.

"Baiklah" balas Mark. Dia seakan tidak percaya. Dia menangis. Niatnya hanya mahu melihat reaksi Mark tetapi itu bukan seperti yang dia sangkakan. Dia menangis. Dia membaling fonnya kearah dinding. Dia menutup mukanya dengan bantal.

 

Sudah 3 minggu dia tidak berhubung dengan Mark. Dia tidak ambil kisah dengan Mark. Malam ini, ada reunion bersama semua rakan sekolahnya di hotel. Kalau dia jumpa Mark, dia tidak mahu melihat Mark. Dia sengaja memakai makeup untuk menyerlah kecantikannya supaya Mark menyesal. Dia tersenyum seorang didepan cermin.

"Biar padan muka kau" kata Jaemi didalam hati.

 

Sebaik tiba di hotel tersebut, dia menuju kearah dewan. Dia berjumpa dengan ramai kawan lamanya.

"Awak sangat cantik harini!"

"Comelnya awak!"

"Kenapa cantik sangat harini?"

Antara ayat kawan lamanya. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Mark dan melihat reaksinya nanti.

Jamuan makan telah bermula, Jaemi berjumpa dengan ramai rakannya, dia sangat gembira tetapi dia masih tidak nampak Mark dimana-mana. Dia mencari-cari Mark. Dia memang masih sayangkan Mark tetapi dia mahu Mark rasakan apa yang dia rasa. Mesti Mark akan sakit melihat Jaemi semakin cantik dan menyesal kerana tinggalkan Jaemi.

 

"Awak cari siapa?" tanya seorang gadis.

"Oh hmm. Cari Mark."

Gadis itu terkejut.

"Awak masih berhubungan dengan dia ke?" tanya gadis tersebut. Jaemi menggelengkan kepala.

"Kenapa?" tanya Jaemi.

"Oh itu err.." gadis itu gagap.

"Cakap jelah" kata Jaemi.

"Awak tak tahu ke dia dah meninggal?" tanya gadis tersebut. Jaemi terkejut. Matanya terbeliak.

"Huh? Apa yang awak merepek ni!" jerit Jaemi. Ramai orang memandang kearah Jaemi.

"Kenapa ni?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Dia ni! Dia kata Mark dah takde! Dia hidup lagi kan?!" kata Jaemi.

"Ah itu.. Mark Tuan kan?" Jaemi mengangguk. Dia tiba-tiba meninggalkan Jaemi.

"Eh tunggu! cakap lah!" jerit Jaemi.

"Dia memang dah takde!" jerit salah seorang daripada orang ramai tersebut. Dia ialah rakan Mark.

Jaemi tidak percaya. Kenapa dia seorang sahaja yang tidak tahu? Jaemi menangis dan meraung. Ramai orang cuba menenangkan dia. Selepas Jaemi bertenang, rakan Mark tersebut datang.

"Kenapa dia tidak balas mesej saya? Dia tidak pernh cakap apa-apa pun. Dia cakap dia takkan tinggalkan saya tetapi bila saya mintak putus dia nak. Saya sedih sangat-sangat" kata Jaemi kemudian menangis lagi. Rakan Mark menenangkan Jaemi.

"Dia ada penyakit. Dia ada kanser usus. Selepas check dekat hospital, dia dapat tahu kanseer dia dah berada ditahap 4."

Jaemi semakin sedih. Dia menangis.

"Saya ada disisi Mark sepanjang masa, saya yang tolong bacakan mesej awak dekat dia. Dia tidak mahu balas. Dia mahu lepaskan awak. Dia taknak awak tahu dan dia mahu awak tinggalkan dia."

"Lagipun Mark ada berikan saya diarynya. Dia nak awak baca." sambung dia lagi. Dia mengambil diarynya didalam beg, dia memberikan kepada Jaemi. Jaemi menyelak semua bahagian. Banyak kenangan manis yang Mark tulis apabila bersama dengan Jaemi. Jaemi menutup mulutnya dengan tangannya. Dia terharu. Tiba-tiba dia ternampak satu helaian yang bertajuk "Untuk Jaemi" dia terus membacanya.

 

 

"Jaemi kesayanganku,

Maaf sebab saya tak bagitahu awak awal-awal. Saya sayangkan awak sebab tu saya tak mahu awak tahu, mungkin awak akan rasa sedih. Bila awak baca ni, kemungkinan saya dah tiada. Saya nak awak tahu yang saya takkan tinggalkan awak. Walaupun saya dah tiada tetapi awak akan selalu berada didalam hati saya. Saya harap awak masih simpan rantai yang saya beri haritu. Jaemi, terima kasih untuk segalanya. Awak yang buat saya gembira apabila sedih, rasa senang apabila saya susah. Saya harap awak dapat cari cinta baru dan lupakan saya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk hidup, saya makan ubat, pergi rawatan tetapi doktor kata kanser saya telah berada ditahap 4. Saya hanya menunggu masa untuk mati. Sekali lagi, terima kasih sangat-sangat Jaemi. Saya cintakan awak selamanya.

Mark Tuan"

 

Jaemi menangis dengan kuat, dia rasa bagai nak pengsan. Dia tidak percaya yang orang yang dia sangat cintai sudah tiada. Dia memeluk erat diary tersebut.

 

"Terima kasih." kata Jaemi kepada rakan Mark. Rakan Mark tersenyum. Dia menepuk belakang Jaemi.

"Sabar ye" kata lelaki tersebut. Jaemi mengangguk.

 

Keesokan harinya, Jaemi memberitahu keluarganya tentang Mark dan meminta izin untuk melawat kuburnya. Keluarganya pada mulanya terkejut kerana tidak menyangka anak tunggalnya bercinta tetapi selepas mendapat tahu yang lelaki itu mati dan sangat cintakan anaknya, mereka dapat menerimanya. Mereka mengizinkan dia pergi.

Jaemi melangkah perlahan-lahan ke kubur Mark. Di batu nisan tersbut jelas tertulis, Mark Tuan. Dia rasa sebak, dia menhahan airmatanya kerana mungkin Mark sedang melihatnya sekarang. 

"Mark, saya cintakan awak selamanya. Terima kasih untuk segalanya. Maaf sebab saya mintak putus, saya tak tahu pun. Saya harap awak tenang dialam sana" kata Jaemi kemudian mencium batu nisan Mark. Dia meninggalkan kubur Mark. Airmatanya terkeluar, dia dengan cepat menyapu airmatanya. Dia melihat kubur Mark buat kali terakhir kemudian tersenyum kecil. Dia menuju kearah ibubapanya. Ibunya memeluk erat anak kesayangannya. Mereka pun beredar,

_________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________

Saya pun menangis buat cerita ni :'D hahaha. Btw, terima kasih sebab request. Do comment and upvote :D Hahaha saya masih sedih ni XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??