SunyoulxJungkook for lovekiller_tsuna

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

  X 

 

"Wooooh!!!" sorak rakan-rakan Sunyoul selepas Sunyoul kalah bertaruh dengan mereka. Sunyoul menggigit bibir. Dia takut sebenarnya.

"Nak suruh aku pergi sekarang ke?" tanya Sunyoul.

"Habis tu bila lagi? Nak tunggu sampai cerah ke? Tak best la" kata kawannya. Sunyoul menelan airliur.

"Tengok tu dia takut!" kata kawannya.

"Mana ada!"

"Habis tu? Pergi lah, kitorang hantar." Sunyoul tidak mampu membalas apa-apa kemudian hanya menurut kata kawan-kawannya.

 

Apabila tiba di rumah berhantu di hujung kampung. Rakan-rakannya menolak Sunyoul keluar daripada kereta.

"Bye Sunyoul!" kata kawan-kawannya kemudian meninggalkannya sendirian di sana. Sunyoul masuk ke dalam rumah tersebut dengan ketakutan. Dia melihat sekeliling. Burung hantu kedengaran. Dia berasa takut. 

Dia membuka lampu suluh dan melihat sekelilingnya. Dia ternampak sebuah kerusi kosong. Dia duduk Disana. Sunyoul membuat keputusan untuk duduk disitu sehingga rakan-rakannya datang.

 

Selepas beberapa minit..

Tiba-tiba bunyi kaca terjatuh. Sunyoul terkejut. Lututnya bergetar. Dia terasa hendak kencing. Dia hendak menangis. Dia menutup matanya. Kemudian seseorang meletakkan tangannya diatas bahu Sunyoul. Terbeliak mata Sunyoul. Dia melihat bahunya kemudian menjerit sekuat hatinya.

"AHHHHH!" dia terjatuh daripada kerusi. 

"Takut ke?" dia terdengar suara seorang lelaki. Dia melihat ke belakang. Ianya seorang lelaki, bukan hantu. Lelaki tersebut datang dan menarik tangannya.

"A...Awak sapa?" tanya Sunyoul.

"Oh, saya Jeon jungkook. Saya tinggal kat sini" kata Jungkook.

"Awak bukan hantu kan?" tanya Sunyoul yang masih ragu-ragu.

Jungkook ketawa. Dia menggeleng.

"Bukanlah." kata Jungkook.

Sunyoul menarik nafas lega. Akhirnya dia ada teman. Tidak lah dia takut sangat.

"Kenapa awak tinggal kat sini? Bukankah rumah ni.." 

"berhantu?" bisik Sunyoul. Sekali lagi Jungkook ketawa. 

"Mana ada berhantu" kata Jungkook.

"Huh? Habistu ada orang kata dia nampak hantu"

"Oh, tu mungkin bayangan dia je kot. Takpela jom, saya buatkan air." kata Jungkook kemudian meninggalkan Sunyoul. Sunyoul pada mulanya tidak mengikut Jungkook tiba-tiba kedengaran guruh yang sangat kuat. Dia terkejut kemudian berlari kearah Jungkook. Jungkook ketawa lagi. Selepas ida membuatkan air kepada Sunyoul, Sunyoul meneguk minuman itu dengan pantas. Jungkook duduk ditepinya.

 

"Awak tinggal seorang ke?" tanya Sunyoul spontan. Jungkook mengangguk.

"Kenapa awak tinggal sorang?"

"Oh, keluarga saya mati. Jadi saya tinggal soranglah" kata Jungkook.

"Oh.. sorry" kata Sunyoul.

"Kenapa mintak maaf pulak. Tak apelah, awak tanya je kot" selepas itu Jungkook bangun meninggalkan Sunyoul. Sunyoul meletakkan gelas dan mengikuti Jungkook dengan pantas.

"Nak pergi mana?" tanya Sunyoul.

"Nak cari makanan."kata Jungkook.

"Eh, makanan takde dekat dapur tadi ke?"

"Makanan lain." kata Jungkook tanpa melihat Sunyoul. Sunyoul memberhentikan langkahnya. Dia terasa bulu romanya naik. Dia terus pergi ke pintu luar. Baru sahaja dia membuka pintu, dia melihat Jungkook didepan matanya. Dia terkejut.

"Awak nak pergi mana?" tanya Jungkook.

"Oh.. err saya nak balik.." kata Sunyoul.

"Dah nak balik? Saya baru je nak buat makanan dekat awak. Awak kan tetamu saya." kata Jungkook.

"Oh takpe lah saya..."

"Masuklah dulu. Saya bukannya hantu."kata Jungkook kemudian masuk kedalam rumah.

"Macam mana dia dapat keluar dari rumah ni?" kata Sunyoul didalam hati.

"Ada pintu dekat sana tu saya pun keluarlah lepas tu terserempak dengan awak masa nak masuk balik." kata Jungkook. Dia seakan tahu pertanyaan Sunyoul.

"Oh.." Sunyoul menarik nafas lega. Dia mengikuti Jungkook. 

Jungkook menghidangkannya makanan. Dia segan hendak makan.

"Makanlah. Jarang saya masak untuk orang.."kata Jungkook kemudian duduk berhadapan dengan Sunyoul. 

"Baiklah.." kata Sunyoul kemudian makan. Jungkook merenung Sunyoul. sunyoul hanya tersenyum.

"Aduh!" kata Jungkook.

"Kenapa?" tanya Sunyoul kemudian melihat kearah Jungkook yang sedang memegang kepalanya.

"Kepala saya.. rasa sakit sangat" jelas Jungkook. Sunyoul menuju kearah Jungkook.Tidak ada apa-apa kesan pun. 

"Awak rasa sakit macam mana?" Tanya Sunyoul.

"Macam tercabut.." kata Jungkook kemudian ekspresi mukanya kembali tenang.

"Tak apa lah. Dah okay" sambung Jungkook.

Sunyoul berasa hairan kemudian 

'Peet peet'

Bunyi hon kereta rakan Sunyoul.

"Oh kawan awak dah sampai.." kata Jungkook.

"Oh hmm, tak apa ke tinggal awak?" Tanya Sunyoul. Jungkook mengangguk. Sunyoul tersenyum kemudian menunduk hormat tanda dia mahu pergi.

"Byee!" Kata Sunyoul kemudian meninggalkan Jungkook. Jungkook hanya senyum.

_________________________________________________________________

 

"tak takut ke?" Tanya rakannya kemudian semuanya ketawa.

"Tak." Kata Sunyoul.

"Tipu nih" kata rakannya.

"Eh betul lah. Lagipun aku jumpa kawan baru kat sana" kata Sunyoul tenang.

"Huh?" Semua rakannya terkejut.

"Kawan kau tu manusia ke hantu?" Tanya salah seorang rakannya.

"Manusia la" kata Sunyoul sambil melihat rakannya yang masih tidak percaya.

"Seingat aku, mana ada orang tinggal dekat sana." Kata salah seorang rakannya.

"Ish, ada lah" kata Sunyoul.

"Dulu memanglah ada. Tapikan keluarga diorang mati kemalangan, kat depan rumah tu jugak. Roh anak dia tak tenang sebab kepalanya masih hilang. Ada orang mati kena bunuh dengan dia kalau terjumpa. Nama dia Jeon Jungkook." Jelas rakannya.

Sunyoul terkejut. Mukanya pucat. Semua orang melihat kearah dia dengan pelik.

"Kau.. memang jumpa dengan dia eh?" Tanya rakannya. Sunyoul perlahan mengangguk.

"Ja..jadi kau akan kena bunuh dengan dia!" Jerit salah seorang rakannya.

"AHHH!" jerit rakannya yang lain kemudian menolak Sunyoul ke tepi. 

"Aku taknak terlibat!!" Kata rakan-rakannya.

"Apa yang korang mengarut ni!" Jerit Sunyoul. 

"Mana ada me... meengarut HAANTUUU!!" Jerit rakan-rakannya selepas melihat ditepi tingkap tempat Sunyoul duduk. Sunyoul seram sejuk. Bulu romanya naik kemudian perlahan-lahan berpaling kearah belakang. Dia menjerit sekuar hatinya apabila melihat kepala Jungkook yang sedang terbang dengan darag yang banyak sambil tersenyum kearah  mereka. 

 

Tiba-tiba pintu ditepi Sunyoul terbuka, Sunyoul terjatuh kelantai. Sunyoul melihat kereta rakan-rakannya terbabas di tepi jalan. Dia berlari kearah mereka. Mereka semua pengsan. Darah di merata-rata tempat.

"Weh. Bangunlah korang!"Jerit Sunyoul yang ketakutan. Tiba-tiba sesuatu jatuh diatas bahunya. Dia melihat ketepi. Ia adalah lidah! Dia berpaling ke belakang.

"Awak milik saya sekarang." Kata Jungkook tanpa badan dan kepalanya yang berlumuran darah.

Sunyoul menjerit sekuat hati.

________________________________________________________________

 

"Berita terkini tentang beberapa budak lelaki maut akibat kemalangan selepas beberapa meter daripada tempat kejadian maut 2 tahun lepas yang mengakibatkan sebuah keluarga maut. 4 daripada mereka maut manakala seorang lagi hilang. Pihak polis masih lagi tidak mengenal pasti punca kemalangan dan kehilangan." 

 

_______________________________________________________________

 

First time buat horror story ^^ sorry ye sad ending >_< upvote and subscribe ^^ thankyou readers yang lain sebab sudi baca imagines ni :D btw, request sudah open balik ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??