SonNaeunXKris for queen_violet98

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

Son Naeun dan Kris sudah seminggu berkahwin tetapi mereka masih tidak serasi kerana ini hanyalah kahwin kontrak kerana Kris tidak mahu ibunya membebel dan mencari perempuan yang entah apa-apa entah. Jadi dia membuat keputusan untuk jadikan Naeun sebagai isterinya dan membayar 10 ribu ringgit kerana Naeun juga perlukan wang untuk membayar kos sakit ibunya. Tetapi mereka asyik bergaduh walaupun kesalahan kecil.

 

"Naeun!!" jerit Kris.

"Apa?" kata Naeun.

"Mana tali leher saya?" kata Kris sambil membetulkan bajunya.

"Eh tanya kita pulak. Selama ni takde pun tanya" kata Naeun.

"Eh cepat la saya dah lewat ni" kata Kris. Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi mereka tidak pernah membahasakan 'aku-kau'.

"iya lah" kata Naeun kemudian mencari disekitar bilik Kris. 

Tiba-tiba Naeun tersepak beg kerja Kris, Kris dengan pantas menyambut Naeun. Mereka saling berpandangan.

"Awak.. dah boleh lepaskan saya." kata Naeun. Kris baru menyedari kemudian melepaskan Naeun. Mereka tiba-tiba tidak bercakap kemudian kembali mencari tali leher Kris.

Naeun ternampak tali leher milik suaminya di bawah katil kemudian mengambilnya.

"Haa, ni pun!" kata Naeun. Kris berpaling kearahnya kemudian mendekati Naeun. Dengan spontan Naeun memakaikannya tali leher. Kris pula hanya membiarkannya. 

Semasa Naeun membetulkan tali lehernya tiba-tiba dia perasankan sesuatu. Dia perasan yang Kris asyik memandang mukanya. Dia tiba-tiba berasa berdebar. Mukanya merah. DIa cepat-cepat membetulkan tali leher Kris dan melepaskannya.

"Dahh.." kata Naeun tiba-tiba..

"Woaah" jerit Naeun kerana sebaik sahaja dia melepaskan tali leher Kris, Kris memeluk pinggang rampingnya dan mendekatkan dirinya di dada Kris.

"Saya tak pergi kerja harini" kata Kris. Naeun menggigit bibir kerana berdebar. 

"Tadi kata.."

"Sebab saya nak main dengan isteri saya" katanya. Naeun fikir kearah lain.

"Tak nak!!" Naeun menjerit kemudian menolak Kris. Kris ketawa berdekah-dekah. Naeun mencebik bibir.

"Awak ingat saya nak main apa?" kata Kris. Naeun sangat malu kemudian dia keluar daripada bilik Kris. Kris masih ketawa.

_________________________________________________________________________________________________________

 

"Hish, malu nyaa" jeritnya dalam hati kemudian membuka saluran astro. Dia nak lupakan kejadian yang memalukan itu.

Selepas beberapa minit, Kris turun daripada tingkat atas. Dia telah menukar bajunya. Naeun hanya melihat Kris dari atas ke bawah.

"Eh mamat ni tak pergi kerja betul harini" kemudian dia menyambung menonton television.

Kris duduk ditepinya. Dia sandarkan kepalanya dibahu kecil Naeun. Naeun menolak kepalanya.

"Ouch!" kata Kris.

"Jangan nak menggatal!" kata Naeun kemudian beredar tetapi Kris sempat memegang tangannya kemudian menariknya ke pelukannya. 

"Hey!" jarit Naeun.

"Nak menggatal dengan isteri je pun. Awak milik saya secara sah walaupun kita kahwin kontrak" jelas Kris. Naeun hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu melawan Kris.

"Jangan risau, saya tak buat benda tu!" kata Kris kemudian Naeun tergelak kecil. Kris hanya tersenyum melihat isterinya di pangkuannya.

Kemudian lama mereka merenung sesama sendiri. Naeun rasa berdebar. Kris juga handsome sebenarnya! tetapi dia tidak mahu Kris tahu nanti besar lubang hidungnya.

Kemudian Naeun tersedar yang Kris mendekati mukanya. Naeun kaku. Tiba-tiba 'chup!'

Mata Naeun terbeliak, dia tidak menyangka yang Kris akan menciumnya. Dia tidak mampu melawan. Bibir Kris hangat bersentuhan dengan bibirnya. Akhirnya Naeun menutup matanya. Dia tiba-tiba merasakan sesuatu yang lain didalam hatinya. Dia tidak tahu apa.

Kris melepaskan ciumannya dia melihat Naeun yang tersenyum seorang. Kris tersenyum sinis.

"Kenapa senyum macam tu? Dah sukakan saya la tu" kata Kris. Naeun tersedar yang dia tersenyum seorang diri kemudian melepaskan diri daripada pelukan Kris.

"Ma..mana ada!" kata Naeun kemudian membaling bantal di sofa kepada Kris.

"Ish jahatlah!" jerit Naeun kemudian lari meninggalkan Kris. Kris hanya ketawa kecil. 

"Comel jugak dia ni." kata Kris didalam hati.
__________________________________________________________________________________________________________________

 

Keesokan harinya..

Naeun bangun menyediakan sarapan pagi untuk dia dan Kris. Dia membuatkan Kris waffle strawberries dan jus oren kerana itu ialah kegemaran Kris. 

Setelah selesai menghidangkan makanan dia cepat-cepat naik keatas untuk mandi. Kemudian Naeun turun semula dan melihat Kris yang memakai baju kasual.

"Eh tak pergi lagi mamat ni." kata Naeun kemudian menarik nafas panjang dan mendekati Kris.

Kris belum lagi makan makanannya. Dia ralit membaca surat khabar.

"Awak tak pergi kerja ke?" tanya Naeun. Kris meletakkan surat khabar.

"Tak sebab ada hal sikit dekat luar tengah hari ni" kata Kris.

"Tak nak makan ke?" tanya Naeun pula.

"Saya tunggu awak turun" kata Kris. Naeun terkejut. Kenapa Kris berubah? Selama ni elok je makan seorang diri tanpa Naeun.

"Duduklah" kata Kris. Naeun duduk di tempatnya berhadapan Kris.

Kris mula memakan waffles yang dibuat oleh isterinya. Naeun pun makan juga.

Setelah selesai makan..

"Sedap awak buat" puji Kris. Naeun sekali lagi terkejut.

"Hmm. Memang pun" kata Naeun. 

"Takpela saya nak mandi then keluar." kata Kris kemudian meninggalkan Naeun di ruang makan.

"Asal pelik sangat dia ni?" getus Naeun dalam hati.

"Oh dan satu lagi" kata Kris kemudian menghampiri Naeun. 

"Saya sukakan awak. Awak guna black magic ke?" gurau Kris sambil memegang dagu kecil Naeun. Naeun hanya melihat Kris. Kemudian Kris tersenyum sinis dan naik ke tingkat atas.

Naeun jadi tidak tentu arah. Dia tidak tahu mengapa.
__________________________________________________________________________________________________________

Malam itu, Kris belum lagi pulang. Naeun masih lagi teringatkan Kris. Dia juga sudah mula sukakan Kris tetapi dia teringat, dia akan bercerai selepas tiga bulan. Kahwin kontrak kan. Dia tiba-tiba mengeluarkan airmata, dia masih terbayangkan Kris yang meluahkan perasaan terhadap Naeun tadi. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana dia mahu tinggalkan Kris nanti.

Tiba-tiba Kris pulang.

"Naeun!" panggil Kris. Naeun dengan pantas menyapu airmatanya dan bergegas turun.

Dia melihat Kris yang sedang duduk diatas sofa. Dia mendekati Kris.

"Panggil saya ke?"

"Nak kopi" kata Kris. Naeun hanya mengangguk. 

Selepas menghidngkan kopi dia duduk di tepi Kris. Kris ralit menonton perlawanan bola antara Arsenal dan Barcelona. Sesekali Kris menjerit kerana sudah gol. Naeun tersenyum seorang diri kemudian teringatkan yang dia akan meninggalkan Kris. Dia bertekad mahu meluahkan perasaannya sebelum mereka bercerai.

"Kris?" panggil Naeun.

Kris berpaling kearahnya.

"Saya ada benda nak bagitau awak" kata Naeun. Kris tiba-tiba menutup television dan hanya menumpukan perhatian kepada Naeun. Pelik. Jarang sekali lelaki akan tinggalkan bola.

"Kris, saya.. saya sebenarnya sukakan awak." luah Naeun dengan berdebar.

"Saya tahu tu." kata Kris tenang.

"Huh? Awak tahu?" tanya Naeun pelik.

"Saya tak bodoh. Nampak perangai awak pun saya dah tahu. Sebab tu saya luahkan perasaan saya pagi tadi" jelas Kris kemudian duduk menghampiri Naeun. 

"Saya.. luahkan sebab nanti kita akan bercerai kan. Saya taknak la menyesal sebab tak confess dekat awak" kata Naeun kemudian tersenyum.

"Saya tak akan ceraikan awak" kata Kris. Naeun terkejut dia seakan mahu menangis tetapi dia hanya menahan airmatanya.

"Boleh tak kalau saya batalkan kontrak kita dulu?" tanya Kris. Naeun mengangguk laju kerana gembira. Kris memeluk tubuh kecil Naeun. Naeun sangat gembira.

Selepas itu, mereka telah tidak bergaduh dan selepas beberapa tahun mereka mendapat seorang cahaya mata. Hidup mereka lebih gembira selepas kehadiran bayi tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________
 

Hehe sorry sebab lama menunggu. Saya sebenarnya kehabisan idea jadi kalau tak best sorry sangat-sangat ^^ Do comment and upvote kalau boleh hehe

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??