THE PLAN

CAN I STILL SEE YOU

"Ok Baekkie bagi tahu aku ni siapa?."tanya Hyunnie kepada Baekkie sambil menunjukkan beberapa gambar kepada Baekkie.

"Yixing omma, Zizi omma, Zizi appa, Kyungie appa, Kyungie omma, Sehun appa, Jongdae omma, Jongdae appa, Jung songsaengnim, Kim Songsaengnim, Han songsaengnim, dan Jong ajushi." Ucap Baekkie sambil menunjukkan gambar mereka.

"Good. You have study well."

"Apa apa je la" jawab Baekkie selamba. Tiba tiba telefon Hyunnie berbunyi.

"Yoboseyo?.Oh ye Doktor Lee. Ya baiklah. Saya tak lupa. Ok thanks dokter Lee. Bye." Hyunnie pun meletakkan telefonnya.

"Ada apa Lee samchun telefon kau?." Tanya Baekkie dengan penuh pertanyaan.

"Tak de apa pun. Lee samchun ingatkan aku tentang jadual aku kena jumpa dia esok." Jawab Hyunnie dengan senyuman. Baekkie hanya mengangguk tanda memahami.

"So Baekkie esok boleh tak kalau kita uji apa yang kau dah belajar?". Tanya Hyunnie kepada Baekkie sambil mengangkat angkat keningnya.

"Ok. Tapi kalau kantoi kau tanggungjawab."

"Ok."

 

 

 

 

Jongdae dan Minnie menyukai taman permainan. Oleh itu mereka memilih taman permainan yang berhampiran dengan kota Seoul yang sibuk ini sebagai tempat mereka menghabiskan masa bersama. Mereka sedang beristirehat di bawah pokok yang redup dengan posisi Jongdae meletakkan kepalanya di atas riba Minnie dan Minnie sedang bersandar di pokok tersebut.

Jongdae memalingkan wajahnya dan tubuhnya ke arah Minnie yang membuatkan dia sekarang ini wajahnya melihat perut Minnie yang rata. Dia mengangkat pandangannya sedikit untuk melihat wajah yeoja yang dia cintai selama 3 tahun ini. Minnie memandang ke bawah untuk melihat wajah namja kesayangannya itu. Mereka tidak mengatakan apa apa. Hanya memandang mata masing masing dan tersenyum. Hanya mereka sahaja yang mengetahui apa yang mereka sampaikan melalui renungan mata itu. Tiba tiba Jongdae teringatkan akan sesuatu.

Flashback~~

Didalam ruangan yang agak sunyi yang hanya dipenuhi oleh bunyi kertas diselak selak. Tiba tiba bunyi ketukan di pintu dan membuatkan orang yang berada didalam bilik tersebut bersuara menyuruh orang yang mengetuk pintunya itu masuk.

Setiausahanya pun masuk seperti yang diarahkan oleh bossnya itu. "CEO Song, Kim Jongdae sudah sampai"ujar setiausaha tersebut. Bossnya menyuruh dia memanggil orang yang dia sebutkan itu masuk keruangan kerjanya.

Jongdae pun memasuki bilik tersebut setelah dipanggil masuk oleh setiausaha itu.

"Ye Jongdae. Dah lama saya nantikan kehadiran awak ni. Silakan duduk." Ujar Encik Song. Jongdae pun duduk di sofa yang terdapat di situ. Encik Song duduk di hadapannya.Jongdae sedar bahawa sekarang ini dia sedang berhadapan dengan salah satu CEO syarikat rakaman yang paling besar di Korea Encik Song Dae Jun. Encik Song mula membuka bicaranya.

"Jadi saya tak suka bazirkan masa. Mari kita mulakan. Seperti mana awak tahu bahawa saya memanggil awak ke sini adalah ingin menjadikan awak artis di bawah naungan syarikat ini. Saya telah dengan suara awak pada festival di sekolah pada tahun yang lalu. Dan saya rasa awak mempunyai suara yang sangat lunak dan kuat. Awak tak perlu menjadi trainer di sini. Awak hanya perlu tanda tangan beberapa helaian kertas dan selepas itu saya akan bagitahu komposer dan penulis lirik syarikat kami yang terkenal untuk menuliskan lagu khas untuk awak. Macam mana dengan tawaran saya ini?".

Jongdae ajak terkejut dengan kata kata yang keluar dari Encik Song. "Saya berminat dengan tawaran Encik tapi boleh saya tahu syarat syarat yang Encik tetapkan kepada saya?." Tanya Jongdae. Dia tahu sekiranya bergelar artis pasti terdapat syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dirinya. Dan terdapat satu syarat yang Jongdae paling ingin elakkan.

"Sekejap ye." Encik Song menekan telefon yang terdapat di tepi sofa yang beliau duduk untuk memanggil setiausahanya membawakan document untuk Jongdae. Setiausahanya pun masuk dan menyerahkan document tersebut kepada Encik Song. "Ini kontraknya CEO Song."

"Terima kasih. Ini kontraknya. Awak boleh checknya sendiri." Ujar Encik Song setelah memberi document itu kepada Jongdae.

Jongdae membaca segala syarat syarat yang terdapat didalam document tersebut dan seperti yang dia telah jangka syarat yang paling dia ingin elak tercatat disitu.

SYARAT SYARAT

9.Dilarang mempunyai hubungan istimewa sehingga kontrak diperbaharui.

"Encik sampai bila kontrak ini sah?" Tanya Jongdae kepada CEO Song.

"Dalam 3 tahun."

"Saya balik fikirkan dulu boleh?."

"Ye. Tak de masalah. Saya harap awak setuju dengan kami. Kerana saya tak nak orang yang berbakat besar seperti awak ini terlepas begitu sahaja."

"Kalau macam tu, saya balik dulu." Mereka pun berjabat tangan dan Jongdae pulang dengan hati yang resah.

End of flashback~~

Jongdae bangun dari posisinya tadi dan duduk berhadapan dengan Minnie. Jongdae menghulurkan tangannya dan mengusap pipi sebelah kiri Minnie dan mengusap belakang tangan kanan Minnie. Minnie tidak menbantah dengan apa yang dilakukan oleh Jongdae.

"Saranghae Kim Minnie"

"Nado saranghae Kim Jongdae." Minnie membalasnya dengan senyuman dan bagi Jongdae senyuman tersebut merupakan senyuman yang paling indah.

Jongdae menghapuskan jarak diantara mereka untuk memberikan satu kucupan di dahi Minnie. Selepas itu dibibir Minnie yang hanya seketika kerana dia sedar mereka sekarang berada di kawasan orang awam.

Jongdae tidak dapat berfikir bagaimana dia hendak menandatangani document tersebut dan menerima syarat itu sekiranya dia tidak mampu berpisah dengan kekasih hatinya walaupun sesaat.

 

 

 

 

Di sebuah kedai pakaian. Kai menemani kekasihnya Kyungie untuk mencari pakaian yang akan Kyungie pakai untuk festival sekolah nanti. Kyungie akan menyanyi pada hari tersebut bersama sama rakan rakannya iaitu Hyunnie dan Myeonnie.

"Yeppo an yeppo?". Tanya Kyungie kepada Kai. Kai memerhati pakaian yang sekarang Kyungie pakai.

"An yeppo."

"Ye ke?"

"Mmm." Jawab Kai sambil mencari pakaian yang lain.

"Cuba pakai yang ini." Kata Kai sambil menghulurkan pakaian yang lain.

"Araso." Kyungie mula memasuki ruangan tukaran pakaian yang telah di masuki tadi.

Kai perasan terdapat beberapa pekerja disitu yang sedang memandang ke arahnya sekarang. Di memaling ke arah mereka. Mereka tersenyum melihatnya dan dia membalas senyuman mereka.

"Ottae?". Tanya Kyungie setelah keluar dari bilik itu.

"Mmm... yeppo."Jawab Kai sambil menganggukkan kepalanya.

"Ini?."

"Mm. Ni la."

"Ok. Kita ambil yang ini." Ujar Kyungie yang dibalas senyuman oleh Kai. Setelah Kyungie menukarkan pakaian yang dia pakai ketika datang ke sini tadi. Dia menuju ke kaunter untuk membayar.

Kyungie sedar terdapat pekerja pekerja disitu melihat ke arah namjachingunya. Dia memegang tangan Kai serta merta untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Kai miliknya. Kai memahami tindakkan Kyungie itu lalu meletakkan tangannya di atas bahu Kyungie. Setelah itu mereka keluar dari kedai tersebut.

"Kyungie saya rasa saya kena pergi sekarang sebab Sehun tengah tunggu saya. Kami nak berlatih." Ujar Kai sambil melepaskan tangannya dari bahu Kyungie itu. Kyungie agak merasa kecewa kerana telah kehilangan kehangatan tangan Kai itu.

"Bukan selalu ke korang berlatih?."

"Memang la. Tapi masih ada step yang saya tak berapa ingat."

"Mmm. Ok." Ujar Kyungie sambil memuncungkan bibirnya. Kai hanya ketawa dan mengetuk ngetukkan jari telunjuknya di bibir Kyungie.

"Baiklah saya pergi dulu. Nanti bila dah sampai rumah mesej saya. Bye". Lalu Kai pergi meninggalkan Kyungie.

"Ok. Hati hati." Kyungie tersenyum kerana walaupun Kai hanya menyentuh bibirnya dia masih berasa bahagia. Kyungie pun menuju pulang kerumahnya setelah membeli bubbletea.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment