Chapter 23

CAN I STILL SEE YOU


Tampan.
Hanya kata itu yang terlintas didalam fikiran seorang Byun Baekkie sekarang. Tiada kata lagi yang dapat dikatakan sekiranya terlihat wajah seorang Park Chanyeol yang dipancari cahaya dari skrin besar berukuran gergasi itu. Filem yang berputar dihadapannya tidak diendahkan, hanya wajah namja tampan disisinya yang menjadi perhatian utamanya sekarang.
Chanyeol menjatuhkan pandangannya kesisi kanannya dan matanya tepat bertemu dengan anak mata Baekkie. Chanyeol tersenyum kearah Baekkie lalu mendekatkan bibirnya ke telinga kiri Baekkie untuk berbisik.
“Jom” kata Chanyeol dengan nada perlahan namun mampu membuatkan seseorang bersemi merah pipinya. Baekkie hanya membalasnya dengan anggukkan sahaja kerana lidahnya tiba-tiba kelu. Chanyeol bingkas bangun lalu menarik pelahan tangan Baekkie untuk serta bangun bersamanya lalu beredar dari ruangan itu.
“Jadi, lepas ni awak nak pergi mana?” soal Chanyeol yang masih memegang erat tangan Baekkie. Belum sempat Bekkie membuka bicara mata kecilnya menangkap sosok yeoja dan namja yang dia kenali. Baekkie terpaku memandang kearah mereka. Chanyeol yang menyedari sikap Baekkie itu pun memandang kearah yang sama dan mata besarnya menangkap sosok Kim Jongin dan Do Kyungie yang berada disebuah kedai aksesori tidak jauh dari mereka.
Baekkie cuba mengelak bertemu dengan Jongin. Baekkie menarik tangan Chanyeol untuk pergi kearah bertentangan. Namun Chanyeol tidak bergerak sedikit pun. “Chanyeol~ah” panggil Baekkie. Chanyeol menarik tangan Baekkie yang kini sedang berbalik dan menuju kearah pasangan tersebut. 
Kyungie menoleh kearah hadapan dan matanya menangkap sosok Chanyeol dan ‘Hyunnie’yang menuju kearah mereka. Jongin masih tidak perasan akan hal itu kerana dia sibuk melihat-lihat aksesori-aksesori kecil di kedai tersebut.
“Hyunnie?”nama itu keluar dari bibir Kyungie dan Jongin terus memalingkan pandangan kearah Kyungie.
“Aneong.” Ucap Chanyeol setelah tiba dihadapan mereka berdua. “Ooo.. Chanyeol shi.”balas Kyungie lalu menatap ragu kearah Jongin yang sekarang ini sedang memasang wajah datarnya. “Apa awak berdua buat kat sini?”soal Kyungie untuk mengurangkan kejanggalan diantara mereka berempat. “Kami berdua baru lepas menonton wayang.”jawab Chanyeol dengan senyuman mengejek dibibirnya lalu memandang tepat kemata Jongin. Siapa saja yang diperlakukan sebegitu akan membara hatinya begitu juga apa yang berlaku dengan hati seorang Kim Jongin. Tambahan pula matanya mula memandang kearah genggaman tangan yang terpaut diantara Chanyeol dan ‘Hyunnie’. Chanyeol menyedari arah pandangan mata Jongin itu. “ Kai?” soal Chanyeol sambil mempereratkan genggaman tersebut.
Jongin tersenyum sinis. Jongin menatap tepat kemata Baekkie yang juga menatap kearahnya. Sebuah senyuman yang tulus diberikan kepada Baekkie. Chanyeol menyedari tatapan itu dan membuatkan suatu perasaan cemburu menular didalam hatinya.
“Nothing." ujar Kai dengan nada bersahaja. Kai berpaling kesisinya lalu meraih tangan Kyungie."kami minta diri dulu. Aneong Park Chanyeol shii. "Ucap Kai lalu beredar dari situ tanpa memandang kearah 'Hyunnie'. Kyungie hanya mengikuti langkah Kai sehingga mereka berdua hilang dari pandangan Chanyeol dan 'Hyunnie'.
Baekkie dapat lihat dengan jelas pancaran dari mata Kai. Dia tahu bahawa cinta Kai masih wujud untuk Hyunnie.
"Kaja. "Ucap Chanyeol lalu menarik lembut tangan mereka yang terpaut itu menuju memasuki keretanya lalu memecut laju meninggalkan mall tersebut .

 


Hyunnie menutup pintu peti sejuknya setelah selesai menuang air putih kedalam gelas yang kini dia pegang. Setelah selesai meminum seluruh isi gelas tersebut dia ingin melangkah kembali menuju kebiliknya yang terletak ditingkat atas. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Hyunnie cuba memejam matanya kerana dia mula tidak selesa dengan matanya yang semakin lama semakin kabur penglihatannya. Hyunnie merebahkan tubuhnya kelantai dan dia mula menggerakkan bola matanya dengan cara tidak menentu namun penglihatannya masih kabut. 
"Omma! "Jerit Hyunnie dengan nada yang cemas. Beberapa detik kemudian, terdengar bunyi tapak kaki menuju kearah Hyunnie.  "Wae Hyunnie~ah? " soal Puan Byun kepada anak bongsunya itu dengan cemas. "Hyunnie tak nampak omma. Hyunnie tak nampak. "Kata Hyunnie berulang-ulang kali dengan nada yang menahan tangisan. Puan Byun terus memeluk puterinya itu. "Tenang ye. Omma ada dekat sini. Tenang. "Bisik Puan Byun."Omma"ucap Hyunnie yang kini air matanya telah membasahi pipi. 

 


Junmyeon menutup pintu kamar Hyunnie dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Hyunnie yang sedang tertidur setelah Junmyeon memberikan ubat penenang untuk Hyunnie. Junmyeon memberikan senyuman termanisnya kepada Puan Byun yang kelihatan gelisah dari tadi.. 
"Junmyeon~ah macam mana keadaan Hyunnie? " soal Puan Byun dengan nada risau. 
"Jangan risau ommonie. Hyunnie cuma terkejut sebab perkara ni berlaku dengan tiba-tiba.. Apa yang perlu kita buat sekarang ni ialah menunggu Hyunnie sedar dulu. "Jawab Junmyeon dengan nada tenang. Tiada siapa tahu bertapa cemasnya Junmyeon apabila mendapat panggilan telefon dari Puan Byun 30minit yang lalu. Mata Hyunnie mula menunjukkan tanda-tanda yang dia akan menghadapi dunia gelapnya tidak lama lagi. 
"Aku mohon Hyunnie bertahanlah."ujar Junmyeon di dalam hati

 

 

Baekkie memandang sekeliling kawasan itu dengan sorotan mata yang takjub. Di hadapannya tersedia pelbagai mainan besar dan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan. Dia menolehkan pandangan kearah Chanyeol yang kini sedang tersenyum indah. 

"Chanyeol~ah gumao~~" ucap Baekkie dengan mengepalkan kedua tangannya dibibir dan mata bersinar-sinar. "Awak nak mula dari yang mana?. Jangan risau saya belanja" ucap Chanyeol. Baekkie berlari-lari riang kearah gerai-gerai kecil yang berada dihadapannya. Chanyeol membawa 'Hyunnie'nya ke tempat funfair ini untuk menebus kembali perbuatannya di mall tadi.Dia menyedari perbuatannya tadi hanya untuk membuatkan Kai cemburu namun dia tidak sedar bahawa hal itu dapat menimbulkan kejanggalan diantara mereka berdua. Chanyeol ingin melihat senyuman itu kembali memenuhi hidupnya dan hari ini merupakan hari pertama mereka keluar sebagai pasangan kekasih dan dia harus mewujudkan moment-moment indah itu. 

"Chanyeol palli" panggil Baekkie dari kejauhan. "Nae. "Ujar Chanyeol lalu berlari mengejar Baekkie. Berbagai mainan yang telah mereka naiki antaranya ialah roller coaster yang telah membuatkan Chanyeol muntah. Dan dengan kejadian itu membuatkan imejnya dimata Hyunnie terjejas.(Seseorang ingatkan Chanyeol agar menjauhkan diri dari mainkan itu). Mereka memakan gula-gula kapas, rolling potatoes dan sosej. Sedang asyik berjalan tiba-tiba Baekkie menghentikan langkahnya dan memandang sebuah gerai kecil yang menjual aksesori couple yang membuatkan dia tertarik. Chanyeol menyedari akan hal itu lalu menarik tangan Baekkie ke arah gerai itu. "Pilihlah mana satu awak nak" ujar Chanyeol. Baekkie dengan mata bersinar-sinar memilih sepasang cincin yang mempunyai ukiran muzik lalu memasangkan cincin yang mempunyai ukuran Agak besar dari yang satu lagi di jari manis Chanyeol. "Macam mana? Cantikkan Chanyeol? "Tanya Baekkie. Chanyeol mengambil cincin yang satu lagi itu lalu memasang ke jari manis Baekkie. "Lagi cantik di jari awak Hyunnie~ah. " senyuman indah Baekkie terus lenyap dan dia mula sedar dia sekarang ialah Hyunnie. Hampir dilupakan olehnya tentang kenyataan itu. "wae Hyunnie~ah" soal Chanyeol dengan nada yang cemas. "Tak ada apa-apa. Belikan yang ini. "Ucap Baekkie. Chanyeol terus membelikan cincin tersebut lalu mereka beredar dari situ. Chanyeol dapat merasakan ada yang tidak beres dengan sikap 'Hyunnie'. Tiba-tiba sebuah deringan telefon berbunyi dan itu ialah telefon pintar Baekkie. "Nae omma" ucap Baekkie. Chanyeol setia berdiri disisi kanan Baekkie. Beberapa detik kemudian kelihatan lelehan air mata yang jatuh di pipi Baekkie "arasso. Saya balik sekarang"Baekkie mematikan sambungan tersebut lalu meminta Chanyeol menghantarnya pulang. Chanyeol tidak sempat bertanya kerana Baekkie telah menarik tangannya menuju keretanya. 

"Palli Chanyeol~ah". Chanyeol terus memecut laju menuju kerumah Hyunnie. 10 minit kemudian mereka telah tiba di depan rumah Hyunnie. Baekkie dengan segera terus keluar dari kereta itu tanpa meloleh kearah Chanyeol. Chanyeol hanya terdiam dengan apa yang terjadi. Dia berfikir sama ada ingin turut ikut masuk kerumah, pulang ke rumahnya atau menunggu sehingga Hyunnie kembali bertemunya. Tiba-tiba keluar kelibat seorang namja dari rumah Hyunnie lalu mengetuk tingkap kereta Chanyeol dengan jarinya. Chanyeol membuka tingkap keretanya dan terlihat wajah sosok namja itu dengan jelas. "Hyung rasa lebih baik Chanyeol pulang dulu. Hyunnie cakap nanti dia akan hubungi Chanyeol balik. " ucapan Junmyeon hanya mendapat anggukkan dari Chanyeol. Chanyeol mula menghidupkan kembali enjin keretanya lalu memecut laju. Junmyeon memandnag kereta itu sehingga tidak kelihatan. "Mianhae Chanyeol~ah. Hyung harap suatu saat nanti bila semuanya terbongkar awak akan memaafkan mereka berdua " Junmyeon terus berbalik memasuki rumah itu kembali. 

Tepat dia menaiki tangga ke bilik Hyunnie, Baekkie memunculkan diri dan memberi kata hanya bahawa Hyjnnie telah sedar. Junmyeon bergegas masuk keruangan bilik Hyunnie untuk memeriksanya. "Hyunnie nampak oppa kan? " Hyunnie membalasnya dengan senyuman ."Syukurlah kalau macam tu"ujar Puan Byun. "Saya rasa lebih baik ommanie berehat lagi pula dah malam sangat ni. "Ucap Junmyeon kepada Puan Byun. Puan Byun mengelus rambut kedua-dua puterinya lalu beredar dari bilik itu. "Gumao oppa"ucap Hyunnie sambil menggenggam tangan Junmyeon. Junmyeon hanya mengangguk tanda suara. 

 

 

 

"Mata tu. Bukan Hyunnie "bisik satu suara. Sosok itu berdiri mengadap gambar Hyunnie dan dirinya. "Pandangan tu bukan Hyunnie." ucapnya lagi.  Tiba-tiba sebuah ketukan pintu berbunyi. Pintu biliknya terbuka. "Jongin belum tidur lagi? Tidur lah esok sekolah" tegur Puan Kim. "Nae omma"ujar Kai. Puan Kim menutup pintu bilik anaknya  Kai meletakkan kembali gambar itu lalu membaringkan tubuhnya dikatil empuk miliknya. Dia masih memikirkan tentang pertemuan tadi. Dia merasakan ada hal aneh tentang Hyunnie. Dan dia perlu cari tahu tentang itu. 

....................................................................................

I know this is my fault. Something happen and i stop write it. 

Saya akan mula menulis kembali. Mianhae chingu 😭

XOXO  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment