CONFESSED

CAN I STILL SEE YOU

tut...tut....tut...

Jongdae keluar dari bilik airnya lalu menuju ke meja bacaannya untuk mengangkat panggilan yang masuk. 

HYUNNIE

Jongdae menekan permukaan telefon bimbitnya untuk menjawab panggilan tersebut.

"Jongdae~ah..." belum sempat Hyunnie menghabiskan kata katanya Jongdae mencelah."kalau awak telefon ni sebabkan Minnie saya tak nak dengar"ucap Jongdae.

Hyunnie terdiam seketika kemudian beberapa detik Hyunnie bersuara kembali.

"Aku tahu yang kau tengah marah sekarang dengan Minnie. Tapi aku tak sanggup tengok korang macam ni. Tolong Jongdae" 

"Kau tahukan dah banyak kali aku bagi peluang dekat dia.Aku ni sebenarnya siapa kat hati dia?.Kekasih?.Kawan?. Atau hanya seseorang yang dia perlukan ketika sunyi dan bila Junmyeon hyung balik aku dibuang. Macam tu ke aku kat hati dia?." Jongdae berasa sebak di dada bila memikirkan posisinya dihati Minnie.

"Aniya Jongdae~ah..Minnie sayangkan kau. Dia cintakan kau. Pasal Junmyeon oppa tu kau tahukan Minnie dengan Junmyeon oppa tak lebih dari hubungan antara adik beradik."Hyunnie cuba menenangkan Jongdae.

"Tapi..."

"Tak ade tapi tapi.Pernah ke aku tipu kau. Aku tahu luar dan dalam hati Minnie.Minnie sayangkan kau."

Jongdae tahu Hyunnie ialah kawan yang paling baik yang dia pernah ada. Dia pendengar yang baik dan dia selalu membantu meraka semua dalam apa sahaja situasi.

"Baiklah. Aku akan jumpa Minnie." Terukir senyuman diwajah Hyunnie.

"Kumao Jongdae~ah."

"Ani.Aku yang patut terima kasih dengan kau sebab kau selalu ambil peduli masalah kami. Kumao Hyunnie~ah." Setelah itu Jongdae memutuskan talian telefonnya dengan Hyunnie lalu menelefon Minnie untuk bertemu dan menyelesaikan masalah mereka.

 

 

 

 

"Hyunnie~ah.." Baekkie memandang kearah suara itu. Chanyeol. Baekkie masih dirumah Chanyeol dan masih berperanan sebagai adiknya. Mereka masih di dalam bilik muzik kediaman Chanyeol.

"Maaf buatkan awak lama tunggu."ucap Chanyeol sambil meletakkan segelas air diatas meja yang berada dihadapan Baekkie.Baekkie terpandang gitar yang berada dibelakang Chanyeol yang bersandar di dinding bilik muzik tersebut."Cantik gitar awak." ujar Baekkie

"Gitar tu?."soal Chanyeol kemudian bangun lalu mengambil gitar tersebut lalu duduk ditepi Baekkie dengan jarak yang agak dekat.

"Awak suka gitar?"soal Chanyeol.

"Suka. Tapi saya tak pandai main."jawab Baekkie.

"Kalau macam tu saya boleh ajar awak."

"ya ke?. ok"

Baekkie mengambil gitaryang dipegang oleh Chanyeol lalu meletakkan gitartersebut diatas ribanya lalu bersedia untuk memainkannya. Chanyeol mendekatkan dirinya dengan Baekkie lalu memegang gitar tersebut dan memeluk Baekkie dari belakang. Degupan jantung mereka berdua berdegup tidak normal namun mereka tidak menghapuskan jarak tersebut kerana berasa selesa dengannya. 

Chanyeol mula mengajar Baekkie dengan not not asas namun tiba tiba Baekkie mengalihkan wajahnya untuk melihat Chanyeol dan mendapati bahawa wajah mereka terlalu dekat dan mereka dapat merasakan hembusan nafas pada wajah masing masing. Chanyeol memandang bibir Baekkie seolah olah terpesona dengan bibir tersebut begitu juga dengan Baekkie.Chanyeol mendekatkan wajahnya dengan Baekkie. Baekkie menutup matanya lalu merasakan sepasang bibir menyentuh bibirnya. Setelah beberapa detik Chanyeol mula mengerakkan bibirnya dan Baekkie membalas ciuman tersebut dengan sama lembut dan perlahan.

Setelah beberapa dektik Baekkie mengakhiri ciuman itu kerana kehabisan nafas. Mereka berdua menyatukan dahi mereka. 

"Saranghae Hyunnie~ah" ucap Chanyeol.

Baekkie tersedar daripada perasaan itu. Baekkie bukan Hyunnie. Chanyeol menganggap bahawa dia sekarang ialah Hyunnie dan bukan dirinya.Baekkie bangun dari posisi mereka lalu mengambil kertas muzik yang berasa di atas meja dihadapannya lalu beredar .Chanyeol mengikuti Baekkie lalu menarik lengannya.

"Waeyo?.Kenapa awak balas ciuman saya kalau awak tak ada hati dengan saya?"soal Chanyeol.

Baekkie menarik lengannya dari genggaman Chanyeol..

"Bianae Chanyeol~ah." lalu Baekkie meneruskan langkahnya .

"Hyunnie~ah!!!."panggil Chanyeol.

"Seandainya awak tahu saya ni Baekkie dan bukan Hyunnie. Saya tak rasa yang awak akan ucapkan ungkapan itu pada saya" bisik hati Baekkie. Tanpa dia sedari air matanya mengalir dipipinya.

 

 

 

 

Hyunnie merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kembarnya setelah pulang dari rumah Chanyeol.

"Baekkie~ah. Kau ok tak ni? kenapa diam je dari tadi?."

"tak ada apalah cuma rasa tak sedap badan tu je."

"Kau pasti?"soal Hyunnie untuk mendapatkan kepastian

"Mmm."jawab Baekkie.

Hyunnie meninggalkan Baekkie lalu pergi kebiliknya 

 

 

 

 

Hyunnie bersiap siap untuk pergi kesekolah dan tiba tiba sebuah panggilan masuk."Baekkie jawabkan telefon tu jap. Aku dalam bilik air ni.!!"

"Ye!!" Baekkie bergegas mengambil telefon adiknya namun terhenti kerana si pemanggil tersebut ialah Chanyeol. Hyunnie keluar dari bilik air lalu melihat Baekkie hanya merenung telefon tersebut. Setelah beberapa ketika telefonnya berbunyi kembali namun Baekkie masih belum menjawab panggilan itu. Hyunniie menghampiri Baekkie lalu mengambil telefonnya lalu inginmenjawab panggilan tersebut namun dengan sepantas kilat Baekkie merampas telefon tersebut.

"Kenapa dengan kau ni?. Mintak sini telefon tu." Hyunnie cuba merampas telefonnya dari Baekkie. Baekkie menyembunyikan telefon itu di belakangnya.

"Jangan jawab. Tolong jangan jawab." kata Baekkie.

"Kenapa pulak?." soal Hyunnie.

"Chanyeol...." kata kata Baekkie seperti tersekat di kerongkongnya.

"Macam mana aku nak cakap ni?."bisik hati Baekkie.

"Kenapa dengan Chanyeol?. Apa yang berlaku sebenarnya?." soal Hyunnie lagi.

"Ok aq bagi tahu. Tapi kau kena dengar dulu. Ok?." 

"Ok. apa dia ".

Baekkie menarik nafas terlebih dahulu untuk menenangkan hatinya.

"Ok. sebenarnya semalam kat rumah Chanyeol.A..aku de..ngan dia .."Baekkie menghentikan kata katanya kerana rasa gugup.

Hyunnie menunggu dengan sabar.

"akudengandiaberciumsemalamkatrumahdialepastudiacakapdiacintakanaku."ucap Baekkie sambil menutup matanya dan sekali nafas.

"apa kau cakap?." soal Hyunnie kerana tidak dapat menangkap kata kata Baekkie tadi.

"Jangan la suruh aku ulang".

"Aku tak faham satu patah pun apa yang kau cakap.".

"Chanyeol cium aku."Hyunnie terkejut dengan berita ini.

"OMG!!" Hyunnie terus memeluk Baekkie sambil mengucapkan tahniah. Hyunnie melepaskan pelukkan itu lalu tersenyum lebar.

"Jadi korang dah jadi pasangan kekasih ke sekarang?" soal Hyunnie.

"Masalahnya dia fikir yang dia cium tu kau bukan aku. Dia cintakan kau. Bukan aku." ucap Baekkie. Hyunnie berasa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Baekkie.

"Semalam aku pergi rumah dia sebagai kau." Hyunnie perasan bahawa terdapat kesedihan didalam kata kata Baekkie itu. Hyunnie tahu Baekkie menyukai Chanyeol.

"Tapi aku tak cintakan dia.' kata Hyunnie perlahan namun masih dapat Baekkie mendengarnya.

"Aku tahu.Patut omma Chanyeol cakap yang dia banyak dengar pasal kau. Rupanya Chanyeol cerita dekat omma dia pasal kau .Chanyeol cintakan kau."

"Aku tak pernah tahu pun pasal benda ni." ujar Hyunnie.Tiba tiba timbul satu idea yang boleh dikatakan kerja gila di dalam otak fikiran Hyunnie.

"Kau cintakan Chanyeol kan?." soal Hyunnie kepada Baekkie.

"Bukan cinta baru suka la." ujar Baekkie dan kelihatan semburan merah di pipinya.

"Apa apa je la.?"

"Kalau ye kenapa?." soal Baekkie.

"Aku ada satu idea." ujar Hyunnie sambil tersenyum.

..............................................................................................................................................................................................................................................

Plan gila mereka bermula

 

Sorry sangat kepada reader if korang terpaksa tunggu lama for the new updated. saya busy gila sekarang ni.

and sebelum terlambat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA FOR MUSLIM..

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment