MEMO

CAN I STILL SEE YOU

Zizi bergegas berlari menuju kebilik latihan untuk mencari penyanyi sekolah mereka iaitu Jongdae, Myeonnie, Hyunnie dan Kyungie. 

"Awak semua" ujar Zizi setelah membuka pintu bilik tersebut dalam keadaan tercungap cungap.

"Oh. Zizi~ah. Kenapa tiba tiba awak datang sini?" Tanya Myeonnie kepada Zizi. Zizi mengatur nafasnya sebelum berbicara.

"Zizi ada hal nak bagi tahu ni. Eh, mana yang lain Myeonnie?". Tanya Zizi setelah mengenalpasti bahawa hanya Myeoonie sahaja yang ada di dalam bilik tersebut.

"Yang lain...." sebelum sempat Myeonnie  menghabiskan ayatnya bunyi pintu bilik itu dibuka dan terlihat tubuh dua yeoja yang kecil iaitu Hyunnie dan Kyungie masuk ke dalam bilik tersebut.

"Oh. Zizi ~ah apa awak buat kat sini?." Sebelum sempat Zizi membalas pertanyaan Kyungie, Jongdae pula masuk ke dalam bilik tersebut dan menanyakan soalan yang sama kepada Zizi.

"Ok. Semua tanyakan soalan yang sama." Zizi hanya mengeluarkan ketawa yang tipis.

"Sebenarnya Zizi nak minta maaf kat korang semua."

"Waeyo?" Tanya Hyunnie.

"Pasal persembahan nanti. Zizi tak boleh tolong korang semua mainkan alat muzik sebab Zizi masuk teater. Bianae." Ucap Zizi dengan muka penuh harapan agar mereka tidak marah.

"Habis tu kitorang nak minta tolong sapa lagi ni. Kitorang tak biasa la kerja dengan budak muzik lain selain dari Zizi" ujar Jongdae yang menerima anggukkan dari tiga yeoja yang lain.

"Tak pe. Zizi dah tanyakan kawan Zizi dia cakap dia dapat tolong. Dia ok. Dia merupakan pelajar muzik paling terbaik." Zizi mengatakan itu sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Sapa?" Tanya Kyungie.

"Park Chanyeol."

"Park Chanyeol?". Tanya Hyunnie terkejut.

"Oo.. wae?.  Awak kenal ke Chanyeol Hyunnie?". 

"O. Kenal la jugak." Jawab Hyunnie.

"Kalau macam tu senang la.Zizi dah lambat ni Zizi nak pergi jumpa Sehun. Hehe.. Zizi pergi dulu. Nanti Zizi mesejkan nombor Chanyeol kat kamu ye Hyunnie. Bye semua." Zizi pun melangkah keluar dari ruangan tersebut.

"Chanyeol ni sapa pulak?". Tanya Myeonnie kepada Hyunnie dengan penuh tanda tanya kerana dia tidak pernah tahu bahawa Hyunnie mempunyai kawan yang dia tidak kenali.

"Chanyeol tu budak lelaki yang kita jumpa kat bilik muzik waktu Baekkie datang sekolah hari tu" jawab Hyunnie sambil meletakkan beg sekolahnya di sudut bilik tersebut 

"Ooo.. Lelaki yang tinggi tu." Ujar Jongdae 

"Dah la tak payah nak cakap pasal budak tu. Jom kita practice ." Ajak Kyungie. 

"Jom!" Pekik Jongdae.

"Tak payah la pekik!!" Marah Myeonnie.  Dua yeoja yang lain hanya mampu ketawa dengan Myeonnie kerana semua orang tahu bahawa Myeonnie hidup dalam suasana rumah yang aman dan damai. Tiada bunyi bising yang terdapat didalam rumahnya. Jadi Myeonnie tidak biasa sekiranya bunyi pekikkan suara tambahan lagi suara yang kuat seperti Jongdae.

 

 

 

 

Setelah selesai berlatih Hyunnie bergegas ke loker miliknya untuk mengambil beberapa buku yang dia tinggal di dalam lokernya. Setelah tiba di hadapan lokernya dia dapati terdapat memo kecil berwarna merah jambu. 

Hyunnie seringkali mendapat memo seperti ini dihadapan lokernya sepanjang  dia belajar di E. High School of XO. Sehingga kini dia masih tidak mengenali siapa yang menghantar memo tersebut . Dia melihat kiri dan kanannya sekiranya terdapat pelajar yang memerhatikannya. Hyunnie pun mengambil kertas memo tersebut.

 

Semoga hari ini dan hari akan datang awak sihat selalu. Saya harap kesibukkan persiapan awak takkan ganggu kesihatan awak. 

😃 ~HAPPY VIRUS~

Hyunnie tersenyum setiap kali dia membaca memo yang HAPPY VIRUS beri kepadanya.

Hyunnie mengeluarkan kertas memonya dan membalas memo yang diterimanya.

Terima kasih sebab awak ambil berat pasal saya selama ini. Awak masih tak boleh beritahu saya ka siapa awak?.Mana tahu kita boleh berkawan.

~HYUNNIE~

Hyunnie mengoyakkan kertas memo tersebut dan melekatkannya di lokernya. Inilah rakan halimunan Hyunnie. Hyunnie tidak tahu mengapa tetapi Happy Virus dapat membuatkan Hyunnie tersenyum berseorangan setiap kali dia membaca kembali memo memo yang diterimanya.

Setelah itu Hyunnie mengambil buku yang hendak dibawa pulang dan berlalu keluar dari kawasan sekolah dan memasuki kereta yang telah lama menunggunya.

"Anyeonghaseyo Han Ajushi." Ucap Hyunnie kepada pemandu keluarganya itu.

"Anyeonghaseyo Agashi". Jawab Han Ajushi dan mula memandu kereta tersebut pulang ke rumah.

Terdapat tangan yang mengambil memo yang telah Hyunnie lekatkan tadi dan membalas memo tersebut serta merta. Selepas itu susuk tubuh itu berlalu pergi sambil membawa memo yang Hyunnie telah tulis tadi.

 

 

 

 

Kemurungan terserlah diwajah Sehun. Dia melangkah masuk kedalam bilik tidur rakan karibnya dan menghempaskan badannya di atas katil.

Tiba tiba sehelai tuala kecil dilemparkan kearah Sehun yang sedang terbaring terlentang di atas katil tersebut. Sehun mengambil tuala yang dilemparkan ke wajahnya itu dan melemparkan kembali tuala tersebut kearah namja yang berdiri dihadapan pintu bilik air.

"Kau kenapa?. Aku tengok muka tu murung je. Zizi tinggalkan kau ke?" Soal Chanyeol yang sekarang ini hanya memakai tuala yang memeluk pinggangnya. 

"Bukan la. Aku stress ni".

"Kenapa pulak yang kau nak stress?". Soal Chanyeol yang sekarang ini mencari pakaian di dalam almarinya 

"Zizi sekarang ni sibuk pasal teater pulak. Aku baru ingat nak ajak dia keluar. Aku rasa macam aku ni bercinta dengan artis pulak. Selalunya sibuk dia tu."

"Kau merungut la ni?" 

"Ye la."

"Aku rasa aku ada penyelesaian masalah kau ni" Chanyeol cuba memberikan idea kepada Sehun yang menurutnya idea yang bernas.

"Apa apa?"soal Sehun tidak sabar. 

"Kau putus je dengan dia senang. Kau tak sakit kepala. Zizi pun tak payah la layan budak paling manja kat dunia ni" setelah mendengan kata kata Chanyeol itu Sehun bingkas bangun lalu menarik tuala yang membaluti pinggang Chanyeol. Namun Chanyeol sempat memegang tualanya itu. Dan terjadilah tarik menarik diantara mereka sehingga bwrguling di atas katil.

"Wei lepas la aku tak pakai apa ni"

"Haha."

"Lepas la!!!!"

Tiba tiba pintu bilik Chanyeol dibuka oleh seseorang. 

"Apa yang bising bising ni" suara Puan Park  kedengaran. 

"Apa yang korang buat dalam bilik ni. Sehun,  Chanyeol bagi tahu omma sekarang" ujar Puan Park  dengan nada tinggi.

"Tak ada la omma. Sehun ni. Ada masalah saya yang kena"

"Tak ada apa la ommonie."

"Sehun kalau ada masalah pun tak kan nak tarik tuala anak omma ni" Chanyeol mengeluarkan lidahnya tanda mengejek Sehun.

Puan Park melihat anaknya pula.

"Dan kamu Chanyeol kalau pun kecewa tak dapat Hyunnie,  tak kan nak bagi Sehun ni jadi menantu omma. Omma tak nak bermenantukan lelaki." Ujar Puan Park.

"Omma!!! Apa ni!!." Chanyeol berasa sangat malu ketika itu dan membalingkan bantal kearah ommanya. Puan Park sempat menangkap bantal tersebut dan ketawa tanda puas mengerjakan anak kesayangnnya.

 

 

 

 

Chanyeol membaringkan tubuhnya diatas katil. Belum sempat dia melelapkan mata telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

"Nombor sapa ni?" Soal Chanyeol kerana hanya nombor sahaja yang tertera di skrin telefonnya.

"Yoboseyo?" 

"Dae aneonghaseyo. Ni Chanyeol ke?" Suara lembut seorang yeoja kedengaran.

Chanyeol merasakan bahawa dia mengenali suara itu 

"Ye ni saya.  Sapa ni?"

"Hai Chanyeol . Ni saya Hyunnie."

Chanyeol terpaku apabila mengetahui bahawa Hyunnie menelefonnya.

"Hyunnie?".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment