Chapter 13

CAN I STILL SEE YOU

Akibat kesunyian yang dirasai, Baekkie membuat keputusan untuk keluar dari rumahnya agar dia tidak akan mengalami tekanan.

Disebabkan Baekkie tidak mengetahui lagu selok belok kota raya Seoul, dia meminta agar Han ajushi menemaninya keluar.

"Agashi nak pergi mana dulu ni?" Soal Han ajushi kepada Baekkie sambil membelokkan kereta untuk keluar dari kediaman Byun.

"Boleh bawak saya pergi ke Hongdae tak sebab saya ingat nak beri baju dulu. Baju yang ada dah tak trend la ajushi."

"Baik agashi" setelah itu Han ajushi terus fokus memandu dan Baekkie sedang sibuk melihat post post di sosial media.

 

 

 

 

Junmyeon sekarang sedang berdiri dihadapan kubur appanya.  Dia mempersembahkan rasa hormatnya kepada appanya dengan cara bersujud selama 2 kali.Dia hanya melihat gambar appanya yang tertera pada batu nisan itu.

"Aboji. 2 hari lagi saya akan bergelar seorang doktor. Seperti apa yang saya janjikan kepada aboji. Tapi saya rasa kesal sangat sebab saya tak dapat nak rawat aboji."tanpa Junmyeon sedari air matanya mengalir. Setelah 10 minit dia berdiri disitu. Dia menaiki tangga lebih tinggi lagi di tanah perkuburan itu untuk pergi ke kubur Kim hanaboji, hanaboji Kai.

Setelah berdiri dihadapan kubur Kim hanaboji, Junmyeon memberikan hormatnya kepada Kim hanaboji. Dia termenung melihat gambar Kim hanaboji. Setelah itu dia terfikirkan akan hal Kai dan Hyunnie. Dia teringat akan pesanan Kim hanaboji kepadanya agar mengahwinkan Kai dan Hyunnie.

"Bianae hanaboji. Saya tak dapat nak tunaikan permintaan hanaboji itu. Betul kata Hyunnie, hati manusia memang boleh berubah." Setelah itu Junmyeon kembali ke keretanya lalu memecut untuk pulang kerumahnya.

 

 

 

 

"Jongdae~ah"sapa Chanyeol apabila bertemu dengan Jongdae. Jongdae yang sekarang ini termenung di court tenis milik sekolah memandang kearah Chanyeol.

"Kau ke. Kenapa datang sini?" Soal Jongdae dan Chanyeol mendekati Jongdae lalu duduk disamping Jongdae.

"Aku datang pulangkan bola keranjang tadi. Aku nampak kau kat sini sebab tu la aku datang. Kau nampak macam ada masalah je"

"Tak ada la. Aku ok je" jawab Jongdae untuk menyembunyikan kegelisahan hatinya.

"Kau tahu kalau kau boleh kongsi masalah kau dengan aku. Aku ni pendengar yang baik tau. Walaupun kita baru kenal tapi kalau kau nak cerita kat aku, aku sedia mendengar." Ucap Chanyeol sambil menepuk bahu Jongdae. 

Jongdae hanya berdiam diri. Chanyeol menepuk semula Bahu Jongdae lalu bangun untuk pergi dari situ. Tiba tiba Jongdae memanggil Chanyeol.

"Chanyeol~ah."Chanyeol terus memandang kearah Jongdae. Dia dapat merasakan bahawa Jongdae memerlukan dia sangat ini.

Chanyeol kembali duduk di kedudukannya tadi.

Jongdae mengambil masa untuk mengatur ayat.  Setelah beberapa detik Jongdae bersuara.

"Ok. Kau taukan yang Minnie tu yeojachingu aku"Chanyeol mengangguk .

"Apa aku patut buat kalau Minnie meminati namja lain?" Jongdae menunggu Chanyeol untuk membalas.

"Maksud kau kau rasa yang Minnie sukakan namja lain"

"Aku bukan rasa tapi pasti yang dia sukakan namja tu."

"Macam mana kau boleh pasti yang dia sukakan namja tu.  Dia ada bagitahu ke?"soal Chanyeol.

"Aku tau sebab namja tu sebenarnya Oppa Myeonnie." Chanyeol hanya mengangguk lalu memberi menberi riak muka yang meminta Jongdae menceritakannya lagi.

"Junmyeon hyung. Dia tu oppa Myeonnie. Dia tu pelajar keluaran universiti luar negara. Dia sekarang dah jadi doktor. Dia baik, penyayang, kacak, bertanggungjawab. Boleh dikatakan dia ni namja yang menjadi kegilaan yeoja diluar sana lah. Minnie sebenarnya sebelum jumpa aku dia memang sukakan Junmyeon hyung. Tapi Junmyeon hyung anggap Minnie ni dah macam dongsaengnya sendiri. Kelmarin Junmyeon hyung balik dan boleh dikatakan 5 tahun lebih la Junmyeon hyung tak balik dan kalau dia balik pun hanya untuk cuti sem tu pun tak lama. Aku dapat lihat riak wajah Minnie yang terlalu gembira bila jumpa Junmyeon hyung. Dia tak nampak dah aku ni. Dan semalam ada berlaku pertelingkahan sikit antara Junmyeon hyung dan Hyunnie dan lepastu Minnie suruh aku balik dulu dan dia nak stay dengan Junmyeon hyung."

Setelah mendengar luahan Jongdae Chanyeol baru mengetahui sebab Hyunnie menangis semalam.

"Apa yang penting sekarang ni. Kau tenang dulu dan lepas dah tenang kau pergi jumpa Minnie dan tanya dia betul betul. Mana tahu kau cuma salah faham. Minnie mungkin buat macam tu sebab waktu tu Junmyeon hyung perlukan seseorang untuk stay dengan dia." Jongdae mengangguk tanda mengerti.

"Terima kasih Chanyeol kau sudi dengar keluhan aku ni."

"Tak de hal la. Apa guna kawan kan."

"Selalunya aku minta nasihat Hyunnie. Tapi disebabkan hal semalam aku tak rasa nak ganggu dia. Hal dia dengan Junmyeon hyung pun tak selesai lagi."

"O ye sebelum aku terlupa. Aku dah siapkan dah kertas muzik untuk persembahan korang nanti. Tapi aku lupa nak bawak datang sekolah."

"Tak pe kau bagi alamat kau esok aku pergi rumah kau. "

"Ok la kalau kau dah cakap macam tu. Aku pergi dulu."

"Ok" jawab Jongdae dan Chanyeol bangun lalu meninggalkan Jongdae.

 

 

 

 

Yixing memerhati gerakan tarian Kai, Sehun dan Minnie. Dia perlu memastikan gerak tari mereka agar sama kerana pertandingan bakat disekolah hampir tiba. Mereka merupakan juara bakat tarian sekolah 3 tahun berturut turut.

Setelah muzik berhenti. Yixing mengambilkan tuala untuk mereka bertiga dan memberikannya kepada mereka.

"Kai tarian kau lebih baik dari hari tu."

"Tengok la siapa yang ajar dia."ujar Sehun dengan bangga lalu meletakkan tangannya keatas bahu Kai.

"Ye la tu. Kai lebih bagus dari kau la. Tak payah la nak bangga sangat."ujar Minnie lalu mengambil begnya untuk bersedia meninggalkan bilik tarian tersebut. Sehun memuncungkan bibirnya tanda protes.

"Kau nak pergi mana?" Soal Yixing kepada Minnie.

"Ada hal sikit."

"Jumpa Jongdae la tu" ujar Sehun.

"Ani. Junmyeon oppa." Jawab Minnie dengan tersenyum manis.

"Jongdae tahu tak?" Soal Kai yang dari tadi hanya berdiam diri.

"Ani. Tolong jangan bagitahu Jongdae. Nanti dia merajuk pulak."minta Minnie kepada mereka bertiga.

"Arasso."

"Kumao chingu. Aneong~". Lambai Minnie lalu keluar dari bilik tersebut.

"Kenapa pulak Jongdae nak marah?" Soal Sehun.

"Sejarah lama. Dah jom la. Aku nak kena junpa Myeonnie ni."ujar Yixing.

"Tak pe la korang pergi la dulu aku nak practice lagi."ujar Kai lalu mendapat anggukkan daripada Sehun dan Yixing dan mereka keluar dari bilik tersebut meninggalkan Kai bersendirian.

Kai mula memasang muzik lalu menggerakkan tubuhnya mengikut irama muzik tersebut. Ketika leka dia menari tiba tiba muzik terhenti. Dia memalingkan pandangannya kearah meain muzik tersebut dan berdiri seorang yeoja disitu tersenyum manis kearahnya. Kai tersenyum kembali kearah yeoja tersebut.

"Bila awak sampai."soal Kai.

"Baru je."jawab Kyungie.setelah beberapa detik. Kyungie kembali bersuara.

"Esok ulangtahun kematian hanaboji kan?"

"Mm.."

"Boleh tak kalau saya pergi?"

"Omma saya ada."Kai tahu bahawa ommanya tidak menyukai Kyungie kerana bagi ommanya Kyungie ialah punca dia dan Hyunnie berpisah walaupun Hyunnie telah memberitahu ommanya bahawa Hyunnie yang memutuskan hubungan mereka.

"Ara."

"Lagi pulak esok Hyunnie pun akan datang." Kyungie memang tepat pada mata Kai setelah nama Hyunnie keluar dari bibirnya.Timbul rasa cemburunya terhadap Hyunnie.

"Ye ke. Kalau macam tu tak pe la." Kyungie mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik tersebut namun terdapat tangannya yang memegang pergelangan tangannya . Dia memalingkan pandangannya kembali kearah Kai.

"Bianae Kyungie~ah."

"Mmm.." jawab Kyungie lalu menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

 

 

 

 

Setelah beberapa jam membeli belah. Baekkie memasuki pula sebuah kedai membeli beberapa buah topi kegemarannya. Sedang dia asyik memilih topi tiba tiba sebuah suara menegurnya dari belakang.

"Hyunnie?" Baekkie memandang belakang lalu terpaku kerana yang memanggilnya itu ialah seorang Park Chanyeol.

"Awak kenapa nampak macam terkejut je ni." Baekkie mula sedar.

"Ah. Tak ade la." Jawab Baekkie malu. 

"Saya tak tau pulak yang awak minat dengan topi, Hyunnie~ah." Baekkie terkejut apabila Chanyeol memanggilnya dengan panggilan Hyunnie.

"Saya rasa awak dah salah ni. Saya bukan Hyun..."belum sempat Baekkie menghabiskan ayatnya tiba tiba muncul seorang yeoja dipeetengahan umur.

"Dah jumpa apa yang dicari?" Yeoja tersebut menanyakan kepada Chanyeol lalu mengalihkan pandangannya kearah Baekkie.

"Awak siapa?"

"Ni la... Byun Hyunnie omma" 

"Oo.. jadi awak la Hyunnie. Aneong"

"Aneonghaseyo ajumma. Tapi saya bukan Hyun.." sekali lagi Baekkie belum sempat menghabiskan ayatnya kerana menerima pelukan dari Puan Park.

"Ooo... Chanyeol banyak sebut pasal kamu."ujar Puan Park lalu melepaskan pelukannya.

Sekarang ini Chanyeol berasa mahu membenamkan dirinya di dalam tanah kerana malu.

"Saya..."

"Tak payah la panggil ajumma. Panggil ja ommonie." Ujar Puan Park dengan nada yang ceria.

"Hyunnie seorang je ke?. Jom la join ommonie dengan Chanyeol kami nak pergi makan."Pelawa Puan Park.

"Omma jangan la macam ni. Segan dia nanti."

"Apa yang nak disegankan."Baekkie melihat dua beranak itu berbalah dengan paksaan senyuman diwajah mereka. 

"Sebenarnya saya.."Belum sempat Baekkie menghabiskan ayatnya tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia pun mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.Chanyeol dan Puan Park hanya memandang kearah Baekkie.

"Ye ajushi. Saya datang sekarang." Setelah itu Baekkie menyimpan semula telefonnya.

"Siapa yang telefon?" Soal Puan Park.

"Pemandu saya. Saya minta diri dulu sebab dia dah tunggu lama dah kat parking lot."

"Suruh je dia balik dulu nanti ommonie hantarkan kamu balik. Kan Chanyeol?" Soal Puan Park kepada anaknya.

"Omma!!" 

"Tak pe la menyusahkan je. Saya minta diri dulu." Lalu Baekkie menunduk sedikit lalu pergi meninggalkan Chanyeol dan ommanya.

"Omma buat apa ni. Kesian dia. Segan la dia nanti macam mana saya nak jumpa dia kat sekolah nanti." Kesal Chanyeol lalu pergi meninggalkan ommanya.

Puan Park tersenyum melihat gelagat anaknya itu lalu mengikuti anaknya.

 

 

 

 

Zizi memasuki biliknya lalu meletakkan beg sekolahnya. Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sebuah bukunya untuk mengambil nota yang diselitkan di dalam buku itu. 

Tiba tiba dia menjumpai sebuah sampul surat terselit di dalam buku tersebut. Dia mengambil sampul tersebut lalu membukanya. Zizi terkejut apabila melihat isi sampul tersebut. Terdapat gambar Sehun bersama dengan seorang yeoja cantik tersenyum girang. Tangan Sehun memeluk yeoja tersebut dari belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu yeoja itu.

Dan terdapat surat di dalam sampul itu. Zizi menahan perasaannya yang sedih itu lalu membaca isi kandungan surat itu.

SEHUN AKU PUNYA KALAU KAU TAK NAK  APA APA JADI KAT KAU. 

KAU TINGGALKAN DIA

 

FAHAM!!!!

Zizi terus melepaskan surat tersebut. Dia terduduk diatas lantai biliknya lalu air matanya mengalir. Perasaan takut mula menghantui dirinya. 

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor 1 dan menunggu panggilan disambung sambil tangannya menggeletar.

"Mmm Zizi~ah"

"Hyunnie~ah"panggil Zizi sambil teresak esak. 

"Wae Zizi~ah. Kenapa ni?. Kenapa awak nangis?"terdengar kerisauan disuara Hyunnie.

"Hyunnie~ah" hanya esakkan Zizi sahaja yang dapat Hyunnie dengar.

"Kau kat mana bagitahu aku. Aku pergi sana sekarang."

"Ru...mah"

"Arasso. Aku pergi sekarang tunggu"

"Palli Hyunnie~ah."

Lalu Zizi mematikan panggilan tersebut dan memeluk kakinya rapat kedadanya dan kembali menangis.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment