Chapter 19

CAN I STILL SEE YOU

Di sebuah rumah yang sunyi terdapat seorang yeoja sedang menyelak nyelak foto album miliknya. Di dalam foto itu terdapat banyak foto dirinya dan juga rakan rakan karibnya yang selama ini sentiasa bersamanya. Dia berfikir kembali adakah pantas dia melakukan hal yang telah dia rancang selama 2 tahun ini kepada rakan rakannya.Jari jemari cantiknya bermain main di atas foto foto tersebut. Tiba tiba jari jarinya berhenti disebuah gambar yang memaparkan dirinya dan bekas namjachingunya. Di dalam gambar tersebut senyumannya dan namja tersebut begitu bahagia. Namja tersebut memeluknya dengan sangat mesra dan menampakkan wajahnya yang sedang ketawa. Bbirnya sekarang ini membentuk senyuman apabila memandang gambar tersebut. Kemudian dia memandang kesisinya terdapat sebuah kotak yang dia letakkan tadi.Di dalam kotak tersebut terdapat barang barang dan gambar gambar yang berkaitan dengan bekas namjachingunya. Dia mengambil sebuah pendrive berwarna biru dan membawa pendrive tersebut  ke meja belajarnya yang terdapat sebuah laptop miliknya.

Yeoja tersebut menyucukkan pendrive tersebut dan membuka file yang terdapat di dalam pendrive tersebut. Terpapar beberapa buah video yang dirakamnya 2 tahun yang lalu bersama namjachingunya.Dia membuka video tersebut dan medapati sebuah pemandangan yang sangat cantik iaitu sebuah padang yang terbentang luas yang ditumbuhi rumput menghijau dan berdekatan gunung ganang. Tiba tiba sebuah suara terdengar keluar dari rakaman itu dan menampakkan dirinya sedang tersenyum di dalam rakaman itu.

"Wah!!!.. tempat ni memang cantik. tak sia sia kita datang sini kan Jongin?" kata Hyunnie sambil merakam dirinya dan kembali merakam pemandangan disitu. setelah itu dia merakam sebuah sosok namja yang bernama Kim Jongin yang sedang duduk di atas rumput rumput yang terbentang di situ. Namja itu sedang menghirup udara segar disitu.

"mm.. udara kat sini segar. Hyunnie~ah saya berjanji suatu hari nanti saya akan bawa awak datang sini lagi untuk melamar awak." ujar Jongin sambil memandang Hyunnie yang sedang berdiri dihadapannya. Hyunnie tersenyum memandang Jongin yang berada di dalam lenca videonya.

"Betul ni?."soal Hyunnie sambil tersenyum.

"Betul. Saya nak awak jadi isteri dan ibu kepada anak anak kita nanti." Jawab Jongin.

"kalau macam tu awak buat ikrar cepat biar ada bukti yang awak takkan tinggalkan saya dan cari yeoja lain. Cepat..." perintah Hyunnie. Jongin lalu bangun dan mengusap seluarnya yang tersisi rumput rumput lalu mengangkat tangan kanannya berposisi seperti mengangkat sumpah.

"Ok. Ehmmm.... Saya Kim Jongin berjanji bahawasanya saya akan mencintai Byun Hyunnie seluruh hati saya dan akan melamarnya disini dan akan mencintainya selagi saya masih hidup.Walaupun Hyunnie mungkin akan berhenti mencintai saya dan akan lari dari saya, saya akan tetap kejar dia dan takkan benarkan namja lain mencintainya." Setelah itu Jongin mengambil camera video tersebut lalu merakam Hyunnie pula.

"awak pulak." Hyunnie menyikat nyikat rambutnya agar rapi lalu mengangkat tangannya seperti Jongin tadi.

"ok. Saya Byun Hyunnie berjanji yang saya akan mencintai Kim Jongin selagi saya hidup dan akan menerima lamarannya nanti.Saranghae Jongin~ah."  Ucap Hyunnie sambil diakhiri dengan tangannya diangkat keatas kepalanya lalu membentuk bentuk hati. 

Hyunnie tersenyum menonton video tersebut. Sebegitu bahagianya dia bersama Jongin dulu.Hyunnie ingin membuka sebuah video lagi namun terhenti niatnya apabila Baekkie melangkah masuk kedalam biliknya lalu menghempaskan dirinya di atas katil Hyunnie. Hyunnie memandang kearah Baekkie yang kelihatan sangat penat.

"Selamat pulang" ucap Hyunnie kepada Baekkie. Baekkie bangun dari posisinya tadi lalu duduk di atas katil Hyunnie."Hyunnie~ah aku ada benda nak bagitahu kau ni tapi kau jangan marah aku pulak tau. Kau terima dengan hati yang terbuka. ok??" kata Baekkie.

"Maksud kau?" soal Hyunnie sambil mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti."Ok macam ni". Baekkie menghembuskan nafasnya tanda gementar.

"Kau taukan yang aku sukakan Chanyeol?" soal Baekkie dengan mimik muka gelisah.

"yee..." jawab Hyunnie lanjut.

"kau taukan yang Chanyeol sukakan kau?."

"Kau taukan yang aku tak...." kata Hyunnie namun dipotong oleh Baekkie.

"ye aku tahu. Bagi aku habis cakap dulu."

"ok." respon Hyunnie.

"Tadikan kau suruh aku cakap dengan dia. Pastu aku pun cakap la dengan dia. lepastu dia ajak aku jadi yeojachingu dia" kata Baekkie memberhentikan kalimahnya.

"Kau tolakkan?." soal Hyunnie namun tidak mendapat respon dari Baekkie. Baekkie hanya berdiam diri dan membuat ekspresi mula sedih. Hyunnie faham dengan jawapan tanpa suara Baekkie itu.

"ya... Baekkie~ah jangan kau cakap yang kau...." Baekkie mengangguk pelan memahami apa yang akan dikatakan oleh Hyunnie walaupun Hyunnie belum mengatakannya lagi.Hyunnie terdiam menghembus nafas tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Baekkie tahu Hyunnie bukan jenis yang pemarah, malahan seumur hidupnya dia tidak pernah melihat Hyunnie marah sama sekali. Sehinggakan dia pernah berfikir sama ada waktu di dalam rahim umma mereka dia telah mengambil sikap pemarah itu habis sampai tidak tersisi sedikit pun sikap itu untuk Hyunnie.

"Jadi sekarang ni Chanyeol namjachingu aku?" soal Hyunnie denagn tenang.

"mm.. bianae Hyunnie~ah.' kata Baekkie lalu memeluk Hyunnie yang masih duduk di kerusi belajarnya.

 

 

 

 

Sehun merasa aneh dengan sikap Zizi kebelakangan ini. Zizi sering menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak tahu apa puncanya . Sehun tidak melakukan apa apa salah setahunya. Sekarang ini Sehun sedang memerhatikan Zizi yang sedang membuka lokernya. Zizi sepertinya sedang mengeluarkan sepucuk surat dan mengeluarkan sesuatu seperti gambar. Sehun melihat wajah Zizi berubah apabila melihat gambar tersebut. Sehun tetanya tanya siapa di dalam foto itu yang membuatkan Zizi bereaksi begitu. Zizi dengan pantas meletakkan kepingan gambar tadi lalu menutup lokernya dan beredar dari situ. Sehun pun berniat mengikuti Zizi namun menghentikan langkahnya apabila dia mendapati bahawa loker Zizi terbuka sedikit. Sehun pun memandang keliling agar tiada sesiapa yang akan melihat perlakuannya ini. Dia pun membuka loker Zizi untuk mengambil gambar yang dilihat Zizi tadi. Alangkah terkejutnya Sehun apabila melihat gambarnya sedang berpelukan dengan seorang yeoja. Yeoja yang tidak asing dengannya. Yeoja yang pernah menghiasi hidupnya sebelum dia bertemu dengan Zizi.

Cinta pertamanya...........

Xi Lulu....

............................................................................................................................................................................................................................................................SAYA WUJUDKAN LUHAN SEBENTAR YE...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment