Grandpa

CAN I STILL SEE YOU

Baekkie menuju kearah bilik Hyunnie untuk memulangkan earphone dongsaengnya itu. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Baekkie terdengar adiknya sedang berbual dengan seseorang. Baekkie pun mengintai dengan memajukan kepalanya sahaja di sebalik pintu bilik tersebut.

"Dae aneonghaseyo.Ni Chanyeol ke?" 

"Chanyeol?"bisik Baekkie.Baekkie berasa berdebar debar apabila terdengar nama  Park Chanyeol disebut.

"Kenapa Hyunnie call Chanyeol malam malam macam ni?."bisik hati Baekkie.

"Hai Chanyeol. Ni saya Hyunnie." Balas Hyunnie kepada Chanyeol setelah beberapa detik.Baekkie masih tertanya tanya kenapa dongsaengnya itu menelwfon Chanyeol malam malam begini.

"......"

"Esok boleh tak kalau saya nak jumpa awak?. Saya, Myeonnie, Jongdae dan Kyungie nak minta bantuan awak untuk jadi pemain muzik untuk pentas kami nanti"

"......"

"Sebenarnya Zizi yang syorkan awak sebab dia ada pementasan teater nanti. Tapi kalau tak boleh tak pe la." Ujar Hyunnie dengan wajah yang serba salah untuk meminta tolong. Hyunnie berjalan duduk di katilnya setelah lama berdiri di tepi meja belajarnya.

"....."

"Betul ni?"

"...."

"Terima kasih Chanyeol. Kita jumpa esok. Bye." Hyunnie mematikan panggilannya. Dia meletakkan telwfonya di meja beesebelahan dengan katilnya itu. Lalu baring untuk bersiap sedia tidur. 

Baekkie melangkah masuk ke dalam bilik Hyunnie tanpa mempeelihatkan bahawa dia telah lama ada di pintu bilik Hyunnie.

"Hyunnie, ni earphone kau. Kau tinggal dekat dalam bilik aku tadi"

"Thanks Baekkie." Hyunnie pun mengambil earphone tersebut dan meletakkannya bersebelahan dengan telefonnya tadi.

"Tadi kau cakap dengan sapa?" Soal Baekkie.

"Kau dengar ke?"

"Tak la semua yang kau cakap aku dengar." Ujar Baekkie cubaan untuk tidak tertangkap kerana terlanjur terdengar perbualan dongsaengnya itu.

"Oo.. tadi cakap dengan pujaan hati unnie ku yang cantik ni." Jawab Hyunnie dengan senyuman yang penuh maksud tersirat 

"Apa yang kau merepek ni. Chanyeol bukan pujaan hati aku pun". Ujar Baekkie sambil mempeetahankan maruahnya.

"Aku tak kata pun lagi yang aku berbual dengan Chanyeol."kata Hyunnie.

"Ha... kantoi kau intip aku tadikan?"

"Mana ada."jawab Baekkie yang terlihat pucat sekarang.

"Dah la selamat malam."Ujar Baekkie lagi dan kemudian keluar dari bilik Hyunnie.

"Unnie. Malu la tu." Ujar Hyunnie lalu tersenyum sambil menarik selimutnya untuk tidur.

 

 

 

 

Pagi yang agak mendung membuatkan Kai malas untuk bangun dan pergi ke sekolah. Dia hanya melingkar di atas katilnya.

"Kim Jongin cepat turun!!!" Bunyi teriakkan Puan Kim membangunkan Kai. 

"Ye. Saya turun sekarang!!" Jawab Kai kepada ommanya yang berada dilantai bawah.

Kai dengan malas bangun dan memasuki bilik airnya. Dia melihat wajahnya di dalam cermin dan membasahi wajahnya dengan air. 

"Satu hari lagi berhadapan dengan hidup tanpa Hyunnie"  fikirnya.

Kai senyum tipis.

 

 

 

 

Kai bertolak ke sekolah dengan motosikal berkuasa tingginya.Setelah tiba di sekolah dia meletakkan motosikalnya di parking yang disediakan. Setelah itu Kai mula berjalan untuk memasuki kelasnya. 

Kai duduk dimejanya yang terletak di belakang meja Hyunnie. Keadaan di kelas yang bising sudah menjadi kebiasaan dipagi hari di E. High School of XO. 

"Selamat pagi!!" Suara Sehun menambah lagi kebisingan di dalam kelas tersebut.

"Pagi Sehun"ujar Hyunnie. Sehun mengenyitkan matanya kepada Hyunnie dan terus ke tempat duduknya yang berada disebelah Kai.

"Kau ok tak ni?"soal Sehun kepada Kai yang sekarang ini meletakkan kepalanya di atas meja.

Kai tidak menjawab soalan Sehun dia hanya mengalihkan kepalanya di sebelah kiri dimana dia sedang memandang langit di luar tingkap kelas.

Hyunnie memalingkan kepalanya kebelakang untuk melihat mereka berdua namun Kai tidak melihat Hyunnie kembali. Hyunnie memandang ke arah Sehun. Sehun hanya mengangkat bahunya dan kemudian Hyunnie memaling kembali kearah hadapan kerana Kim Songsaengnim telah maauk kedalam kelas.

Kyungie memandang ke arah Kai yang sedang memandang kearah tingkap. Kedudukan Kyungie adalah di sebelah kanan Sehun. 

"Ok semua sila duduk di tempat masing masing" arah Kim Songsaengnim.

"Hari ini kita adakan quiz. Sila bahagikan kertas ini" kata Kim Songsaengnim sambil menyerahkan kertas kertas tersebut kepada Yixing yang duduk dibarisan paling depan di dalam kelas.

 

 

 

 

Hyunnie bergegas ke lokernya untuk meletakkan beberapa buku yang dia tidak perlukan. Dia berlari kerana dia telah lewat ke bilik latihannya. Setelah dia sampai di lokernya dia dapati memo daripada HAPPY VIRUS.

Satu hari nanti awak akan tahu siapa saya. 😉

~HAPPY VIRUS~

Hyunnie mengambil memo tersebut dan lekatkannya di dalam lokernya. Dia meletakkan bukunya setelah Hyunnie meletakkan bukunya dia menutup lokernya tiba tiba Kai muncul di sisinya.

"Ah!."jerit Hyunnie sambil mengusap dadanya untuk meredakan degupan jantungnya.

"Awak rupanya Jongin. Kenapa awak kat sini?". Soal Hyunnie kepada Kai.

"Tak de apa la. Omma saya suruh awak datang rumah saya Sabtu depan"

"Oh. Kenapa ye?"

"Tak kan disebabkan kita putus awak dah tak ingat Sabtu depan hari apa". Hyunnie cuba mengingati ada apa dengan Sabtu depan.Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu 

Kai dengan muka marah. 

"Walaupun awak tak cintakan saya dan tak perdulikan saya lagi, tak bermaksud awak juga boleh lupakan hari peringatan mendiang hanaboji" setelah itu Kai terus berlalu dalam keadaan marah. Hyunnie terus teringat. Sabtu depan memang hari peringatan hanaboji.

"Jongin~ah!" Panggilan Hyunnie tidak dihiraukan oleh Kai. Hyunnie berasa menyesal kerana dia tidak ingat hari yang penting sebegitu.

"Bianae hanaboji"Hyunnie lalu berlalu ke bilik latihannya dengan rasa bersalah.

Flashback~

Di dalam sebuah wad di hospital

"Hanaboji kenapa hanaboji bangun. Hanaboji sepatutnya baring bukannya bangun."ujar Hyunnie sambil membetulkan bantal.

"Tak kan la hanaboji nak tidur sedangkan kekasih hanaboji datangkan" ujar Kim hanaboji lalu mencubit pipi Hyunnie.

"Hanaboji jangan la buat macam tu kat yeojachingu saya" ujar Kai yang datang dari arah pintu masuk.

"Sapa cakap Hyunnie ni yeojachingu kamu. Hyunnie dari dulu yeojachingu hanaboji dan selama lamanya jadi yeojachingu hanaboji. Kan Hyunnie." Kata Kim hanaboji lalu memandang kearah Hyunnie.

Hyunnie tersenyum riang dan memegang tangan Kim hanaboji. 

"Bila hanaboji boleh keluar dari hospital ni. Hyunnie bosan la pergi rumah je hanaboji tak ada"

"Saya ada apa. Saya boleh temankan awak kan" ujar Kai lalu mendekati mereka berdua.

"Hanaboji dengan awak orang yang berbeza la Jongin."

"Dah Jongin pergi jauh jauh jangan ganggu hanaboji nak berdua duaan dengan Hyunnie." Kata Kim hanaboji sambil membuat isyarat tangan mengusir Kai dari bilik tersebut. Hyunnie  juga membuat isyarat yang sama.

Kai mendekati Hyunnie lalu memegang tangan Hyunnie.

"Saya tak kan biarkan awak dengan hanaboji berdua duaan"

"Awak ni macam budak budak la." Hyunnie mempereratkan genggaman tangannya dengan Kai.

"Tapi awak cintakan budak ni kan" ucap Kai dengan bangga.

"Rasanya sempat tak hanaboji nak tengok kamu berdua berkahwin dan berikan hanaboji cicit?" Soalan Kim hanaboji membuatkan Hyunnie merah padam.

"Sekarang pun boleh." Jawab Kai yang mendapat tamparan oleh Hyunnie di lengannya. Kim hanabonji hanya ketawa.

End of flashback~

Hyunnie masih teringat kejadian di hospital ketika hanaboji masih dirawat. Dia membuka pintu bilik latihan dan terlihat Myeonnie, Kyungie Jongdae dan Chanyeol.

Hyunnie hanya tersenyum untuk menyembunyikan perasaan sedihnya itu.

 

 

 

Di airport

Seorang namja tampan keluar dari airport. Dia tidak memberitahu keluarganya bahawa dia telah pulang ke Korea. Dia ingin memberi kejutan kepada dongsaeng dongsaengnya dan ommanya.

Dia memasuki teksi dan menuju kerumahnya.

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment