Chapter 22

CAN I STILL SEE YOU

“Kenapa pulak aku kena pergi date dengan dia malam ni?” soal Baekkie yang sedang berdiri sambil meletakkan smartphonenya di telinga sebelah kirinya. Sekarang ini Baekkie sedang berbual dengan dongsaeng kesayangannya iaitu Hyunnie.

“Sebab dia tu namjachingu kau.” Balas Hyunnie. Baekkie terdiam seketika. “ ala unnie keluar ja la dengan Chanyeol kan unnie juga yang terima dia sebagai namjachingu unnie” jelas Hyunnie. Baekkie hanya terdiam tidak dapat berkata apa-apa. Dia tahu semua ini berpunca daripada dia sendiri.  “tapi dia tak syak apa apa ke kalau aku yang pergi?”soal Baekkie. “unnie kalau dia boleh sangkakan orang yang dia ajak dating tu saya, ni apakan pula situasi sekarang. Dia tak kan perasan kalau unnie jadi saya.Ok?” jawab Hyunnie dengan nada selamba.

“Ye tak ye jugak.” Kata Baekkie pelan namun masih dapat didengari oleh Hyunnie. “tu la pandai dalam pelajaran tak bermaksud pandai dalam semua benda.”kata Hyunnie pelan. “Apa kau kata?!” soal Baekkie dengan nada menekan. “mana ada aku kata apa apa.” Jawab Hyunnie dengan nada tidak bersalah.

“unnie aku kena letak telefon dulu sebab aku nak tengok keadaan Minnie.” Terang Hyunnie.

 “hhmm.” Jawab Baekkie singkat lalu menamatkan talian.

“baju apa aku nak pakai?” soal Baekkie sendiri.

 

 

 

 

“Kau ok?” soal Hyunnie kepada Minnie yang sedang menyandarkan diri di kepala katilnya. Hyunnie mendekati Minnie lalu turut duduk seperti posisi Minnie. “Kau tahu, belum sampai 3 hari kau dengan Jongdae berbaik.” Kata Hyunnie sambil menggelengkan kepalanya.

“Kali ini bukan salah aku. Siapa suruh dia rahsiakan benda ni daripada aku.” Jawab Minnie.

“ aku tahu kau marah. Tpi aku nak kau tahu yang semua itu impian Jongdae. Dia dah dilamar oleh sebuah syarikat besar. Kau rasa kalau kau jadi dia, kau nak tolak ke kontrak tu?” soal Hyunnie. Minnie hanya terdiam. Hyunnie melanjutkan lagi bicaranya.

“Jongdae ada kat luar. Nak aku panggilkan?” soal Hyunnie. Minnie hanya mengggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. “Habis tu kau nak aku suruh Jongdae balik dulu ke?” Soal Hyunnie lagi lalu mendapat anggukkan dari Minnie.

“ Baiklah kalau macam tu. aku pergi jumpa Myeonnie. Kau berehat ye.” Kata Hyunnie lalu keluar dari bilik Minnie. Dia terus menuju ruang tamu untuk menemui Jongdae.  Hyunnie dapat melihat kecemasan diwajah Jongdae sewaktu datang kerumahnya tadi dan memberitahunya tentang masalah mereka berdua.

Jongdae terlihat Hyunnie datang dari arah bilik Minnie lalu terus berdiri dan mendekati Hyunnie.“Minnie perlukan masa untuk berfikir nanti bila dia tenang, dia carilah kau.” Jawab Hyunnie. Jongdae hanya mengangguk.

“Hyunnie~ah, bianae.” Ucap Jongdae tiba tiba.

“Wae?”

“sebab kitorang susahkan kau.”

“tak ada masalahlah. Masalah korang, masalah aku juga.” Jawab Hyunnie. Jongdae hanya tersenyum pahit mendengar kata kata Hyunnie itu. Sungguh dia rasa bersalah kerana telah membebankan masalah mereka kepada Hyunnie dan sedangkan dia mengetahui Hyunnie juga mempunyai masalah terutama sekali dengan apa yang berlaku di sekolah tadi.

Jongdae mula membuka bicara kembali. “ Hari dah nak dekat malam. Kau nak pergi mana lepas ni?. Marilah aku hantarkan.” Pelawa  Jongdae.

“aku ingat nak pergi rumah Myeonnie kejap. Dari dekat sekolah tadi aku tak bercakap pun dengan Myeonnie. Aku takut dia pun marah dengan aku pasal apa yang jadi.” Kata Hyunnie. “ Baiklah kalau macam tu. Aku balik dulu.” Jawab Jongdae. Sebelum pulang, Hyunnie meminta Jin ajumma iaitu pembantu rumah Minnie untuk melihat lihat keadaan Minnie.

Setelah berada diluar rumah, Jongdae mengucapkan selamat tinggal kepada Hyunnie lalu terus memasuki keretanya dan memecut laju.Hyunnie meneruskan langkahnya ke rumah Myeonnie yang terletak selang 3 buah rumah dari rumah Minnie. Belum sempat Hyunnie menekan intercom, dia disapa dari belakang oleh Puan Kim iaitu omma kepada Junmyeon dan Myeonnie.

“ommonie.” Sapa Hyunnie dengan nada yang riang lalu memeluk Puan Kim. Puan Kim juga membals pelukkan itu, tidak lama kemudian, mereka melepaskan pelukkan itu. “Bila Hyunnie sampai?” soal Puan Kim. “Baru je. Tadi saya dari rumah Minnie. Tu yang singgah sini kejap sebab nak jumpa dengan Myeonnie.” Jawab Hyunnie.

“masuk dulu.” kata Puan Kim lalu mereka berdua memasuki rumah itu. Puan Kim menyuruh pembantu rumahnya memanggilkan Myeonnie namun pembantu rumah tersebut memberitahu bahawa Myeonnie telah keluar untuk ke rumah Hyunnie.

“ye ke?” soal Hyunnie kerana seingat dia Myeonnie tidak memberitahunya tentang perkara itu.

“bila dia keluar?” soal Hyunnie lagi.

“Dalam 1 jam yang lalu. Cuba kamu telefon Myeonnie .” kata pembantu rumah tersebut atau Song ajumma. Hyunnie terus menyelup tangannya pada saku seluarnya untuk mencari telefonnya lalu menelefon Myeonnie.

Setelah beberapa detik, Myeonnie mengangkat telefon.

“Myeonnie, kau ada mana?” soal Hyunnie.

“Aku?... Aku…ada dekat ru..mah?. Kenapa?” Jawab Myeonnie dengan nada yang meragukan. Hyunnie terdiam seketika.

 “ tak de apa lah. Saja je tanya. Ok bye.” Setelah itu dia memutuskan talian.

“Myeonnie ada dekat mana?” soal Puan Kim. Hyunnie teragak agak untuk menjawab. “mmm.. dia ada dekat rumah saya sekarang. Mungkin dia lupa call tadi untuk bagitahu saya.” Jawab Hyunnie terpaksa berbohong. “Oo.. kalau dah sampai baguslah.” Jawab Puan Kim.

“tak pe lah ommonie saya balik dulu lagi pulak hari dah nak malam.” Kata Hyunnie lalu keluar dari rumah Myeonnie dan menuju ke stesen bas berdekatan. Dia berniat untuk menaiki bas untuk pulang. Tiba tiba sebuah kereta berhenti dihadapannya. Dia merasa bahawa mengenali kereta tersebut. Dia cuma melihat siapa yang ada di dalam kereta tersebut namun tidak kelihatan kerana cermin kereta berwarna gelap. Tiba tiba tingkap kereta tersebut terbuka namun Hyunnie terkejut kerana pemilik kereta tersebut ialah Park Chanyeol.

“Awak Baekkie kan?”soal Chanyeol. Hyunnie terkejut kerana Chanyeol memanggilnya Baekkie tetapi dia turut memainkan suasana juga dan mengangguk.

“awak Chanyeol , betul tak?” Chanyeol hanya membalas dengan senyuman.

“Awak nak pergi mana?” soal Chanyeol.

“Saya nak balik”

“Kalau macam jom la saya hantarkan. Lagi pula saya nak ke rumah awak ni.” Kata Chanyeol. 

“Baiklah.” Jawab Hyunnie lalu menaiki kereta tersebut. Keadaan mereka diselimuti dengan kesunyian dan hanya suara radio yang kedengaran. Chanyeol berasa janggal bila bersama dengan ‘Baekkie’. Dia mengutuk dirinya sekarang kerana memperlawa ‘Baekkie menaiki keretanya. Dia bukan tidak ikhlas, hanya saja dia pada mulanya ingin mendekatkan diri dengan ‘bakal kakak iparnya’ namun dia tidak tahu bahawa dia akan berasa janggal sebegini.

Hyunnie menyedari sikap Chanyeol sekarang lalu dia membuat keputusan untuk memulakan perbualan.”Chanyeol~shii kalau boleh saya tahu kenapa awak nak ke rumah saya?” soal Hyunnie walaupun dia mengetahui sebabnya.

“ tak perlulah awak gunakan margah shii tu. Kitakan sebaya. Panggil ja Chanyeol.” Kata Chanyeol. Hyunnie hanya mengangguk tanda memahami.

“sebenarnya saya nak bawa Hyunnie tengok wayang.”

“oo ye ke. Patutlah ‘Hyunnie’ ceria semacam ja hari ni” kata Hyunnie dengan sedikit menipu.  Chanyeol hanya tersenyum bahagia.

 

 

 

 

Baekkie membuka pintu rumahnya setelah mendengar bunyi enjin kereta dihadapan rumahnya. Namun yang mengejutkan dia ialah Chanyeol tidak datang sendiri tetapi membawa Hyunnie sekali.

“Aneong uri dongsaeng” ucap Hyunnie kepada Baekkie. Baekkie hanya terdiam. Hyunnie menyambung kembali ucapannya.

“semoga awak berdua bersenang senang ye malam ni.” Lalu Hyunnie menolak Baekkie mendekati Chanyeol yang sekarang ini memandang Baekkie dengan penuh lembut.

“Jom Hyunnie.” Ucap Chanyeol lalu menghulurkan tangannya dan Baekkie yang baru tersedar terus menyambut tangan Chanyeol. Setelah itu mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Hyunnie dan Hyunnie mengepalkan tangannya dan melihat Baekkie bermaksud menyuruh Baekkie bersemangat.

Setelah itu mereka pergi meninggalkan kediaman keluarga Byun.

 

 

 

 

“ dari mana ja ni sampai pukul 10 malam baru balik?” soal Puan Kim apabila melihat kelibat anak perempuannya.

“mmm.. dari rumah Yixing” jawab Myeonnie.

“ bukan kamu pergi rumah Hyunnie?”soal Puan Kim.

 “mana ada.” Jawab Myeonnie.

“tapi tadi Hyunnie cakap kamu ada dekat rumah dia”  Myeonnie terdiam seketika. Puan Kim kembali bersuara.

“tadi Hyunnie datang dia cari kamu tapi kamu keluar. Dia ada call kamu kan?” soal Puan Kim lalu Myeonnie mengangguk perlahan.

“kamu cakap kat dia kamu ada dekat rumah dia.” Myeonnie tergamam dengan apa yang dikatakan oleh ommanya. Dia kembali menyusun ayat agar mempertahankan dirinya.

“Mmm..memang Myeonnie per..gi rumah hyunnie, lepas..tu Myeonnie pergi rumah Yixing pula.” Jawab Myeonnie tersekat sekat. Puan Kim memandang curiga anaknya itu lalu menyuruh Myeonnie masuk ke bilik.

Setelah tiba dibilik Myeonnie melemparkan badannya keatas katil miliknya. Dia melentangkan badannya dan memandang syiling bilik tersebut.

“esok mesti Hyunnie tanya pasal benda ni.” Bisik Myeonnie lalu bangun dan menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

...........................................................................................................................................................................................................................................................THIS IS SO BORED. I KNOW.

WELL I WILL MAKE IT INTERESTING NEXT CHAPTER.

I'M SO SORRY FOR U GUYS BECAUSE HAVE TO WAIT FOR A LONG TIME FOR THE NEXT UPDATED.

I WILL IMPROVED IT..

OK BYE..

XOXO.

WE ARE ONE!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment