Chapter 15

CAN I STILL SEE YOU

Baekkie menarik nafas terlebih dahulu sebelum menekan loceng rumah yang berada dihadapannya sekarang.

"aku boleh buat!"Fikir Baekkie sambil menggenggam tangannya.

Baekkie menekan loceng rumah tersebut. Beberapa detik kemudian sebuah suara keluar daripada intercom yang berada dihadapannya.

"Ye, agashi cari siapa?"

"Aneonghaseyo. Nama saya Byun Bae..."tiba tiba Baekkie terfikir tujuannya yang sebenar datang kesitu.

"Agashi?.."Baekkie kembali semula dari fikirannya.

"Ye. Nama saya Byun Hyunnie. Saya datang ni nak berjumpa dengan Park Chanyeol."Baekkie melepaskan nafas lega.

"Oo.. sebentar ye."

"Ye."

Setelah 2 minit keluar seorang yeoja pertengahan umur membukakan pagar rumah tersebut lalu tunduk hormat kepada Baekkie. Baekkie menunduk hormat kembali kepada yeoja tersebut.

"Silakan masuk." Pelawa yeoja itu.

"Ye." Baekkie mengikuti yeoja itu masuk ke dalam rumah itu.

Setelah tiba di ruang tamu yeoja tersebut memperlawa Baekkie duduk lalu pergi memanggil Chanyeol.

Baekkie melihat sekeliling rumah tersebut. Terdapat pasu bunga yang Baekkie percayai sangat mahal harganya. Dan di dinding ruangan tersebut terdapat banyak gambar Chanyeol.

Baekkie berdiri lalu melangkah untuk melihat gambar gambar tersebut dengan lebih dekat. Terdapat gambar seorang kanak kanak namja yang duduk lalu disampingnya terdapat seorang kanak kanak yeoja berdiri disampingnya. Sedang Baekkie asyik melihat gambar gambar tersebut. Sebuah suara menyapanya.

"Duguseyo?" Baekkie dengan segera memaling kebelakang lalu berdepan dengan Puan Park.

"Oh.. Hyunnie?"Baekkie pun membalasnnya dengan senyuman.

"Aneonghaseyo ommonie"ucap Baekkie lalu menunduk.

"Oo.. Hyunnie buat apa datang sini. Mari duduk" lalu Baekkie pun mendekati sofa yang terdapat di ruangan itu lalu duduk di tempat yang dia duduki tadi.Setelah duduk dia membuka bicara kembali.

"Saya datang ni sebenarnya nak ambil kertas muzik yang ada kat Chanyeol. Sebenarnya Jongdae yang datang tapi dia ada hal sebab tu la saya datang."

Puan Park mengangguk tanda mengerti.

Setelah itu yeoja yang menyambut Baekkie tadi kembali ke ruang tamu. 

"Maaf agashi Chanyeol mungkin lambat sikit sebab dia baru bangun."

"Aaa.. tak pe saya boleh tunggu."

"Apa kata kalau Hyunnie pergi tunggu Chanyeol dekat dalam bilik dia.  Sebab kalau Hyunnie tunggu sini pun bukan boleh buat apa pun . Omma pun nak keluar dengan Yoon ajumma nak pergi beli barang dapur kan ajumma"Puan Park memandang Yoon Ajumma dengan penuh erti agar Yoon ajumma mengerti maksudnya.

"Tapi semalam baru je..." sebelum Yoon ajumma menyudahkan ayatnya dia terfikir sejenak lalu mengangguk mengerti maksud disebalik itu.

"Aa.. ye betul tu. Agashi pergi la nak bilik Chanyeol . Agashi nak tangga ni dan masuk bilik pertama belah kiri."

"Jom ajumma nanti kita lambat." Lalu mereka pun berangkat keluar dari rumah tersebut.

Baekkie pun bangun lalu menuju kebilik yang dikatakan tadi. Setelah masuk kebilik tersebut Baekkie terdengar bunyi air dan tiba tiba muka Baekkie merah. Dia terbayangkan Chanyeol yang keluar dari bilik air itu tanpa pakaian dan hanya memakai tuala yang dilingkari pada pinggangnya sahaja. Dan terlihat otot otot tangan dan perut Chanyeol yang kental dan dada Chanyeol yang bidang.

"apa yang aku fikir ni."Baekkie menggeleng gelengkan kepalanya untuk menghilangkan fikiran kotornya. 

Baekkie membuat keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Sebelum sempat Baekkie menoleh kembali kearah pintu keluar, pintu bilik air terbuka lalu Baekkie dengan tidak sengaja melihat kearah pintu bilik itu,  lalu terlihat Chanyeol mengeringkan rambutnya dan memakai seperti bayangan Baekkie.

Chanyeol tidak perasan bahawa Baekkie berada di dalam bilik tersebut kerana dia sibuk mengeringkan rambutnya. Setelah beberapa ketika Chanyeol mengangkat pandangannya lalu bertemu mata dengan Baekkie.

"AHHHHHH!!!"jeritan kedua duanya kedengaran. Baekkie dengan pantas keluar dari bilik itu lalu menuju keluar rumah itu.

Chanyeol terduduk kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Hyun...nie da..la..m bilik a...ku"kata Chanyeol yang masih di dalam keadaan terkejut.

"MALUNYA!!". Jerit Baekkie yang mendapat tatapan dari orang yang berada di sekelilingnya sekarang. Baekkie tidak kisah dengan pandangan yang dia dapat dari mereka.

Baekkie dengan langkah berat menahan teksi lalu menaikinya dan pulang kerumahnya.

 

 

 

 

"Terima kasih semua sebab datang untuk beri penghormatan pada hanaboji." Ucap Puan Kim.

"Tak ada apa la ommonie. Lagi pulak kami semua dah anggap hanaboji macam hanaboji kami sendiri dah."ujar Junmyeon.

"Betul tu."tambah Myeonnie.

"Kami balik dulu ye ommonie"ujar Hyunnie lalu menunduk hormat dan diikuti oleh Junmyeon, Myeonnie dan Minnie.

"Ye la." Balas Puan Kim.

Mereka menuju ke halaman depan rumah tersebut dan diikuti oleh Kai.

"Terima kasih Hyung sebab datang." Kai berjabat tangan dengan Junmyeon. Junmyeon hanya membalas dengan senyuman lalu berlalu menaiki kereta yang dan diikuti oleh Myeonnie. Junmyeon perasan Minnie tidak mengikutinya. 

"Minnie,  jom." Panggilnya.

"Oppa Minnie nak balik dengan Hyunnie. Oppa balik la dulu dengan Myeonnie ye."ujar Minnie.

"Ok . Jangan balik lewat sangat." Kemudian Junmyeon memandu keretanya lalu berlalu pergi meninggalkan Minnie, Kai dan Hyunnie.

"Saya balik dulu." Ucap Hyunnie kekok.

"Mm.. hati hati."jawab Kai.

"Jom, Hyunnie. Bye Kai." Ucap Minnie.

"Bye."jawab Kai.

Minnie pun memasuki kereta Hyunnie yang dipandu oleh Han ajushi. Minnie menyapa Han ajushi yang berada di dalam kereta tersebut.

"Minnie,  perkara apa yang kau nak cakap dengan aku tadi." Soal Hyunnie.

"Boleh kita cakap benda ni kat rumah kau?" Soal Minnie. Hyunnie hanya membalasnya dengan anggukkan.

 

 

 

 

Sebuah kereta berhenti dikediaman keluarga Park. Seorang yeoja keluar dari kereta tersebut.

Byun Baekkie...

"Macam mana aku nak cakap dengan dia ni?. Kalau dia tanya kenapa aku lari tadi macam mana?. Kusutnya!!"kata Baekkie sambil menarik narik rambutnya. 

"Takpa takpa. Ini semua demi Hyunnie."Baekkie memperbetulkan rambutnya kembali dan menekan kembali loceng rumah tersebut. Tidak lama kemudian pintu rumah tersebut terbuka dan menampakkan seorang namja. Dengan wajah terkejut namja tersebut memandang tepat ke mata Baekkie.

"Hyunnie~ah..."panggil namja tersebut.

"Boleh saya masuk?"soal Baekkie.

"Oo.."Chanyeol memasuki rumahnya lalu diikuti oleh Baekkie.

Setelah tiba di ruang tamu, Chanyeol duduk di sofa tersebut dan diikuti oleh Baekkie. 

Janggal.....

"Ehmm.."Chanyeol membasahkan tekaknya lalu memandang Baekkie untuk memecahkan kesunyian itu.

"A.a..awak ada hal a..apa da..tang pagi ni ye?" Soal Chanyeol gagap kerana masih merasakan janggal atas kejadian tadi.

Baekkie memandang Chanyeol. Dia menarik nafas pelan untuk menghilangkan gugupnya.

"Aa..aa.saya sebenarnya datang nak ambil kertas muzik."

"Bukan Jongdae nak ambil ke?. "

"Ye, tapi dia ada hal hari ni jadi dia minta tolong saya ambilkan"

Chanyeol mengangguk tanda memahami lalu menyuruh Baekkie tunggu lalu pergi mengambil kertas tersebut di dalam biliknya.

Setelah Chanyeol pergi Baekkie menarik nafas lega. Dia mengusap ngusap dadanya. 

"Jangan berdegup kencang sangat. Tolonglah...." ucap Baekkie pelan.

Setelah beberapa ketika, Chanyeol kembali ke ruang tamu namun dia tidak menjumpai 'Hyunnie' disitu. 

"Takkan dia lari lagi?"soal Chanyeol perlahan. Tiba tiba bunyi piano dimainkan.

Chanyeol menuju ke bilik muziknya dan terlihat 'Hyunnie' asyik memainkan piano tersebut. Chanyeol tersenyum melihat pemandangan itu. 

 

 

 

 

Esakkan tangisan memenuhi ruangan bilik tidur milik Hyunnie. Hyunnie memeluk Minnie bagi meredakan kesedihan Minnie. Mungkin semua rakan rakan mereka mengenali Minnie yang ceria dan tegas namun sisi Minnie yang rapuh hanya ditunjukkan dihadapan Hyunnie.

"Tolong aku Hyunnie. Aku dah cuba telefon Jongdae tapi dia tak angkat." Ucap Minnie yang masih di dalam pelukkan Hyunnie.

"Arasso. Nanti aku cakap dengan dia."

"Kumao Hyunnie~ah. Aku tak tahu apa akan jadi kalau kau tak ada."Minnie melepaskan pelukannya.

Hyunnie hanya tersenyum kepada Minnie.

"Kau dengan Junmyeon oppa dah ok ke?" Soal Minnie.

"Dah. Tadi aku dah cakap dengan dia. Aku rasa menyesal marahkan dia. "

"Junmyeon oppa sayangkan kau sebab tu la dia marah bila dapat tahu pasal kau dan Kai putus."ujar Minnie yang sekarang ini sudah reda dari kesedihannya tadi.

"Ara."jawab Hyunnie ringkas.

"Hyunnie~ah kau perasan tak Myeonnie tadi macam murung je. Dia ada bagitahu kau apa apa tak?" Soal Minnie yang baru teringat tentang kelakuan Myeonnie tadi dirumah Kai.

"Tak pulak. Mungkin masalah kecil je kut. "

"Harap harap macam tu la."kata Minnie.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment