Chapter 17

CAN I STILL SEE YOU

Baekkie pov

Aku berjalan menuju ke kelas Chanyeol. Memang aku dah agak dah kalau plan Hyunnie memang boleh dimasukkan ke dalam list kerja paling GILA.

Flashback~~

"Tak nak la..." aku sekeras kerasnya membantah idea 'bernas' yang dikatakan oleh Hyunnie itu.

"Kau kena setuju jugak. Kau kena terangkan dekat Chanyeol tentang kejadian kemarin. Aku tak nak la nanti janggal bila jumpa dia. Kau tahukan yang aku ada projek dengan dia dan aku akan selalu berurusan dengan dia." terang Hyunnie kepadaku.

"memang la. Tapi aku belum bersedia nak pergi sekolah tu sebagai kau."

"Bersedia atau tak kau tetap kena pergi.Nanti kau kena jadi aku jugakkan."Lidahku kelu tidak dapat mengeluarkan sepatah ayat pun.Hyunnie memegang kedua dua bahuku dan mata kami saling bertatapan.

"Macam ni la. Kau pergi jumpa Chanyeol sebagai aku. Lepas tu kau suruh je dia lupakan hal semalam dan kau terus pergi ke tandas. Aku tunggu kau kat situ. Kita tukar balik."

"Maksudnya?" soalku.

"Maksudnya kita pergi sekolah sekali. Tapi kau sebagai Hyunnie dan aku sebagai Baekkie." terang Hyunnie sambil tersenyum riang.

End of flashback~~

Aku memberhentikan langkahku tepat dihadapan kelas Chanyeol. Aku menarik nafas untuk menghilangkan rasa gugup. Belum sempat aku memasuki kelas itu tiba tiba aku merasakan seseorang memegang bahuku dari belakang. Aku menoleh dan ternyata Kai."Apa awak buat kat depan kelas ni?. kelas kita sebelah sana" Kata Kai kepadaku sambil menunjukkan arah kelas kami.

"Saya......" 

"Fikir Baekkie....fikir!!" Aku memohon di dalam hati agar otakku berfungsi dengan cerdas sekarang.Takkan la aku nak bagitahu Kai yang aku datang cari Chanyeol. Walaupun hubungan Hyunnie dan Kai sudah berakhir tetapi aku masih dapat merasakan perasaan cinta antara mereka berdua tidak akan pernah padam seperti sekarang ini Kai memandangku seperti dia memandang Hyunnie.

Belum sempat aku berfikir tiba tiba sebuah suara memanggilku dan sekarang ini aku berdoa bahawa suara itu bukan suara namja yang aku sedang cari sekarang jika namja yang memanggil aku ini namja yang ku cari apa pulak alasan yang aku nak bagitahu Kai.

"Ooo Chanyeol~ah"jawabku. Kai memandang Chanyeol dan begitu jugak sebaliknya. Tatapan mereka seperti mengeluarkan api untuk membakar si lawan. Aku memandang mereka berdua silih berganti.Aku berfikir sebaiknya aku beredar dari situ.

"Saya masuk kelas dulu ye." setelah itu aku berjalan menuju ke kelas ku.

WAKTU REHAT

Aku bergegas keluar dari kelas kerana Hyunnie mengajakku berjumpa di tandas. Setelah tiba di tandas aku memanggil Hyunnie namun tiada sesiapa yang menjawab.Aku memeriksa setiap tandas namun tandas itu kosong.

"Hyunnie~ah. Mana pulak pergi budak ni"ujarku. 

"Hyunnie unnie?" sebuah suara dari belakangku menyapa ku.

aku berpaling ke arahnya.

"siapa pulak budak ni"kata hatiku.

"Ye."jawabku. Aku masih berfikir siapa yeoja yang berada dihadapan aku ini. 

"Kenapa unnie panggil nama unnie sendiri?"soalnya.

"Tak ada lah. Mana ada. hahahaha.." jawabku.

"Tapi tadi..." 

"Tak ada la. mengarut la awak ni.. hahaha.. unnie pergi dulu.." aku terus bergegas keluar dari tandas itu.

End of Baekkie pov

 

 

 

 

Sepasang kekasih sekarang sedang berbaring di padang sekolah mereka. Mereka berbaring sambil menggenggamkan tangan satu sama lain dan memandang kelangit yang cerah.

"Jongdae~ah." panggil Minnie.

"Mmmm.." Jawab Jongdae yang sekarang ini sedang menutup matanya."Lepas ni kita jangan bergaduh lagi. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Saya tak sanggup tengok awak sedih." Minta Minnie lalu menukar posisinya yang dari tadi berbaring dan sekarang duduk disisi Jongdae namun masih tidak melepaskan genggaman tangan mereka tadi. Jongdae jugak duduk dan melihat kearah Minnie lalu tersenyum sambil mengelus lembut jari jemari Minnie.

"Tapikan semua pergaduhan kita selalunya bermula dari orang yang sama, disebabkan orang yang sama dan diselesaikan oleh orang yang sama." Ujar Jongdae.Minnie tahu bahawa semua pergaduhan mereka selalunya sama.

"saya tahu. Semuanya salah saya." jawab Minnie. Jongdae tersenyum lalu mengelus wajah Minnie dengan tangan kanannya."Lucukan ." kata Jongdae."Disebabkan keakraban awak dan Junmyeon hyung, kita bergaduh dan Hyunnie yang selesaikan."

"Dah awak tak nak cakap dengan saya waktu kita bergaduh. Hyunnie je yang dapat pujuk awak" kata Minnie.

"Bukan saya seorang. Tapi ramai.  Awak, Yixing, Sehun, Zizi, Kyungie, Myeonnie. Semua masalah kita Hyunnie tahu dan kadang kadang saya terfikir apa ada dalam fikiran Hyunnie. Apa masalah Hyunnie. Sampai sekarang seorang daripada kita tak tahu kenapa Hyunnie putuskan hubungan dengan Kai. Padahal sehari sebelum mereka putus tu mereka ok je. Tak ada tanda tanda yang diorang ada masalahpun.".

"Hyunnie tak pernah ceritakan masalah dia pun dekat kita. Saya ada tanya dia pasal benda tu. Tapi tau la dia tu asyik cakap 'tak ada apa apa la' 'jangan risau la'." Mereka berdua terdiam memikirkan tentang Hyunnie.

"Jom lah kita pergi kantin nanti diorang semua cari pulak." ajak Jongdae. Jongdae bangun dahulu lalu menarik Minnie bangun dengan kedua dua tangan Minnie ditarik.Minnie melepaskan tangannya dari tangan Jongdae lalu merapikan seragamnya dan rambutnya agar kelihatan kemas. Jongdae melihat perbuatan Minnie itu.

"Minnie~ah"Jongdae memanggil Minnie. Minnie mengangkat wajahnya untuk melihat namjachingunya dan apa yang memberikan dia kejutan ialah Jongdae mendekatkan wajah mereka lalu mencium bibir Minnie sekilas.

"Ya!! Kim Jongdae nanti songsaengnim nampak la." kata Minnie yang sekarang ini sedang melihat ke kiri dan ke kanan takut ada pelajar atau guru yang terlihat .

"Ooo. Jadi kalau kita ada kat tempat tersembunyi boleh la ye?."tanya Jongdae lalu mengeluarkan senyuman smirk nya itu.

"Aish!! Byuntae!!" Lalu berlaku aksi kejar mengejar dipadang sekolah pada waktu rehat itu.

 

 

 

 

Sedang usaha Baekkie mencari Hyunnie tiba tiba telefon bimbit Hyunnie yang sedang dia pegang sekarang ini bergetar menandakan mesej masuk dia pun membaca mesej tersebut.

CHANYEOL:

Boleh kita jumpa sekarang dekat rooftop.

Baekkie terus membatalkan niatnya mencari Hyunnie lalu menuju ke rooftop untuk berjumpa dengan Chanyeol. Dia perlu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Baekkie tidak perasan bahawa Kyungie memanggilnya.

Kyungie mengikuti Baekkie naik ke rooftop.

Setelah tiba dirooftop Baekkie mendapati susuk namja tinggi itu telah berdiri di hadapannya. Baekkie memberanikan diri mendekati namja tersebut lalu memanggilnya. Chanyeol berpaling kearah Baekkie. Mereka berasa janggal antara satu sama lain.

"Ehemm.. Saya nak jumpa awak ni nak terangkan pasal hal semalam."ujar Chanyeol. Baekkie mengangkat pandangannya yang dari tadi memandang ke bawah tepat ke mata Chanyeol.

"Biar saya cakap dulu."kata Baekkie.

"Tak. Dengar dulu apa yang saya nak cakap"kata Chanyeol. Baekkie terus terdiam. Chanyeol menarik nafasnya dan menghembuskannya pelan.

"Apa yang terjadi semalam bukan satu kesilapan. Saya betul betul cintakan awak. Saya dah lama ada perasaan dekat awak sejak 3 tahun yang lalu. Saya tahu waktu tu awak dengan Kai. Saya cuba hilangkan perasaan saya terhadap awak tapi tak boleh. Semakin lama semakin kuat perasaan ni."

"Chanyeol~ah.. Saya.." Chanyeol mengambil kedua dua tangan Baekkie lalu mengelusnya dengan penuh kelembutan dan Baekkie dapat rasakan kasih sayang di dalam genggaman itu. Chanyeol mendekatkan dahi mereka berdua.

"Saranghae Hyunnie~ah.Sudi tak awak jadi yeojachingu saya?" Soal Chanyeol. Baekkie memandang tepat ke dalam mata Chanyeol. Hatinya tak mampu menahan perasaannya.

"Bianae Hyunnie~ah"Bisik hati Baekkie. Baekkie mengangguk dan Chanyeol terus memeluk Baekkie."Saranghae Hyunnie~ah. Saranghae" bisik Chanyeol 

"Nado saranghae."balas Baekkie.

Mereka tidak menyedari bahawa ada sepasang mata memerhatikan mereka.

DO KYUNGIE

..............................................................................................................................................................................................................................................

UPDATED!!!!

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment