MY NAME IS PARK CHANYEOL

CAN I STILL SEE YOU

Diharapkan semua pembaca dapat menerima sekiranya penulisan saya ini tidak sebagus mana.

Ini merupakan cerita pertama yang saya tulis.

...............................................................................................................

Hyunnie pov

"Cik Hyunnie" suara Han ajushi memecahkan kebisuan di dalam kereta yang kami berdua naiki."Ya"aku menyahut.

"Cik tak apa-apa?. Saya risau la nampak cik termenung."

"Saya tak apa-apa ajushi. Saya cuma berfikir."

"Cik fikirkan tentang perkara itu ka?"

Aku hanya membalas dengan senyuman. Ya. Memang aku akui aku memang memikirkan tentang perkara itu.

Perkara yang akan aku hadapi dalam beberapa tahun

mungkin bulan

atau mungkin dalam beberapa minggu 

atau dalam beberapa hari.

Dunia yang nun indah ini tidak dapat aku lihat lagi.

Kerana tidak lama lagi aku akan kehilangan penglihatanku.

Aku mempunyai satu penyakit yang dikenali sebagai blukoma.

Appa merupakan pembawa gen blukoma dan aku mewarisinya.

End of Hyunnie pov

Tiba-tiba kereta berhenti.

"Ajushi. Ada apa?. Kenapa berhentikan kereta mengejut?." Tanya Hyunnie kepada Han ajushi. 

Han ajushi tidak menjawab pertanyaan Hyunnie lalu dia pun keluar dari kereta dan pergi kehadapan kereta. Rupa -rupanya Han ajushi hampir melanggar seorang lelaki. 

"Encik tak apa-apa ka encik?."tanya Han ajushi dengan penuh kegelisahan. 

"Tak apa. Saya ok je."jawab pemuda itu. 

"Kaki Encik berdarah. Biar saya hantarkan encik ke hospital atau klinik. Nanti luka encik makin parah"

Chanyeol pov

"Tak apa. Saya betul- betul ok ni. Tak payah la sampai pergi ke hospital. Sampai rumah nanti saya sapu je ubat."aku menolak ajakkan lelaki itu kerana aku tidak mahu mengganggu aktiviti paginya ini. Tiba-tiba aku terlihat seorang gadis seusia denganku keluar daripada kereta itu.

"Ada apa ajushi?." Tanya gadis itu. Aku terpaku seketika. Aku seolah olah terlihat seorang bidadari yang sedang berdiri dihadapanku. Ya. Byun Hyunnie. Gadis yang telah berjaya mencuri hatiku. Cinta pandang pertamaku. Jantungku berdegup tidak keruan bila aku berhadapan dengannya.

"OMG.Ajushi darah. Awak jom saya dan Han ajushi hantar pergi hospital." Aku tersenyum ke arahnya."Apa yang awak senyumkan tu. Jomla. Ajushi papah dia masuk ke kereta. Hyunnie bukakan pintu." Ya. Jom encik." Aku seperti terpaku dengan kata-kata Hyunnie. Aku pun mengikuti mereka tanpa bantahan.

End of Chanyeol pov

Sejam kemudian, 

"Awak?"

"Awak?"

"AWAK????"

"Ya." 

"Apa yang awak tengok. Ada benda ka kat muka saya" ucap Hyunnie sambil menyapu mukanya.

"T..ak la. T..t..ak ada apa-apa pun" kegugupan dirasai oleh Chanyeol. Mana tidaknya dia tak pernah langsung berbicara atau menegur Hyunnie di sekolah. Dia hanya mengagumi Hyunnie dari jauh.

"Kenapa awak gugup ni. Relax okay?..It's okay."

Chanyeol hanya mengangguk.

"Awak sekolah di E. High School of XO jugak ka?"Soal Hyunnie

"Alamak. Macam mana dia boleh tahu aku sekolah kat situ." kata  Chanyeol dalam hati.

"Macam mana awak boleh tahu?"soal Chanyeol dengan tatapan heran.

"Ni" jawab Hyunnie sambil menunjukkan seragam yang dipakai oleh Chanyeol.

"Seragam sekolah awak macam seragam sekolah saya." Sambil menunjukkan seragamnya.

"Ooo.. haha"

"Kenapa awak ketawa. Lawak ke apa yang saya cakap ni"

"Tak la. Saya cuma rasa nak gelak. Tu je."sambil menunjukkan senyuman derpnya.

"Oooo.. saya ingatkan apa yang saya cakap ni lawak. Haha. Saya nak tanya awak satu perkara boleh?" 

"Tanya la."jawab Chanyeol

"Apa nama awak?"

"OMG.Hyunnie tanya nama aku.Seorang Byun Hyunnie nak tahu nama aku."

 

"Nama saya Chanyeol. Park Chanyeol."

"Ooo.. Saya Hyunnie. Byun Hyunnie." Lalu Hyunnie menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Chanyeol. 

Chanyeol menyambut tangan Hyunnie sambil jantungnya berdegup tak keruan.

"Saya tahu." Ucap Chanyeol sambil melepaskan tangan Hyunnie.

"Awak tahu?"tanya Hyunnie dengan penuh keheranan

"Haha.... Ya la sapa yang tak kenal dengan Byun Hyunnie penyanyi terbaik sekolah E. High School of XO. Dan merupakan pasangan paling hot kat sekolah."

Wajah Hyunnie berubah apabila Chanyeol menyebut tentang 'pasangan' itu.

Chanyeol terus berasa serba salah selepas melihat perubahan di wajah Hyunnie

"Hyunnie-shi, bianae. Saya terlepas cakap"ucap Chanyeol dengan penuh rasa serba salah.

Hyunnie tersenyum."tak apa lah. Saya tak kisah pun. Tu ajushi dah sampai. Saya hantarkan awak ke sekolah ye.lagi pulak kita kan sama sekolah."

"Tak apa. Saya boleh pergi naik bas saja. Lagi pulak saya dah lama tak naik bas."

"Tak apa. Naik dengan saya. Lagi pulak awak tak boleh jalan sangatkan." 

"Ok"

Sepanjang perjalanan ke sekolah, Hyunnie dan Chanyeol tak berbual seperti tadi. Mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri.

Setelah keluar dari kereta

"Ajushi petang ni tak perlu la ambil Hyunnie. Hyunnie balik dengan Minnie je."kata Hyunnie kepada Han ajushi.

"Baiklah" jawab Han ajushi lalu beredar dari situ

"Saya pergi ke kelas saya dulu ye" kata Chanyeol yang hanya dibalas anggukkan dari Hyunnie.

Sepanjang perjalanan Chanyeol ke kelasnya dia menyumpah dirinya dengan berbagai sumpah serah.

"Bodohnya kau ni Chanyeol. Kau baru first time cakap dengan dia, kau dah spoilkan segala galanya. Apa kau ni. Yang kau pergi sebut pasal Kai tu kenapa?." Sambil memukul kepalanya dan aksinya itu mendapat perhatian semua pelajar di sepanjang koridor kelas.

✌TBC ✌

.........................................................................................................

SO SORRY KALAU CERITA TAK BEST.

SAYA AKAN BERUSAHA LEBIH GIGIH LAGI UNTUK SAMBUNGANNYA....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment