Kebenaran
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Assalamualaikum kepada pembaca semua.
Saya author kepada Kisah Seram Sebenar dan kepada awak semua yang dah setia dari bab 1,mesti tahu yang semua kisah yang saya publish kat sini adalah kisah benar kan?
Sejujurnya saya sebenarnya tak percaya akan dunia mistik ni, tapi perkara yang dah banyak berlaku membuatkan saya taksub eh bukan taksub, tetapi mencari kebenaran apa yang telah berlaku sebalik tu. Mengapa mereka wujud di dunia realiti? Mengapa kita berasa takut akan kehadiran mereka?
Terlebih dahulu, saya nak meminta maaf sekiranya lama tak di update dan juga pm korang yang tak dibaca lagi. Saya ada masalah tertentu. Keluarga saya sakit dan sekiranya korang baca chapter 33 iaitu Sleep Paralysis, ia ada berkait tentang masalah keluarga saya.
Masalah sleep paralysis tu memang menghantui saya. Tiba-tiba sahaja saya jatuh sakit seumpama lumpuh sehingga dihantar ke pusat kecemasan. Dan apa yang saya dapat hanyalah kosong. Doktor tak tahu apa punca saya jadi macam tu. Jadi saya mengambil keputusan untuk berehat. Doktor kata kemungkinan masalah tekanan jadi saya menghindarkan semua benda yang saya nak buat.
Ia berlaku pada tahun 2016 dan kini akhir tahun 2017 saya dapat menemui puncanya.
Mak saya suruh ceritakan kisah malang ini kepada awak semua cuma saya takut akan maruah, nama dan privasi keluarga saya. Saya takut orang yang mengenali saya menabur fitnah sekiranya membaca entri yang saya ingin menceritakan kepada awa
Comments