Riddle 1
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Hey, Jom kita main Riddle nak tak?
Apa? Tak tahu Riddle tu apa? Ouh senang aje.
Ia sebuah teka-teki yang ada pada sebuah cerita. Seolah-olah ada 'Hidden Words' dalam cerita.
Senang je teka-teki ni. Siapa yang jawab dengan tepat dan pantas, dia akan menang.
♦Riddle 1
Gadis di perpustakaan
Semalam, saya telah pergi ke perpustakaan negara untuk meminjam buku-buku ilmiah. Alang-alang saya ini adalah seorang penggemar membaca buku seram dan misteri, saya bertanya kepada pustakawan, "Dekat mana section untuk buku horror?"
Lalu dia tunjuk ke arah sudut paling hujung daripada semua rak buku. "Dekat hujung sekali yang rak dia bertentangan dengan dinding. Kod rak section horror tu no. 001"
Saya mengangguk faham dan mengucapkan terima kasih kepada pustakawan itu.
Saya sedang mencari tajuk-tajuk buku yang ada pada rak yang bertentangan dinding itu. Tatkala saya ingin mengambil salah satu buku yang sungguh menarik daripada rak itu, dengan tiba-tiba sahaja muncul seorang gadis yang comel daripada ruang kosong yang saya ambil buku tadi.
Saya sedikit terkejut dan sedikit berundur ke belakang.
Mata kami bertembung dan dia membentukkan sebuah senyuman comel pada wajahnya.
Ia mengambil 10 minit untuk saya mendapatkan kembali keberanian untuk berbual dengannya tapi akhirnya saya dapat mengambil 3 buah buku sahaja.
Kenapa saya berasa agak ragu-ragu tadi? Kalau say
Comments