Hospital 2
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )Author note:
Ini cerita daripada Silv3rP3arl00. Ia juga berlaku di hospital sepertimana kawan aku pernah kena gak dekat Hospital Batu Pahat. Harap enjoy!
p/s to Silv3rP3arl00:
: sori kalau saya tak olahkan cerita awak. Saya busy sikit dengan sekolah sejak kebelakangan ini. Tapi saya tambah sikit ayat-ayat..
POV:
Cerita ini berlaku semasa aku masuk hospital. Dalam 3 tahun lepas. Masa ni aku duduk dalam wad persendirian. Memang malam hari kejadian itu sangat sunyi. Langsung tak dengar apa-apa. Bilik aku dekat hujung sedikit jadi memang tak nampak jururawat yang duduk dekat depan. Dalam pukul 3 pagi, aku tiba-tiba terjaga. Bila bangun je, aku terdengar macam ada jururawat yang sedang tolak peti makanan. Dekat pintu bilik yang aku berada sekarang ini ada tingkap, tapi cermin tingkap itu tak berapa jelas sangat. Biasa lah cermin yang biasa mestilah kabur.
Dari jauh dengar tapak kaki duk bergerak. Aku duduk lihat je. Aku tunggu peti itu sampai depan bilik aku. Bila peti itu dah sampai dekat depan wad, aku nampak macam badan perempuan berpakaian jururawat. Dari dalam aku nampak macam rambut dia panjang sangat sampai mencecah lantai. Bila aku tengok dekat bawah langsung tak ada kaki atau bayang-bayang. Selalunya orang kata kalau kita nampak 'benda' tu, tengok dekat bawah. Kalau tak ada kaki diharapkan kuatkan iman. Aku terus masuk dalam selimut dan cuba untuk tidur. Dalam bilik aku ni macam besar sikit. Ada ta
Comments