Sleep Paralysis
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
warning: type menggunakan telefon so beware of the typos. Cerita sebenar.
Sejujurnya saya rasa was-was nak cerita pasal ni. Saya ada kaji pasal Sleep Paralysis ataupun kita memanggilnya Kelumpuhan semasa tidur/ kena tindih. Kejadian ini berlaku sekitar akhir bulan September, dimana saya baru balik dari wad kecemasan. Yup, waktu tu sebelum pergi sekolah, saya tiba-tiba tak rasa pergerakan badan, sesak nafas dan terjatuh. Sakitlah jugak, abah terus hantar kat wad kecemasan. Banyak betul saya kena buat, xray paru-paru, cek jantung etc. Doktor kata saya bernasib baik cuma kekurangan garam, demam panas dan ada jangkitan tekak. Dapat jugak cuti seminggu uhukkk. Ok back to story.
Waktu malam pertama,
Mak saya suruh saya tidur dalam bilik dia. Takut sekiranya berlaku apa-apa lah kan. Tapi waktu tu, saya duduk dalam bilik seorang diri dan mak saya masuk dalam bilik kira-kira 2 pagi(?) sebab saya terjaga waktu tu. Jadi saya tidurlah balik. Tapi korang faham kan, kalau kita tengah sakit dan tak selesa dalam bilik orang, rasa macam tak sedap tidur.
Tiba-tiba je saya berasa sesak nafas walaupun sebelum tidur tu saya rasa saya dah makan ubat. Saya bacalah sedikit surah pastu tengok kat sebelah saya. Mak saya tengah tidur nyenyak pastu saya tidur balik walaupun dalam keadaan macam tu.
Pastu saya terjaga sekali lagi. Bukan sebab saya sesak nafas, tapi macam ada seseorang sedang panggil dan seru untuk berbual. Saya tengok kat tepi, dimana ada almari baju ibu. Tapi ada sejenis makhluk, tapi saya tak ingat wajahnya, sedang duduk merenung ke arah saya. Saya tergumam. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh keluar suara masa tu.
Kalau korang nak tahu yang paling mengejutkan, saya ternampak diri saya sedang duduk di atas katil dan tengah berbual dengan makhluk itu. Saya masih ingat lagi perbualan itu walaupun kini dah bulan November.
Perbualan itu mengaitkan tentang ibu saya. Saya masih ingat lagi hujung perbualan itu,
"Kau rasa waktu pagi ni, patut ke aku kejutkan ibu."
"Tak payahlah, ibu tengah tidur lena."
"Hahahaha, ibu tak dengkur pulak kali ni."
Comments