Tandas di Block (?)
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Double update ^^
Tandas di Block (?)
Pada tahun 2001, ada khabar yang mengatakan tandas lelaki di block(?) berhantu jadi tak ramai orang guna.
Siapa yang nak percaya khabar angin macam itu? Tandas lelaki itu tempat dimana orang berlalu-lalang dan sungguh bising. Ia juga terletak berhampiran dengan kelas dan kantin jadi aku langsung tak percaya akan berita itu.
Tetapi ada satu perkara yang aku berpaling tadah akan berita itu.
Pada suatu hari ketika waktu rehat berlangsung, aku dan kawan-kawanku mendengar bunyi yang sangat bising di dalam tandas tersebut. Bunyi seolah-olah murid lelaki sedang bergaduh di dalam tandas. Ramai pelajar berkerumun di hadapan tandas untuk melihat apa yang telah berlaku.
Aku juga dengan berasa was-was, ingin juga untuk melihat punca pergaduhan itu tetapi aku tersilap,
"HEI!! SESIAPA TOLONG BANTU AKU KELUAR DARIPADA TANDAS INI!! TOLONG AKU!!! TOLONG!!!"
Pelajar itu menjerit dan menendang pintu tandas itu untuk keluar. Tidak silap, mungkin pintu itu akan roboh tidak lama lagi.
Aku merasakan ini bukan kes pergaduhan. Mengapa mereka nak bergaduh di dalam tandas dan hanya ada seorang sahaja yang berbunyi di dalam tandas? Memang mustahil.
"TO...LONG.."
Ramai pelajar ingin menolong pelajar malang yang terkunci di dalam tandas itu tetapi pintu tandas itu. Malangnya, pintu itu terkunci di dalam tandas. Semua pelajar pendek akal. Sekiranya terkunci di dalam, me
Comments