Arwah Kakak
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Kisah Benar Seram Arwah Kakak Pulang Ke Rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua. Hari ni Xia nak kongsi satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang remaja. Kisah ini Xia kongsikan dari laman Kopi Lekat. Entah betul ke tak? Jom baca~
Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Mungkin cerita yang ingin saya sampaikan ini dianggap sebuah dongeng pada halwa pendengaran para pendengar, tapi ia adalah satu kenyataan yang kami sekeluarga tempuhi.
Kisah ini baru juga berlaku, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu jam menunjukkan 10.25 malam dan saya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah saya, dan bila saya buka, saya dapati kakak saya berlumuran dengan darah. Saya amat terkejut dan panik dengan keadaannya masa itu. Saya tanya dia kenapa tapi dia hanya mendiamkan diri dan men
Comments