Bayi
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Kes ni pernah berlaku dekat Singapore dan pernah terbit sebagai cerpen pendek di dalam buku.
BAYI
Aku seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya yang sungguh besar. Pada satu hari, aku ditugaskan mengawal keselematan di parking lot pada shift malam. Menjaga di parking lot pada waktu malam, memang membuatkan aku menyesal untuk bekerja di situ lagi.
Kejadian itu terjadi pada pukul 11:44 malam. Rakan-rakan yang pada shift pagi sudah lama pulang ke rumah. Bukan hanya aku seorang sahaja di sini tetapi ada pengawal keselamatan yang lain. Misalnya, dua orang berada di lobi dan dua orang menjaga parking lot.
Parking lot di pasar raya ini sungguh besar dan mempunyai dua pintu keluar. Disebabkan itulah, bahagian ini memerlukan 2 orang pengawal untuk menjaga.
Sewaktu aku sedang leka mendengar lagu yang dikumandang daripada radio lama, aku tersentak akan kendengaran enjin kereta yang sungguh kuat secara tiba-tiba.
VROMMM! VROMMM!
Aku menutup radio untuk mendengar arah bunyi kenderaan tersebut.
Aku mengerutkan kening. Setahu aku, parking lot di aras ini sudah lama dikongsongkan sejak pukul 9 malam. Siapa lagi yang berani untuk bekerja di larut malam berseorangan diri? Tak puasa aku. Ini pun secara tindak rela hati.
"Hmm, Namjoon. Ada lagi kereta tak dekat aras kau?" soalku kepada pengawal keselematan yang menjaga bahagian sama dengan aku, iaitu Namjoon dengan melalui walkie-talkie.
"Rasanya tak ada. Dah lama dah kosong. Asal?" balas Namjoon dengan laju.
"Ouh aku tanya je. Aku rasa aku ada dengar bunyi kereta tekan enjin kuat tadi kat sini. Sebab tu ahh aku tanya kau."
"Kereta dekat jalan raya kot. Biasalah sekarang ni banyak budak merempit dekat dengan pasar raya ni. Tu ahh bising."
"Haha, ya tak ya jugak kan."
"Hmm, dahlah aku nak pergi check jap. Kita mana boleh membuat andaian je." Sambung aku.
"Ye ye. Kalau ada apa-apa, cakap tau." Kata Namjoon lalu kami berdua menamatkan perbualan
Comments