Block A (2)
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Hai, chapter sebelum ni saya kata Block A ada perpustakaan kan?
BLOCK A (2)
Aku adalah seorang pengawas pusat sumber yang bertugas pada hari Rabu. Pengawas pusat sumber untuk budak sesi petang kena datang bertugas pada waktu pukul 8 pagi. Pengawas pusat sumber wajib untuk datang tepat pada pukul 7:30 pagi untuk melakukan persiapan sebelum membuka pusat sumber.
Ketika itu pada tahun 2015, aku seorang pelajar tingkatan 1 yang langsung tidak tahu apa-apa kejadian yang berada di sekolah itu. Aku selalu ikut ibuku ke sekolah setiap pagi pada hari rabu, alang-alang ibu adalah cikgu di situ. Selalunya, aku akan tepat datang ke PSS pada pukul 7:20 pagi ataupun 7:15 pagi.
Selain daripada aku, ada 4 orang lagi pengawas pusat sumber yang bertugas hari rabu. Keshanika, pelajar tingkatan satu yang berbangsa india selalu datang awal untuk membuka pusat sumber. Dia selalu datang tepat-tepat pada pukul 7 pagi atau 6:50 pagi kerana dia takut akan ditinggal bas. Yang lain pula, selalu datang pukul sebelum pukul lapan.
Senang cerita lah kan, Keshanika seperti biasalah membuka pusat sumber di tingkat paling atas pada block A itu. Selalunya, waktu dia datang ke PSS, matahari tak timbul lagi jadi keadaan di situ sungguh gelap.
Seperti biasa, dia membuka suis lampu dan kipas, menghidupkan lampu untuk bilik kerja dan sebagainya. Tapi dia perasaan, ada satu lampu di hujung pusat bacaan rosak. Kejap dia berfungsi dan kejap tidak. Keshanika mengendahkannya lalu dia pergi ke kaunter untuk menulis kedatangan pengawas dan membuka komputer.
Sementara dia menunggu kedatangan pengawas lain, dia berjalan keluar daripada pusat sumber dan lepak di bahagian kaki lima yang berdekatan dengan pusat sumber. TIba-tiba sahaja, telinganya dapat menangkap sesuatu bunyi bising di dalam pss. Dia berasa hairan.
Mana ada pelajar yang sungguh rajin naik ke tingkat tiga untuk ke PSS pada pukul 6:50 pagi. Mustahil.
Dia berjalan mas
Comments