Saya nampak awak semalam.
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
CERITA BENAR!! ( Kawan dari singapore cerita. Memang kes sebenar)
Maureen dan saya adalah sepupu paling akrab sejak kecil.Tetapi sejak pekerjaan ayah Maureen gagal, mereka sekeluarga berpindah ke Pulau Tioman. Tetapi kami masih berhubung dengan membalas surat. Tahun demi tahun, saat kami membesar, balasan surat telah menjadi sikit ataupun kadang-kadang dia tidak membalas. Akhirnya, kami dah lama tidak berhubung.
Pada satu hari, saya mendapat surat daripada dia. Dia mengatakan dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Jeremy dan mempunyai anak perempuan yang berusia 10 tahun. Di dalam surat itu, dia mengajak saya untuk melawat ke rumahnya. Jikalau begitu, saya boleh melawat dia 6 bulan selepasnya kerana 6 bulan lagi, saya mempunyai projek di Pulau Tioman. Dan masa itu, saya boleh mengambil kesempatan untuk bertemu dengannya.
Sampai sahaja di Pulau Tioman, ia pun telah memasuki waktu malam. Saya bertanya kepada penduduk-penduduk kampung untuk mencari arah ke rumah Maureen. Tetapi mereka semua membalas pandang pelik ke arah saya. Rumah tersebut terletak sangat jauh daripada pantai. Dan saya perlu berjalan jauh untuk ke sana. Apabila, saya telah pun sampai di halaman rumah Maureen, ia dah sememang-memangnya telah lewat malam.
Saya nampak Maureen sedang berdiri di hadapan pintu. Walaupun, kami telah tidak berjumpa setelah sekian lama, saya masih ingat wajah Ma
Comments