Blok A
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Hahaha, semua orang seronok saya dah comeback. Jom nyanyi lagu Come Back HomeXD.
Perasan tak, saya kadang-kadang guna 'saya' atau 'awak'. Sejujurnya saya lebih suka menggunakan 'aku' daripada 'saya'. Sebab lebih friendly dan tidak kekok tetapi kawan saya kata, ayat saya terlalu kasar. Huhuhu.
Saya dah janjikan nak cerita pasal sekolah saya, so hari ni saya nak reveal salah satu kes dari tahun 2000 apa ntah. Saya tahu sekolah saya dah tubuhkan pada tahun 80 an lagi. Sebab ada mak kawan saya ni sekolah kat situ. Wow! Betapa lamanya sekolah tu.
Mak saya guru Addmath kat sana then ada bekas anak murid dia ni, (saya panggil dia teacher sbb dia jadi guru tusyen saya sekarang) dia ada cerita kisah-kisah telah berlaku di sekolah saya tu. Saya pun agak terkejut. Mak saya pernah bagitahu ada beberapa kes histeria apatah lagi budak2 silat yang buat latihan malam tu. Tapi tahun lepas, ada berita kata ada budak histeria dekat block A. Tapi tak berapa nak percaya. Sejujurnya sekolah saya tu ada pelbagai rules, apatah lagi budak sesi petang untuk form 1 dan form 2. Contohnya, tak boleh pergi tandas selepas pukul 6:30 petang dan sebagainya.
Hari ini, saya akan kisahkan satu cerita. Saya tak boleh membuang masa sangat. Lepas ni, saya kena buat kerja VLE. Ughhh
Ehh? TOK TOK
Bunyi apa tu? TOK TOK
Adakah saya seorang je dengar bunyi orang ketuk pintu bilik saya ni? Ishhhh kacau ahh
TOK TOK
Kejap nak tengok jap...
typing....
Block A *Warning, ayat sempoi
Teacher aku cerita, dulu Block A selalu kunci kalau pada waktu petang. Sebab block kat situ, budak petang tak selalu guna sangat. So Pak Guard akan tutup tangga yang ada pada block A.
Block A; mempunyai 3 tingkat. Tingkat bawah ada Bilik Persediaan, Makmal Fizik dan stor makcik cleaner. Tingkat 2 pula, tempat kelas 3 KRK dengan 3 KAA. Tingkat atas sekali ada perpustakaan, bilik tayang, pusat akset dengan sky cafe.
Ada satu masa ni, selepas sahaja contact hour (perhimpunan pagi), kelas teacher aku ni naiklah ke kelas dorang. Waktu sampai je dekat tingkat 2, diorang semua terbau sesuatu busuk dan sangat hanyir. Memang sungguh meloyakan.
Teacher aku ni seorang yang sungguh berani. Lalu, dia mempercepatkan langkahnya ke kelas dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Baginya, dia tidak suka menghabiskan masa dengan perkara yang tidak penting. Memang salahlah, cikgu lepaskan murid perempuan dahulu sebelum lelaki. Perempuan selalu melambatkan jalannya ke kelas.
Ketika itu..
Ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti.
Ada sesuatu yang membuatkan dia benar-benar ketakutan.
Dan memang sungguh tidak percaya apa y
Comments