Cermin
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Ini adalah satu cerita daripada kakak angkat saya dekat asrama. Ahaha mintak maaf yea kalau serabut sikit sebab saya update guna handphone.
Cermin
" Weh aku nak pergi dorm balik. Nak ambik telekung. Aku rasa aku tertinggal dekat atas katil." Ujarku kepada Jannah dengan Anis. Mereka mengangguk tanda faham. Mereka berdua berganjak ke surau dahulu, untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.
Aku mengeluh kecil. " Kenapalah aku lupa nak bawak pergi kelas tadi. Terpaksalah kena patah balik."
Aku menaiki tangga satu per satu untuk ke tingkat paling atas di mana bilik aku berada. Suasana yang hampir gelap itu membuatkan bulu aku meremang. Tiba-tiba aku teringat akan mitos yang pernah dikata oleh senior; " Dilarang berlegar-legar ketika Maghrib di dorm ". Tetapi aku malas untuk mengambil tahu tentang itu.
Siapa yang nak berkeliaran pada waktu maghrib dimana semua hantu-hantu, syaitan dengan iblis lari menyelamatkan diri daripada naungan azan? Fuhh memang seram.
Sesudah sahaja di depan pintu biliknya, aku lekas memasuki ke dalam bilik dan mencapai telekung di atas katil. Aku tak ingin menghabiskan masa di sini. Mungkin juga aku berasa takut sebab aku seorang sahaja di dalam bangunan dorm Mutiara.
" Alang-alang aku ada kat sini, lebih baik aku ambil air wuduk cepat. Tak adalah aku terhegeh-hegeh kat sana nanti." Kata ku seorang diri. Aku mencabut tudung sekolah dan terus memasuki ke dalam tandas.
Di dalam tandas, di situ ada sebuah cermin yang besar berada di atas sinki. Aku melihat pada pantulan aku di cermin itu untuk mengemas tudung yang senget. Hal maklumlah tudung sekola
Comments