Histeria 2
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
HISTERIA 2
Request from: ainizaliza. Maaf yea kalau saya tak olah cerita awak. Tangan saya sakit sejak kebelakangan ini. Minta maaf sesangat. Tapi saya ada tolong awak untuk betulkan ayat tertypos. Harap maaf. Hehe. Dan saya pun nak ucapkan terima kasih kerana sanggup menyumbang cerita seram anda. >.<
ainizaliza POV
kejadian ini berlaku masa minggu PMR. Berlaku di depan mata saya sendiri sebanyak dua kali. Nama sekolah, biarlah rahsia hehe. Oh, saya juga tak berapa ingat jalan ceritanya sbb dah lama berlaku. Ingatan tak kuat >< Jalan cerita adalah betul tapi macam dialog dan lain-lain maybe saya ada reka sikit sebab tak berapa ingat. Nama juga bukan nama sebenar. Semua cerita ini saya dengar dari kawan-kawan saya dan juga ada juga berlaku kepada saya sendiri
**
ketika itu kami sedang belajar di dalam kelas seperti biasa sebelum tiba-tiba cikgu saya berlari ke luar kelas. saya ingatkan ada pelajar yang bergaduh jadi saya biarkan jelah.
keesokan harinya, kawan saya (yg berada dalam kelas nombor 2, tempat budak tu kena rasuk)cakaplah yang Mira kena rasuk semalam di dalam kelas. saya tanyalah macam mana benda tu berlaku. Dia cakap Mira kena rasuk sahaja dan ada dua orang pelajar perempuan, Aliya dan Misya tolong cikgu pegang tangan Mira. DIa cakap masa itu, Mira macam tengah tenung mata Aliya.
Selepas itu saya terdengar pula rakan saya cerita dan dia kata cerita itu diceritakan oleh mereka (antara mereka berdua) . masa itu, Mira dan Aliya ada di dalam tandas dan Mira pula masuk ke dalam salah sebuah tandas di situ. Aliya pula menunggu Misya di tepi sinki. Tiba-tiba dia terdengar Mira mengilai dari dalam tandas. Baru sahaja dia nak tengok keadaan Mira, tiba-tiba daun pintu terbuka sendiri. DIa nampak Mira jatuh melutut atas lantai dan tiba-tiba... dia merangkak sebelum rebah. Mereka cakap, Mira memberitahu mereka, semasa dia di dalam tandas, dia ternampak sesuatu di dalam tandas.
Cikgu pun tutup tandas tersebut dan menyuruh pelajar perempuan menggunakan tandas awam.
**
Ketika ini, saya berada di kantin, makan bersama kawan-kawan saya. Sedang saya asyik mengusik (cehh -__-) kawan saya, tiba-tiba saya ternampak Misya tiba-tiba menangis, mengerang sebelum pengsan dan kawan-kawan dia memapahnya ke bilik guru mungkin. Kawan saya yang duduk berdekatan dengannya tiba-tiba menangis. Kami jadi risaulah takut dia pun terkena juga. Jadi kami memanggil namanya beberapa kali tetapi tidak ada reaksi darinya. Hampir 5 minit juga baru dia bangun. "Kenapa menangis ni? janganlah lemah semangat," "Ishh saya takutlah!" "Yelah Dahlah orang panggil tak sahut. Risau, tau tak?" marahku. "Eh, bila pula awak panggil saya? tipulah.." katanya.
"Eh dia ni. Buat apa saya nak tipu? Saya siap ketuk meja lagi tau tak?"
"Yelah... saya tak dengar apa-apa pun tadi,"
Semasa di dalam bilik (bukan kelas. kami dipindahkan ke bilik tayangan rasanya) kawan saya masih lagi menangis dan cikgu menyuruhnya ke bilik guru.
**
Suatu hari, kami sedang belajar di dalam bilik tertutup. Maksudnya pintu dan tingkap ditutup sebab buka penghawa dingin. kami berada di tingkat 3 ketika itu. Semasa sedang belajar, saya terdengar suara orang menjerit. Kuat sangat. "Weh, ada dengar suara orang menjerit tak?" saya tanyalah kawan saya, Syafira, tetapi dia menggeleng dan menyuruh saya menumpukan perhatian kepada cikgu. Saya risaulah takut saya seorang sahaja yang dengar jadi saya tanya kawan saya yang lagi seorang dan dia kata dia dengar juga. Saya lega sangat masa tu.
Selepas habis waktu pelajaran tersebut, saya lihat kawan saya bercakap dengan perlajar kelas lain. mereka cakap budak tingkatan 1,2 dan 4 terkena histeria dan mereka berada di dalam bilik guru ketika itu. Mereka kata hampir 20 orang pelajar yang terkena.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments