Jom kita kacau budak perempuan???
KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )Jom kita kacau budak perempuan???
Heloo, assalamualaikum. Sori kalau dah lama tak update. Hehehe. Sejak kebelakangan ini, laptop asyik hang aje kalau nak update, nasib baiklah hari ni elok siket. Sori kalau tajuk ni nampak macam childish. hahaha. Ini kisah tentang my abah semasa dia zaman remaja. Kacau aweks...kekeke.
His POV:
Waktu ni, sekolah kami mengadakan kem malam kat sekolah selama sehari. Murid tingkatan 5 harus menyertai untuk membuat persedian untuk SPM. No excuse!
Jam dah masuk ke angka 10 malam. Cikgu Razak menyuruh semua pelajar masuk ke kelas untuk tidur. Semestinya, pelajar lelaki perlu tidur di kelas lain. Misalnya, pelajar perempuan di blok F1 dan Lelaki di blok F2.
Walaupun Cikgu Razak menyuruh kami untuk tidur tetapi kami tetap berkeras. Apabila cikgu buat rondaan aje, kitorang berpura-pura tidur. Hahaha, sekali seumur hidup; bak kata pepatah.
"Weh, apa kata kita kacau budak perempuan nak?" Danial bertanya kepada aku dan rakan -rakan yang lain. Sesetengah pelajar yang lain telah dihanyut mimpi indah. Sesetengah lagi, yang sedang bertanya tentang mengacau pelajar perempuan. Masing-masing mengangguk setuju dan membuat plan untuk mengenakan pelajar perempuan.
Nasib baik aku membawa water colur berwarna merah dan selimut dijadikan alat permainan kami. Jadi kitorang pun main lah solek-solek di dalam tandas dengan riuh-rendah.
Lima minit selepas itu, aku, Danial, Jefri dan Seth pun pergi ke blok pelajar perempuan. Kitorang terpaksa jalan senyap-senyap sebab semua pelajar perempuan sedang nyenyak tidur. Kitorang pun masing-masing ambik position kitorang. Aku cuba untuk mengetuk pintu bilik darjah tetapi terbantut. Bola roma aku naik semacam.
"Weh, Danial. Aku rasa kita batalkan ajelah" ujarku. Aku pun memadang ke arah Danial. Danial mengangkat keningnya. "Kenapa? Kita kan nak kacau diorang" bantah Danial.
Aku cuba untuk memadang muka Seth dan Jefri yang mukanya telah dimekap sebagai zombie, yang berada di pintu belakang bilik darjah. Muka diorang pucat semacam. Dan aku tahu kenapa muka diorang pucat.
Sebab di belakang aku ada seorang lelaki tidak dikenali sedang memegang bahu aku. Aku terkaku. Takkan lah si Danial ni tak nampak lelaki di belakang aku ni.
"Adik....bu..at..apa..kat...si..ni?"
Lelaki itu bersuara. Dengan segala kekuatan yang ada di dalam badan aku dan juga aku memberi isyarat mata pada Seth dan Jefri, aku segera berlari dari blok pelajar perempuan dengan mereka berdua. Danial yang berada di belakang, terpinga-pinga.
"Weh, Fauzi. Kau nampak kan tadi?" Jefri bertanya kepada aku. Muka aku yang pucat lesu bercampur dengan peluh-peluh yang merintik daripada dahi itu segera aku lapkan. Jefr
Comments