Let out the beast

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

Waktu ketika itu baru sahaja menunjukkan jam 10.30 malam, boleh dianggap masih awal, tetapi kediaman Lu sudah diselubungi kegelapan, kerana adalah menjadi kebiasaan bagi ibubapa Haewon masuk tidur waktu sebegitu. Bagaimanapun tercuit jua sedikit hati Haewon dan matanya juga mula berair, terasa hati bila mendapati ibubapanya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bimbang akan dirinya, memandangkan itu merupakan kali pertama Haewon pulang lewat tanpa memberitahu mereka. Rasanya adalah lebih baik jika mama dan papa memarahinya, daripada membiarkan dirinya tanpa sebarang amaran dan hukuman. Airmata tiba tiba mengalir tanpa dapat ditahan, berkali kali Haewon menyekanya menggunakan lengan bajunya sambil membuka sneakers di kakinya. Mungkin Haewon terlalu dimanjakan, sebab itu dia berfikiran sebegitu, atau mungkin dia boleh menyalahkan ketidakseimbangan hormon perempuan mengandung yang menghuni tubuhnya.

 

Dalam kesamaran cahaya dan kekaburan pandangan yang dicemari airmata, Haewon menyedari sesuatu diluar kebiasaannya. Ketika dia meletakkan sneakersnya di rak kasut, terdapat sepasang kasut kulit tampak terlalu elegan jika hendak dibandingkan dengan yang lain.

 

"Jangan kata..." Lampu tiba tiba menyala, mendedahkan isi rumah dan satu susuk tubuh, berdiri dekat dengan suis lampu. 

 

"I always wanna do that, like in drama you know, and said something like 'where had you been?' or 'i've been waiting for you'. Don't you think its coo...Woooo ! i missed you too baby girl!" Haewon memeluk abangnya tanpa menunggunya habis berbicara. Si abang pula dengan senang hati membalas pelukan adiknya, kerana dia juga merindui satu satu adik kesayangannya itu.

 

_______

 

"11.00, Mr Oh want to see you." Sehun membaca email yang diterima daripada pembantu peribadi bapanya, setiausaha Park pada 10.45 malam. Pada waktu itu dia sudah selamat tiba di perkarangan vila keluarganya.

 

"Bawak ke bengkel esok, something wrong with the engine." Sehun mencampakkan kunci keretanya kepada salah seorang bodyguard bapanya. Bersahaja saja Sehun memberi arahan, walaupun dia sedar itu bukan tugas mereka. Sehingga ke hari ini, Sehun masih lagi tidak mengerti apa kegunaan bodyguard seperti mereka, sentiasa berpakaian kemas, berkaca mata hitam dan lengkap bersenjata yang tidak pernah sekalipun digunakan. Jadi pada pendapat Sehun adalah bukan satu kesalahan baginya mengarah mereka melakukan sesuatu untuknya, daripada berdiri tegak tidak berbuat apa, seperti yang mereka lakukan ketika itu.

 

"Tuan Oh dah lama menunggu tuan muda di pejabatnya." Sehun hanya tersenyum sinis sambil melihat jam berjenama di pergelangan tangannya. Dia hanya terlewat 5 minit, tetapi dari cara setiausaha Park menyambutnya, bagaikan dia sudah terlambat berjam jam. Kalau diikutkan kata hati, mahu saja dia melewatkan lagi masa dan membiarkan bapanya menunggu lebih lama. Tetapi memandangkan badannya dirasakan terlalu letih, dia membatalkan niat tersebut, lebih cepat dia bertemu bapanya, lebih awal dia dapat berehat.

 

"Do you know why he wants to see me?" Sehun cuba mendapatkan maklumat terlebih awal, agar dapat menyediakan dirinya menghadapi bapanya. Sejujurnya, dia sebenar tertanya tanya, apa yang penting sangat sehingga bapanya tidak dapat menunggu sehingga keesokan harinya.

 

"It's not my place to say anything." Hanya itu sahaja jawapan yang Sehun terima. Setiausaha Park terlalu setia kepada bapanya, tiada rahsia akan terkeluar dari mulutnya. Sehun sedar akan hakikat itu, tapi tiada salahnya jika dia mencuba.

 

"Tuan Oh, tuan muda Oh sudah pulang. Tuan benarkan dia masuk?" Sekali lagi Sehun tersenyum sinis mendengar suara bapanya memberi kebenaran kepada Sehun untuk masuk ke pejabatnya, jengkel dengan sikap bapanya yang tidak dapat membezakan rumah dengan tempat bekerja, dan juga layanan terhadap seorang anak dengan seorang pekerja. Mungkin sebab itulah dia tidak pernah selesa berada di vila yang sepatutnya menjadi tempat dia berlindung, sebaliknya dia menganggap ianya bagaikan penjara, biarpun dihias indah seumpama istana.

 

"Abeoji." Sehun menyapa bapanya sebelum tunduk hormat padanya. Biar apapun, lelaki berusia separuh abad itu tetap merupakan bapa kandung kepadanya, yang menanggung segala keperluannya selama ini. Tidak di nafikan, bapanya tidak pernah kedekut dengan wang, itu boleh di buktikan dengan kereta kereta mewah yang dimiliki oleh Sehun dan juga gaya hidupnya yang bercitarasa tinggi. Malah terdapat dua akaun dibawah namanya, satu di bank t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..