Closer

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Kau buat apa kat sini? Jangan kata kau sanggup tinggalkan girlfriend kau keseorangan sebab aku." Kai terus menimbus keseluruhan tubuhnya di bawah timbunan selimut tebal. Kepalanya bagaikan mahu pecah, bertambah parah bila melihat senyuman sinis yang Sehun lemparkan.

 

"Lain kali kalau nak bunuh diri jangan kat tempat awam, tak pasal pasal menyusahkan aku. Kau bangun sekarang, minum air ni!" Sehun mencampakkan sebotol air mineral dan juga sebotol ubat penahan sakit bagi mengurangkan kesan sampingan akibat mengambil terlalu banyak minuman keras. Bagaimanapun Kai tetap berdegil, sedikit pun tidak berganjak dari kedudukannya.

 

Sehun hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabat baiknya itu, tengok berapa lama Kai boleh bertahan sebelum rasa loya memaksanya berlari ke bilik air. Mungkin ada baiknya Kai mengeluarkan isi perutnya terlebih dahulu sebelum menelan ubat, mengelak daripada berlakunya pembaziran.

 

"!" Kai tiba tiba bergolek keluar daripada timbunan selimut sehingga terjatuh ke atas lantai. Kai kemudiannya merangkak beberapa sentimeter sebelum dia berjaya melonjak bangun dan berlari masuk ke bilik air. Rantaian kata kata kasar memecah kesunyian pagi. Sehun hanya mampu menggeleng mendengarnya, mulut sahabatnya tak ubah seperti kelasi kapal era 20-an

 

"I'll be in the kitchen, princess!"

 

" you!!" Kai membalas dengan penuh kasih sayang.

 

"I love you too, princess!" Sehun ketawa, dia kenal benar akan sikap kawannya itu, tidak mampu kekal marah dengannya buat tempoh yang lama. Mereka pernah melewati perkara yang lebih teruk sebelum ini, namun tetap kekal bersahabat sehingga kini. Hanya maut sahaja boleh memisahkan mereka.

 

_______

 

'Papa dengan mama awak marah ke malam tadi'

 

'Takdalah. Diorang okay je'

 

'Oh okay'

 

Haewon tidak membalas mesej yang baru sahaja diterima. Biarpun tangannya gatal mahu menaip amaran kepada Sehun, supaya tidak melakukan perkara seperti semalam. Setidak tidaknya berbincang dengan dia terlebih dahulu, bukannya bertindak sesuka hati. Siapa Sehun nak menyusahkan lagi hidup Haewon yang sememangnya sudah cukup berkecamuk.

 

Kelasnya bermula pukul 9 pagi, tapi hatinya rasa berat mahu meninggalkan kediamannya. Ingin sahaja dia menghabiskan waktu dengan tidur sepanjang hari. Tapi dia mempunyai misi, sama ada ayahnya membenarkan dia berpindah atau tidak, Haewon tetap bertekad ingin mencari rumah sewa yang bersesuaian dengan bajet. Kebetulan dia dan juga Dahye tidak perlu masuk kerja pada hari jumaat yang mana jatuh pada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..