Side to side [R]

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Maafkan saya.." Sehun mengeluarkan objek bergetar yang berada di kocek belakang seluarnya. Satu anggukkan daripada Mr Lu seakan memberi keizinan untuknya menjawab panggilan tersebut. Tanpa membuang masa Sehun berjalan keluar melepasi pagar, jauh daripada pendengaran sesiapa.

 

"Wonnie?" Mrs Lu memanggil anaknya yang masih lagi berdiri kaku, suaminya sudah pun masuk ke dalam rumah. Sebagai seorang ibu, dia kurang gemar dengan tindakan anak perempuannya yang tidak semena mena membawa teman lelaki datang ke rumah tanpa sebarang notis. Naluri seorang ibu seakan cuba memberitahu sesuatu, rasa tidak sedap hati yang menghantuinya kebelakangan ini kembali menerjah. Tapi itu mungkin juga boleh ditafsirkan sebagai rasa gemuruh kerana bakal menerima cucu pertama. Kesejahteraan anak anaknya sentiasa menjadi keutamaannya.

 

"Mama masuklah dulu, Haewon nak tunggu Sehun." Pandangan ibunya meresahkan hati Haewon, bagaikan menantinya menghamburkan segala rahsia yang selama ini cuba disembunyikan.

 

"Jangan lama sangat, sejuk ni." Haewon menarik nafas sedalamnya setelah ibunya masuk ke dalam rumah, dia terlalu cemas sehingga lupa untuk bernafas buat seketika.

 

"Im sorr.." terperanjat Haewon apabila satu suara kedengaran terlalu dekat di telinga kirinya. Dia cepat memusingkan tubuhnya menghadap penyerangnya dan mula membuka langkah mempertahankan diri. Sehun mengundur, keningnya berkerut melihat Haewon terlalu lincah bergerak.

 

"Dont do that ever again!" Haewon mengurut dadanya, dia paling pantang bila dikejutkan sebegitu semenjak episod disergah lelaki mabuk 2 tahun lalu ketika dalam perjalanan pulang kerumah. Bagaimanapun, ugutan Haewon itu hanya mengundang senyuman di wajah Sehun sebelum melangkah mendekatinya.

 

"Be careful, remember the baby." Haewon menelan air liur, tiba tiba tekaknya berasa kering. Matanya automatik menghala ke pintu masuk, takut kalau kedua ibubapanya terdengar kata kata Sehun itu. Haewon mengambil satu langkah ke belakang, rasa kurang selesa berada dekat dengannya. Panas mula terasa, peluh renek merecik di wajahnya.

 

"Mama dengan papa dah tunggu." Haewon cepat mengubah topik, dia mengambil langkah menghala ke pintu tetapi Sehun menarik tangannya. Sentuhan Sehun kembali merancakkan degupan jantungnya. Haewon benci akan reaksi sebegini, Sehun bukan siapa siapa, organ dalamannya tidak sepatutnya bertindak balas sebegitu.

 

"About that, i have to go, something came up..urgent." Sehun diam sejenak, berfikir.

 

"On second thought…maybe i should say something to your parent first." Belum sempat Sehun bergerak, Haewon bersuara. Rasanya itu adalah peluang keemasan bagi Haewon menangguhkan pertemuan Sehun dengan kedua orang tuanya.

 

"Awak pergi je, pandailah nanti saya cakap kat mama dan papa..next time maybe." ayat terakhir itu terdapat tanda soal di hujungnya. Sejujurnya Haewon berharap tidak akan terjadi pertemuan ini. Perkara itu akan menyukarkan perancangan Haewon sekiranya berlaku. Dia tidak berancang untuk terus bergantung pada Sehun. Sebolehnya dia mahu mengakhiri apa sahaja persetujuan tanpa kata yang berlaku di antara dia dengan Sehun. Biarlah dia menanggung semuanya sendiri.

 

"Okay..so please give this to them, good night love." Sehun sempat bergurau sebelum bergegas keluar meninggalkan Haewon termanggu sendiri tidak berteman.

 

"Lets do this!" Haewon menyimpan kad nama yang diberikan oleh Sehun ke dalam bag galas, kepingan kertas kecil itu tidak akan beralih ke tangan sesiapa. Dia menunggu buat beberapa saat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, menghadap ibubapanya sendirian.

___

 

"Mana Sehun?" Ibunya menegur sewaktu Haewon menyusun snikers di rak kasut. Haewon cuba senyum, tidak mahu menunjukkan sebarang tanda berlakunya kekecelaruan di mindanya. Bukannya mama dan papanya tahu akan kandung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..