monodrama

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Haewon?" Puan Lu membuka perlahan pintu bilik anak perempuannya, risau pula hatinya bila panggilannya tidak disahut. Sudah hampir tiga jam Haewon berkurung di dalam bilik tanpa sebarang alasan. Kepulangan anaknya juga tidak disedari olehnya, hanya kasut kegemaran anak gadisnya menjadi bukti kewujudan anaknya di dalam rumah. Pada mulanya Puan Lu tidak mahu mengganggu anaknya, tapi setelah sekian lama tidak mendengar sebarang aktiviti dari anaknya, hatinya risau dibuatnya. Bukannya dia tidak menyedari perubahan warna wajah anaknya, kebelakangan ini kelihatan pucat terutama pada waktu pagi. Hati ibu mana yang tidak risau bila melihat anaknya sebegitu.

 

"Wonnie.." Puan Lu duduk dibirai katil sebelum membetulkan kedudukan kepala anaknya yang terkulai di tepi katil. Badan Haewon terasa panas, wajahnya masih pucat. Puan Lu terus memangku kepala anaknya di atas pehanya, cemas bila menyedari tubuh anaknya bergetar menggigil kesejukan, sedangkan suhu biliknya berada pada kadar yang normal.

 

"Wonnie, Wonnie bangun, baby. Badan kamu panas ni. Jom pergi klinik. Mama call papa, okay?" Haewon mengiringkan tubuh dan menyembam mukanya pada perut ibunya, mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu yang tidak jelas. Puan Lu membetulkan kedudukan anaknya di katil sebelum bangun untuk menghubungi suaminya menggunakan telefon pintar Haewon yang terletak di meja solek, tapi pergerakannya terhenti bila Haewon memanggilnya.

 

"Haewon taknak pergi klinik.." Haewon cuba bangun tetapi badannya terasa lemah, ibunya pantas membantunya saat melihat kepayahan anaknya bergerak. Makin kuat keinginannya mahu menghubungi suaminya, atau lebih baik dia menelefon talian kecemasan, mungkin mereka lebih cepat tiba dari suaminya.

 

"Mana boleh tak pergi klinik, Haewon demam ni!" Haewon menahan ibunya dari bergerak, biarpun pegangannya lemah, ibunya tidak sampai hati melepaskan pegangannya. Haewon sedar akan kelebihan yang dia miliki, dia ada masa untuk memikirkan strategi untuk tidak dibawa ke klinik, kalau tidak rahsianya akan terbongkar. Tapi bagaimana? Ibunya tentu akan berkeras dengan keputusannya. Haewon terpaksa menuruti kehendaknya kerana dia tiada alasan yang kukuh. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengwar-warkan kondisi tubuhnya yang berbadan dua. Nanti tak pasal pasal keluarga Haewon menempah dua katil di hospital, seorang mengalami serangan jantung dan seorang lagi di wad bersalin.

 

"Sehun! Biar Haewon call Sehun!" Ibunya pantas mencapai telefon pintar anaknya saat tangannya dilepaskan oleh Haewon. Dia tidak kisah sesiapa pun yang akan membawa anaknya, asalkan selamat tiba ke destinasi yang dikehendaki.

 

Haewon menghulurkan tangannya tapi ibunya lebih pantas menekan skrin telefon tapi usaha ibunya terbantut kerana ianya dilindungi dengan kata laluan. Mahu tidak mahu dia terpaksa menyerahkan objek komunikasi itu kepada Haewon. Wajah Puan Lu masih kekal cemas, jadi Haewon melakukan satu satunya perkara yang boleh mengurang kebimbangan ibunya. Haewon memeluk erat ibunya.

 

"I'm okay, mama bear." Ibunya tertawa kecil mendengar panggilan manja yang dicipta oleh kedua dua anaknya. Haewon dan Luhan suka memanggilnya sebegitu setiap kali mahu memujuknya dan ianya tidak pernah gagal menenangkan hatinya. Mungkin dia terlalu beremosi, tapi bila sesuatu terjadi pada anak anaknya, dia selalu kalah dengan emosi. Terutamanya Haewon, anak gadisnya itu yang memiliki antibodi yang lemah. Pada umur 9 tahun, mereka hampir kehilangan anak perempuannya itu apabila lambat menghantar Haewon ke hospital k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..