Complicated

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Going somewhere?" Sehun mengelapkan skrin iphone miliknya, menggagalkan usaha Kai membaca pertukaran pesanan ringkas di antara Sehun dengan seseorang yang bernama 'Damsel in distress'.

 

"yeah" pendek saja Sehun menjawab, dalam masa yang sama dia mengemas segala peralatan pembelajarannya masuk ke dalam beg sandang miliknya. Dia perlu bergegas pulang, menukar penampilan yang lebih kemas sebelum bertemu abang kepada Haewon, biarpun waktu perjumpaan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Mungkin dia memerlukan masa yang ada untuk persiapan mental, kerana Sehun masih lagi tidak pasti kenapa dia bersetuju dengan rancangan itu. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika perjumpaan itu, malah kesihatan Sehun juga boleh terancam jika abang kepada Haewon bertindak ganas.

 

"Ke mana ?" kali ini Sehun tidak menjawab, lebih baik jika dia berpura pura pekak sementara waktu. Takut kalau dia membuka mulut, Kai dapat mengesan penipuan yang Sehun cipta demi menyembunyikan sebuah rahsia, rahsia yang berkait rapat dengannya.

 

"Somewhere!" Sehun bergegas meninggalkan rakan baiknya itu, sekali pun tidak menoleh biarpun namanya dipanggil berkali kali oleh Kai.

 

"So, the rumours are true" Kai menyandang beg dan mengeluarkan kunci keretanya. Kucupan lembut dipipinya langsung tidak dihiraukan, malah tangan gadis yang juga merangkap sebagai tunangnya itu ditepis ketika cuba merangkul lengan Kai.

 

"Jongin, awak nak pergi mana?!" Krystal ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan.

 

___________

 

"Thanks Lu-ge, bye Wonnie!" Luhan hanya menekan minyak keretanya setelah melihat susuk tubuh Dahye memasuki bangunan pangsapuri tempat di mana dia tinggal. Luhan risau akan keselamatan kedua dua adiknya itu, bila mengetahui mereka melakukan kerja sambilan sehabis kelas dan hanya pulang pada waktu senja begini.

 

Dia hanya tahu akan pekerjaan adiknya, apabila menerima pesanan ringkas daripada Haewon untuk mengambil mereka di kawasan bandar, jauh dari kampus mereka. Menurut Dahye, dia terpaksa melakukan kerja itu demi Haewon. Dari apa yang Luhan dengar, mereka baru sahaja kerja seminggu yang lalu dan sebab mereka bekerja kerana mahu membantu Haewon mengumpul duit untuk menyewa rumah.

 

Sepanjang Dahye bercerita di tempat duduk belakang, Luhan memerhatikan reaksi adiknya melalui ekor mata. Haewon yang di sebelahnya hanya diam seribu bahasa, tunduk memandang riba sambil jari jemarinya bermain hujung jaket tebal yang membaluti tubuhnya. Dari pandangan kasar, perut adiknya masih samar samar kelihatan, b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..