Wildest dream

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"...Malam ni tak boleh...aku kat hospital ni...relaks Jongin, aku takda apa apa, nak jumpa hyung je, ada hal sikit..aku janji esok...Jongin..Kai!" bunyi 'beep' menandakan manusia bernama Kai sudah mematikan panggilan. Nampak gayanya, hari esok telinga Sehun bakal menjadi mangsa bebelan Kai kerana membatalkan rancangannya tanpa notis. Bagaimanapun, hal Kai perlu ditolak ketepi buat sementara waktu, sebab sekarang terdapat satu perkara yang lebih penting perlu di selesaikan.

 

Lif berhenti di aras paling tinggi, dimana terletaknya pejabat bagi doktor doktor pakar dan juga tempat beristirehat, hanya staff dan mereka yang mempunyai pas lawatan khas sahaja yang dibenarkan berada disitu.

 

Sehun bukannya seorang staff, dia juga tidak memiliki sebarang pas, tetapi dia bebas kemana mana, hanya kerana dia berstatus anak kepada pemilik hospital utama itu sendiri.

 

Pintu yang berada di hujung koridor di ketuk dua kali, Sehun menunggu buat sesaat dua sebelum membukanya, itupun setelah mendapat kebenaran untuk masuk. Biar serapat manapun hubungan mereka, protokol tetap perlu di ambil kira.

 

"Sehun i missed you!" Terbuka sahaja pintu, Sehun terus di serang. Tubuhnya dirangkul tanpa sempat Sehun menahannya. Badan manusia yang menyerangnya terlalu tegap dan sasa, sukar bagi Sehun melepaskan diri. Dari pandangan kasar, tiada siapa menyangka yang lelaki setinggi 173 cm, berwajah cerah dan nampak lembut itu, memiliki 8 pack di bahagian abdomennya. Menyesal Sehun tidak mengikuti program kesihatan yang di cadangkan oleh hyungnya sebelum ini. Namun tiada gunanya mengenang nasib, rasanya 6 pack yang Sehun miliki sudah cukup menarik perhatian para gadis setiap kali dia menghabiskan masa cuti musim panas di pantai Jeju.

 

"Hyung, i cant breathe.." sejujurnya, sememangnya itu yang Sehun rasakan. Sukar baginya bernafas setiap kali lelaki itu menguatkan pelukannya. Tetapi setelah mengesan kesukaran Sehun bersuara, dia akhirnya melepaskan dongsaeng kesayangannya itu.

 

"Okay okay, i just missed you so much and by the way Sehun, the program still on going if you want to join in, your body is to thin Hunnie!" mungkin mahu membuktikan katanya, lelaki itu menyiku pinggang donsaengnya itu, menyebabkan Sehun mengerang kesakitan. Ataupun mungkin itu cara dia melepaskan rasa marahnya, nampaknya Sehun perlu bersedia secara mental, bahkan juga fizikal.

 

"Take a sit" Sehun dapat mengesan aura hitam keluar daripada badan hyungnya.

 

________

 

"So...got something to tell me Oh Sehun?" Senyuman yang dilemparkan tampak palsu berbeza dengan sebelum ini, sengihannya kali ini terlalu lebar. Dia juga menyebut nama penuh Sehun, bermakna dia sangat serius ketika itu.

 

Kim Joon Myeon, juga di kenali sebagai Suho (nama timbangan yang diberikan oleh para jururawat, berdasarkan layanannya yang terlalu baik diberikan kepada pesakit dan pelawat, bagaikan malaikat pelindung) adalah ketua pakar perbidanan, sakitpuan dan kanak kanak. Suho juga termasuk dalam barisan doktor muda yang dilantik untuk menguruskan salah satu cabang hospital yang didirikan oleh bapa Sehun. Semua kejayaannya berpandukan usahanya sendiri, tiada kaitan langsung dengan statusnya sebagai anak sulung kepada adik perempuan tuan Oh, yang juga merupakan sepupu yang paling rapat dengan Oh Sehun.

 

Sebab itulah sebagai seorang abang saudara, Suho risau dengan apa yang dilakukan oleh Sehun. Setelah hampir dua bulan tidak berjumpa, dia menerima panggilan daripada sepupu kesayangannya. Rasa teruja ingin berjumpa tiba tiba bertukar menjadi tanda tanya apabila dongsaengnya itu meminta supaya dia membuat satu temujanji dengan salah seorang doktor di situ melalui satu pesanan ringkas. Memandangkan Suho perlu menghadiri satu mesyuarat penting, dia mengarahkan Sehun supaya menemui rakan sekerjanya, Amber. Kesibukkan kerja menghalangnya bertanya lebih lanjut, untuk apa temujanji itu diadakan.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..