Drag me down

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Kau duduk belakang." Kai menjeling Sehun, dahlah berhenti di kawasan perumahan murah, lepas tu memaksa dia duduk dibelakang pula. Kai tidak berganjak, berkeras di tempat duduknya. Entah apa tujuan Sehun membawanya ke sini, tadi kata mahu ke kolej.

 

"Okay, aku duduk belakang!" Sehun membuka tali pinggang keledar sebelum keluar dari kereta, Kai kehairanan melihatnya. Namun emosinya terus berubah bila melihat kelibat seorang gadis menghampiri kereta Sehun. Darahnya menyirap bila teringat kembali kejadian pergaduhan sebelum ini, Kai percaya gadis itulah puncanya. Entah apa yang menarik perhatian Sehun, gadis itu nampak terlalu biasa, tiada daya penarik langsung. Agaknya inilah sebab kenapa Sehun bermasam muka sepanjang perjalanan tadi, tapi muka Sehun memang selalu begitu. Bertambah panas hatinya saat melihat Sehun membukakan pintu untuk gadis itu sebelum masuk bersamanya di tempat duduk belakang.

 

"Bawaklah, tunggu apa lagi." Kai tidak mempedulikan Sehun, dia bukan seorang pemandu, apalagi untuk perempuan murahan seperti itu. Mereka diam buat beberapa saat sebelum si gadis berkata sesuatu, tapi Kai tidak dapat mendengarnya.

 

"Saya ikut awak naik bas, rasanya Kai boleh pergi sendiri." Gadis itu berkata sesuatu sebaik sahaja Sehun mengikutnya keluar daripada kereta. Kai sekali lagi tidak dapat mendengarnya, entah apa gadis itu mengadu pada Sehun. Mungkin cuba meracuni fikiran Sehun supaya membenci Kai, jangan harap dia akan membiarkan kawan baiknya diperkotak katikkan sebegitu.

 

Kai keluar dari kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang, mukanya masam mencuka. Melihatkan itu, Sehun terus membukakan pintu penumpang untuk gadis itu. Mesti perempuan tu bangga bila dilayan macam puteri. Sehun pula bodoh, membiarkan dirinya dipermainkan. Perempuan macam tu hanya mahukan duit sahaja, agar dapat hidup mewah seperti mereka.

 

________

 

Baru beberapa minit perjalanan, Haewon sudah mahu menangis dibuatnya. Hatinya masih berdegup kencang dari saat dia nampak susuk tubuh seorang lelaki di tempat duduk penumpang. Haewon menyumpah seranah Sehun di dalam hati, kerana tidak memberitahu akan kehadiran Kai bersamanya. Kai nampaknya sangat membenci Haewon, tapi kenapa? Haewon tidak pernah berinteraksi dengannya, kecuali pada malam berpuaka itu. Rasanya Kai tidak mengingati akan kejadian itu atau mungkin Sehun…

 

"Awak dah makan ke belum? Kalau belum saya boleh singgah kata mana mana." Haewon hanya menggeleng, rasa bersalah pula mempersoalkan keikhlasan Sehun sebentar tadi.

 

"Betul ni? Saya boleh belikan kalau awak nak." Sehun terus menerus bertanya, rimas Haewon dibuatnya. Dia mengandung, bukannya pesakit barah yang baru menjalani kemoterapi.

 

"Tak payah mengada ngada sangatlah, kan dah lambat ni!" Kai tiba tiba bersuara, takut Haewon, mulutnya terus terkunci.

Haewon terpandang cermin depan, alangkah terkejutnya dia bila tertentang mata dengan Kai. Bila lelaki itu menjilat bibirnya, Haewon terus memandang keluar tingkap. Hatinya terus berdegup kencang apabila memori hitam itu menjengah kembali, bila agaknya dia akan bebas dari seksaan mental ini.

 

"Kita berhenti depan tu." Sehun membelok ke kanan sebelum berhenti di hadapan sebuah restoran segera. Sehun mengajak Haewon masuk bersama tapi entah kenapa Haewon takut untuk berganjak. Sehun memandangnya kehairanan.

 

"Kau pergi jelah sorang. Bungkus je, cepat sikit." Sehun mahu membatalkan urusan pembelian itu tapi dia tak mahu Haewon menjalani hari dengan perut kosong, kesihatan bayinya perlu dijaga. Tapi dia tidak yakin untuk meninggalkan Haewon bersama Kai, bukan dia tidak kenal sahabatnya itu, pantang nampak perempuan.

 

"Kau tak nak ikut ke?" Kai hanya menjebik, nampak sangat tidak berminat mahu menemaninya. Haewon juga sedari tadi mendiamkan diri, salah Sehun juga tidak memberi amaran terlebih dahulu tentang Kai.

 

"Awak pergilah, saya tunggu." Sehun mengangguk, cepat dia pergi, cepat dia balik. Sehun keluar kereta dan berlari masuk ke dalam restoran tersebut.

 

______

 

"Berapa kau nak? Aku boleh bagi!" Kai tiba tiba bersuara, tersentak Haewon dibuatnya. Dia berdoa supaya Sehun segera kembali, peluh sejuk mula merenek di dahinya. Apa salah dia diuji begini, dia hanya gadis biasa sahaja.

 

"Awak.. Awak tanya saya ke?" Haewon memberanikan diri untuk bersuara, dia boleh rasakan panahan mata Kai padanya.

 

"Ada perempuan murahan lain ke dalam kereta ni?" Berderau darah Haewon mendengar kata hinaan daripada Kai itu. Sakit hatinya tapi Haewon tetap bersabar kerana tidak mahu menambahkan situasi tegang ketika itu. Mana Sehun bila diperlukan, kenapa dia membiarkan Haewon berdua dengan Kai. Tapi salah Haewon juga tidak menerima pelawaan Sehun sebentar tadi.

 

"Just say the price." Kai ketawa, bagaikan maruah Haewon tidak bernilai langsung baginya.

 

"Saya tak faham." Haewon berlagak bodoh, kononnya tidak memahami apa yang Kai maksudkan. Mungkin Kai sedang mengujinya, ingin memastikan Haewon bukannya 'pisau cukur' yang mahu mengikis harta kekayaan mereka.

 

"Hmm innocent, Sehun's type." Tekak Haewon mula loya.

 

"My type too. I can do 'you' better than him." Meremang bulu roma Haewon, tangannya sudah bersedia mahu membuka pintu. Namun membatalkan niatnya setelah melihat Sehun berjalan keluar restoran membawa sekotak besar ayam goreng, makanan yang tidak sihat untuk seorang ibu mengandung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..