Hello there

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

"Hey, you okay?" Dahye menongkatkan dagunya di bahu Haewon, cuba menarik perhatian rakan karibnya itu. Sejak Haewon menamatkan panggilan telefon ketika mereka berada di perhentian bas tadi, gadis itu berdiam seribu bahasa. Segala pertanyaan dan bebelan Dahye langsung tidak dipedulikannya. Di dalam bas juga, Haewon menghabiskan masanya dengan membuang pandangan ke luar tingkap, matanya tampak kosong tanpa emosi. Sebagai seorang kawan yang baik, Dahye risau tingkah laku gadis itu. Ingin sahaja Dahye merampas phone milik Haewon (skrinnya sedari tadi menyala dan terpadam berkali kali), mendail kembali nombor terakhir panggilan yang di terimanya sebelum ini dan memberi kata dua kepada sesiapa sahaja yang berada dihujung talian. Kerana menurut firasat seorang 'Dahye', itulah puncanya kenapa Haewon tiba tiba bersikap sebegitu.

 

"Just tired" Haewon menjawab tanpa mengubah pandangannya, melihat deretan bangunan di sepanjang jalan. Pada kebiasaannya, Dahye pasti akan cuba mengupas lebih lagi maklumat sehingga Haewon mengalah dan menceritakan segala kepadanya. Tapi tidak pada kali ini, Dahye memilih untuk menunggu, dari apa yang Dahye lihat, Haewon sepertinya sedang berdebat dengan dirinya sendiri, seakan menyimpan suatu rahsia yang amat besar sehinggakan Dahye sebagai kawan baiknya sendiri pun tidak berhak mengetahuinya.

 

Ataupun Haewon sememangnya letih dan memerlukan lebih masa untuk mengembalikan tenaganya, setelah penat berkejar kesana kesini, membahagi waktu menghadiri kelas dan bekerja separuh masa. Mungkin selepas pulih, dia akan kembali menjadi dirinya sendiri, ceria seperti biasa.

 

"okay" Dahye melelapkan matanya buat seketika. Semakin hanyut bila merasakan sentuhan jemari halus mengelus lembut helaian rambut yang menutupi dahinya.

 

__________

 

Haewon hanya berani melepaskan keluhannya setelah mendengar hembusan nafas halus, yang menandakan Dahye sudah terlena dibuai mimpi. Rasa bersalah menjadi jadi ketika mendengar nada suara yang gadis itu gunakan ketika bertanya sebentar tadi. Dahye adalah seorang yang bijak, semestinya pada saat ini dia sudah dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan Haewon.

 

Haewon berjanji akan memberitahu segala kepada Dahye setelah Haewon pasti langkah yang patut dia ambil selepas ini. Buat masa sekarang, dia akan berdiam diri, setidak tidaknya buat sementara waktu Dahye akan berputus asa dan berhenti daripada terus menerus bertanyakan sesuatu yang sukar bagi Haewon jelaskan. Biarlah ianya menjadi satu rahsia, yang hanya diketahui oleh Haewon seorang sahaja.

 

'What are you doing? Get in my car!' Mesej pertama.

 

'Im following you' Mesej kedua.

 

'Stop at the next station, i'll wait for you there, arraseo!' Mesej ke ketiga daripada 'private number'.

 

'Okay' Haewon akhirnya membalasnya, selepas arahannya yang sebelum ini tidak diendahkan.

 

Haewon tidak tahu apa yang lelaki itu mahukan, tapi apa yang Haewon tahu, dia perlu lakukan sesuatu supaya manusia bernama Oh Sehun mengunci mulutnya.

 

__________

 

Haewon memberi alasan mahu membeli kertas A4 dan alatan tulis apabila Dahye mempersoalkan tujuan dia turun di perhentian yang tidak sepatutnya. Semestinya Dahye mahu menemaninya kerana risau memandangkan hari semakin gelap, tetapi Haewon berjanji akan menyelesaikan tugasnya dengan segera, agar sempat untuknya mengambil bas yang bakal tiba dalam masa setengah jam lagi.

 

"Be safe!" Suara Dahye berjaya menembusi cermin tingkap bas yang tertutup, menyebabkan penumpang yang lain menjeling tajam kearahnya kerana jeritannya terlalu kuat. Haewon melambai sehingga bas itu hilang dari pandangan.

 

"God, help me" Haewon meminta pertolongan darip

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..