On my mind

Love Child [malay]
Please Subscribe to read the full chapter

Celik sahaja mata, Haewon menghabiskan masa dengan berfikir, sama ada patutkah dia membabitkan Sehun dalam hal yang tidak berkaitan langsung dengan lelaki itu. Tapi kalau Haewon tidak menemukan Luhan dengan Sehun, abangnya mungkin mengambil tindakan sendiri, mengesan siapa Sehun dan menyerang lelaki yang tidak bersalah itu. Bukannya ia tidak pernah berlaku, sewaktu Haewon berusia 12 tahun, dia pernah dibuli oleh rakan sebayanya, hanya kerana dia seorang pendiam dan pemalu. Bila melihat Haewon pulang ke rumah menangis, dengan lumpur kering mencemari rambut dan pakaiannya, Luhan memaksa Haewon menceritakan segala kepadanya. Dua hari kemudian, ibubapa mereka dipanggil ke sekolah kerana Luhan menyerang 3 orang kanak kanak sebaya Haewon, dengan melakukan perkara yang sama yang telah mereka lakukan terhadap adiknya. Luhan bernasib baik, dia hanya di beri amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama. Bagaimanapun malang nasibnya ketika dirumah, kesemua poster pasukan bola sepaknya di buang dan permainan videonya juga dirampas oleh ibubapa mereka. Namun itu sedikit pun tidak menimbulkan kekesalan di hati Luhan, baginya kesejahteraan adiknya lebih penting dari segalanya.

 

Masa berlalu begitu sahaja, jawapan masih tidak ditemui. Matahari juga semakin meninggi, suka atau tidak Haewon terpaksa juga mengadap abangnya nanti. Tapi sukar rasanya bagi Haewon mahu meninggalkan biliknya, satu satunya tempat yang memberikan keselesaan dan ketenangan baginya. Bertambah berat hatinya bila memikirkan apa yang bakal menunggunya di tingkat bawah, Luhan semestinya sedang menanti.

_____

 

"Morning baby girl!" Luhan menyapa Haewon sebaik sahaja dia menapak masuk ke kawasan dapur. Luhan tidak menunjukkan sebarang kelainan, bersikap ceria seperti biasa, mungkin kerana keberadaan kedua ibubapa mereka di situ.

 

"Morning ge, ma, pa.." Haewon mengambil tempat di meja makan, duduk bersebelahan Luhan. Di atas meja sudah terhidang dua jenis sarapan yang menjadi kegemaran Haewon selama ini, tetapi tidak pada hari itu. Terhidu baunya sahaja sudah membuatkan tekaknya loya. Tapi kalau tidak dijamah, pasti akan menimbulkan syak kerana selama ini Haewon tidak pernah menolak rezeki di depan mata, apatah lagi jika itu kesukaannya. Mahu tidak mahu, Haewon menceduk sedikit nasi goreng cina kedalam pinggannya. Biarpun airmatanya mula bergenangan menahan loya, digagahkan juga menyudu makanan tersebut. Bagaimanapun, pada saat sudu sudah terlalu hampir ke mulut, satu tangan berotot menahannya.

 

"Dont eat this, it will make you even bigger than you already are." Luhan menuang sehingga habis nasi goreng daripada pinggan Haewon keatas pinggan miliknya sebelum bangun dari kerusi.

 

"Luhan, tak baik cakap adik kamu macam tu. Haewon makan banyak manapun takkan gemuk, cuma tembam sikit je" pipi Haewon dicubit manja oleh ibunya, bapanya pula tersenyum manakala Luhan pula ketawa besar mendengar kata kata ibunya itu. Dalam masa yang sama, Luhan sibuk mengupas kulit dan memotong buah buahan yang diambil daripada peti sejuk.

 

"Mana ada.." Haewon mencebik bibir, mata sekali lagi berair. Dia sedar yang mereka cuma bergurau, tapi ada benar dakwaan mereka itu. Kebelakangan ini Haewon dapat melihat sedikit perbezaan pada fizikalnya, perkara normal bagi seorang wanita mengandung. Secara automatik Haewon mula mengusap perutnya, perbuatannya itu disedari oleh Luhan, sekaligus menghentikan usikan dan gelak tawanya sebelum ini.

 

"Makan ni, Minxi jie makan ni kalau takda selera" Perlahan sahaja Luhan berkata, hanya Haewon sahaja mendengarnya, lagipun ibubapa mereka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
adhimaluanu #1
Chapter 1: MAY I GET ENGLISH
starlightkim_
#2
Chapter 12: Kalaulah kai tahu hal sebenar,macamanalah agaknya?sehun jumpa mak dan ayah haewon?diaorg ni sweetlah..hope for more update
starlightkim_
#3
Chapter 11: Ppali update!!
starlightkim_
#4
Chapter 10: Omo...siannya dahye..hope luhan tak buat apa2 kat sehun
starlightkim_
#5
Chapter 8: Sehun..baik betul hati kau kan??sanggup kau mengaku yang kandungan haewon tu anak kau??hmm..walau apapun..update soon
SeyoonExoBts #6
Chapter 6: best..palli update...
starlightkim_
#7
Chapter 6: Biarlah haewon kahwin dengan sehun aje..diaorg ni nampak sepadan
lugege_
#8
Chapter 6: Harap Sehun kahwin ngan Haewon huhu
starlightkim_
#9
Chapter 5: Update soon authornim..best sangat..