Chapter 9

Dear My Tinkerbell

Selepas selesai sarapan pagi Suho mengadu bosan duduk di rumah. Xiumin mengajaknya keluar. Mereka keluar berjalan di bandar yang terletak tidak jauh dari rumah Xiumin. Orang-orang di bandar tersebut semuanya sangat ramah dan baik hati. Xiumin membawa ke tempat-tempat menarik di kawasan tersebut. Semua tempat tersebut mengingatkannya dengan zaman persekolahannya dulu.

 

“Wah, Hyung cantiknya tempat ni!!!” Ujar Suho yang terpesona dengan kawasan taman tersebut. “Tapi kenapa tak ramai orang datang sini Hyung?”

“Tak ramai yang tahu tempat ni. Sebab area kat sini jauh dari bandar.”

 Oleh kerana kwasaan tersebut tak ramai orang, mereka dengan senang hati menghabiskan masa bersiar siar di taman sambil mengambil gambar. Bukan senang nak dapat peluang keluar bebas tanpa perlu lari dari fans mereka. Suho ni boleh tahan jugak dalam bab bab selfie ni. Mesti dah terjangkit dengan virus weibo makne Sehun tu.

Selepas penat seharian akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berehat dulu. Perut Suho mula memainkan irama Wolf.

“Hyung lapar pulak. Hyung tunggu kejap ye, aku pergi kat gerai sana tu beli makanan.” Ujar Suho sambil tersengih lalu meninggalkan Xiumin.

Xiumin melihat sekeliling taman tersebut. Xiumin keletihan lalu duduk di bawah sebuah pokok besar yang terletak bersebelahan dengan tasik. Angih bertiup kencang. Sudah lama dia tidak ke sini. Suasana tempat tersebut masih sama seperti dulu. Kali terakhir dia ke situ adalah enam tahun yang lalu….

 

 

 

 

 

 

Flashback

 

“ Kau nak apa pangil aku datang sini?” Soal Hyemi sebaik sahaja dia tiba. Wajah Hyemi kelihatan sangat keletihan walaupun nadanya agak tegas ketika itu.

Minseok tak tahu bagai mana nak mulakan perbualan mereka. Terasa agak janggal kerana sudah lama mereka tak bertegur sapa. Minseok melihat tangan Hyemi yang masih berbalut. Rasa serba salahnya masih belum hilang lagi.

 

“Tangan kau dah okay ke?”

“Kalau kau nak buang masa cakap benda tak penting ni, aku minta diri dulu.” Hyemi berpaling untuk pergi.

“Nanti.” Minseok menahan Hyemi dari pergi. “Aku belum habis cakap lagi.” Ujar Minseok.

Hyemi melihat wajah Minseok yang berkerut seribu. Lelaki itu jelas serba salah untuk memulakan kata-katanya.

 

Tidak lama selepas itu……

 

“Kau percaya ke apa yang dia cakap kat kau?” Soal Hyemi bengang saat itu.

“Aku tak bermaksud macam tu. Sebab tu aku nak dengar dari mulut kau sendiri.” Minseok serba salah.

“Kau rasa aku akan buat macam tu ke Minseok?” Hyemi melihat tepat ke anak mata Minseok saat itu.

“Hyemi ah..” Minseok terkedu saat itu. “Aku bukan tak percayakan kau. Tapi Hana cakap….”

“Lupakan jelah Minseok. Aku dah penat dengan semua ni. Aku ada benda lagi penting nak uruskan.” Hyemi memotong kata-kata Minseok itu. Dia seperti tidak sanggup lagi mendengar MInseok terus-terusan membela gadis itu.

Saat itu kelihatan Yeonseok sedang menunggu tidak jauh dari tempat mereka.

Minseok kurang senang apabila melihat kelibat Yeonseok di situ.

“Dia buat apa kat sini?”

“Siapa? Yeonseok ke? Dia yang hantar aku kat sini. Dengan tangan aku macam ni kau ingat aku boleh bawak motor ke?” Soal Hyemi sinis.

“Kau boleh bagi tahu aku kan? Aku boleh amik kau.”

“Aku tak perlukan pertolongan dari kau. Dah lah. Perlu ke bahas benda tak penting ni?”

“Apa yang lagi penting pada kau? Dia ke?” Soal Minseok sinis. Entah kenapa hatinya panas tiba-tiba.

“Aku tak paham kau merepek apa ni? Apa kena mengena Yeonseok dalam hal ni?.”

“Dia penting sangat ke pada kau?”

“Kau ni dah kenapa. Kenapa nak libatkan Yeonseok dalam hal ni?”
”Sebab aku tak suka!”

“What?!”

“Aku tak suka tengok kau dengan dia. Aku rasa marah bila kau senyum atau habiskan masa kau dengan dia.” Aku tak suka bila kau.. kau jauhkan diri kau dari aku!”

“ Yah, Kim Minseok……?” Hyemin tergamam saat itu. “Kau ni dah kenapa…?”

“Aku…..Aku sendiri tak paham kenapa. Aku tak suka bila kau.. kau jauhkan diri kau dari aku” Minseok melepaskan keluhannya.

Sekali lagi Hyemi terdiam dia melihat Minseok tanpa berkedip.

“Bukan ke ini yang kau nak?” Soal Hyemi yang jelas keliru saat itu. “Kau pilih Hana. Kau yang cakap..”

“Kami tak bercinta pun.”

“Hah?!” Hyemi tercengang saat itu.”Apa yang kau cuba sampaikan ni?”

Suasana senyap serta merta.Hyemi pula masih belum boleh menghadam kata-kata Minseok tadi.

“ Apa maksud kau korang tak bercinta?”

“Hyemi ah…” Minseok mengeluh. “ Hubungan antara aku dengan Hana cuma….”

Handphone Hyemi berbunyi. Wajah Hyemi kelihatan terkejut apabila menjawab panggilan tersebut.

“Okay aku datang sekarang!” Hyemi mematikan panggilan tersebut.

“Kenapa?” Soal Minseok.

“Maaf aku kena pergi sekarang. Kita sambung lagi nanti.”

Hyemi langsung berpaling meninggalkan Minseok.

Minseok terpaku sendirian di situ sambil melihat Hyemi hilang bersama Yeonseok. Geram dengan situasinya saat itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

**********************************************************************************************

 

 

 

 

 

 

 

Tempoh yang diberi untuk Minseok untuk membuktikan dia tidak bersalah sudah berakhir. Tiada sebarang bukti yang boleh membersihkan nama Minseok. Pagi itu semua yang terlibat dipanggil ke bilik pengetua. Haejun serta Taehyun meminta maaf kepada Minseok kerana gagal untuk membantu Minseok. Siapa pun perlakunya, dia pasti orang yang sangat teliti kerena tida satu pun bukti yang mereka jumpa. Mereka menhantar Minseok ke bilik Pengetua.

“Jangan risau, semuanya pasti akan baik-baik sahaja.” Ujar Haejun menenangkan Minseok.

“Kitaorang akan tunggu kau kat sini okay.”

Minseok hanya tersenyum tawar kepada mereka. Matanya masih mencari kelibat Hyemi. Dia amat berharap Hyemi ada disitu saat itu.

“Kau nampak Hyemi tak?” Soal Taehyun.

“Tadi aku nampak dia dengan Yeonseok kat kelas lepas tu diaorang hilang. Entah pergi mana tak tahu lah.” Ujar Haejun.

“Orang memang tengah kemaruk bercintakan. Tak ingat dunia.” Keluh Taehyun.

Minseok malas untuk mendengar perbualan mereka. Hatinya sedih kerana jelaslah Hyemi langsung tidak peduli dengan dirinya.

 

Sewaktu melangkah masuk ke bilik pengetua Minseok melihat Mr Han, Pengetua Sekolah, Mr Kang guru kelasnya, Mr Tae Guru Kaunseling serta Mr Kim Guru Disiplin mereka sedang duduk di sofa menunggu mereka. Hana sebagai ketua kelas juga berada di situ.

 

“Tempoh yang diberikan untuk kamu sudah tamat. Ada apa-apa yang kamu nak cakap Minseok?” Soal Mr Kim kepada Minseok.

Minseok hanya mengeluh. Dia pasrah kerana sudah seminggu lebih dia mencari bukti namun gagal. Nasib memang tidak berpihak kepadanya.

“Cikgu tolonglah bagi Minseok masa lagi…” Rayu Hana. “Saya yakin Minseok tak bersalah.”

“Nak bagi masa apa lagi. Semua bukti kami dah ada. Pesalah harus dihukum.” Tegas Mr Kim lalu mengeluarkan failnya. “Menurut undang-undang sekolah pesalah akan digantung sekolah serta dihalang dari mengambil peperiksaan pertengahan.”

Mereka semua terkejut.

“Itu akan menjejaskan peperikasaan akhir mereka nanti! Pengetua saya mohon untuk dipertimbangkan hukumannya.” Rayu Mr Kang.Dia tak mahu pelajaran pelajarnya terjejas. Lagi pula Minseok salah satu pelajar terbaiknya.

“Maaf Mr Kang, Undang-undang tetap harus dipatuhi.”Ujar Pengetua. “Mr Kim sila lanjutkan.”

“Baik Pengetua.” Mr Kim membuka failnya. “Hukuman akan ditambah kepada persalah kerena menafikan kesalahannya. Sebelum tu mari kita lihat bukti yang kita dapat dari kes ini. Sila masuk.”Panggil Mr Kim.

Semua mata melihat ke arah pintu bilik pengetua. Kelihatan Si Kembar masuk bersama tukang kebun sekolah. Minseok dan yang lain terpinga-pinga melihat si kembar kecuali Mr Kim.

Si Kembar hanya mengenyitkan mata kepada Minseok.

“Sila tunjukkan bukti yang ada pada kamu.” Arah Mr Kang.

Haejun mengeluarkan beg kosong yang biasa digunakan untuk menyimpan duit kelas mereka.

“Beg ni kami dapat dari tukang kebun sekolah. Katanya dia nampak seorang pelajar buang beg ni ke tong sampah sewaktu dia sedang bersihkan kawasan sekolah dua minggu lepas.” Jelas Haejun.

Semua terkejut.

“Saya nampak pelajar tu buang beg ni lalu terus tergesa-gesa pergi dari situ. Beg ni cantik dan masih elok jadi saya simpan.”

“Bila kejadian tu berlaku?” Soal Mr Tae.

“Minggu lepas.”Jawab tukang kebun itu.

“Kamu kenal siapa pelajar tu?”

“Ye”

“Siapa?”

Tukang kebun itu perlahan lahan menundingkan jarinya ke arah seseorang.

Semua terkejut. Lebih-lebih lagi Minseok yang tidak percaya dengan kenyataan itu.

“Hana?!” Kata mereka serentak.

Wajah Hana bertukar pucat.

“Ini….Ini tidak benar. Saya tak tahu apa-apa. Mesti salah faham.” Hana membela dirinya. “ Minseok bukan saya!”

"Cukuplah lakonan kau tu Hana. Tak perlu ambil simpati dari Minseok. Kalau kau nak tahu Minseok rancangan sebenar dia ni ialah  letakkan beg kutipan duit sekolah tu kat dalam dalam beg sekolah kau. Untuk kuatkan lagi bukti kau yang curi duit tu. Lepas tu pura-pura nak bela kau untuk tunjukan yang dia ni baik. " Jelas Taehyun. " keji betul hidup kau ni kan Hana. Muka tak berapa cantik tapi perangai lagi tak semenggah." Sambungnya Taehyun.

“Hana cikgu ada bukti lain lebih kuat dari ini. Pengetua semuanya sudah jelas yang Minseok tak salah. Hana hukuman kamu kami akan tentukan esok. Kami akan hubungi orang tua kamu.”

"Please cikgu, tolong jangan libatkan parent saya dalam hal ni.." Wajah Hana semakin panik.

 

 

Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik pengetua mereka mengeluh lega. Minseok masih tidak percaya apa yang berlaku sebebtar tadi.

Saat itu Hana juga keluar dari bilik Pengetua. Wajahnya jelas pucat akibat.

Minseok mendekati Hana untuk mendapat penjelasan dari Hana. Namun Hana tidak mempedulikan Minseok saat itu. Dia tergesa-gesa meninggalkan tempat tersebut.

Minseok cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Hana namun di halang Haejun.

“Biarkan dia Minseok. Mungkin dia tak berani nak berdepan dengan kau sekarang.” Ujar Haejun.

“Mungkin dia dah malu selepas jadikan kau kambing hitam dia. Dia memang patut pun.” Marah Taehyun.

Minseok hanya diam sahaja.

“Tapi kenapa buat macam tu?” Minseok masih keliru. “Apapun,Thanks korang sebab tolong aku.” Ucap Minseok. “Tapi kenapa korang tak inform aku awal-awal yang korang dah jumpa bukti. Korang sengaja bagi aku sakit jantung kan?” Soal Minseok kepada Kembar.

“Kitaorang dapat bukti ni last minute. Actualy bukti ni bukan dari kitaorang pun.” Jelas Taehyun.

“Habis tu?”

Mereka saling berpandanngan.

“Minseok ah, sebenarnya Hyemi yang tolong selesaikan kes ni. Lepas dapat tahu pasal kau sekalipun dia tak pernah berehat untuk cari. Selama ni yang dia sibuk memanjang tu bukan sebab dia dating dengan Yeonseok. Tapi semua masa tu dia habiskan untuk tolong bersihkan nama kau. Dia juga nasihatkan kami supaya perhatikan tingkah laku Hana dan lindungi kau dari diganggu oleh Jingguk sepanjang dia tak de dengan kau. ” Jelas Haejun.

“Hari tu yang kau nampak dia gaduh besar dengan Hana tu sebab dia dapat bukti bahawa Hana terlibat dengan kes ni. Dia suruh Hana mengaku tapi Hana degil. Mereka gaduh besar sebelum kau muncul untuk hentikan mereka.” sokong Taehyun.

Minseok teringat kejadian tersebut. Rasa bersalahnya semakin menggunung.

“Minseok , Hyemi sebenarnya amat bimbang tentang kau, Cuma dia tak pernah tunjuk je.Dia anggup pertaruhkan jawatan dia sebagai ketua pesatuan pelajar kat pengetua untuk lanjutkan tempoh untuk dia cari bukti yang kau tak bersalah.” Jelas Haejun lagi.

“Kenapa korang tak pernah bagi tahu aku semua ni?” Soal Minseok kepada mereka.

“Kau tahu Hyemi tu ego orangnya kan? Jadi kau faham jelah situasi kitaorang.” Jelas Taehyun.

“Dia tu memang keras kepala.” Keluh Taehyun.

Minseok tidak tahu nak kata apa lagi. Dia harus dapatkan Hyemi saat itu. Dia tak peduli lagi dengan segala plannya sebelum ini.

Haejun serta Taehyun melihat Minseok dari jauh sambil tersenyum lega apabila semuanya sudah jelas saat itu.

 

 

 

 

Saat Minseok melintasi bilik Persatuan pelajar dia mendengar keributan para pelajar. Apabila dia melihat apa yang sedang berlaku, Minseok terkejut apabila mendapati Hyemi dan Hana sedang bergelut di atas lantai. Leher Hyemi sedang dicekik oleh Hana. Hyemi kelihatan semakin tidak bermaya. Para pelajar yang lain sedaya upaya cuba memisahkan mereka.

 

“Ni semua salah kau! Kenapa kau selalu je musnahkan hidup aku. Kau sama macam mak kau! Kau ni baik mati jelah!!!!!!” Jerit Hana lalu mencekik Hyemi dengan lebih kuat lagi.

Minseok tambah panik apabila balutan tangan Hyemi mula bertukar warna darah. Lukanya pasti terbuka semula. TAnpa berfikir panjang Minseok segera menarik Hana dengan kuat. Hana tercampak ke tepi. Saat itu Si Kembar muncul. Mereka juga panik melihat situasi tersebut.

Minseok pantas mendapatkan Hyemi yang terbaring lemah di lantai. Tubuh Hyemi yang masih lemah dipeluk erat oleh Minseok. Nafas Hyemi kedengaran tidak stabil membuat Minseok semakin bimbang.

“Minseok ah..” Hana tergamam. Tidak pernah dia melihat wajah Minseok tegang seperti itu.

“Hana kenapa kau buat semua ni?” Soal Minseok. "Tak cukup lagi ke masalah yang kau dah timbulkan?"

“Minseok, dengar dulu. Semua ni rancangan Hyemi. Dia yang buat bukti palsu tu.” Ujar Hana. Air matanya mengalir deras. "Minseok, Hyemi yang upah tukang kebun untuk reka cerita bohong tu. Hyemi ah, kenapa kau buat aku macam ni..” Hana menangis teresak-esak." Saya tak mungkin cuba untuk mengainaya awak. Awak tahukan yang perasaan saya terhadap awak kan?"

“Cukuplah tu Hana,” Tegas Minseok.

Hana terkejut.

“Cukuplah,” Minseok mengeluh. “ Selama ni saya memang cuba untuk beralah setiap kali awak cakap yang bukan-bukan pasal Hyemi. Tapi saya tak sangka awak akan sejauh ini. Saya lebih kenal dia dari awak. Dan saya percaya Hyemi bukan sekeji macam awak cakap.”

Hana tergamam. “Minseok…”

Pelukan Minseok semakit erat pada Hyemi.

"Sila lupakan semuanya yang kita rancang sebelum ni. Saya rasa tak guna kita teruskan. Sebab di akhirnya, Hyemi tetap akan jadi pihak terluka. Ini bukan yang saya nak. Saya paling benci melihat Hyemi, orang yang sangat penting dalam hidup saya terluka akibat kebodohan saya."

Hyemi yang terharu saat mendengar kata-kata Minseok itu menitiskan air matanya.

“Bawa dia ke bilik guru disiplin.” Arah Haejun kepada pelajar yang memegang Hana. “Yang lain bersurai sekarang.”

 

Semua pelajar yang berkumpul tadi beredar dari bilik tersebut. Kini hanya tinggal mereka berempat. Minseok merasakan tubuh lemah Hyemi sedang menggigil. Mungkin dia masih trauma. Minseok pantas menarik Hyemi dan memeluknya dengan erat.

Its okay, I’m here now. Everything is fine hm?.” Pujuk Minseok sambil mengusap belakang Hyemi untuk menenangkan gadis itu pelukannya dibalas oleh Hyemi.”Im sorry Hyemi..I should never leave you at the first place.

Perlahan-lahan Hyemi mula tenang namun masih belum melepaskan pelukannya. Sepanjang Minseok mengenal Hyemi, ini kali pertama dia lihat Hyemi ketakutan seperti itu. Pasti ada yang tidak kena. Namun Minseok tidak mahu bertanya apa-apa kepada Hyemi saat itu

 

 

 

Minseok membawa Hyemi pulang ke rumahnya. Minseok bimbang dengan keaadan Hyemi yang tidak stabil itu. Hyemi lansung tak bercakap sepanjang mereka di bilik rawatan tadi. Walaupun Hyemi berdegil untuk tidak mahu mengikut Minseok pulang namun Minseok tetap berdegil sehinggalah Si Kembar campur tangan.Puan Kim panik melihat Hyemi yang kelihatan lemah sewaktu di bawa pulang oleh Minseok. Dia pantas mengarahkan pembantu rumah untuk menyediakan bilik untuk Hyemi.

 

Minseok menemani Hyemi sepanjang hari. Hyemi masih berdiam diri dan lebih banyak termenung. Minseok kembali ke biliknya sebentar untuk menukar baju sekolahnya. Sewaktu dia masuk semula dia lihat makan malam Hyemi lansung tidak di sentuh. Menurut Puan Kim Hyemi tidak ada selera. Minseok semakin pelik dengan sikap Hyemi itu.

 

“Hyemi ah,” Panggil Minseok.

Hyemi hanya diam.

“Kenapa kau senyap je?”

Masih tidak ada balasan.

“Kau masih marah pada aku ke?”

Hyemi hanya tunduk melihat cadar putihnya.

Minseok mengeluh “Hyemi ah, maafkan aku sebab tak pernah fikir tentang tentang perasaan kau. Aku tahu kau mesti kecewa bila aku beritahu kau tentang hubungan aku dengan Hana. Tapi itu semua cuma tak benar. Aku nak kau jauhkan diri dari aku je. Sebab kau selalu terluka bila ada dengan aku. Tapi aku silap, aku tak boleh bila kau jauh dengan aku.”Minseok melepaskan keluhan beratnya. “Kau tahu tak sakitnya bila aku cuma boleh tengok kau dari jauh je. Dan … terus terang aku katakan aku….. aku cemburu setiap kali kau dengan Yeonseok.”

Saat itu Hyemi melihat tepat ke arah Minseok yang kini pula tunduk melihat cadar putih tersebut.

“Jadi, aku mohon pada kau. Tolong jangan jauhkan diri kau dari aku lagi okay?”

Hyemi masih lagi senyap.

“Hyemi ah?”

Minseok mengeluh apabila Hyemi masih tidak menjawab soalannya.

“Tak pelah kalau kau belum bersedia nak maafkan aku. Aku tak nak paksa kau. Aku akan tunggu sampai kau maafkan aku. Kau rehat je ye. Selamat malam Hyemi.” Minseok bangun lalu melangkah ke pintu.

 

 

 

 

 

Esoknya……….

 

“Hm…….” Minseok mengeliat “Huh….?!” Minseok cuba untuk bangun namun tubuhnya terasa berat. Minseok perlahan-lahan membuka matanya. Bulat mata Minseok apabila mendapati seseorang sedang nyenyak tidur sambil memeluknya erat.

Orang tersebut mengankat kepalanya lalu tersenyum manis kepada Minseok.

“Selamat pagi…”

 

 

 

 

….………?!

 

 

 

“YAH KIM TAEHYUN!!!! GET OFF FROM ME YOU IDIOT!!!!!!!”

Suara nyaring Minseok itu memecahkan ketenangan pagi tersebut. Taehyun yang terkejut dengan high pitch Minseok itu jatuh terbalik ke lantai carpet Minseok. Sementara itu Haejun di tepi katil ketawa terbahak-bahak melihat kembarannya yang sedang menggosok punggungnya yang sakit itu.

“Padan muka kau. Kan dah cakap tadi.”

“Sakit biol punggung aku!” Marah Taehyun.

“Kau sendiri yang cari pasal..”

Minseok mengosok matanya lalu melihat jam.“Bila korang sampai?”

“Baru je tadi. Kitaorang risau pasal Hyemi. Tu yag kitaorang datang.” Jelas Taehyun.lalu duduk di hujung katil.

Minseok teringat Hyemi lalu segera menuju ke bilik Hyemi. Namun waktunya salah. Hyemi baru sahaja keluar dari bilik air dan hanya bertuala.

Mereka panik gila waktu itu. Minseok pantas berpaling kebelakang mengadap dinding. Manakala Hyemi pantas berlari semula ke dalam bilik air.Wajah mereka bertukar kemerahan akibat malu.

“Aku tunggu kau kat bawah nanti ye..” Ujar Minseok lalu berlari keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja keluar menutup pintu biliknya.Minseok merasakan jantungnya berdegup kencang saat itu. Mukanya naik panas. “ Kim Minseok baik kau lupakan apa yang kau lihat tadi..” Ujarnya pada diri sendiri.”Lupakan..Lupakan….”

“Lupakan apa?"

 

“…………?!”

 

Minseok berpaling dan terkejut beruk apabila menyedari si kembar masih di situ. Mereka melihatnya dengan aneh.

“Kau nampak apa?” Taehyun tersengih nakal. “Boleh share tak?”

Minseok cuba mengawal perasaannya nervousnya. “Diamlah! Korang tunggu kat bawah okay. Jap lagi aku turun sarapan.” Ujar Minseok.Dia segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Tapi kau tak abis cakap lagi…….. Kau nampak apa….” Rungut Taehyun seperti keanak-anakkan.Dia mengetuk pintu bilik air Minseok. “Baik kau cakap…”

Haejun pantas menarik hood baju abangnya itu. “Budak kecik jangan sibuk… Kitaorang tunggu kat bawah Minseok!” Kata Haejun lalu mengheret abangnya dari situ.

“Wei aku tak nak lah…!” Bantah Taehyun.

 

 

*****************************************************************************************

 

 

 

Semuanya kembali seperti biasa.Walaupun Minseok dan Hyemi masih tak bercakap. Namun hubungan mereka tak lah seteruk sebelum ni. Hana pula di gantung sekolah. Ibu Hana datang merayu bagi pihaknya. Oleh kerana ibunya salah satu orang yang berpengaruh di sekolah tersebut, Hukuman Hana diringankan. Hana hanya digantung persekolahannya.

 

Minseok kembali popular di kalangan para pelajar sekolahnya. Lebih-lebih lagi apabila kini dia dah Hana tidak lagi bersama. Ramai pelajar perempuan yang cantik dan kaya cuba mendekatinya, namun Minseok tidak peduli kepada mereka. Dia lebih banyak berfikir bagai mana untuk memulihkan hubungannya dengan Hyemi semula.

“Selamat pagi Hyemi!” Sapa Minseok dengan barisan gigi putihnya apabila mereka terserempak di hadapan pintu pagar sekolah.

Hyemi hanya angguk kepala.

“Petang ni kau free tak? Jum kita keluar?”

“Aku..”

“Hyemi ah!” Sapa Yeonseok pula yang baru tiba.”Oh, hi Minseok! Gembira dapat jumpa kau!”

Sibuk jelah gorila ni! Marah Minseok dalam hati.

“Petang ni jadikan Hyemi? Saya dah beli tiket tau.Tada….!” Yeonseok menayang tiketnya.

Minseok kecewa namun dia tetap berlagak tenang.

 

 

Di Kantin..

 

 

Mereka menikmati makan tengahari mereka dengan selera sekali. Hari itu Minseok menyediakan bekal untuk mereka berempat.Untuk Hyemi, Minseok sediakan yang special.Sayangnya Hyemi mengalami kesukaran untuk menggunakan tangan kanannya untuk makan. Melihat situasi tersebut Minseok segera berhenti makan lalu mengambil chopstick dan sudu dari tangan Hyemi.

“Kau buat apa ni?’ Soal Hyemi.

Minseok menyudu nasi serta meletakkan lauk pada nasi tersebut.

“Bukak mulut.Ah…..” Arah Minseok kepada Hyemi.

“Aku boleh makan sendirilah.” Ujar Hyemi ego.

“Ye aku tahu. Tapi kalau nak tunggu kau habiskan makanan kau, rasanya sampai kalender tahun ayam pun tak habis jugak.”

“Bwoh? Yah Kim Minseok!” Marah Hyemi.

“Nak marah pun kejap lagi ye. Cepat bukak mulut kau besor-besor.” Arah Minseok yang masih tidak peduli."Cepat lah nak lenguh tangan aku tunggu kau ni.”

Hyemi melihat semua mata melihat meraka. Api cemburu jelas kelihatan di kalangan para pelajar perempuan.

"Cepat lah Hyemi, kesian Minseok tu. Dia sampai berhenti makan sebab nak suap kau.” Ujar Haejun.

“Betul tu. Sweet sangat!” Sokong Taehyun.

Hyemi melihat makanan Minseok yang lansung tidak disentuh tuannya. Minseok masih menantinya.

“Cepatlah.” Kata minseok dengan penuh harapan.

Dengan perlahan-lahan Hyemi membuka mulutnya dan menerima suapan dari Minseok itu.

Minseok tak dapat menahan diri dari tersenyum lebar melihat mulut Hyemi yang kelihatn comel mengunyah nasi yang disuapnya. Hatinya berbunga lalu meneruskan lagi suapannya kepada Hyemi.

Haejun dan Taehyun tersengih melihat dua sahabat baik mereka itu.

“Hyemi!”

Not again…. keluh hati Minseok

“Hyemi ah, saya belikan bubur seafood untuk awak.”Ujar Yeonseok dengan teruja.”Jom saya suapkan.”

Hyemi melihat bubur tersebut. Aromanya memang menyelerakan.

Minseok tahu Hyemi sukakan seafood. Kalau nak dibandingkan dengan bekalnya,bubur itu jauh sedap.Sekali lagi dia gagal mengambil hati Hyemi. Minseok kembali meletakan sudu serta chopstik di tepi dulang makanan dengan hampa.

“Kau buat apa” Soal Hyemi kepada Minseok tiba-tiba.

Minseok melihat Hyemi dengan pelik.

“Kau memang suka buat kerja separuh jalankan?”Soal Hyemi.

“Hyemi ah?” Minseok semakin tidak mengerti.

“Maaf Yeonseok, tapi saya alah pada makanan laut.” Ujar Hyemi.

OMG! Realy? Sorry Hyemi, saya tak tahu. Saya bimbang awak tak lalu makan sebab luka kat tangan awak tu.” Yeonseok rasa bersalah.

“Tak apa Yeonseok. Lagipun nasib baik ada Minseok Minseok, dia tolong suapkan saya.”

Minseok terkejut dengan pernyataan Hyemi itu.

Is that so? Thank Minseok.” Ucap Yeonseok walaupun kedengaran kurang senang.

"Er.. tak perlu pun." Minseo menggaru kepalanya yang todak gatal.

Yeonseok meminta diri selepas seorang pelajar memberitahu Mr Kang memanggilnya ke bilik guru. Dia terpaksa pergi walaupun berat hati nak tinggalkan Hyemi berduaan dengan Minseok. Yeonseok sebenarnya tahu Minseok sebenarnya suka dengan Hyemi tapi Minseok je yang masih tak sedar.

Sebaik sahaja Yeonseok beredar dari situ Hyemi melihat Minseok yang masih terkebil-kebil melihat Hyemi.

“Kau allergy dengan seafood ke Hyemi? Sejak bila?” Soal Minseok pelik.

Hyemi mengeluh dengan kelurusan Minseok itu.

“Kalau aku cakap aku allergy seafood harini, kau ada masalah ke? Kalau kau malas nak suap aku tak payah aku makan je bubur ni.” Ujar Hyemi kedengaran merajuk.

Minseok sepertinya mengerti niat sebenar Hyemi. Dia pantas mengambil semula sudu serta chopstick lalu mula menerusan suapannya.

“Cepat bukak mulut….” Arah Minseok dengan gembira.

“Kau ingat aku budak lima tahun ke?” Soal Hyemi sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Hehehe. Sorry my dear..” Ujar Minseok sambil tersengih dan mengangkat tangannya seperti menyerah diri.

Melihat reaksi comel Minseok itu Hyemi tidak dapat menahan ketawanya. Minseok terkesima. Setelah hampir berbulan. Itulah kali pertama Hyemi ketawa padanya. Minseok merasakan seperti dia telah berjaya memiliki sesuatu yang tak ternilai.Air matanya mengalir tanpa dia sangka.

"Yah kau kenapa?" Hyemi pelik.

"Tak ada apa-apa, cuma aku tak sangka kita dapat baik semula macam ni." Ujar Minseok terharu.

"Pabo!" Hyemi tersengih lalu mengesat air mata Minseok itu dan menarik Minseok dalam pelukannya. "Miss you chinggu ya!" Ucap Hyemi sambil ketawa.

"Me too."

Si Kembar gembira melihat dua sahabat baik itu kembali bersama.

"Aku pun nak peluk jugak!" Usik Taehyun kepada mereka.

Bermula dari hari itu Hyemi serta Minseok kembali seperti biasa. Kadang kala Minseok keliru dengan perasaannya. Mengapa dia cemburu pada mereka sedangkan Hyemi dan dia hanya sebatas teman sahaja.

 

 

 

 

******************************************************************************************************

 

 

 

Peperiksaan akhir tahun kini berakhir. Semua para pelajar lega selepas beban besar yang dipikul mereka kini telah tiada. Topik hangat mereka kini ialah Hari Graduasi mereka nanti. Sebagai Salah satu ahli jawatan kuasa pesatuan pelajar, Taehyun menetapkan tema malam majlis akhir tahun mereka pada tahun itu ialah Royal. Ibu Minseok menawarkan baju dari butiknya untuk dipakai oleh para pelajar yang kurang berkemampuan.

 

Petang itu semasa Minseok menghantar Hyemi pulang, kelihatan sebuah kereta mewah parking di hadapan rumah sewa Hyemi. Seorang wanita separuh usia keluar dari kereta tersebut menuju ke arah mereka.

 

“Lama rasanya kita tak jumpa?” Soal wanita tersebut sambil tersenyum mesra kepada Hyemi. Namun Minseok dapat merasakan bahawa Hyemi seperti tidak senang dengan kehadiran wanita tersebut.

“Kamu mesti kawan Hyemi kan?” Soal Wanita tersebut kepada Minseok.

“Minseok, kau balik dulu ye. Nanti aku call kau.” Ujar Hyemi kepada Minseok tiba-tiba.

“Minseok? Jadi kamulah Kim Minseok? Kamu ni anak Kim Won betul tak?” Soal wanita itu teruja.

Minseok terkejut apabila wanita itu mengenali dia dan appanya.

“Ye, itu Appa saya. Puan ni…?”

“Minseok, please dengar cakap aku.Kau balik dulu ye.” Ujar Hyemi yang kelihatan sangat memaksa.

Minseok yang pelik melihat reaksi Hyemi itu menurut sahaja.

“Call aku kalau ada apa-apa.” Ujar Minseok walaupun tak senang hati.

“Okay” Jawab Hyemi ringkas.

Sebelum meninggalkan Hyemi, Minseok sempat menoleh ke arah mereka.

 

 

 

 

 

*****************************************************************************************************

 

 

 

 

Malam itu Minseok tak dapat lelapkan mata. Dia juga malas untuk turun makan malam. Kedua orang tuanya berada di luar negara. Dia bimbang soal Hyemi.Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Siapa wanita tersebut dan mengapa Hyemi seperti membenci wanita itu.

Bunyi petir mematikan lamunan Minseok. Hujan lebat di luar. Tiba-tiba pintu bilik Minseok diketuk.

Dengan malas Minseok turun dari katil lalu menuju ke pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik itu di buka, kelihatan Mr Jin, butler keluarganya.

“Maaf menganggu Tuan Muda, tapi..”

Minseok melihat ke arah pandangan butlernya itu.

“Hyemi ah?!”Dengan pantas Minseok mendapatkan gadis tersebut.”Puas aku tunggu kau call.” Minseok mengeluh lega.

Hyemi hanya memberikannya senyuman tawar.

Minseok dapat merasakan ada yang tidak kena.

“Mr Jin, terima kasih ye. Awak boleh beredar sekarang. Jom Hyemi!” Minseok membawa Hyemi masuk ke biliknya.

Sebaik sahaja pintu Minseok menutup pintu biliknya di berpaling ke arah Hyemi. Namun Minseok terkedu apabila Hyemi tiba-tiba memeluknya.

“Hyemi ah……?” Panggil Minseok “Kau kenapa?” Minseok cuba merenggangkan pelukkan untuk melihat wajah Hyemi namun dihalang oleh Hyemi.

A minute, Please lets stay like this for a minute…” Ujar Hyemi.

Minseok tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Namun dia pasti Hyemi sangat memerlukannya saat itu. Tanpa berfikir panjang Minseok perlahan.lahan membalas pelukan Hyemi itu.tidak lama selepas itu Minseok merasakan bahunya basah dengan tangisan Hyemi. Minseok mengusap perlahan-lahan bahu gadis tu untuk menenangkannya.

 

 

 

Minseok melihat Hyemi yang tidur nyenyak di sebelahnya.Selepas puas menangis tadi Hyemi yang keletihan terlelap. Entah apa yang terjadi sebenarnya sehingga membuat Hyemi terluka seperti ini. Hati minseok juga turut terluka melihatnya. Saat itu Minseok sedar bahawa perasaannya terhadap Hyemi bukan lagi sahabat tapi cinta. Hyemi telah berjaya mencuri hati Minseok. Hatinya kini dimiliki oleh Hyemi. Walaupun sukar untuk dia percaya,namun itu kenyataanya.

“Hyemi ah, aku tak tahu apa yang merunsingkan kau saat ini. "I just want to say thank you for choosing me as your shoulder to cry.” Ujar Minseok tanpa dibalas oleh Hyemi yang sedang nyenyak tidur di dalam pelukan Minseok itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

I hope you like my updates. Sorry if it too short. Luv you!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!