Chapter 8

Dear My Tinkerbell

 

Petang itu selepas tamat waktu persekolahan Minseok terus pulang ke rumah. Hana mengajaknya untuk menonton wayang. Namun Minseok menolaknya pelawaan Hana itu.

Setibanya dia di hadapan rumah, Minseok terkejut melihat Hyemi sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Mata Hyemi bengkak seperti baru sahaja menangis. Minseok menguatkan hatinya lalu mendekati Hyemi.

“Kau buat apa kat sini?” Soal Minseok selamba. “Kenapa tak masuk?”

Hyemi tidak menjawab soalan Minseok. Dia hanya berdiri terpacak di situ sambil tunduk melihat tanah di bawah kakinya.

“Kalau kau tak nak cakap apa-apa aku masuk dulu..” Minseok berlagak dingin lalu menoleh untuk pergi. Namun lengan bajunya ditarik oleh Hyemi.

“Minseok ah..” Panggil Hyemi yang kedengaran sayu di telingan Minseok saat itu.

Minseok pantas menoleh ke arah Hyemi. Gadis itu mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Minseok cuba kuatkan hatinya untuk tidak menggagalkan rancangannya itu.

“Minseok ah, kau.. kau pura-pura je kan dengan Hana? Hm?” Soal Hyemi dengan suaranya yang separuh serak itu.

Minseok mengeluh berat.

“Hyemi ah..”

“Minseok ah tolonglah cakap yang sebenarnya. Ini semua tak benar kan? Kau dengan Hana tak betul-betul kan?” Soal Hyemi yang masih belum mengalah.

“Maafkan Hyemi tapi..”

“No! Stop it!” Tegas Hyemi sambil menekup telinga dengan tanganya. “Minseok ah, kenapa… kenapa Hana?”

Dahi Minseok berkerut, dia tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Hyemi. Hyemi mula menangis teresak-esak. Ini kali pertama dia melihat Hyemi bertindak sedemikian.

“Aku, tak kisah kalau kau suka kat gadis lain,… Tapi..tapi kenapa mesti Hana?” Soal Hyemi sambil tersedu-sedu. “Minseok kau tak ingat ke apa yang dia dah buat pada kau selama ini? Minseok ah, sedarlah. Tolonglah….” Hyemi gagal untuk mengawal perasaannya.

“Hyemi ah kenapa kau benci sangat kepada Hana?” Soal Minseok yang keliru.

“Hana…” Hyemi tidak meneruskan kata-katanya. “Yang pasti Hana bukan orang yang sesuai untuk kau. Minseok ah kau kena dengar cakap aku. Jebal (tolonglah) Minseok ah.. Eo?” Rayu Hyemi bersungguh-sungguh.

Namun Minseok tetap berkeras hati.

“Maaf Hyemi, aku…” Teragak-agak “Aku suka pada Hana. Hana dah menyesal atas perbuatannya. Hana bukan seperti yang kau cakap. Aku yakin, dia gadis yang baik. Mungkin…. ada salah faham antara kau dan dia. Kau tahukan aku dah lama sukakan dia. Aku berterima kasih sangat sebab kau dah tolong aku untuk dapatkan dia dan aku harap kau dapat terima dia sebagai kekasih aku.” Ujar Minseok walaupun sebenarnya dia tidak rela.

“Ya, pabo!” Hyemi hilang kesabarannya. “Kau yakin ke Hana tak kan lukakan kau?”

Minseok tidak menjawab soalan tersebut. Dia hanya mampu menganggukkan kepalanya.

Hyemi melepaskan keluhan yang berat.

“Kau… akan menyesal dengan keputusan kau Minseok.”Ujar Hyemi lemah. “Araso (Baiklah), kalau itu yang kau nak. Aku dah tak boleh kata apa lagi.” Hyemi cuba kuatkan hatinya. “Aku just nak kau tahu, mulai hari ini aku tak peduli walau apa pun yang terjadi pada kau!” Marah Hyemi dengan sikap geram Minseok itu. “Jaga diri kau baik-baik, KIM BABOSEOK!” Ujar Hyemi dengan geram lalu melangkah meninggalkan Minseok.

 

Sebaik sahaja Minseok melangkah masuk ke dalam rumah. Dia langsung mengurungkan dirinya di dalam bilik. Puan Kim dapat mengagak sesuatu yang tidak kena dengan anak lelakinya itu.

Minseok menghempaskan dirinya di atas katil lalu menangis sekuat hati melepaskan geram terhadap dirinya. Bayangan wajah Hyemi yang terluka tadi sebentar tadi dirasakan seperti pisau yang menikam di dada Minseok saat itu.

 

 

***********

 

 

 

Persahabatan antara Minseok dan Hyemi semakin renggang. Hyemi pula kembali dengan imej Cold Eyes Princessnya. Lebih teruk Hyemi kini lebih suka menghabiskan masanya bersendirian. Perubahan Hyemi itu membimbangkan dua sahabat baiknya serta Minseok. Dia mula menyesal di atas keputusannya itu. Dalam pada masa yang sama Hana dan Minseok sering dilihat bersama. Hubungan palsu mereka itu membuat semua para pelajar iri hati kepada mereka. Sama seperti Minseok, Hana meminta bantuan Minseok untuk berpura-pura menjadi kekasihnya supaya Jingguk tidak mengganggu Hana. Minseok sedar bahawa dia kini tidak lagi ada perasaan terhadap Hana. Apa yang pasti Minseok kini amat rindu dengan waktu ketika dia bersama Hyemi. Hatinya hancur apabila melihat perubahan Hyemi. Dia rindukan senyuman sahabat baiknya itu. Namun selagi Hyemi ada dengannya, Minseok bimbang Hyemi akan tercedera lagi demi menyelamatkannya seperti tempoh hari.

Minseok dan kembar sedang menikmati makan tengah hari mereka di kantin. Hyemi satu hari tidak kelihatan di kelas sepanjang waktu pembelajaran. Menurut Mr Kang, Hyemi diberikan tugas oleh pihak sekolah untuk mengendalikan program pertukaran pelajar dari New York yang bakal tiba lagi dua minggu. Hana muncul bersama tray makanannya lalu duduk di sebelah Minseok tanpa menghiraukan jelingan tajam Taehyun.

“Minseok ah, saya bawakkan makanan untuk awak. Makan ye..” Kata Hana yang kedengaran manja.

Meluat Taehyun melihatnya. Taehyun memang kasanova. Namun dalam kes Hana, tidak sama sekali.

“Korang pun makan lah sekali.” Pelawa Hana dengan mesra kepada mereka.

Minseok yang ingin menjaga hati Hana menjamah sedikit sandwich tersebut.

“Sedap tak?” Soal Hana.

“Memanglah sedap, dah tentu orang gaji kau yang masak.” Sindir Taehyun sinis. “Pleaselah, kau tak payah nak berdrama depan kitaorang boleh tak. Macamlah kitaorang tak tahu hubungan korang ni plastik je.” Sambung Taehyun lagi.

Hana menahan geramnya lalu bingkas bangun meninggalkan mereka.  MInseok pantas mengejar Hana.

“Padan muka ko. Plastik!” Ejek Taehyun sambil tersenyum puas. Dia kemudian menoleh kepada Haejun lalu mengerutkan dahinya. “Peliklah kau harini.” Ujar Taehyun.

“Pelik apa pulak?” Soal Haejun yang lansung tidak menoleh ke arah Taehyun.

“Biasanya kalau aku buat macam tadi tu kau mesti langsung tegur aku. Tapi kali ni… kenapa kau senyap je?”

Haejun hanya diam lalu tersengih melihat Taehyun.

“OMG, jangan cakap kat aku the coolest guy in this school pun tak suka dengan perempuan plastik tu?!” Soal Taehyun dengan sangat excited. “Yah, Haejun ah! Betul ke? Ohho…! For the first time aku rasa kita ni memang kembar. Hahaha! Sayangnya aku kat kau…..!” Ujar Taehyun lalu memeluk Haejun seperti seekor beruang koala.

“Hi… jangan peluk-peluklah, rimas aku!”Tegas Haejun menyembunyikan sengihan dia. “Betullah apa yang Hyemi cakap, kau ni sebijik cam beruk makye kat sarkas tu.” Usik Haejun.

“Makye, makye pun aku ni abang kembar kau jugak.” Ujar Taehyun sambil tersengih nakal.

“Itulah fakta yang sukar aku nak terima.” Kata Haejun pura-pura mengeluh.

“Yah!Yah!Yah! Haejun ah, cepat panggil aku Hyung sekarang!” Arah Taehyun dengan sangat excited.

“Dalam mimpi kau je lah…” Ejek Haejun lalu meneruskan makannya.

“Ow….Aku suka cara kau!” Balas Taehyun yang dah macam mak bedah yang tak ambil kisah.

Mereka akhirnya ketawa sesama sendiri.

“Rindulah nak lepak cam dulu kan?” Keluh Taehyun.

“Aku pun.” Sokong Haejun.

“Harap sangat semua ni akan berakhir cepat.”Ujar Taehyun pula

 

 

**********

 

Minseok masih lagi berlari mencari kelibat Hana di sekitar sekolah. Walaupun mereka hanya pura-pura sahaja namun Minseok tetap mahu menjaga hati Hana sebagai seorang sahabatnya.

“Mana pulaklah pergi dia ni…” Rungut Minseok sambil matanya liar mencari kelibat gadis tersebut. Namun lain yang dicari, lain yang ditemui.

Pada masa yang sama Hyemi yang baru sahaja turun dari tangga turut lalu di koridor tersebut. Mereka saling berpandangan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia lari dan memeluk sahabatnya itu. Hampir 2 minggu mereka tidak bertegur.  Namun Minseok menahan dirinya dari berbuat demikian. Lama mereka terpaku di situ Hyemi akhirnya menoleh ke arah lain dan meneruskan langkahnya melalui koridor tersebut. Semakin dekat jarak mereka, semakin kuat degupan jantung Minseok. Saat mereka berselisihan ada aura dingin yang dirasakan oleh Minseok dari Hyemi. Perasaan yang sama dirasakan sewaktu pertama kali mereka berjumpa. Minseok perlahan-lahan menoleh ke arah Hyemi yang semakin jauh menuju ke blok bangunan yang lain. Sekali pun gadis itu tidak menoleh ke belakang melihatnya. Walaupun kecewa, Minseok tidak dapat melakukan apa-apa kerana memang itu rancangannya.

 

 

 

********

 

 

 

Pagi itu semua pelajar seperti biasa berjalan kaki ke sekolah. Minseok tiba bersama Hana. Si Kembar yang sudah lama tiba menyapa Minseok. Mereka berdua lansung tidak mempedulikan Hana yang berada di sebelah Minseok saat itu. Hana pula menebalkan mukanya lalu merangkul erat lengan Minseok.

“Awal korang harini?” Usik Minseok kepada Si Kembar. Biasanya dua sahabatnya itu tiba lawat sebelumnya.

“Entah angin apa yang si Tae ni. Awal plak dia bangun. Siap buat breakfast and lunch lagi untuk kitaorang.” Ujar Haejun sambil menunjukkan bekal di tangannya.

“Wau mimpi apa kau malam tadi Tae?” Soal Minseok. “Mesti sedapkan? Rajin kau kan?”

Taehyun tersengih macam kerang busuk apabila dipuji bergitu oleh temannya.

“Well saja je. At least aku buat sendiri, tak mintak pun orang gaji aku masakan.” Sindiran Taehyun kedengaran pedas di telinga Hana.

Hana hanya  pekakkan telinga dan menahan geramnya mendengar sindiran pedas Taehyun itu.

Minseok dan Haejun geleng kepala melihat dua orang itu.

“Yah! Yah! Yah! Itu bukan Hyemi ke?” Soal Taehyun tiba-tiba lalu menunding ke arah pintu pagar masuk sekolah mereka.

Mata mereka beralih serta merta ke arah jari Taehyun.

Kelihatan Hyemi sedang berjalan beriringan bersama seorang lelaki menuju ke dalam bangunan sekolah. Mereka kelihatan mesra sekali. Entah mengapa Minseok tiba-tiba merasakan sesuatu perasaan yang aneh dalam hatinya. Dia seperti cemburu melihat kemesraan Hyemi itu. Setahu Minseok, Hyemi tidak pernah senyum bergitu kepada sesiapa selain dari Minseok.

“Hansomenya!!!” Jerit para pelajar perempuan di situ sebaik sahaja Hyemi dan lelaki itu melintasi kawasan parking sekolah mereka.

 

 

Image result for yoo yeon seok

 

 

(Hahaha.......! tu dia Mr YeonSeok kita . Ensemkan? credit to the owner of this picture)

 

“Hyemi ah!!!” Panggil Taehyun seperti Tarzan sesat membuatkan dua orang itu menoleh ke arah mereka.

Hyemi dan lelaki tersebut menyertai mereka.

“Kau sibuk betul minggu ni kan?” Soal Heajun kepada Hyemi yang hanya menganggukkan kepalanya.

“Sorry guy aku jarang lepak dengan korang. I promise after this lets hang out kay?” Ujar Hyemi kepada si kembar. Dia langsung tidak menoleh ke arah Minseok.

“Okay,” Taehyun tersengih melihat sahabatnya itu. Dia tahu Hyemi apa yang tersirat di hati gadis itu.”Ini…?”

Hyemi melihat anak mata Taehyun yang tertumpu pada lelaki di sebelahnya.

“Guys sorry for late introduce. This is Yoon Yeon Seok. Our exchange student form Canada. Aku kena guided dia sepanjang dia kat sini” Ujar Hyemi kepada mereka. “Yeon Seok ssi, this is my best friend, Taehyun and Haejun.” Hyemi sengaja berbuat demikian.

Yeon Seok menghadiahkan senyumannya kepada Si Kembar dan dibalas dengan reaksi yang sama mereka berjabat tangan.

Sementara itu, Minseok terkilan dengan perkataan teman baik tersebut. Namun dia cuba mengawal emosinya.

“You have korean name, so I guess you can speak in Korean right?” Soal Haejun kepada Yeon seok.

“Yup. Papa aku orang Korea, but my mom is A.B.C. Kalau kat rumah, dah biasa cakap korea dengan Papa.” Jelas Yeon Seok.

Mereka hanya mengangguk kepala dengan penjelasan Yeon Seok itu.

“So, macam mana Korea boleh adapt tak?” Soal Taehyun mula ramah dengan Si Yeon Seok.

“Tak banyak beza pun. Cuma culture kat sini lebih menarik dari dari kat London tu. Susah jugak nak adapt mula-mula, tapi thank to Hyemi. She help me a lot. Lucky she’s the one who guided me.” Ujar Yeon Seok sambil menepuk bahu Hyemi mesra sambil tersenyum.

Hyemi membalas senyuman Yeon seok itu.

“Oh……korang nampak mencurigakan.” Usik Taehyun kepada mereka berdua. “ Ada something yang kitaorang tak tahu ke?”

Hyemi dan Yeon Seok berpandangan.

“Ha.ha. dah mulalah kau tu.” Marah Hyemi.

“Aku tak tanya kau lah.” Hyemi ditolak ke tepi. “Aku tanya Yeon Seok ni ha.” Ujar Taehyun lalu memaut leher Yeon seok dengan sebelah tangannya.” What do yo think about our Hyemi?”

“Hoi Monyet! Kau merepek apa plak ni!” Marah Hyemi.

“Shuddup you monkey!” Ejek Taehyun. Dia masih lagi focus pada jawapan Yeon Seok.”Well Yeon Seok?”

Yeon Seok yang masih blur dengan soalan cepu emas Taehyun itu langsung melihat Hyemi dihadapannya lalu tersenyum seribu makna.

“Hyemi?”Soal Yeon Seok.

“Yelah Hyemi, takkan monkey.” Seloroh Taehyun membuat Heajun dan Yeon Seok ketawa geli hati.

Wajah Hyemi merah padam menahan geram.

“Hyemi..Mm… How to describe her in a word….” Yeon Seok seolah-olah berfikir dalam. “Hah! Got it. Special!”

“Special?!” Soal mereka serentak.

“Yup Hyemi ni istimewa.” Ujar Yeonseok lalu tersenyum manis kepada Hyemi yang malu saat itu.

“Tang mana yang specialnya?” Soal Taehyun.

“Yah!” Hyemi memukul bahu temannya itu dengan buku limanya.

“Apa kau nak monkey!” Taehyun pura-pura marah. “ Yeon Seok, kau nak ke kalau Hyemi ni jadi girlfriend kau?”

“Cukuplah tu setan…” Geram Si Hyemi.

“Nak!”

WHAT?!

Mereka terkejut dengan jawapan selamba Yeon Seok itu. Lelaki itu menjawab soalan tersebut tanpa berfikir panjang. Minseok merasakan ada sesuatu yang aneh dalam hatinya. Dia seperti tidak senang dengan jawapan Yeon Seok itu.

“Kau serious?” Soal Haejun pula.

“Haejun. Not you too…” Hyemi naik pitam dibuatnya.”Dah lah tu Yeon Seok jum aku hantar kau pergi bilik pengetua.” Pantas Hyemi menyeret Yeon Seok agar jauh dari teman-temannya itu.

“jumpa korang kat kelas nanti” Ujar Yeon Seok lalu melambai ke arah mereka.

“Dah malu lah tu..” kata Taehyun sambil  tersengih nakal. “Jom!” Katanya menyusul pelajar yang lain.

Minseok tidak tahu apa yang dia rasakan saat itu. Ketika dia melihat kemesraan di antara Hyemi dan Yeon Seok, seperti ada duri yang tumbuh dan mencucuk hatinya. Pedih yang teramat. Dia seperti cemburu melihat mereka. Tapi Minseok tidak pasti kenapa harus dia cemburu terhadap mereka kerana selama ini hubungan Hyemi dengannya cuma sahabat. Minseok benar-benar keliru.

**********

Hari semakin hari. Keakraban antara Hyemi dan Yeon Seok semakin mejadi-jadi. Hyemi di arahkan oleh Mr Kang untuk berpindah tempat duduknya dalam kelas ke sebelah Yeon Seok supaya dia senang untuk membantu pelajar itu. Minseok mula menyesal dengan keputusannya sebelum ini untuk menjauhi Hyemi. Kelihatannya Hyemi sudah pun melupakan persahabatan mereka. Minseok sangat kecewa. Namun ada sesuatu pekara lain yang membuat Minseok bingung. Hana baru-baru ini lebih banyak berdiam diri. Sukar untuk Minseok menghubungi Hana. Ada sekali itu Hana mengadu sakit apabila Minseok tidak sengaja terlanggar sikunya. Apabila Minseok memeriksa lengan hana secara paksa Minseok mendapati ada kesan lebam pada siku serta luka yang agak serius pada gadis itu. Menurut Hana, dia terjatuh semasa pulang dari sekolah. Namun Minseok yakin pasti ada sebab lain. Minseok mengambil keputusan untuk mencari tahu sebab sebenarnya. Walaupun Hana bukan teman wanita sebenarnya. Minseok tetap ingin membantu gadis itu sebagai seorang kawan.

***********

Suasana kelas mereka kecoh apabila Hana mendapati lockernya di buka seseorang dan wang kelas mereka telah hilang. Malah kunci lokernya juga turut hilang. Mereka tertanya-tanya angkara siapa. Menurut Hana sepanjang hari dia bersama dengan temannya. Hana yakin kunci tersebut ada bersamanya semasa dia makan di kantin tadi.

Mr Kang dan Mr Kim, guru disiplin mereka mengarahkan semua para pelajar pergi ke belakang kelas. Mr Tae dan Mr Kang dan Hana menggeladah tempat duduk setiap pelajar dalam kelas tersebut. Setelah lama memeriksa akhirnya Hana menjumpai kunci lockernya.

“Dah jumpa!” Teriak Hana. “OMO!” Hana terkejut.

Semua mata menoleh ke arah meja tersebut dan tergamam.

“Ini meja siapa?” Soal Mr Kang.

Semua mata melihat pemilik meja tersebut.

“Saya.”

“Kim Minseok?!” Soal Mr Kang tidak percaya.

 “Mr Kang, kami yakin Minseok bukan perlakunya.” Ujar Haejun.

“Betul tu. Seseorang mesti cuba sabotaj dia!” Sokong Hana.

“Kita cakap kat bilik pengetua nanti.” Tegas Mr Tae lalu mengheret Minseok keluar dari kelas tersebut.

 Minseok disyak sebagai perlaku. Namun Mr Kang meminta Mr Kim untuk memberikan dia masa untuk siasat pekara tersebut sebelum meneruskan hukuman terhadap Minseok. Mr Kim setuju lalu memberikan Minseok tempoh selama 1 minggu untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Sejak dari hari itu semua para pelajar sekolah tersebut kembali memulaukannya. Yang paling gembira dalam hal ini sudah tentu sekali Jingguk dan konco-konconya. Si Kembar sibuk membantu Minseok untuk mencari bukti. Keadaan semakin sukar apabila CCTV pada waktu kejadian itu rosak. Minseok berasa sangat hampa.Hana sentiasa menemani Minseok dan memberi sokongan kepada Minseok. Minseok amat berharap Hyemi ada bersamanya saat itu. Hanya Hyemi sahaja yang tahu bagaimana untuk menenangkan hatinya. Sayang sekali Hyemi langsung tidak peduli terhadap apa yang berlaku kepada Minseok saat itu. Hyemi lebih banyak menghabiskan masa bersama Yeon Seok.  

Petang itu Minseok sedang menunggu Hana untuk pulang bersama. Dia bimbang kerana keadaan Hana semakin teruk. Ada sekali itu Minseok secara tidak sengaja mendengar perbualan Hana bersama seseorang melalui handphone. Kedengaran Hana seperti panik. Orang itu seperti mengugutnya. Minseok cuba mencari tahu siapa orang tersebut. Apa yang sebenarnya disembunyikan oleh Hana.

Minseok akhirnya mengambil keputusan untuk mencari Hana di dalam kawasan sekolah. Setelah puas mengelilingi bilik stor tersebut, langkah Minseok terhenti apabila mendengar seperti suara seseorang dari bilik stor sekolah. Perlahan-lahan Minseok mendekati bilik stor tersebut.

“Sakitlah!” teriak Hana.

Minseok panik lalu pantas mendapatkan Hana. Pipi Hana kemerahan kelihatan seperti kesan tamparan.

“Minseok…” Mata Hana berair menahan perit pipinya itu. “Hyemi ah kenapa kau buat aku macam ni. Aku tak pernah buat apa-apa pada kau.” Ujar Hana sambil menangis teresak-esak.

“Yah! Cukuplah drama kau tu!” Tegas Hyemi dengan bengis.Lalu menyerang Hana.

Dua gadis itu bergelut. Minseok keliru bagaimana untuk menghentikan mereka. Minseok cuba menarik mereka berdua dari terus bergelut. Dia berusaha menghalang Hyemi dari terus memukul Hana.

“Hyemi ah! Kenapa kau buat Hana macam ni. Apa yang dia buat kat kau?” Soal Minseok sedikit tegas.

“Aku tak ada urusan dengan kau sekarang. Ini antara aku dengan perempuan ni!” Ujar Hyemi dengan dingin pada Minseok.

Minseok agak terkilan mendengar kata-kata Hyemi itu. Jelas sekali dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Hyemi.

“Ketepilah!” Tegas Hyemi yang masih memukul Hana.

“Hyemi ah cukuplah tu.!” Minseok terpaksa menarik keras tubuh Hyemi dari Hana. Namun secara tidak sengaja Hyemi hilang imbangan lalu terjatuh kuat ke lantai.

Minseok membantu Hana bangun.

“Hana ssi okay ke?” Soal Minseok. Hana hanya angguk lemah.

 “Ommo!” Teriak Hana membuatkan Minseok pantas menoleh ke arah Hyemi.

Hyemi kelihatan sedang menahan kesakitan. Tangannya terseret serpihan kaca sewaktu tubuhnya tercampak tadi. Serpihan kaca itu menusuk tapak tangannya. Darah mula mengalir dengan banyak.

“Hyemi ah!” Minseok panik lalu pantas mendapatkan Hyemi.

“Sakit…” Hyemi tidak mampu menahan lagi air matanya.

Saat itu Minseok tidak dapat berfikir panjang lagi. Dia segera mengangkat Hyemi secara bridal style lalu membawa Hyemi untuk medapatkan rawatan secepatnya.

“Hyemi ah..Maafkan aku… maafkan aku..” Ujar Minseok tidak henti henti sepanjang lariannya. Darah Hyemi menitis tanpa henti sepanjang koridor sekolah itu.

Hyemi tidak berkata apa-apa. Wajahnya jelas sedang menahan perit luka tusukan kaca tersebut.

Minseok segera mebawa Hyemi masuk ke dalam keretanya lalu memercut ke hospital berdekatan.

“Hyemi ah tahan ye. Kita dah nak sampai hospital dah..” ujar Minseok cuba menenangkan Hyemi. “Maakan aku Hyemi. Aku tak patut tolak kau sampai macam ni.” Minseok semakin tampah panik.

Sewaktu diberi rawatan,Hyemi  masih diam. Minseok masih di sisinya. Saat doctor menarik keluar serpihan kaca tersebut satu demi sati. Hyemi mengerang kesakitan membuat Minseok panik lalu memeluk Hyemi untuk menenangkannya. Hyemi menggenggam erat tangan Minseok yang memeluknya itu sambil cuba menahan kesakitan. Doktor menjahit luka tersebut dan rawatan diteruskan. Setelah selesai Minseok menguruskan pembayaran rawatan Hyemi sementara Hyemi menunggu Minseok di koridor hospital. Setelah selesai Minseok segera mendekati Hyemi.

“Nah ubat kau. Nanti jangan lupa makan ikut yang doctor dah tulis tu.” Ujar Minseok.

Hyemi tanpa banya kata mengambil ubat dari tangan Minseok itu. Namun dia kembali menadah tangannya. Minseok terpinga-pinga melihat Hyemi.

“Ada lagi ke yang belum setelkan?” Soal Minseok.

“Resit?”Soal Hyemi pendek.

Minseok melihat resit ditangannya.

“Kau nak buat apa dengan resit ni?” Soal Minseok semula. “Kau tak perlu bayar aku balik. Lagipun aku yang..”

Resit itu diambil oleh Hyemi lalu dilihatnya.

“Nanti aku bayar kau balik. Beg aku kat sekolah.” Ujar Hyemi pendek lalu meninggalkan Minseok.

“Yah Hyemi aku kata tak payahlah! Hei, tunggu!”

MInseok menahan Hyemi dari pergi.

“Ada apa lagi?” Soal Hyemi masih dingin.

“Kereta aku kat sana.” Ujar Minseok lalu menunding ke arah tempat Parking.

“Ada aku kata aku nak kau hantar balik ke?” Soal Hyemi masih dingin.

“Hyemi ah, aku tahu kau marah kat aku. Tapi sekurang-kurangnya biar aku hantar kau balik. Tangan kau jadi macam tu sebab aku. aku..”

“Tutup mulut kau!” Tegas Hyemi.

Minseok terdiam.

“Tak payah nak tunjuk yang kau peduli sangat kat aku. Aku tak nak amik tahu pun.” ujar Hyemi sinis.

“Apa kau cakap ni? Aku betul-betul risaukan pasal kaulah.” Marah Minseok.

“Hyemi ah!”

Mereka berdua pantas menoleh ke arah orang tersebut. Yeon Seok sedang berlari dengan wajah yang jelas bimbang.

“Hyemi ah, are you alright?” Soal Yeon Seok sebaik sahaja tiba disisi Hyemi.

“Yeon Seok, kau buat apa kat sini?” Soal Hyemi terkejut.

“Aku cari kau kat sekolah tadi, diorang cakap kau tangan kau cedera teruk. Im so worried. How is your hand?”

Yeon Seok pantas melihat balutan tangan Hyemi itu dengan perihatin sekali.

“Mesti sakitkan?” Soal Yeon Seok lagi.

“Tak delah. Sikit je.” Ujar Hyemi tenang sambil tersenyum melihat Yeon Seok yang sangat berhati-hati melihat tangannya itu.

Kemesraan mereka iti dirasakan kurang senang oleh Minseok. Dia cemburu dengan layanan Yeon Seok kepada Hyemi.

“Jum aku hantar kau balik.” Kata Yeon Seok.

“Tapi…” Hyemi melihat Minseok yang jelas masih berharap.

“Ehem!” Minseok sengaja buat meraka sedar tentang kewujudan entitinya di situ.

“Minseok!? Sorry aku tak perasan kau kat situ tadi. Terima kasih sebab hantar Hyemi”

Dari tadi aku terpacak kat sini tiang bendera ni ,baru sekarang kau cakap tak nampak? Buat lawak betullah mat saleh celup ni tak payah nak terima kasih sangat macam kau boyfriend dia.Gumam Minseok dalam hati.

“Aku …”

“Yeon Seok!” Hyem memotong kata kata Minseok. “Jum balik.”

Dua lelaki tersebut terkejut. Yeon seok gembura pelawaannya diterima. Manakala Minseok kecewa Hyemi lebih memilih Yeon Seok darinya.

“Kami pulang dulu Minseok.” Ujar Yeon Seok lalu meninggalkan Minseok yang masih berdiri melihat mereka di situ.

Dari balik tingkap kereta Yeon Seok, Hyemi sempat menoleh ke arah Minseok yang masih memerhatikannya. Mata mereka bersatu. Minseok benar-benar hampa melihat Hyemi bersama Yeon Seok. Yeok Seok sempat melambai ke arah Minseok sebelum memercut keretanya meninggalkan kawasan hospital tersebut.

“Minseok ah.”

Kelihatan Hana baru sahaja tiba.

“Hana, awak buat apa kat sini?” Soal Minseok hairan.

“Saya bimbang tentang Hyemi. Dia okay ke?” Soal Hana prihatin.

“Hyemi baru je balik. Yeon Seok yang hantar dia. Tangan dia luka teruk.” Ujar Minseok sambil mengeluh. “Hana ssi apa sebenarnya yang berlaku sampai korang gaduh tadi?”

Wajah Hana berubah terkejut apabila soalan itu ditujukan kepadanya.

“Hyemi tak cakap apa-apa ke pada awak?” Soal Hana semula.

“Nak tanya tapi tak sempat. Hyemi masih marah kat saya. Dia layan saya dingin betul tadi.” Ujar Minseok yang masih terkilan. “Tapi… apa yang berlaku?”

“Sebenarnya… saya ajak Hyemi untuk berbincang tentang kita. Saya rasa bersalah sangat sebab sarankan plan kita ni. Saya tengok awak selalu sedih setiapkali teringat tentang Hyemi. Saya nak korang kawan balik. Tapi Hyemi malah marah dan tuduh saya menyibuk. Pada dia awak dah tak penting lansung dalam hidup dia. Saya amat marah bila dia kata awak bukan-bukan. Tu yang kita orang gaduh macam tu tadi.”

“Hyemi cakap macam tu ke?” MInseok terkejut mendengar kenyataan Hana itu.

“Maaf Minseok, saya cuba pulihkan hubungan korang tapi jadi macam ni pulak.” Hana mengeluh.

“Kita pulang jum.” Kata minseok. Otaknya masih tidak percaya apa yang dia dengar. Tak mungkin Hyemi macam tu. Tapi takkan lah Hana tipu. Aku mesti tanya Hyemi sendiri! Bisik hati Minseok.

 

 

 

 

******************************

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Finaly Im back!!!! tq sooooooo much for your support. sorry kalau chapter ada banyak spelling error. So busy sampai tak dapat update, apapun. Enjoy the chapter. Next chapter akan lebih banyak drama. So please give me take care of yourself. luv you all.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!