Chapter 5

Dear My Tinkerbell

Malam itu Suho tak dapat nak lelapkan mata. Dia masih belum dapat lupakan pekara yang berlaku di hospital petang tadi. Perutnya terasa lapar tiba-tiba. Jadi dia keluar ke dapur untuk mencari sesuatu untuk di makan. Hanya Mee segera yang ada saat itu. Nampaknya mereka kekurangan stok makanan. Esok, dia dan D.O akan keluar untuk berbelanja.

Saat menunggu mee segeranya untuk siap dimakan, dia mengambil air yang tersimpan dalam peti sejuk. Tiba tiba dia terasa seperti ada angin yang menerpa dibelakangnya. Meremang bulu roma Suho tiba-tiba. Suho berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku lalu meneruskan niatnya tadi. Setelah menutup semula pintu peti sejuk itu dia pantas menoleh kebelakang untuk kembali ke meja makan.

ARGH!!!!!”

Satu susuk tubuh yang berpakaian serba hitam sedang terpacak di hadapan Suho dengan muka serba putih sambil merenungnya. Jantung Suho hampir tercabut saat itu juga gelas berisi air jus di tangannya terlepas jatuh menerpa ke lantai dapur. Kakinya kaku di situ.

“Hyung…” kedengaran suara yang amat familiar memanggilnya.. Serta merta ruangan dapur menjadi terang.

“Yah!!! Byun Baekhyun! Juguellae?(Nak mati ke?)” Pekik Suho dengan sekuat hati membuatkan Baekhyun terpaksa menutup telinga dengan tapak tangannya.

“Wae hyung?” Soal Baekhyun pelik.

“Wae(kenapa) kau cakap? Kau tau tak aku hampir nak jadi arwah tadi!” Marah Suho. “Kau buat apa terpacak kat belakang aku memalam buta ni? Ni satu lagi, Tu,kat muka kau tu, Kau tarok apa sampai putih macam tepung gomak hah?” Bebel Suho tak henti-henti.

“Omo! Sorrylah Hyung….Hehehe. Ni nama dia bedak sejuklah Hyung. Chanyeol bising dia kata muka aku dah mulai ada jerawat kecik-kecik” Baekhyun tersengih macam kerang busuk. “Tadi aku dengar bunyi bising kat luar tu yang aku keluar tengok. Manalah tahu ada sasaeng ceroboh masuk. Lepas tu aku nampak Hyung kat dapur, aku nak tegur Hyung tapi Hyung dah jerit dulu. Sorry hyung kalau buat Hyung terkejut.” Jelas Baekhyun panjang lebar.

“Yelah. Lain kali cakaplah, Janganlah terpacak macam hantu kat belakang Hyung tiba-tiba. Nak tercabut jantung ni tau tak?” Kata Suho. Marahnya mulai reda sedikit.

“Okay Hyung..”(^_^)

Mereka lepak di balkoni rumah sambil menikmati mee segera mereka.

“So macam mana Xiumin Hyung?” Soal Baek memulakan perbualan mereka.

“Esok dah boleh discharge.” Jawab Suho ringkas.

“Betul ke?Baguslah!” Baekhyun lega.

“Esok Manager Hyung cakap kita ada meeting dengan team production.”

“Production?” Soal Baek pelik. “Kita baru habis world tour kan?, tak kan nak start lagi?”

“Entah, Manager Hyung tak jelaskan lebih detail tadi, esok je baru diaorang brief pasal meeting tu nanti.”

 

Keesokan harinya….

Exo kecuali Xiumin berkumpul di bilik meeting SM. Masing-masing tidak tahu apa tujuan mereka di situ. Tidak lama kemudian CEO mereka Mr Choi tiba bersama dua orang lelaki. Salah satunya berbangsa kulit putih. Ahli EXO segera bangun serta tunduk hormat kepada CEO mereka itu.

“Baiklah semua dipersila duduk.” Ujar Mr Choi.

Mereka semua duduk di meja mesyuarat tersebut.

“Sebelum saya memulakan meeting ini, sayang ingin mengucapkan taniah kepada kamu semua kerana berjaya menamatkan world tour kamu.” Ucap Mr Choi dan dibalas tepukan dari mereka semua termasuk tetamu yang hadir itu. Entah diaorang faham ke tidak mereka tepuk tangan aja. Buat macam fahamlah ye. “ So let me introduce to all of you, this is Mr Kang and Mr Andrew. Mereka dari syarikat production Hollywood.”

Bulat mata semua ahli EXO apabila mendengar perkataan Hollywood. Ha..terkejut mak jah.

“Mereka akan memproduksi projek baru.The good news is, you guys are gonna take part in that project.” Jelas Mr Choi dengan bangga.

Sementara ahli exo yang lain terkebil-kebil mendengar berita tersebut. Exo.. in Hollywood?!

We will have our management team to discuss with you guys about this project in more details. Hope to see you soon.” Ucap Mr Andrew ringkas.

Sebaik sahaja tiga orang itu pergi Ahli ExO masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi. Mereka dapat tawaran ke Hollywood. Itu yang pasti.

Finaly we are going to Hollywood!!!” Jerit Sehun dengan excited sekali lalu mematikan lamunan member yang lain. Mereka bersorak dan melompat sana sini tak ubah seperti dirasuk semangat oleh beruk makye.

“Xiumin hyung pasti gembira dengarr berita ni.” Kata Lay.

“Jom kita pergi jemput Xiumin Hyung kat hospital.” Kata Kai.

Saat mereka tiba di hospital kelihatan si kembar sedang sibuk membantu Xiumin mengemas.

“Xiumin Hyung!!!!”

Kedengaran amat jelas sekali suara anak-anak teletubies bernama EXO dari luar bilik ward Xiumin itu.

“We’re going to Hollywood!!!”

“Hollywood!!”

“U.S.A!!!”

“This is Awsome!!!!!”

“Hyung!Hyung! Hyung dengar tak?”

Xiumin cuba untuk menghadam apa yang cuba disampaikan oleh budak-budak tersebut.Dia melihat ke arah Suho untuk mendapat penjelasan situasi tersebut.

“Senyaplah! Korang ingat korang kat mana sekarang?” Suho akhirnya memberi isyarat kepada mereka semua untuk bertenang.

“Sorry hyung…” Kata mereka serentak.

“Dah siap packing ke?” Soal Suho.

“Dah. Nasib baik diaorang datang.” Kata Xiumin sambil merujuk kepada temannya itu.

“Thanks Hyung,sebab tolong Xiumin Hyung. Kitaorang lambat sikit tadi sebab ada meeting.” Ujar Suho kepada dua lelaki tersebut.

“Tak ada hal Suho. Minseok ni dah macam adik beradik kitaorang.” Haejun meletakkan tangannya pada bahu Xiumin.

“Well tadi korang cakap pasal Hollywood. Apa dia yang korang maksudkan tu?” Soal Taehyun kepada Suho.

“Macam ni…” Suho menjelaskan apa yang berlaku.

“Wow, hebatnya korang!” Puji Taehyun.

“Tahniah guys!” Ucap Haejun pula.

“So bila meeting seterusnya?” Soal Xiumin kembali.

“Manager akan inform kita bila tarikh dah ditetapkan nanti” Jelas Suho lagi.

“Apa pun tahniah! Bukan senang nak dapat tawaran macam ni.” Kata Taehyun kepada mereka.

Why don’t we all celebrate it? My treat?” Kata Heajun sambil mengeluarkan kad kreditnya.

Serious Hyung?” Soal mereka serentak.

“Well korang beruntung harini, Si kedekut ni jarang nak belanja orang. Tapi kalau dia kata dia nak belanja ha… hotel lima bintanglah jawabnya.” Ujar Taehyun kepada mereka.

“Wei, aku taklah sekedekut macam tu!” Kata Haejun membela dirinya. “ Okay…Taehyung dikecualikan. So korang nak makan apa?”

“Haejun…” Taehyun buat muka comel.

“Siapa suruh kau banyak cakap?”

Mereka tergelak melihat kerenah dia beradik itu. Muka saja sama. Perangai jauh berbeza.

 

******************

Xiumin sedang duduk sambil mengadap permandangan laut dihadapan balkoni rumah mereka. Tiba-tiba Suho menyapanya sambil membawa ubat Xiumin.

“Hyung masa untuk makan ubat.”

“Thanks Suho.”

Setelah itu mereka duduk lepak di balkoni itu sambil menikmati pemandangan waktu petang tersebut.

“Hyung, esok dan lusa dah tak ada schedule.” Ujar Suho.

“Baguslah. Dapatlah bebudak tu rehat. Sejak tour kita tamat. Tawaran shooting iklan bertimbun sampai tak cukup rehat diaorang tu.”

Suho hanya angguk.

“Hyung, tadi omma Hyung call.”

“Ye ke? Tu lah tadi Hyung lupa nak call balik. Nasib baik kau ingatkan.” Xiumin hanya tersengih.

“Esok cuti. Hyung tak nak balik ke jumpa diaorang?” Soal Suho tiba-tiba.

Xiumin mengeluh sambil jarinya mengetuk besi penghadang balkoninya itu.

“Tak naklah. Cuti dua hari je kot. Lagipun malaslah kena drive sorang-sorang.”

“Kalau hyung rasa macam tu, esok kita pergi sesama nak?” Pelawa Suho.

“Huh? Kau nak temankan Hyung balik kampung?” Soal Xiumin hairan.

“Yup. Untuk hyung boleh je.. Lagipun doctor yang cakap jangan bagi hyung stress. Balik kampung boleh rehatkan minda Hyung.”

Xiumin masih senyap.

“Kalau Hyung nak, malam ni saya call Manager Hyung.Hm?”

Xiumin berfikir sebentar. Sudah lama dia tidak pulang ke rumahnya. Dia juga rindu kepada kedua orang tuanya itu.

“Okay.” Kata Xiumin ringkas.

“Set!” Suho mengeluarkan handphonenya lalu mendail nombor manager mereka.

 

*******************

Perjalanan untuk ke rumah Xiumin mengambil masa satu jam. Mereka bertolak dengan menaiki kereta Suho. Musim bunga akan bermula tidak lama lagi. Kelihatan pokok-pokok di sekitar jalan sudah mula mengeluarkan tunasnya. Setiap kali Xiumin melalui jalan tersebut, dia sentiasa teringat kenangan waktu sekolahnya dahulu. Lebih-lebih lagi saat bersama teman-temannya.

Mereka lalu di hadapan sekolah menengah tinggi yang pernah Minseok belajar dulu. Kedengaran radio sekolah sedang memainkan lagu bagi mengisi waktu rehat para pelajarnya.

 

Flashback

“Selamat Hari Valentine Semua….!” Ucap DJ radio sekolah mereka. “So pelajar lelaki sekalian… Anda rasa berapa banyak coklat yang anda akan terima harini? Adakah 1,2,10 atau mungkin lebih dari itu? Ha… jika anda mempunyai pemikiran seperti itu, anda mungkin mempunyai masalah terlebih perasan dengan kacakkan anda. Kenapa? Anda tanya saya kenapa? Sebab tidak ada yang dapat menandingi kekacakkan Song Taehyun di dalam sekolah ini. Ye, hanya Song Taehyun saja yang layak untuk digelar Raja Valentine. Jadi wahai gadis-gadis sekalian, apa lagi yang kamu tunggu lagi? Oppamu sedang menunggu coklat dari kamu semua! HAHAHAHA!”

 

……………….?

Di Kantin sekolah…

“Aku dah agak dah ini akan berlaku….” Keluh Haejun sambil cuba menyembunyikan wajahnya.

“Siapalah agaknya yang terlebih bijak sangat bagi slot valentine ni kat dia?” Sambung Hyemi pula.

“Aku rasa orang tu mesti tak waras.” Sokong Haejun.

"Aku sokong kau 100%"

Minseok tidak banyak berbicara hanya melihat dua orang tersebut merungut dengan DJ sekolah yang tak henti-henti memuji dirinya sendiri itu. Entah tak tahu bagaimana, Minseok kini menjadi sebahagian dari mereka semenjak dia duduk semeja dengan Hyemi. Taehyun dan Haejun melayan Minseok dengan baik.Bukan itu sahaja, Haejun turut membantu Minseok untuk menjalani gaya hidup sihat. Haejun sememangnya perihatin dalam bab kesihatan. Kini badan Minseok sudah susut dah tak gemuk lagi namun dia masih dengan penampilan nerdnya itu. Walaupun begitu, Hyemi yang masih suka berdiam diri dan bersikap dingin terhadapnya . Mungkin dia tidak senang dengan Minseok. Itu sangkaan Minseok. Namun apa yang baiknya sejak itu juga dia jarang dibuli oleh rakan sekolahnya. Mungkin kerana mereka takut dengan mereka bertiga.

“Boleh tahan jugak kau Haejun. Nak pecah aku tengok loker kau dengan coklat-coklat tu.” Ujar Hyemi. “Sampai boleh buat stok sampai hujung tahun ni rasanya.”

“Kau cakap orang, coklat kitaorang tahun ni mana?”

“La…coklat kat loker korang tu tak cukup lagi ke?”

“Bukan tak cukup, tapi banyak-banyak coklat tu, kau punya yang paling sedap.”

“Kau puji ke perli ni?” Soal Hyemi sinis.

“Betullah..” Kata Haejun.”Tae cakap,korang boleh bukak bisnes dengan coklat kau tu…”

“Merepeklah kau ni…” Hyemi berjalan meninggalkan Hyejun untuk membeli makan tengah harinya.

“Minseok kau tak dapat coklat ke?” Soal Haejun kepada Minseok.

Minseok hanya menggeleng kepala.

“Bagus jugak kau tak dapat tu, kalau tak macam aku ni ha, tak pasal-pasal kena dah jadi satu kerja nak kena angkut semua ni balik rumah…” Keluh Haejun.

“Aku tak popular macam koranglah. Siapa nak bagi aku coklat..” Minseok hanya tersengih.

“Ke kau ada berharap nak dapat coklat dari seseorang?” Usik Haejun.

Muka Minseok merah padam. Sememangnya dia amat berharap bahawa dia dapat coklat dari seseorang pada hari itu. Namun itu hanya angan-angan sahaja. Pada yang sama dia terpaku melihat Hanna. Pelajar lelaki berpusu pusu memberi bunga ros kepada Hanna. Dengan tersipu-sipu Hana menerimanya demi menjaga hati mereka.

Hyemi tiba bersama makanan tengah harinya.

“Dah bawak kenapa tak nak bagi je?” Soal Haejun tanpa melihat bunga ros merah di tangan Minseok. Minseok segera menyembunyikan bunganya ke dalam poket blazernya. Saat itu juga Taehyun tiba bersama tiga beg kertas bersaiz besar dipenuhi dengan coklat peminatnya.

“Kau bawak untuk siapa MInseok?” Soal Taehyun yang baru sahaja tiba di meja mereka.

“Tak adalah..a.ku…” Minseok tergagap-gagap. Dia tidak tahu bagaimana untuk menafikannya.

“Hai, Minseok!” Sapa seseorang membuat mereka semua mengalihkan pandangan kepada orang tersebut.

Minseok mengelabah apabila mendapati Hana sedang menyapanya sambil tersenyum. Si kembar akhirnya berjaya menangkap situasi sebenar.

“Hai, Hana ssi. “ Balas Minseok hampir tidak kedengaran.

“Awak tengah lunch dengan diaorang ke?” Soal Hana.

“Ye. Er… ada apa yang boleh saya bantu ke Hana ssi?” Soal Minseok semula. Dia tidak berani memandang wajah Hana.

“Tak ada apa sebenarnya, Cuma…next week is my birthday, I hope you can come.” Ujar Hana.

Minseok bagai tidak percaya apa yang dia dengar. Hana menjemputnya untuk menghadiri majlis hari jadinya.

“Ya saya pasti datang…” Jawab Miseok membuatkan Hana tersenyum mendengarnya.

“Thank Minseok! Make sure you datang tau.” Hana kelihatan sangat gembira. “Korang pun jangan lupa datang.” Katanya merujuk kepada tiga sahabat itu.

Mereka bertiga hanya diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Lebih-lebih lagi Hyemi. Minseok sedar bahawa Hyemi jelas tidak senang dengan kehadiran Hana di situ. Dia bingkas bangun untuk meninggalkan meja tersebut.

“Hyemi-ah!”

Langkah Hyemi terhenti tanpa menoleh ke arah Hana yang menghampirinya.

“Can we talk for awhile?” Soal Hana.

“Sorry, I don’t have time for that.” Ujar Hyemi tanpa menghiraukan Hana.

Hana menarik lengan Hyemi dari pergi. Wajah Hyemi berubah dingin.

“Lepas.” Tegas Hyemi.

Suasana bertukar dingin. Semua mata menuju ke arah mereka.

“Let’s talk hm? Tak lama. Kejap je.” Rayu Hanna.

Hyemi mula hilang sabar. Namun sebaik sahaja matanya terlihat seseorang dia cuba mengawal amarahnya.

“Five minute only.” Kata Hyemi lalu meninggalkan meja tersebut sambil diekori Hana dari belakang.

Suasana di kantin sekolah kembali tenang seperti biasa. Minseok masih tertanya-tanya dengan sikap dingin Hyemi tadi.

“Minseok, kau berangan apa tu? Sup kau tu dah nak sejuk dah” Ujar Haejun mematikan lamunan Minseok.

“Minseok kau belum jawab lagi soalan aku. Kau tunggu coklat dari siapa?” Soal Taehyun membuatkan Minseok tersedak. Habis muka Taehyun dengan sisa nasi.

“Amik kau! Hahaha!” Haejun ketawa geli hati.

“Diamlah!” Marah Taehyun sambil mengelap sisa nasi di wajahnya.

“So..ory Taehyun.” Minseok serba salah.

“Eh? Tak apalah aku okay je.. aku dah biasa. Dengan Hyemi pun aku kena jugak” Taehyun tersengih sambil menjeling Haejun yang sedang menahan ketawanya.” Tapi tengok gaya kau ni, betullah kau suka kat seseorang? Hm… walaupun aku memang ship kau dengan Hyemi nak buat macam mana  kalau kau lebih luka gadis lain.So, who’s that lucky girl Minseok?”

Minseok tunduk, mukanya merah. Segan untk menjawab soalan Taehyun itu.

“Aigoo comel betul Minseok kita…” Usik Taehyun. “Kau dah confess belum Minseok?”

Minseok hanya geleng kepala.

“Kau takut dia tolak cinta kau ea?”

Minseok anguk.

“Aku tak yakin dia suka kat aku. Korang tengoklah aku ni, dah lah gemuk dan tak hensem.”

“Alah kau mana ada gemuk. Cuma Chubby sikit je… Nak aku tolong kau tak?”Pelawa Taehyun tiba-tiba.

Bulat mata Minseok mendengar tawaran Taehyun itu.

“Eh… tak payah!" Halang Haejun. “Minseok, kau dengar cakap aku. Jangan layankan idea gila dia ni. Dia ni bukan…Mmmh!!”

Mulut Haejun ditutup.

“Bisinglah!” Taehyun menolak Heajun ke tepi. “Amacam kau nak tak? Nak kan? Okay jumpa lepas kelas nanti..” Taehyun pantas meninggalkan mejanya tanpa mempedulikan jawapan dari Minseok.

Minseok melihat Haejun.

“Aku dah ingatkan kau…” Ujar Haejun ringkas.

 

********************************

 

Sambutan Hari Jadi Hanna sangat meriah. Ramai para tetamu yang hadir. Minseok membetulkan kemeja yang dipakainya. Dia harus nampak segak dihadapan Hana. Namun sayangnya tiada yang mempedilikannya. Minseok hanya duduk di tepi kolam keseorangan. Setelah lama menunggu akhirnya Hanna tiba dengan memakai gaun berwarna merah jambu. Hanna tak ubah seperti seorang puteri. Minseok semakin terpikat kepada gadis itu. Hanna terlihat Minseok di situ. Dia segera menghampiri Minseok.
“ Minseok, awak dah datang.” Ujar Hanna sambil tersenyum riang.

“Ye. Selamat hari jadi Hanna.” Ucap Minseok sambil menghulurkan hadiah kepada Hana. “Untuk awak.”

“Terima kasih.” Hana menyambut hadiah tersebut dangan gembira.  Mata hana melihat sekeliling Minseok. “ Awak seorang je ke?”

“Ye.Taehyun dan Haejun cakap diaorang ada hal so tak boleh datang.” Jelas Minseok.

“Oh… okay tak apalah. Hm… saya nak jumpa guest yang lain dulu, nanti kita sambung sembang. Enjoy the parti Minseok.” Ujar Hana lalu meninggalkan Minseok untuk menyambut tetamu yang lain.

Sekali lagi Minseok ditinggalkan keseorangan di situ.

Suasana parti tersebut semakin meriah. DJ memainkan music rancak. Para tetamu menari mengikut rentak music yang dimainkan. Minseok hanya melihat kerenah mereka dari jauh sambil sekali sekala ketawa apabila ada yang menari tak ubah seperti sekawanan beruk. Siapa lagi kalau bukan Jingguk and the friend.

“Hai nerd!” Sapa seseorang dari belakang Minseok membuat Minseok terkejut beruk.

Kelihatan Jingguk sedang tersengih melihatnya.

“Kau sorang je ke?” Soal Jingguk.

“Er.. ye. Mintak diri dulu….” Jawab Minseok lalu pantas beredar dari situ.Dia seperti boleh membaca fikiran Jingguk.

Namun Jingguk berjaya menahan Minseok.

“Kau nak pergi mana? Kitaorang belum habis cakap lagi.” Soal Jingguk.” Aku kesian kat kau. Mesti kau bosankan? So kitaorang decide nak main dengan kau.” Jingguk memberi isyarat kepada teman-temannya.

Minseok sedar situasi tersebut lalu pantas melarikan diri. Dia dikejar teman-teman Jingguk. Saat itu dia sangat berharap teman-temannya ada bersamanya. Dia lari sekuat tenaganya. Tiba-tiba kaki Minseok tersadung lalu tercampak ke dalam kolam renang.

Semua mata menoleh ke arah Minseok, Jingguk mengambil kesempatan ini lalu Minseok.

“Tengok tu, anak ikan paus jatuh kolam!” kata Jingguk sambil ketawa besar. Para tetamu turut mentertawakan minseok. Dia berasa sangat malu.

“Ei.. sapa dia tu?”

“Tengok fesyen dia tu. Kolot betul…”

“Macam tak pernah jumpa kolam renang je..”

“Hey hana kau ke yang jemput dia? Kawan kau ye?”

“Buat malu je jemput orang macam ni..”

Minseok mencari kelibat Hana.

Hana hanya tunduk. Dia malu dengan situasi tersebut. Saat itu juga Jingguk datang kepada hana lalu mencium pipi hana di hadapan semua orang membuatkan Minseok terpaku.

“Sorry sebab kotorkan kolam you baby..” Ujar Jingguk memberi tamparan hebat kepada Minseok.

Hana hanya membiarkan Jingguk memeluk pinggangnya. Jingguk tersengih melihat wajah terkejut Minseok itu. Dia kemudian pergi ke tepi kolam tersebut lalu menunjukkan isyarat ‘Loser’ lepada Minseok.

“MAK!!!” Jingguk dan teman temannya tiba-tiba di tolak ke dalam kolam renang tersebut.

Semua hadirin terkejut.

“Pool Birthday Party Baby!!!!” Teriak Haejun sambil disambut dengan music rancak. Kelihatan Taehyun menggantikan tempat DJ malam itu.

“Let’s Party Everyone!!!”

Tumpuan mereka beralih kepada si kembar.Semua bersorak dan menari. Ada juga yang turut terjun ke dalam kolam sambil bermain air. Hana kini tenang apabila partynya kembali meriah.

Minseok perlahan-lahan meninggalkan kolam renang tersebut. Dia malu untuk bersemuka dengan semua orang. Bajunya basah kuyup.

Seseorang membalutkan tubuh Minseok dari belakang dengan tuala.Minseok terpaku.

“Kau okay tak?” soal Hyemi sambil meletakkan satu lagi tuala ke atas kepala Minseok. “ Jom aku hantar kau balik…” Ujar Hyemi lalu menarik tangan Minseok yang menggigil kesejukan itu.

Hyemi membawa Minseok keluar dari keriuhhan suasana parti tersebut.

“Minseok!” Hana menghampiri Minseok, Namun langkahnya dihalang oleh Hyemi.”Hyemi-ah..”

Hyemi membelakangi Minseok sambil melihat Hana dengan pandangan dinginnya. Gengaman tangannya semakin erat seperti ingin melindungi Minseok yang jelas terluka saat itu.

“Minseok awak okay ke? Pasal tadi tu..”

Enough Hana.” Ujar Hyemi. “Not now. I don’t think that he want to see any of you after that wonderful show of your beloved boyfriend. ” Hyemi kembali membawa Minseok untuk meninggalkan Hana yang masih terpaku disitu.

Sepanjang pejalanan pulang Minseok hanya mendiamkan diri. Dia masih terkejut dengan peristiwa tadi. Hana dan Jingguk… mereka sebenarnya pasangan kekasih. Minseok berasa seperti dikhianati.

Mereka tiba di hadapan rumah Minseok. Minseok perlahan-lahan turun dari motor dan menyerahkan helmetnya kepada Hyemi.

“Sejuk kat luar ni. Pergi masuk cepat.” Ujar Hyemi lalu menghidupkan enjin motornya.

“Terima kasih.” Ucap Minseok ringkas.

Hyemi hanya angguk.

Minseok menekan loceng rumahnya. Tiada respond dari dalam. Sekali lagi dia menekan loceng tersebut.

“Kenapa kau belum masuk lagi?”Soal Hyemi setelah menyedari Minseok yang masih tepacak di hadapan pintu pagar dengan muka keliru. “Tak ada orang kat rumah ke?”

Baru Minseok teringat akan sesuatu. Hari itu hari Jumaat. Mereka semua diberi cuti. Tiada sesiapa di rumahnya waktu itu. Minseok tertinggal kunci rumahnya sewaktu keluar tadi. Kini dia keliru bagaimana untuk masuk ke dalam rumahnya itu.

“Orang kaya macam korang memang suka menyusahkan dirikan. Buat kunci rumah yang rumit.” Ujar Hyemi sambil geleng kepala. “Kau nak tidur mana malam ni?”

Minseok geleng kepala. Dia juga keliru.

“Aisyh…” Hyemi mengeluh lalu menghulurkan semula helmetnya kepada Minseok. “Cepat naik.”

“Nak pergi mana?” Soal Minseok yang masih terpinga-pinga.

“Ikut jelah… Yang kau takut sangat kenapa? Aku tak akan jual kau lah.”

Minseok menyarungkan semula helmetnya tadi. Saat itu dia tak mampu untuk berfikir apa-apa. Motor yang ditunggang Hyemi menyusuri jalan raya sambil di temani neon malam yang indah. Minseok hanya diam. Hatinya masih sedih mengenangkan kejadian tadi. Dia berasa amat dikhianati. Kesian Minseok gadis yang dia suka sudah berpunya malah lebih parah teman wanita kepada pembulinya di sekolah.

“Yah Kim Minseok kau okay ke?” Soal Hyemi yang masih focus pada jalan raya.

………

Tiada balasan dari Minseok.Hyemi tahu Minseok tengan sedih pasal tadi. Setelah hampir sepuluh minit mereka akhirnya tiba di sebuah tasik. Hyemi membuat panggilan telefon sementara Minseok berjalan menuju ke taman.Minseok tergamam melihat keindahan tasik itu yang kelihatan bersinar-sinar oleh cahaya bulan pada malam itu. Lampu-lampu pelbagai warna menghiasi seluruh kawasan taman tersebut. Walau pun itu adalah kali pertama dia ke datang sini, namun anehnya Minseok rasa dia seperti pernah ke situ sebelum ini.

Hyemi hanya melihat Minseok yang sedang leka dengan suasana taman tersebut dari jauh. Setelah menamatkan panggilan telefon, Hyemi segera mendekati Minseok.

“Dah habis mengelamun?” Soal Hyemi.

“Kita nak buat apa kat sini?” Minseok selepas kembali dari lamunannya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Hyemi ssi, kau nak aku tidur kat sini ke?!”

……..

Hyemi melihat Minseok dengan reaksi tidak percaya.

“Kenapa tak boleh ke?” soal Hyemi.Masih lagi dengan nada sirius.

“Kalau kena gigit nyamuk macam mana?”

“Nyamuk je pun, tak mati pun.. Anggap ajelah kau sedekahkan darah kau kat nyamuk tu.. sekali sekala buat pahala tak pe kan?” Ujar Hyemi. “Kalau kau nak aku boleh buatkan kau rumah sekali pakai kotak kat tong sampah tepi tu ha. Amacam nak tak?”

“Hyemi ssi..”

Minseok seperti ingin menangis mengenang nasibnya saat itu. Dia amat menyesal kerana percaya kepada gadis di hadapannya itu. Ternyata Hyemi memang tidak waras.

Tiba-tiba Hyemi ketawa gila-gila hingga terduduk di atas rumput. Minseok menggaru kepalanya yang tidak gatal itu kerana aneh melihat Hyemi.’sah minah ni dah gila.’ Ujar Minseok dalam hati.

“Kau patut tengok muka kau tadi. HA!HA!HA!HA!” Hyemi memegang perutnya. “Adoi sakitnya perut aku…”

“Hyemi ssi..??”

Minseok masih blur

“Kau ingat aku sekejam tu ke nak suruh kau tidur kat sini?” Soal Hyemi. Ketawanya mulai reda. “Minseok, Minseok. Kau ni lurus sangatlah.”

Minseok mengeluh lega apabila menyedari bahawa Hyemi hanya mengusiknya.

“Kita lepak kat sini dulu sementara tunggu budak berdua tu habis berpesta. Aku cakap kat diaorang tumpangkan kau tidur kat rumah diaorang malam ni.” Jelas Hyemi.

“Hyemi ssi, gomawo…” Ucap Minseok sambil melihat Hyemi dengan mata berkaca.

“Dah, dah. Ni bukan drama Korealah. Tak payah nak buat muka terharu kau tu kat sini.” Ujar Hyemi tanpa melihat Minseok yang masih memandangnya.

“Hyemi ssi, kau selalu tolong aku.” Minseok sangat terharu.

“Orang lain pun aku tolong jugak.. Cuma ko je yang paling banyak sangat masalah.” Kata hyemi sambil melihat tasik di hadapan mereka.

Minseok mengeluh. Benar apa yang Hyemi cakap. Dirinya selalu saja ditimpa masalah. Tapi punca masalahnya itu selalu datang dari Jingguk yang suka membulinya.

“Duduk lah. Kau nak berdiri kat situ sampai bila?” Soal Hyemi.

Minseok pantas diduk di sebelah Hyemi. Minseok jaga jarak mereka agar Hyemi selesa.

“Hyemi ssi..”

“Hm?”

“Boleh aku tanya kau sikit tak? Tapi aku takut Hyemi ssi marah kalau aku tanya. ” Minseok serba salah.

Itu membuat Hyemi mengeluh. ‘apalah mamat ni nak tahu sebenarnya ni…?’ soal hati Hyemi.

“Kau nak tanya apa? Asal jangan benda merepek sudahlah.”

Minseok diam sejenak. Dia cuba berfikir bagaimana untuk memulakannya.

Setelah hampir sepuluh minit menunggu akhirnya Minseok mula membuka bicara.

“Hyemi ssi… aku nak mintak maaf.”

Hyemi melihat Minseok dengan penuh tanda tanya.

“Sebab?”

“Aku tahu Hyemi ssi  mesti tak selesa bila aku lepak dengan korang..”

“Kenapa kau rasa macam tu?”

“Sebab aku rasa aku seperti mengganggu persahabatan korang. Yelah korang biasa bertiga. Tiba tiba aku muncul. Aku ni menyibuk ajekan?”

“Yah,Kim Minseok!”

“Kau janji kau tak akan marah tadi!” Minseok segera tunduk. Takut dimarahi Hyemi.

Hyemi melihat Minseok yang ketakutan itu lalu menarik nafas panjang. Suasana sepi tiba-tiba.

“Bagi aku tangan kau.” Ujar Hyemi.

Minseok segera melihat Hyemi dengan muka pucatnya.

“Kau nak patahkan tangan aku ke? A…aku mintak maaf Hyemi ssi..”

Hyemi semakin frust lalu menarik tangan Minseok secara paksa.Minseok menjerit ketakutan.

“Bisinglah!” Marah Hyemi. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu meletakkannya di atas tangan Minseok.

Minseok melihat jam rantai tersebut.

“Ini…?” Minseok melihat Hyemi yang masih diam. Dia tidak mengertai maksud Hyemi memberikan jam rantai tersebut.

Minseok perlahan-lahan membuka rantai jam tersebut. Terdapat gambar seorang budak lelaki di dalam jam rantai tersebut. Minseok mengenali wajah budak tersebut lalu melihat Hyemi untuk mendapat kepastian.

“Welcome back Peterpan..” Ucap Hyemi sambil tersenyum kepada Minseok.

“Peterpan..?” Soal Minseok masih belum mengerti. Tiba-tiba.. “ Tak mungkin… Hyemi ssi..”

Minseok kini kembali ingat. Dulu sebelum dia pindah ke luar negara dia mempunyai seeorang teman sepermainan. Ibu mereka merupakan sahabat baik. Setiap hari Minseok akan di hantar ke rumah temannya itu untuk dijaga sementara Omma dan Appa Minseok pergi bekerja. Minseok dan sahabat baiknya itu amat sukar dipisahkan. Ibu bapa mereka menggelarkan mereka Peterpan dan Tinkerbell kerena mereka sangat suka kisah dongeng tersebut. Dan selalu berangan-angan seperti mereka adalah watak dalam cerita tersebut setiap kali bermain bersama. Sayangnya apabila Minseok berumur 7 tahun keluarganya berpindah ke luar negara selepas perniagaan Appa Minseok mendapat bermasalah. Minseok nangis dengan teruk kerana tidak mahu berpisah dengan Tinkerbellnya. Sebelum berpisah Minseok memberikan Tinkerbellnya jam raintai tersebut. Jam tersebut sebenarnya pemberian Datuk Minseok semperna ulang tahunnya. Minseok berjanji dia akan pulang suatu hari nanti selepas semuanya stabil semula. Setelah 10 tahun Minseok kembali pulang untuk mencari Tinkerbell. Namun sayangnya dia mendapat kabar buruk bahawa keluarga Tinkerbell terlibat dalam sebuah kemalangan dua tahun yang lalu. Dalam kemalangan tersebut ibu dan ayah Tinkerbell meninggal dunia manakala Tinkerbell di hantar ke rumah anak yatim kerana tiada saudara mara yang ingin menjaganya. Dia telah dia ambil oleh sebuah pasangan suami isteri dah mereka telah berpindah keluar negara. Minseok sangat sedih kerana tidak sempat bertemu dengan sahabat baiknya itu. Namun dia tidak sangka sahabat baiknya itu ternyata berada di sebelahnya selama ini.

“Dah berapa lama kau tahu tentang aku?” Soal Minseok.

“Dari hari pertama aku nampak kau.” Jawab Hyemi ringkas.

“Kenapa kau tak pernah bagi tahu aku? Kenapa kau buat macam tak kenal aku?” Berbagai soalan ditujukan kepada Hyemi. Hyemi hanya tersenyum melihat reaksi bingung Minseok itu.

“Biar aku jawab satu persatu soalan kau tu ye, aku bukan robot.” Hyemi memusingkan tubuhnya mengadap Minseok.

“Pertama sekali aku tak ada niat nak mempermainkan kau. Masa tu kau kena buli dengan Jingguk. Aku kenal mata kau. Tapi untuk mendapat kepastian, aku pergi cari Mr Tae masa aku lapor diri kat bilik guru selepas tamat program pertukaran pelajar tu. Aku ternampak fail kau. Masa tu aku happy sangat bila dapat tahu kau belajar satu sekolah dengan aku. Masa aku cari kau kat bilik rawatan tu kau tak kenal aku.  Esoknya aku pergi kat rumah kau. Aku tanya pemandu kau dia cakap kau naik bus pergi sekolah. Aku ternampak budak Jingguk berkeliaran kat kawasan rumah kau. Aku takut kau dapat masalah. Nasib baik jumpa kau kat tepi jalan. Alah masa kau tengah sembah jalan tu.”Sempat lagi Hyemi bergurau.

“Perlu ke kau nak ingatkan aku tentang tu?” Soal Minseok bengang.

“Okay balik semula cerita aku. Kau ingat tak masa ujian tu? Aku bagi pen kat kau. Pen tu kan kau yang bagi kat aku masa kita seludup masuk bilik datuk kau. Tapi kau tak kesah lansung. So aku ingat maybe kau dah lupa pasal aku. Aku kecewa dengan kau masa tu. Itu sebabnya aku berlagak dingin dengan kau.”

Minseok serba salah selepas mendengar penjelasan Hyemi itu.

“Maaf sebab aku tak kenal kau.” Ucap Minseok.

Hyemi mengeluh lalu kembali melihat tasik dihadapannya.

“Tak apa, aku faham. Aku kan dah cantik sekarang. Memanglah kau susah nak cam aku kan?” Ujar Hyemi selamba

Minseok ketawa geli hati.

“Kau gelakkan aku ke?” Soal Hyemi kembali sirius.

Hyemi kembali dengan wajah dinginnya. Namun Minseok sedikit pun tidak takut.

“Tak payah nak buat muka macam tu lagi. Aku dah tak takut dengan kau.”

“Apa!?” Hyemi tidak percaya apa yang baru di dengarnya. “Walaupun aku cop buku lima aku ni kat muka kau?” Ugut Hyemi.

Minseok angguk kepala.

“Sebab mulai sekarang kau adalah Tinkerbell sahabat baik aku. Dan Tinkerbell tak kan pernah sakitkan aku.” Jelas Minseok dengan yakin sekali.

“Oh ye ke? Siapa cakap? Meh sini kau!” Hyemi pantas bangun dan mengejar Minseok yang sudah lama lari untuk menyelamatkan dirinya sambil ketawa.

Belum sempat Hyemi menangkap Minseok handphone miliknya berbunyi. Aksi kejar mengejar mereka terhenti seketika.

“Hello?” Hyemi menjawab panggilan tersebut.”What?!” Muka Hyemi bertukar sirius. “So macam mana?........ Kenapa mesti sekarang?..........Okay nanti aku cari jalan lain…….Nak buat macam mana…. Okay Bye!” Panggilan ditamatkan. Hyemi melihat Minseok yang masih terkebil-kebil melihatnya.

“Ada masalah ke?” Soal Minseok bimbang.

“Yup. Harini nenek si kembar datang melawat. So parent diaorang tak bagi sesiapa datang kat rumah diaorang. Tau jelah kan, Nenek diaorang tu cerewet sikit..” Jelas Hyemi.

“So sekarang macam mana?” Soal Minseok semula.

“Dah tak de pilihan, Kau tidur jelah kat sini.”

“Yah! Yoon Hyemi!” Minseok geram.

“Okay, okay. Aku gurau je lah.” Ujar Hyemi yang gembira dapat mengenakan Minseok. “ Malam ni kau tumpang kat rumah aku je.”

Minseok bagai tidak percaya apa yang didengarnya.

“Tak pe ke? Parent kau tak marah ke?”

“Tak kot. Jom!” Hyemi menarik tangan Minseok ke arah motornya.

Mereka tiba di sebuah kawasan perumahan tidak jauh dari taman tadi.

“Kau duduk kat sini ke?” Soal Minseok pelik.

“Haah, aku sewa bahagian rumah ni. Kenapa?”

“Parent kau bukan orang berada ke?”

“Nanti kita cerita kat dalam okay. Jom masuk dulu.”

Minseok hanya mengikut sahaja kata Hyemi. Mereka perlahan-lahan melintasi kawasan lapangan rumah.

“Hyemi ssi, Kenapa gaya kita macam pencuri ni?” Soal Minseok semakin pelik.

“Shyuu… nanti tuan rumah dengar aku bawak lelaki masuk rumah, mati aku tau tak. Satu hal lagi. Kau tak payah nak ber-ssi(formal) dengan aku okay. Kau bukannya baru kenal aku.” Ujar Hyemi separuh berbisik.

“Ow…okay!” Minseok kini mengerti.

Setelah berjaya naik ke tingkat atas rumah. Perlahan-lahan Hyemi membuka pintu rumahnya.

“Jom masuk cepat, kat luar ni sejuk..” Kata Hyemi selepas pintu bilik dibuka.

Mereka masuk ke dalam bilik tersebut.Saiz bilik tersebut sebesar bilir air Minseok. Minseok melihat sekeliling. Semuanya tersusun rapi.Terdapat sebuah dapur kecil berdekatan dengan bilik air.sebuah meja belajar, almari pakaian saiz sederhana serta cermin besar yang disandarkan pada susut dinding bilik tersebut. Terdapat foto gambar Hyemi bersama seorang lelaki separuh usia tergantung di dinding rumah tersebut. Kemungkinan foto ayahnya.

Hyemi menyapa Minseok dari belakang lalu menghulurkan pakaian baru kepada Minseok.

“Nah, kau  pergi tukar baju dulu. Nanti kau demam. Bilik mandi kat sebelah dapur.” Kata Hyemi lalu pergi ke dapur untuk memanaskan air.

Minseok menurut sahaja kata Hyemi. Selesai menukar baju, Minseok segera keluar dari bilik air dengan pakaian baru. Saat itu Hyemi sudah siap menghidang makanan di atas meja makan yang bersaiz kecil itu.

“Kau buat apa?” Soal Minseok.

GRRRRRRRR!

“Tu jawapannya..” Ujar Hyemi lalu menyenduk nasi ke dalam mangkuk untuk Minseok.

Minseok segera tunduk sambil memegang perutnya. Hyemi hanya tersenyum melihat pipi Miseok yang kemerahan.

“Cepatlah aku dah lapar ni..” Ujar Hyemi lagi. “Comel jugak kau pakai baju Hello Kitty tu.” Usik Hyemi.

“Yah!”

Hyemi hanya ketawa melihat wajah Minseok yang semakin merah itu.

Selesai makan Hyemi membentangkan tempat tidur untuk Minseok. Malam semakin lewat, namun mereka tidak dapat tidur. Banyak benda yang mereka kongsi. Menurut Hyemi selepas di hantar ke rumah anak yatim dia diambil oleh Omma dan Appanya. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Appa orang sana. Selepas Ommanya meninggal Appa Hyemi berkahwin semula dan mempunyai keluarga baru. Hyemi tidak mahu menggangu keluarga baru Appanya lalu mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea semula. Namun setiap tiga atau dua bulan sekali Appa dan Ajuma (Ibu tirinya) akan datang melawatnya. Hyemi lebih suka tinggal seperti ini dari duduk di apartment mewah. Kerana di sini dia belajar untuk hidup sederhana. Memang itu yang dia inginkan. Motornya itu adalah hadiah dari Ajumanya. Itupun selepas puas dia di pujuk oleh ibu tirinya itu.

Minseok mendengar cerita Hyemi dengan penuh minat. Sesungguhnya Hyemi memang berbeza dari gadis yang pernah dia kenal.

“Hyemi ah, kenapa kau bersikap dingin dengan semua orang?”

“Lepas kau pergi, aku pegang janji kau. Hari-hari aku tunggu kau balik. Sampai satu hari lepas kemalangan tu sikap aku berubah serta merta. Aku hilang kepercayaan untuk menerima seseorang dalam diri aku. Sebab semua orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Sebab itu aku menjauhkan diri dari semua orang.”

“Macam mana kau kenal Si Kembar?”

“Tae dengan Dae tu anak kawan mendiang Omma (ibu kandung Hyemi) aku. Masa aku balik dari Malaysia aku duduk kat rumah diaorang. Lepas dua bulan aku pindah keluar. Malas nak menyusahkan keluarga diaorang. Lama jugak aku amik masa nak rapat dengan diaorang.”

“Maaf Hyemi sebab aku lambat untuk cari kau….”

“Tak pe..” Hyemi merasa matanya semakin berat. “Ngantuklah.. Selamat malam Minseok” ucapnya

“Hm, selamat malam.” Balas Minseok.

……….

“Minseok ah..”

“Hm?”

“Gomawo”

“Wae?”

Thank you for coming back..

……….

“Minseok ah…”

“Hm?”

“Nothing… saja, dah lama tak panggil nama tu…”

……….

“Minseok ah…”

“Yah!”

“Hehehe… Good Night!

****************

“Hyung, kita dah sampai!”

Xiumin terjaga dari mimpinya. Kini dia berada di hadapan rumahnya. Kelihatan Ommanya sedang menunggu mereka di hadapan pintu pagar rumah sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

Xiumin memeluk Ommanya sebaik sahaja dia turun dari kereta.

“Aigoo kacak betul anak Omma ni..” Kata Puan Kim sebaik sahaja Xiumin melepaskan pelukannya.

“Ahnyeonghaseyo Ommunim!” Ucap Suho kepada Puan Kim.

“Suho, lama tak jumpa kamu. Omma kamu sihat?”

“Ye, dia kirim salam tadi.” Ujar Suho. Sememangnya ibu bapa mereka amat akrab.

“Mari masuk, Mak cik dah masak banyak makanan untuk kamu berdua. Tengoklah Minseok ni. Dah macam lidi mak tengok kamu..”

“Omma..” Xiumin malas untuk melayang Ommanya itu.

Suho hanya tersengih melihat mereka. Telephone Suho berbunyi.

“Ye hyung, kami dah sampai…..Xiumin Hyung kat dalam……Hyung dah dapat alamatnya….Baguslah, nanti hyung hantar alamat tu kat saya ya…. Thanks hyung!” Suho menamatkan panggilan tersebut. Dia tersenyum lega. “ Xiumin Hyung, tunggu sedikit saja lagi, aku pasti akan kembalikan Tinkerbell hyung semula.” Kata Suho sebelum masuk ke dalam kediaman Keluarga Kim.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!