Chapter 7

Dear My Tinkerbell

Pagi itu sama seperti pagi sebelumnya. Semua pelajar berkumpul di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran bermula. Suasana menjadi riuh rendah dek suara mereka yang tak habis-habis berbual dengan pelbagai topik seperti sukan, style make up, fesyen baru, gossip terbaru artis kpop, kerja sekolah, Iron Man…??? Ah! Apa-apa jelah diorang ni.

“Senyap-senyap!” Ujar Mr Kang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas tersebut sambil membawa buku kedatangan pelajar kelasnya itu. Matanya tertangkap dua tempat duduk yang masih kosong di belakang kelas.

“Haejun ah, mana dua orang tu?” Soal Mr Kang kepada Haejun.

Haejun dan Taehyun berpandangan. Masing-masing tidak tahu ke mana perginya dua sahabat baik mereka itu.

“On the way kot Mr Kang.” Jawab Haejun ringkas.

Mr Kang hanya mengangguk kepala. Dia mula mengambil kedatangan pelajar di dalam kelas tersebut.

“Lagi lima minit, mari tengok kalau diorang sempat.” Kata Jingguk sambil tersengih jahat.

“Rasanya pintu pagar depan dah tutup kot. Confirm diorang lambat harini.” Tambah Sahee.

“Kim Taehyun?”

“Ada!”

“Kim Haejun?”

“Ada!”

“Yoon Hyemi?”

“……..”

“Kim Minseok?”

‘……..”

Mr Kang melihat bangku yang masih kosong itu. Dia berasa aneh. Hyemi tidak pernah datang lewat ke sekolah kecuali jika dia jatuh sakit. Dia melihat jam di tangan, masih ada satu minit. Mr Kang terus megambil kedatangan pelajar lain. Kini tiba untuk panggilan kedua.

“Yoon Hyemi?”

“…….”

“Kim Minseok?”

“…….”

“Baiklah nampaknya mereka benar-benar datang lewat hari…”

“Yoon Hyemi here!”

“Kim Minseok too!”

Kelihatan Hyemi dan Minseok tercungap-cungap di hadapan pintu sekolah. Semua melihat mereka dengan aneh.

“Kamu berdua lewat.” Ujar Mr Kang.

“Maaf Mr Kang, sebenarnya kitaorang dah lama sampai tapi tadi Pengetua panggil kami tadi.” Jelas Hyemi.

“Oh, macam tu ke?” Mr Kang tidak jadi marah. Jangkaannya benar. Pelajar kesayangannya itu tidak mungkin lewat. Namun mata Mr Kang beralih kepada Minseok yang di sebelah Hyemi. “Kamu siapa?”

Semua mata melihat Minseok. Minseok terkebil-kebil apabila mereka semua tidak mengenalinya. Hyemi cuba menyembunyikan senyuman di balik wajah coolnya.

“Mr Kang, awak tak kenal saya ke? Saya Kim Minseok?” Jelas Minseok dengan aneh.

Kim Minseok?!” Soal Mr Kang tergamam.“Kamu pergi buat pembedahan plastic ke cuti sekolah haritu?!” Mr Kang bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sama seperti pelajar yang lain kecuali si kembar yang bangga dengan hasil karya mereka itu.

Minseok hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu apabila menyedari situasi tersebut. Para pelajar perempuan kelihatan terpesona dengan perubahan Minseok tersebut.

“Baiklah kamu berdua boleh balik ke tempat duduk kamu. Lain kali sila inform saya dulu kalau ada guru lain yang panggil kamu.” Ujar Mr Kang yang masih tidak percaya dengan perubahan Minseok yang mendadak itu.

Dari sudut belakang Jingguk dan teman-temannya iri hati melihat semua perhatian pelajar perempuan kelas tersebut beralih kepada Minseok. Yang membuat Jingguk lebih sakit hati ialah salah satu dari mereka ialah Hana

Minseok dari tadi tak lekang dari senyumannya. Ternyata imej barunya memberi perubahan yang baik. Dia menoleh ke arah Hyemi di sebelahnya.

“I told you!” Bisik Hyemi lalu mengenyitkan mata kepada Minseok.

Minseok kini menjadi popular di kalangan pelajar perempuan di sekolahnya. Kalau dulu lokernya dipenuhi surat cacian serta sampah sarap namun kini semua itu berganti dengan surat cinta serta hadiah dari peminatnya. Minseok juga kini lebih berani dan percaya diri. Sekali sekala Hyemi akan mengajar Minseok cara untuk mempertahankan dirinya. Menurut Hyemi lelaki bukan sahaja harus bergaya, Dia juga harus tahu berlawan untuk mempertahankan dirinya dari dibuli. Hubungan Hyemi dan Minseok semakin lama semakin rapat. Ramai yang menganggap Hyemi adalah teman wanita Minseok.

 

“So how its feel to be famous?” Soal Hyemi sewaktu mereka berdua sedang lepak di padang sekolah.

“Hm.. …its feel great! Everyone treat me well now. Thanks to you.” Ujar Minseok dengan gembira. “Hyemi ah, terima kasih sebab tolong aku. Kau memang yang terbaik!” Minseok sangat gembira lalu memeluk Hyemi dengan erat membuatkan Hyemi terpaku dengan tindakkan Minseok itu.

Tiba-tiba Hyemi merasakan jantungnya berdegup kencang. Minseok melepaskan pelukannya lalu melihat wajah Hyemi yang bertukar kemerahan itu.

“Hyemi ah, muka kau merah gila! Kau okay ke?” Soal Minseok bimbang. Pantas dia menekup pipi Hyemi dengan tapak tangannya. “Panasnya pipi kau ni. Kau demam ae?” Soal Minseok yamg masih tidak mengerti situasi Hyemi tersebut.

Jantung Hyemi  berdegup semakin laju. Hyemi semakin cuak dibuatnya. Dia bimbang Minseok akan syak sesuatu OMG!OMG! WHAT SHOULD I DO' .

Doing!!

“Adoi! Sakitlah!” Minseok meggosok kepalanya.

Hyemi bingkas bangun lalu mengipas pipinya yang kepanasan itu.

“Si…siapa suruh kau pegang pipi aku dengan tangan kau tu?Kalau muka aku berjerawat nanti macam mana?” Soal Hyemi tergagap-gagap melindungi perasaan janggalnya.

“Yah! Tangan aku bersih okay!” Tegas Minseok dengan geram.

“Apapun, aku tak suka orang pengang pipi aku.Faham.”

“Biarlah. Aku suka, pipi kau kan chubby.” Usik Minseok.

"?!" Hyemi hilang kata.“Kau cakap apa?” Soal Hyemi kelihatannya seperti singan kelaparan.

“Apa?”

“Pipi aku apa?”

“Oh, pipi kau… Chubby!”

“Yah!!! Kim Minseok! Sini Kau!” jerit Hyemi lalu mengajar Minseok yang sudah lama lari ke tengah padang sekolah tersebut sambil ketawa mengekek.

“Wae, Chubby?” Soal Minseok dengan muka innocentnya.

“Yah! Kalau aku dapat kau, siaplah kau!”

Kedua sahabat baik itu berkejaran di tengah padang tanpa menyedari mereka sebenarnya diperhatikan oleh Si kembar yang menggeleng kepala melihat mereka.

“Kau tengok tu. Macam mana aku tak ship diorang.” Ujar Taehyun sambil mengeluh.”Romantikkan diorang tu.” Tae dengan mood Drama Kingnya.

Haejun melihat apa yang dimaksudkan romantik oleh Taehyun itu. Kelihatan Hyemi berjaya menangkap Minseok. Mereka tak ubah macam babak WWF kat tv tu. Hyemi memang ganas bergurau. Minseok sedaya upaya melepaskan diri dari digrib oleh Hyemi di atas rumput.

“Kau tak nampak ke roh Si Minseok dah nak tercabut kena grib dengan Si Hyemi tu? Kau kata itu romantik?! Kau ni dah sewel ke?” Soal Haejun bagai tidak percaya.

“Diamlah! Orang tak romantic macam kau tahu apa?” Marah Taehyun. “Aku tak peduli, aku akan pastikan diorang jadi pasangan kekasih.”Riak wajah Taehyun kelihatan bersinar-sinar ketika dia membayangkan rancangannya itu.

“Apa-apalah Tae, kau dengan idea gila kau tu…” Keluh Haejun lalu beredar dari situ lalu disusuli oleh Taehyun.

 

Minseok dan Hyemi berasa sangat lapar sewaktu pulang dari sekolah. Mereka singgah di sebuah restoran makanan fusion berdekatan dengan kawasan sekolah. Menurut Hyemi makanan yang dijual di restoran tersebut memang sedap. Pemilik restoran tersebut ialah sahabat baik Ommanya. Minseok mengakui sendiri setelah mencuba Mee Kari yang famous di restoran tersebut. Harga makanan di situ juga tidak mahal.

Sewaktu mereka sedang leka menikmati makanan mereka, seseorang menyapa meja mereka.

“Hello dear.” Sapa orang tersebut.

“Hai Lucy Unnie!” Hyemi bingkas bangun dari tempat duduknya dan memeluk wanita tersebut.

Minseok hanya memerhatikan mereka dengan tanda tanya, siapa wanita tersebut. Kelihatannya dia bukan asal Korean. Merka kelihatan sangat rapat sekali.

“Wow, it seem like you’re not alone today… mind introduce me to your boyfriend dear?” Soal wanita itu kepada Hyemi lalu mrngenyitkan matanya kepada Minseok yang terpinga-pinga.

“Unnie, he’s not my boyfriend.” Rungut Hyemi. “Minseok ah, kenalkan inilah tuan pemilik restoran ni. Ms Lucy. Dia ni kawan Omma aku dari Malaysia.And to my dearest Lucy Unnie, ini kawan baik Hyemi dari kecil, nama dia Minseok.”

Minseok hanya memberikan senyuman kepada Lucy yang kelihatan agak kecewa dengan kenyataan Hyemi tersebut.

“Hyemi, dia faham ke kau cakap apa?” Soal Minseok kepada Hyemi.

“Ofcourse I understand dear. I’ve been living in here 2 year already. Tak logiklah kalau I tak faham.” Jelas Lucy kepada Minseok membuatkan Minseok tersengih mendengarnya. “I never know that you have a childhood friend dear?”

“Panjang ceritanya, nanti ajelah Hyemi cerita.” Kata Hyemi lalu melihat sekeliling. “Rinita mana unnie?”

“Rinita kat London sampai minggu depan. Melawat kawan dia, Sally.” Jelas Lucy. “You guys enjoy you food. I naik dulu okay. Kalau nak tambah apa-apa just order je. Harini I belanja.” Ujar Lucy sambil mencuit pipi Hyemi.

“Thanks Unnie!”

“My Pleasure dear!”

 

Setelah selesai makan mereka mengambil keputusan untuk pulang dengan berjalan kaki. Rumah mereka pun tak jauh dari situ sebenarnya.

“Fuh… Kenyang betulkan?” Kata Minseok sambil megusap perutnya.

Hyemi hanya mengangguk sahaja.

“Minseok ah aku beli barang kat kedai tu kejap ye.” Ujar Hyemi.”Kau nak apa-apa tak?”

Minseok hanya geleng kepala lalu melihat kelibat Hyemi yang masuk ke dalam kedai tersebut. Mata tiba-tiba terlihat seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke sebuah lorong bersama dua orang remaja lelaki. Mereka kelihatan sangat familiar. Minseok dalam diam mengekori mereka.

“Lepaslah!”

“Aku cakap diam!”

“Kan aku dah cakap jangan ikut aku lagi!”

“Hey pompuan, kau dah pandai melawan sekarang ae?”

PAK!

Bunyi seseorang mengadu kesakitan.

“Rasakan. Kau nak sangatkan. Dah jom bla!”

Minseok segera bersembunyi di balik dinding apabila melihat kelibat dua remaja lelaki tadi meninggalkan lorong tersebut. Setelah memastikan kelibat dua remaja tersebut tiada lagi Minseok perlahan-lahan menyapa gadis malang tersebut.

“Er… Miss are you alright?” Soal Minseok teragak-agak.

Gadis tersebut menoleh ke arah Minseok. Minseok terkejut apabila mendapati gadis tersebut ialah Hana.

“Minseok ssi…” Hana terkejut melihat Minseok di situ.

“Hana ssi, awak okay ke?”

Hana tidak menjawab soalan Minseok itu. Dia tiba-tiba bangun lalu memeluk Minseok. Hana menangis teresak-esak. Minseok kaku tidak tahu ingin berbuat apa. Saat itu juga handphone Minseok berbunyi. Hana pantas melepaskan pelukannnya.

Minseok serba salah apabila melihat nama pemanggil tersebut. Dia melihat Hana yang seperti merayu agar Minseok tidak memberitahu sesiapa tentang pekara itu. Saat itu juga kebetulan handphone Minseok kehabisan bateri.

“Alamak..” Minseok merungut.

“Terima kasih Minseok ah.” Ucap Hana lalu mengesat air matanya.

Pandangan minseok beralih kepada Hana semula.

“Apa sebenarnya yang berlaku?” Soal Minseok serba salah. “ Tadi tadi tu Jingguk dengan Sahee kan?”

Hana hanya angguk.

“Saya hantar awak pulang ye?”

Sekali lagi Hana angguk sahaja.

Dalam perjalanan pulang mereka hanya diam tanpa sebarang bicara. Mereka akhirnya tiba di hadapan kediaman mewah keluarga Hana.

“Saya minta diri dulu.” Ujar Minseok lalu berpaling untuk beredar.

“Nanti Minseok ah!” Ujar Hana lalu menahan Minseok dari pergi.

Minseok menolah ke arah hana yang sedang memegang tangannya.

“Ada apa Hana ssi?”

Hana tunduk berfikir sejenak.

“Sebenarnya.. saya nak minta maaf soal tempoh hari. Saya harap awak tak marah pada saya lagi. Minseok ah saya..”

“Tak apa Hana ssi.” Potong Minseok. “Yang dah lepas tu biar jelah. Saya yang salah sebab tak sedar diri.”

“Sebenarnya saya tak pernah suka pada Jingguk.” Ujar Hana tiba-tiba.

Minseok terkejut.

“Maksud awak…”

“Family kami yang arrangekan untuk jodohkan kami. Semua demi business Papa saya.” Jelas Hana. “Saya.. tak pernah sukakan lelaki macam Jingguk tu.. sepanjang masa dia hanya menyakiti saya sahaja.” Hana mula menitiskan air matanya.

“Hana ssi..” Minseok tidak tahu nak cakap apa saat itu. Dia simpati dengan gadis itu.

“Saya tak tahu kenapa saya perlu jelaskan semua ini pada awak, tapi saya…”

“Saya faham Hana ssi, awak tak perlu jelaskan. Pergi dulu Hana ssi.” Minseok berpaling untuk pergi namun sempat dia menoleh kembali kea rah Hana yang masih terpaku di situ. “Pasal harini, saya akan anggap semuanya tak pernah berlaku.” Ujar Minseok ringkas lalu beredar dari situ.

Sementara Hana masih terpaku di situ. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang dia terkejut melihat kelibat orang di hadapannya.

“Kau..?”

***************

Minseok masih belum dapat melupakan apa yang dikatakan olah Hana tadi. Dia sangat simpati kepada Hana. Ternyata selama ini gaids tersebut terikat oleh orang tuanya.

Minseok terkejut apabila menyedari seseorang sedang berdiri di hadapan rumahnya.

“Hyemi ah?” Minseok

Hyemi pantas menoleh ke arah Minseok dengan wajah paniknya. Pantas Hyemi berlari mendapatkan Minseok.

“Yah! Kim Minseok! Kau pergi mana?” Soal Hyemi. “Kenapa hilang tiba-tiba, lepas tu matikan handphone. Kau tau tak aku risau gila tadi. Macam mana kalau jadi apa-apa kat kau.” Ujar Hyemi lagi jelas marah dengan tindakkan Minseok itu.

“Er..aku…” Minseok serba salah. Dia tidak tahu nak bagi alasan apa kepada Hyemi.

“Yah Minseok, aku tanya ni. Kau okay tak? Kau pergi mana tadi?” Soal Hana yang berubah bimbang.

“Aku… aku okaylah. Sorry tadi aku lupa nak cakap yang aku kena balik awal harini. Omma aku ajak family kitaorang pergi company dinner.” Bohong Minseok.

“Ow..Cakaplah. Ni tak, hilang tiba-tiba.” Ujar Hyemi lega. “Ah!” Hyemi mengadu kesakitan. Kakinya terasa kebas akibat berdiri terlalu lama.

“Hyemi ah?!” Minseok mulai panik melihat keadaan Hyemi itu. “Kaki kau okay tak?”

“Aku okay lah. Mungkin sebab kaki aku penat kot.” Ujar Hyemi sambil cuba tersenyum kepada Minseok.

“Sorry. Lama ke kau tunggu kat sini?” Soal Minseok serba salah.

“Hm tak lah. Bukan sebab tu.” Kata Hyemi sambil menyilangkan tangannya. “Dah,aku nak balik. Dah lambat ni.”

“Tapi kaki kau….”

“Dah okay dah.” Hyemi perlahan lahan berdiri. “Lega aku kau okay.” Keluh Hyemi sambil menepuk perlahan kepala Minseok sambil tersenyum lega. “Jumpa kau esok Minseok. Bye!” Ujar Hyemi sebelum pergi.

 

 

*********

 

Sewaktu Minseok, Hyemi dan si kembar sedang makan tengahhari di kanti sekolah. Tiba-tiba suasana tenang itu berubah riuh apabila seorang pelajar lelaki tercampak di atas meja berlumuran darah. Kelihatan aksi teman-teman Jingguk membelasah pelajar itu menarik perhatian para pelajar di situ.

Jingguk tiba bersama Hana di sebelahnya. Hana seolah-olah diheret ke situ.

 “Lepas lah!” Hana bergelut untuk dilepaskan.

“Diamlah kau perempuan!” tengking Jingguk.

Semua mata melihat mereka.

“Kau nak apa? Aku takde mood nak gaduh dengan kau.” Soal Hana geram.

“Kau pergi mana semalam? Kenapa kau tak jawab call aku?”

“Aku pergi mana itu bukan urusan kaulah!” Tegas Hana. “Satu lagi, tolong hentikan! Kau nak bunuh Dia ke?” Marah Hana. “Kau nak jadi apa ni? Panyangak ke?!”

“Bisinglah kau perempuan!” Jingguk mengangkat tangannya untuk menampar Hana.

Namun tangannya ditahan seseorang. Semua terkejut melihat mInseok yang merenung tajam ke arah Jingguk saat itu.

“Kau pehal?” Soal Jingguk berang.

“Kau tak malu ke pukul perempuan?” Soal Minseok. Dia sedikit pun tidak rasa gentar lagi apabila berdepan dengan si pembulinya itu.

“Kau dah berani nak lawan aku sekarang ha?” Soal Jingguk sinis. “Kau nak cari mati ke!?” Tengking Jingguk kuat.

“Aku bukan nak masuk campur urusan kau. Tapi kau tak nampak ke Hana ssi tengah kesakitan?” Ujar Minseok yang masih tenang. “Kau kata kau sayang dia, ni ke cara kau?”

“Banyak mulutlah kau ni!” Jingguk naik berang lalu menyerang Minseok. Dia melayangkan buku limanya kea rah Minseok.

Minseok pantas mengelak dan menepis serangan Jingguk itu membuatkan Jingguk tersungkur mencium lantai katin sekolah yang kotor itu. Semua pelajar terkejut melihat pekara tersebut.

“Pandai jugak sifu kau ajar kau kan?” Sindir Jingguk lalu menjeling ke arah Hyemi dan Kembar. “Bagus, Meh tengok sampai bila kau boleh tahan!” Jingguk menyerang lagi.

Semua para pelajar mula berkumpul dan bersorak kepada mereka.

“Tak ubah macam sarkas diorang ni.” Hyemi geleng kepala. Matanya tidak lepas dari Minseok.

Minseok masih diserang oleh Jingguk yang berang dengannya itu. Namun Minseok sedikit pun tidak menyerang Jingguk semula. Dia sebenarnya lebih kepada mengelak serangan tersebut. Hyemi selama ini tidak mengajarnya cara untuk menyerang lawan tapi dia mengajar Minseok bagaimana untuk mengelak demi melindungi diri dari diserang lawan. Kerana pada Hyemi menyerang sama seperti menyakiti orang. Mengelak lebih kepada melindungi diri dari tercedera serta mencederakan orang.

Jinnguk keletihan setelah lama menyerang Minseok. Namun sedikitpun dia tidak dapat mencederakan Minseok.

“Jingguk ah, cukuplah aku bukan nak gaduh dengan kau.Eo?” Ujar Minseok turut keletihan saat itu.

“Diamlah! Biar aku pecahkan mulut celupar kau tu!” Jingguk menyerang lagi.

Sahee tidak puas hati apabila melihat Jingguk hampir tewas saat itu, mula merencana sesuatu. Dia merampas botol kaca dari tangan temannya lalu menuju ke arah Minseok. Tidak ada satu orang pun yang menyedari tindakkan Sahee. Mereka semua leka melihat pertarungan tersebut.

“Mampus kau!!!” Sahee menghayunkan kayu tersebut kepada Minseok dari belakang.

“Minseok ah belakang awak!” Jerit Hana panik.

Minseok tersedar lalu menoleh ke belakang.

“PANG!!!!!!”

Serpihan kaca bertaburan di sekeliling mereka. Minseok dan yang lain terpaku melihat Sahee yang ketakutan saat itu. Sebahagian botol kaca tersebut terlepas dari tangannya.

“Minseok ah..” Panggil Hyemi yang masih berdiri kaku di hadapan Minseok. “Kau tak apa-apa ke?”

“Hyemi ah…” Minseok masih tergamam. Namun dia mulai panik apabila melihat darah segar yang mengalir dari celah kepala Hyemi. “Hyemi ah!?”.

Saat itu juga tubuh Hyemi mulai rebah dah sempat disambut oleh Minseok. Si kembar pantas mendapatkan mereka.

“Hyemi ah! Hyemi ah!” Panggil Minseok panik.

“Minseok ah…..” Wajah Hyemi bertukar pucat. “Ke…pala….a…aku sakit sangat…” Adu Hyemi lalu tidak sedarkan diri.

“Hyemi ah, bangun! Bertahan!” Minseok menggongcang tubuh Hyemi untuk membangunkan sahabatnya itu. “Pabo (bodoh) ya! Kenapa kau sanggup bahayakan diri kau demi aku…?” Minseok mulai menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh kaku Hyemi tersebut.

Dalam pada masa yang sama Si kembar naik berang lalu membelasah Sahee dengan teruk.

“Minseok ah bawak Hyemi ke bilik rawatan sekarang!” Arah Haejun lalu menyambung membelasah Sahee.

Minseok tidak berfikir panjang. Dia pantas mengangkat tubuh Hyemi dan berlari ke bilik rawatan. Hana pula masih berdiri di tepi sudut kantin melihat mereka dengan cemburu.

Sebaik sahaja tiba di bilik rawatan, jururawat sekolah panik lalu mengarahkan Minseok mengikutnya untuk membawa Hyemi ke hospital berdekatan.

“Hyemi ah, bertahan ye. Kita dah nak sampai.” Ujar Minseok sambil memegang erat tangan Hyemi yang mula sejuk itu. Minseok berasa sangat takut saat itu sekiranya terjadi sesuatu yang buruk kepada Hyemi. Itu semua salahnya.

Setelah diberi rawatan oleh doktor Hyemi dimasukkan ke ward untuk process pemantauan. Minseok menemani Hyemi sepanjang masa. Tangan Hyemi digenggam erat oleh Minseok seperti kehilangan gadis itu. Hyemi masih tidak sedarkan diri sewaktu Si Kembar tiba membawa beg sekolah mereka selepas tamat waktu sekolah. Puan Kim juga datang apabila mendapat berita dari Minseok. Dia sangat bimbang lalu pergi berbincang dengan doctor yang merawat Hyemi tentang keadaan Hyemi. Menurut doctor, Hyemi kehilangan banyak darah akibat luka dalam di kepalanya. Namun kondisinya sudah stabil Cuma dia masih tidak sedarkan diri selepas akibat trauma. Setelah mendapati keadaan Hyemi tersebut Minseok tidak habis-habis menyalahkan dirinya. Pada Minseok, Hyemi sentiasa mendapat masalah setiap kali menolongnya. Kini gadis itu cedera parah demi melindunginya.

“Minseok ah, kau jangan salahkan diri kau. Semua ni kemalangan sahaja.” Pujuk Haejun.

Waktu itu mereka lepak di lobi hospital. Mulanya Minseok berkeras untuk menunggu sehingga Hyemi sedarkan diri. Namun Ommanya bimbang melihat Minseok yang jelas keletihan itu. Puas Puan Kim memujuk Minseok agar pergi untuk berehat. Nasib baik Si kembar berjaya memujuk Minseok.

“Betul tu Minseok. Kalau Hyemi tahu kau macam ni mesti dia marah. Dia tak suka kalau kau sedih. Kau jangan bimbng ye. Tak lama lagi Hyemi tu sedarlah.” Ujar Taehyun pula. Dia dan Heajun turut simpati dengan nasib dua sahabat mereka itu.

Minseok tidak membalas kata-kata mereka dia hanya mengeluh lalu meninggalkan mereka untuk mengambil angin di taman hospital. Dia duduk termenung di situ. Semakin lama Minseok berasa sebak. Dia mula menangis teresak-esak di situ sendirian.

“Maafkan aku Hyemi ah. Kalau kita tak jumpa balik, mesti kau tak cedera macam ni. Semua salah aku…” Ujar Minseok sambil teresak-esak kuat. “Aku janji lepas ni aku takkan susahkan kau lagi.” Minseok mengesat air matanya.

 

 

Seminggu Kemudian……

Hyemi telah sedarkan diri dan kembali ke sekolah. Jingguk dan teman-temannya digantung sekolah. Sebaik sahaja tiba di sekolah Hyemi mencari Minseok. Dia amat rindu pada sahabat baiknya itu. Sepanjang tempoh dia ditahan di hospital Minseok lansung tidak menjenguknya. Setiap kali dia cuba bertanya kepada si kembar, mereka kata Minseok jarang lepak dengan mereka.

Puas Hyemi keliling satu hospital mencari Minseok. Dia akhirnya berputus asa lalu berpatah semula untuk ke kelas. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Minseok sedang lepak sendirian di koridor sekolah sambil membaca buku. Hyemi pantas berlari mendapatkan Minseok dengan hati yang berbunga.

“Minseok ah!” teriak Hyemi dengan teruja apabila tiba di hadapan sahabat baiknya itu. Hyemi terus memeluk erat Minseok sambil ketawa riang. “Kau pergi mana? Puas aku cari kau satu sekolah.” Soal Hyemi lalu melepaskan pelukan. Rindu betul dia pada Minseok saat itu.

Namun anehnya Minseok tidak memberikan respon yang sama seperti Hyemi. Dia hanya memberika senyuman tawar kepada Hyemi.

“Yah Kim Minseok! Teruk betullah kau ni! Tak pernah sekali pun kau datang jenguk aku kan. Kau tak rindu kan aku ke?” Soal Hyemi kelihatan seperti merajuk.

Minseok melepaskan keluhan berat lalu menyimpan semula buku di tangannya.

“Maaflah aku buzy la. Apa pun taniah kau dah sembuh semula.” Ujar Minseok seperti endah tak endah.

Dari situ Hyemi seperti dapat merasa sesuatu yang aneh pada Minseok.

“Minseok ah kenapa ni? Kau kenapa macam tak happy je jumpa aku?? …”

“Minseok ah!”

Suara seseorang memanggil Minseok dari belakang membuatkan dua sahabat itu menoleh.

Kelihatan Hana sedang menghampiri mereka. Sebaik sahaja tiba, Hana pantas merangkul tangan Minseok. Hyemi terpaku melihat tindakan Hana itu. Wajah cerianya bertukar dingin kembali.

“Kau buat apa ni?” Soalnya pada Hana dengan nada dingin.

“Hyemi ah, taniah sebab dah sembuh. Maaflah tak sempat nak jwnguk kau kat hospital, 'kitaorang' sibuk.” Ucap Hana dengan ceria tanpa mempedulikan pandangan dingin Hyemi itu.

“Aku sembuh pun bukan urusan kaulah!” Tegas Hyemi yang jelas tidak senang melihat Hana saat itu. “Apa maksud kau 'kitaorang'?Hey,lepaskan tangan Minseoklah!.” Arah Hyemi lalu menarik tangan Hana dari Minseok.

“Minseok ah.....” Panggil Hana kedengaran sangat manja. Dia bergelut tidak mahu melepaskan rangkulannya pada Minseok.

“Hyemi ah berhenti....” Ujar Minseok lalu menghalang mereka dari terus bergelut.

Namun Hyemi masih berdegil. Dia tidak rela Minseok didekati gadis yang paling dibencinya itu. Hye lansung tidak mempedulikan Minseok serta rengekan Hana tersebut.

Minseok hilang sabar dengan dua gadis tersebut.

“Hyemi ah!” Tegas Minseok separuh meninggi suara.

“Wae?!” Pekik Hyemi. Nafasnya turun naik. Dia jelas marah gila saat itu. “Apa semua ni Minseok? Kau ada apa dengan perempuan ni?” Soal Hyemi seperti menggigil menahan amarahnya.

“Hyemi ah, aku dengan Hana..”

“Kau ni bodoh ke?!” Soal Hyemi separuh mejerit. “Kau tak ingat ke apa dia dah buat kat kau? Yah Kim Minseok, kau kenapa?!!!” Air mata Hyemi mula bergenang di kelopak matanya menahan geram. Dia tidak percaya apa yang dia lihat saat itu.

“Hyemi ah, aku tahu aku dah banya buat Minseok kecewa. Aku menyesal dan minta maaf kepada Minseok. Minseok sudi maafkan aku. Kami saling suka sama lain. Jadi…”

“Hey perempuan kau senyap boleh tak?!” Teriak Hyemi kepada Hana membuatkan Hana kecut perut. Sudah lama dia tidak melihat Hyemi seperti itu.

“Hyemi ah.. aku boleh jelaskan.” Ujar Minseok lalu cuba mencapai tangan Hyemi. Namun tangannya di tepis Hyemi.

Minseok tergamam. Dia tidak pernah melihat Hyemi semarah itu walaupun dengan Jingguk sekalipun.

Suasana berubah tegang. Tidak ada sorang pun yang berani membuka suara saat itu. Hyemi tiba-tiba ketawa sinis membuatkan mereka berdua melihatnya kebingungan.

“Aku dah paham sekarang. Patutlah kau sekali pun tak pernah jenguk aku masa kat hospital. Bila aku tanya kembar, diorang cakap kau buzy. So ini sebabnya. Kau dengan perempuan ni...” Ujar Hyemi sambil menahan sebak di dadanya. Dia benar-benar rasa dikhianati saat itu.

“Hyemi ah, maafkan aku…” itu sahaja yang dapat dikatakan oleh Minseok saat itu.

“Kim Minseok, kau betul-betul manusia paling bodoh aku pernah jumpa!” Tegas Hyemi lalu meninggalkan pasangan kekasih itu.

Minseok hanya terpacak disitu. Dia langsung tidak menahan Hyemi yang kelihatan semakin jauh meninggalkan mereka.

Sebaik sahaja kelibat Hyemi tidak kelihatan lagi. Minseok melepaskan rangkulan Hana pada lengannya.

“Minseok ah, kau okay ke?” Soal Hana bimbang melihat Minseok saat itu. “Kau tak nak kejar dia untuk jelaskan semuanya? Belum terlambat untuk kau patah balik.” Ujar Hana

Minseok tiba-tiba terasa.lemah segala tibuhnya lalu terduduk di lantai koridor tersebut sambil menangis teresak-esak.

“Maafkan aku Hyemi ah...Maafkan aku…” Minseok rasa seperti hatinya dicucuk dengan duri setelah berjaya menhancurkan hati Hyemi, gadis yang amat penting dalam hidupnya sebentar tadi. Namun dia terpaksa berbuat demikian agar Hyemi membencinya dan dia menjauhkan diri dari Hyemi supaya Hyemi tidak ditimpa masalah lagi disebabkannya.

Ceritanya, semasa dia nangis di taman tempoh hari, Hana datang menghampirinya. Minseok menceritakan segalanya kepada Hana. Hana amat simpati kepada Minseok lalu bersetuju untuk membantu Minseok. Dia sarankan Minseok berpura-pura bercinta dengannya kerana Hana tahu Hyemi amat membenci dirinya atas sebab yang tidak dapat dia jelaskan. Minseok pada mulanya teragak-agak. Dia takut untuk melukakan hati Hyemi. Namun satu hari saat dalam perjalanan pulang daei sekolah dia terdengar perbualan teman-teman Jingguk bahawa mereka sedang merancang sesuatu untuk mengenakan Minseok untuk mengumpan Hyemi demi membalas dendam atas sebab pergantungan Jingguk dan Sahee. Minseok tahu Hyemi pasti akan dapat masalah lagi dan dia tak mahu Hyemi disakiti sebab dia lagi. Dia lebih rela Hyemi membencinya dari di lukai oleh orang lain.

Setelah lama menangis, mereka kembali ke kelas. Kelihatan si kembar melihat Miseok dengan reaksi serba salah. Mereka sebenarnya tahu pekara sebenar namun Minseok meminta mereka agar merahsiakan rancangan Minseok dari Hyemi. Walaupun mereka tidak setuju namun mereka terpaksa mengalah apabila Minseok seboleh-boleh merayu kepada mereka.

“Mana Hyemi?” Soal Minseok sewaktu menyapa mereka.

Taehyun mengeluh lalu melihat Haejun di sisinya.

“Tadi dia datang, dia cakap dia nak balik. Kepala dia sakit.” Ujar Haejun.

Minseok mulai bimbang apabila mendengar kata. Namun dia tidak mahu berkata apa-apa.

“Dia marah kitaorang sebab rahsiakan hubungan palsu kau tu dari dia. Minseok ah, perlu ke kau buat semua ni.”

"Minseok ah, berbaloi ke kau buat semua ni?" Soal Taehyun pula.

“Dia mesti benci gila dengan aku sekarang kan?” Ujar Minseok sambil mengeluh berat.

“Hyemi tak mungkin bencikan kau, dia su…”

“Minseok ah!” Haejun pantas memotong kata-kata Taehyun itu lalu menepuk perlahan bahu Minseok. “Kau sabar ye.”

Minseok hanya angguk lemah.

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!