Chapter 19

Dear My Tinkerbell

 

Jeritan Chen itu membuatkan semua menjadi panik lalu lari bertempiaran dan bersembunyi di belakang Suho. Sementara Chen masih berlari dan berteriak mengelilingi setiap ruangan villa seperti orang kesawanan.

“Eh, eh apa ni korang?!” Soal Suho yang turut panik saat itu.

Mereka semua melihat susuk tubuh yang masih merenung mereka tanpa berkedip itu.

Perlahan-lahan Suho memberanikan dirinya menyapa Hyemi yang masih tidak berganjak dari posisinya.

“Hyemi ssi? Ini….. ini betul kau ke?” Soal Suho berhati-hati.

“Suho ssi…”

Chen yang kembali di ruang tamu menoleh ke arah Hyemi yang masih di situ.

“ARGH DIA MASIH KAT SITU!!!!! OTTOKE????? OMMA!!!!!”Sambung lari lagi.

Suho yang mula frust dengan Chen itu segera mengarahkan seseorang agar menguruskan Chen sebelum sawan budak itu bertambah parah.

“Macam mana kau boleh.. ?”

“Suho ssi, mana Minseok?” Soal Hyemi yang tidak menghiraukan soalan Suho itu.

“Hyung kat bilik dia..”

Tanpa menghiraukan mereka, Hyemi segera mencari bilik Xiumin.

“Siapa tu?”

“Cantik der..”

“Girlfriend Minseok Hyung ke?”

“Apa maksud semua ni?!” Soal Lay penuh dramatik.

“Lay tak payah nak practice babak kau dalam situasi kita macam ni. Nanti aku explain kat kau ye. Baek mana Chen?”

“Jap ea Hyung. Yah! KIM JONGDAE STOP RUNNING WILL YA?” Ujar Baek sebaik sahaja dia berjaya menangkap Chen.

“ARGH!!! Lepaskan aku. Lepaskan aku! Omma tolong Chen!!! Baiklah aku akan gunakan kuasa super aku.” Chen tiba-tiba membuka langkahnya lalu.. “ Boboboi kuasa 4!! Haiyah!!!!” Semakin parah sawan si Chen ini. Sekarang dia berlagak seperti watak kartun Boboboi yang di tontonnya di Disney channel siang tadi.

“Payah kerja dia ni“ Ujar Chanyeol sambil geleng kepala. “ Udah-udah le tu Chen oi. Jangan nak berangan kau tu Boboboi. Tu lah banyak sangat tengok kartun ni lah jadinya.”

Chen kembali menoleh di sekitangnya.”Eh dah tak de? Fuh…lega. Korang nampak tak bertapa hebatnya aku. Hantu pun takut dengan aku tau. Hahaha Terbaik!” Ujarnya bangga seakan-akan watak Boboboi.

“Ceh, ceh, ceh… Suho hyung Chen ni sawan ke sakit mental?” Soal Lay yang kebingungan.

Suho mulai hilang kesabarannya.

“My Fairy…..?”

“Chicken!!”

“Stop eating the chicken Kim Jongin!”

 

 

 

***********************************

“Wait for me Hyemi..” Xiumin memejamkan matanya lalu bersedia memasukkan pil-pil tersebut ke dalam mulutnya.

“Yah Pabo!”

Tangan Xiumin tepis seseorang membuatkan ubat dalam genggamannya tadi bertaburan di atas lantai. Xiumin dengan geram pantas menoleh ke arah orang yang menghalang niatnya itu. Namun dia tergamam apabila mendapati gerangan orang di hadapannya saat itu.

Hyemi yang masih termengah-mengah merenung Xiumin dengan perasaan marah yang teramat.

“Hyemi ah…. Kau…”

Pang!

Satu tamparan mengenai pipi gebu Xiumin yang masih tergamam itu. Pipinya terasa perit namun focusnya masih dengan Hyemi di hadapanya saat itu.

“Kau dah gila ke?! Tergamak kau buat benda bodoh ni!” Marah Hyemi dengan tidak dapat di tahan lagi.”Apa yang kau fikirkan KIM MINSEOK!?”

“Aku…aku ingat kau dah..”

“Dah mati? So kau pun ambil keputusan bodoh nak ikut aku mati sekali? ” Soal Hyemi yang masih geram. Nafasnya turun naik saat itu. Kepalanya mulai pitam. Pandangannya sedikit demi sedikit mulai kabur dan..

“Hyemi aku minta maaf aku..”

Gebuk!

Belum sempat Xiumin menghabiskan kata-katanya, tubuh Hyemi rebah tiba-tiba. Mujurlah Xiumin sempat menangkapnya. Tubuh lemah Hyemi itu jatuh ke riba Xiumin.

“Hyemi ah! Hyemi kenapa ni?” Soal Xiumin panik dengan keadaan Hyemi itu. Dia baru sedar bahawa wajah Hyemi itu bertambah pucat. Dia segera memeluk erat tubuh Hyemi itu. “Hyemi ah, Ottoke…? Help! Anyone!!!” Teriaknya dengan kuat.

Tak sampai sesaat member yang lain menerpa ke biliknya. Mereka juga tergamam melihat tubuh Hyemi yang terkulai lemah dipelukan Xiumin itu.

“Kenapa ni Hyung?” Soal Chanyeol bimbang.

“Yeol call doctor sekarang!” Arah Suho apabila menyedari situasi tersebut. “Hyung angkat dia ke katil dulu.”

Chanyeol berlari mendapatkan handphonenya lalu mendail nombor doctor peribadi mereka.

“Dr Mark dalam perjalanan ke sini.” Ujar Chanyeol lalu menghampiri mereka semula.

Suho hanya angguk kepala tanda mengerti.

Xiumin mengangkat tubuh Hyemi lalu dibaringkan di atas katilnya.

Suho terlihat pil-pil yang bertaburan di atas lantai lalu kembali merenung Xiumin yang masih sibuk menguruskan Hyemi. Apa yang kau hampir lakukan hyung..? soal Suho dalam hatinya.

“Hyemi ah, hang on. The doctor is on the way.” Ujar Xiumin yang masih bimbang saat itu. “Badan kau panas gila ni..Can someone get me a wet towel?”

“Let me hyung.” Ujar Chen yang baru pulih dari sawannya tadi.

“Thanks Chen.”

****************************************

Menurut doctor, tubuh Hyemi terlalu lemah. Mungkin di sebabkan stress serta kurang rehat. Hyemi perlu banyak berehat. Doctor memberikan beberapa ubat vitamin untuk di berikan kepada Hyemi apabila dia sedar nanti.

“Thank you doctor. Let me sent you to the door.” Ujar Suho lalu mengantar Dr. Mark ke pintu rumah.

Sementara member yang lain duduk berkumpul di ruang tamu. Pekara tadi benar-benar mengejutkan mereka. Mereka baru sahaja hampir kehilangan Hyung kesayangan mereka. Nasib baik Hyemi sempat menghalang tindakkan bodoh Xiumin itu.

“Banyak benda berlaku dalam sekelip mata. Susah nak hadam semuanya.” Ujar Lay memulakan topik mereka.

“Nasib baik aku tak kena sawan oink oink masa nampak dia terpacak kat sebelah aku tadi.” Ujar Chen mengurut dadanya.

“Kau ni sejak bila jadi penakut ha Chen?” Soal Chanyeol kepada Raja Troll tersebut.

“Gila kau tak takut. Baru semalam diorang umumkan Hyemi ssi tu dah meninggal. Ni tiba-tiba boleh terpacak pulak sebelah aku. Muka dah lah pucat.” Jelas Chen panjang lebar.

“Apa pun lega hati aku dia selamat. Kalau tak mungkin Hyung akan menderita selamanya.” “Aku nak masak bubur untuk diorang. Lepas ni mesti diorang lapar.” Ujar DO lalu bingkas ke dapur.

“Biar aku tolong kau ye hyung.” Ujar Chanyeol lalu membuntuti DO ke dapur.

 

*************************

 

Xiumin yang menemani Hyemi tadi turut terlelap sama di atas katil. Tubuh Hyemi dipeluk erat oleh Xiumin. Hampir 3 jam mereka tidur dengan lenanya. Xiumin tersedar apabila merasakan pergerakan tubuh Hyemi yang sudah terjaga dari lenanya. Mereka diam tanpa berbuat apa-apa. Xiumin tahu Hyemi pasti masih marah kepadanya.

Sebaik sahaja Hyemi melihat Xiumin, dia segera memalingkan tubuhnya dari Xiumin yang terkedu dengan tindakkan Hyemi itu.

“Hyemi ah..” Panggil Xiumin lembut.

Tiada Jawapan dari Hyemi.

Perlahan-lahan tangan Xiumin menyentuh bahu Hyemi untuk meminta perhatian darinya.

“Hyemi ah, tolonglah jangan macam ni.” Rayu Xiumin. “Aku faham kau layak marah dengan tindakkan bodoh aku tadi… aku…”

“Kenapa kau buat macam tu Minseok?” Soal Hyemi dengan suara seraknya.

“Maafkan aku Hyemi, aku tak dapat berfikir panjang waktu itu. Lepas Harry cakap yang kau dah meninggal aku tak rasa hidup aku ni bernilai lagi. Sebab tu aku ambil tindakkan bodoh tu.”

“Kau hampir sahaja tinggalkan aku Minseok. Kalau aku lewat tadi.. kau mungkin…” Hyemi tak dapat bayangkan jika dia terlewat sedikit sahaja tadi.

“Shh, I’m sorry okay. Please don’t cry Hyemi. Nanti kau penat.”

“Kau tahu tak cemasnya aku sebaik sahaja aku dengar dari Taehyung yang kau pengsan lepas terima berita dari Harry?” Soal Hyemi. Hatinya kembali terasa sesak. “Aku tak dapat nak berfikir panjang. Kau tahu bertapa terlukanya kau waktu itu. Ternyata… ternyata andaian aku benar… kau cuba untuk..”

Xiumin pantas menarik tubuh Hyemi untuk mengadapnya semula. Dia dapat melihat bertapa terlukanya Hyemi saat itu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Dia kecewa kerana mengambil keputusan bodoh itu dan sekali lagi membuat gadis itu terluka.

“I’m very sorry Hyemi, please don’t cry beautiful. I love you.” Ucap Xiumin lalu mengesat air mata Hyemi itu dengan ibu jarinya. “Please don’t hate me.. I beg you..” Rayunya. Dia juga turut mengalirkan air matanya.

Hyemi mengambil tangan Xiumin di pipinya lalu di bawa ke bibirnya.

“Promise me that you will never do that again Minseok.” Pinta Hyemi dengan serius.

“I promise you love.” Ujar Xiumin lalu mengucup lembut dahi Hyemi dan kemudian menyatukan dahi mereka. “Do you hate me?”

“Minseok,” Hyemi menekup sebelah pipi Xiumin lalu merenung tepat ke wajah lelaki tersebut. “Why am I still here if I realy hate you Minseok.”

Serta-merta bibir Xiumin mengukirkan senyuman bahagia selepas mendengar ucapan ikhlas dari Hyemi itu. Tiada kata yang dapat mengambarkan bertapa bahagianya Xiumin saat itu. Perlahan-lahan Xiumin mendekatkan wajahnya. Dia merenung ke dalam anak mata Hyemi seperti meminta kebenaran. Hyemi yang mengerti maksud pandangan Xiumin itu memberikan senyuman kepada Xiumin. Satu kucupan lembut singgah ke bibir Hyemi. Hyemi pada mulanya agak kekok perlahan-lahan turut tenggelam dengan suasana romantis itu mula membalas kucupan tersebut.

GRRRRRRRRR

Bunyi pelik tersebut menghentikan kucupan mereka. Xiumin melihat wajah Hyemi yang merah padam saat itu.

“Are you hungry Hyemi?” Soal Xiumin sambil ketawa kecil melihat kekasihnya itu.

“Sangat. Tapi tak larat nak bangun.” Jawab Hyemi dengan segan sambil memuncungkan bibirnya.

“Aigoo our Hyemi is so cute! Hahahah!’ Usik Xiumi lalu menarik lembut pipi Hyemi.

“Kaulah! Buat orang panik je tau tak.” Marah Hyemi semula. “Balik je dari Korea, aku terus melawat Edward. Aku belum sempat makan pun tau tak?” Rungut Hyemi lalu menutup wajahnya yang masih merah dengan tapak tangannya.

Xiumin tersenyum melihat gelagat comel Hyemi itu, lalu dia mengambil kedua belah tangan Hyemi yang menutupi wajah gadis tersebut lalu dibawa ke bibirnya.

“Don’t worry, let me get some for you to eat first. Later we can continue talk hm?” Ujar Xiumin cuba memujuk Hyemi.

Hyemi hanya angguk kepalanya. “Sorry kalau menyusahkan.” Ucap Hyemi serba salah.

“Tak lah, Tak akan ada yang susah pada kau demi kau, Thinkerbell.” Ujar Xiumin lalu satu kucupan lembut di bibir Hyemi sekali lagi sebelum meninggalkan kekasihnya itu untuk ke dapur.

“Er. Minseok ah.” Panggil Hyemi semula menghentikan langkah lelaki itu.

“Yes, love?” Xiumin kembali mendekati buah hatinya itu.

“If you don’t mind. Can I clean myself first and borrow your T-shirt? You know, I’m not comfortable wearing the same clothes for two day.” Pinta Hyemi lalu tunduk segan.

Xiumin tersenyum mendengar permintaan Hyemi itu.

“Sure. Let me get one for you.” Ujar Xiumin lalu menuju ke almari pakaiannya dan mengeluarkan kemeja T berwarna biru muda. “Nah, yang ni saiz dia agak kecil sikit. Bilik air kat sana tu. Kau nak aku tolong kau tak?”

“Nak tolong buat apa. Bukannya jauh pun bilik air tu.” Ujar Hyemi hairan lalu mengambil T Shirt dari tangan Xiumin itu.

“Aku bukan apa. Manalah tahu kau tak larat nak jalan. Kalau kau nak aku boleh tolong papah kau ke bilik air tu, boleh je. Alang-alang kita boleh mandi sekali ye tak?” Usik Xiumin lalu tersengih nakal.

“Bwoh?!”Bulat mata Hyemi mendengar kata-kata Xiumin it. “Yah byunte!!!!” Marah Hyemi geram lalu membaling bantal ke arah Xiumin yang ketawa geli hati melihat wajahnya yang kemerahan menahan perasaan malu.

“Alah tak yah nak segan sangatlah, kalau nak cakap jelah.”

“Kaki aku nak?” Soal Hyemi lalu bersedia untuk melontarkan satu lagi bantal kearah Xiumin. Namun Xiumin lebih pantas lari keluar apabila Hyemi bangun untuk mengejarnya.Yang kedengaran cuma ketawanya sahaja.

Sebaik sahaja Xiumin keluar dari bilik tersebut Hyemi kembali merebahkan dirinya ke atas katil empuk Xiumin itu. Bau katil tersebut sama dengan bau Xiumin membuatkan Hyemi selesa dengannya. Tiba-tiba dia teringatkan pekara tadi. Xiumin memang gila. Dulu lelaki itu tidak pernah bergitu. Namun Hyemi lebih menyukai Xiumin yang sekarang kerana lelaki itu lebih ceria dan bersifat terbuka dengan perasaannya berbanding Xiumun yang Hyemi kenal dahulu. Hyemi tanpa sedar ketawa sendiri lalu bingkas ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

 

*************************************

Kai yang baru selesai menonton TV mula menyedari kelibat Sehun yang dari tadi tidak kelihatan di mana-mana. Puas dia mencari sahabat baiknya itu namun tidak jua kelihatan. Namun sebaik sahaja dia keluar ke kolam renang kelihatan Sehun sedang duduk sendirian di situ. Sehun kelihatan muram sahaja. Berbeza dari Sehun yang dilihat pagi tadi. Segera Kai menyapa si Makne tersebut.

“Yah Oh Sewel, kau buat apa sorang-sorang kat sini ha?” Sergah Kai kepada Sehun yang terkejut beruk dengan kehadiran Kai tiba-tiba itu. Hampir sahaja dia terjun ke dalam kolam renang tersebut. Kai tersengih macam kerang busuk apabila Sehun merenungnya dengan pandangan tajam.

“Kau ni, terkejut akulah. Lain kali sapalah elok-elok. Nasib tak tercabut jantung aku ni tau tak.” Marah Sehun.

“Hehehe sorry.” Ujar Kai masih tersengih. Dia kemudian duduk di sebelah Sehun.“Kau kenapa ni? Aku tengok kau semacam je. Kau tak sihat ea?” Soal Kai perihatin.

Sehun menggelengkan kepalanya. “Tak lah, aku okay je.” Jawabnya pendek.

Kai geleng kepalanya. Dia tahu Sehun berbohong saat itu.

“Jangan nak tipu akulah Sehun oi. Kau tu, aku kenal dah lama. Aku dah boleh baca fikiran kau macam belakang tapak tangan aku ni. Kau tak yah nak sembunyi apa-apa dari aku.” Ujar Kai yang masih tidak mahu mengalah. “Baik kau cerita dengan aku apa masalah kau.”

Sehun tersenyum mendengar kenyataan Kai itu. Memang benar apa yang di katakan oleh Kai itu.

“Ceritalah Sehun. Mana tahu aku boleh tolong. Asalkan tak melibat ayam aku kat dalam peti ais tu, sudahlah.”Seloroh Kai sambil ketawa mengekek lalu dibalas tenungan tajam oleh Sehun lagi. “Sorry, sorry. Aku gurau je lah.” Ujarnya semula lalu meletakkan tangannya di bahu Sehun.”Ceritalah.”

Sehun tunduk lalu melepaskan satu keluhan berat. Di antara member EXO, selain Luhan Hyung, Sehun banyak berkongsi rahsia dengan Kai. Jadi tak hairanlah kalau mereka saling tahu pelbagai rahsia sesama sendiri. Kai walaupun sekali sekala agak ting tong otaknya, namun apabila Sehun meminta pendapat, dia adalah orang yang terbaik untuk pekara tersebut. Kai lebih matang dan terbuka berbaza dangan member yang lain.

“Kalau aku cakap dengan kau, mesti kau tak percayakan?” Soal sehun teragak-agak.

“Maksud kau?”Kai mengangkat sebelah keningnya. “Cerita dulu, nanti baru aku fikir betul ke tidak.”

Sehun tunduk lalu memulakan ceritanya.

“Kai, ingat tak gadis yang aku bagi tahu kau hari tu masa kat hospital?”

Kai cuba mengingat pekara tersebut. “Oh! Yang kau lupa nak tanya nama tu ae?” Soal Kai excited.

Sehun angguk kepala.

“Okay, kenapa dengan gadis tu? Kau dah jumpa dia balik ke?” SOal Kai semakin tak sabar.

Sekali lagi Sehun angguk kepala. Kai yang di sisi pantas berubah semakin excited.

“Wow! Betul ke? Jadi sekarang kau dah tahu nama dia ke? Sapa nama dia? So macam mana hubungan korang?” Pelbagai soalan di lontarkan kepada Sehun dek Kai yang sangat excited dengan kisah cinta sahabatnya itu. “Muka dia cantik tak? Lagi cantik dari girlfriend Xiumin hyung tu ke? Soojung aku lagi cantikkan?”

“Sabar sikit boleh tak Kamjong? Aku nak ceritalah ni!” Geram betul Sehun saat itu.

“Hehehe, sorry excited der..” Ujar Kai lalu mengosok belakang lehernya dan ketawa.

“Kai, gadis tu adalah gadis yang sama dengan kekasih hati Xiumin Hyung tu.” Jelas Sehun dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

“BWOH?!” Kai terkejut mendengarnya. “Maksud kau, dia tu girlfriend Xiumin Hyung?”

Sehun angguk kepala lalu tunduk merenung lantai.

“Abis tu sekarang kau nak buat macam mana?”

“Nak buat apa lagi, pasrah je lah. Dia dah jadi milik orang lain. Lagipun bila aku dengar cerita mereka dari Suho hyung, aku rasa Xiumin Hyung lebih layak untul memiliki dia dari aku.” Kata Sehun dengan berat hati sekali.

Kai melihat Sehun dengan rasa simpati. Ini adalah kali pertama Sehun jatuh cinta namun sayangnya gadis tersebut telah dimiliki oleh orang lain.

“Aku harap kau boleh sabar ye Sehun. Aku yakin, masih ramai lagi gadis kat luar tu. Satu hari nanti kau pasti jumpa dengan gadis yang tepat untuk diri kau.” Pujuk Kai lalu menepuk perlahan belakang Sehun. “Cuma sekarang ni waktunya belum tepat lagi.” Tambahnya lagi.

Sehun cuma angguk kepala sahaja.

“Dah jom masuk. Kat luar ni panas, karang tak pasal-pasal gelap pulak kulit kau tu.”Ajak Kai kepada Sehun.

“Haah, karang tak pasal-pasal aku terheret sekali dalam group Kamjong kau tu kan?” Seloroh Sehun lalu segera bangkit meninggalkan Kai yang mulai berang.

“Yah! Dasar anak tak durhaka! Siaplah kau kalau aku dapat tangkap kau nanti. Dasar Oh Setan! Menyesal aku kesian kat kau tadi.” Marah Kai lalu mengejar Sehun yang sudah lama lari masuk ke dalam rumah.

 

********************************

DO dan Chanyeol sibuk menguruskan makan malam mereka. DO sedang mengoreng ayam untuk Kai. Sementara Chanyeol menyediakan stew kimchi kepakaranya.

“Hyung, cuba rasa ni okay tak?” Soal Chanyeol lalu memberi sudu berisi kuah stewnya kepada DO.

“Tambah garam sikit je lagi.” Kata DO lalu kembali menguruskan ayamnya.

“Garam, okay.” Chanyeol menurut sahaja saranan DO tadi lalu menambah garam dalam stewnya.

“Korang masak apa tu?” Soal Xiumin yang baru sahaja tiba di dapur.

“Oh Hyung kau dah bangun ke?” Soal DO lalu di balas anggukan Xiumin. “Hyung dengan Hyemi mesti laparkan? Aku ada masak bubur tadi utuk korang. Nak aku ambilkan tak?” Tambahnya lagi.

“Eh, tak perlulah Kyungsoo, biar hyung amik sendiri. Kamu dah penat masakkan untuk kami. Terima kasih ye.” Ucap Xiumin kepada membernya yang satu itu.

“Eh tak ada apalah hyung. Benda kecil je pun. Lagi pula ada Chenyeol ni ha yang turut tolong aku tadi.”

Chanyeol di sebelah tersengih menampakkan gigi putihnya seperti biasa.

“Kamu juga Chanyeol, thank tau.” Ucap Xiumin.

“No problem Hyung!” Ujar Chanyeol semula.

“Dah siap masak ke?” Soal Suho pula. Dia yang membawa gelas berisi jus buah itu meletakkan gelas tersebut ke dalam sinki untuk di basuh.

“Kejap je lagi Hyung, lepas ni kita dah boleh makan dah.” Ujar DO.

Suho hanya angguk kapala sahaja. “Xiumin Hyung, boleh kita cakap kejap?” Soal Suho kepada Hyungnya itu.

“Okay, nak cakap apa?” Soal Xiumin kembali.

“Bukan kat sini. Jum kita ke kolam sekejap.” Ajak Suho agak berahsia.

Xiumin angguk kepala lalu mengekori Suho ke kolam renang.

Sementara DO dan Chanyeol berpandangan.

“Kenapa tu?” Soal Baekhyun setibanya dia di dapur.

“Entah.” Jawab Chanyeol sambil mengangkat bahunya. “Yah Baekhyun jangan usik ayam tu!” Marahnya

Namun Baek sudah pun membawa lari tiga ketul ayam bersamanya. Sementara Kai dan Sehun menunggu Hyung mereka di ruang tamu.

“Wah Hyung is the best!” Ujar Sehun dan Kai serentak lalu mengambil ayam tersebut sorang satu.

DO geleng kepala melihat mereka.

***********************************

“Apa yang kau nak cakapkan Suho?” Soal Xiumin apabila mereka tiba di kolam renang.

Suho memalingkan wajahnya kepada Xiumin lalu menunjukkan genggaman tangannya kepada Xiumin.

“Apa tu?” Soal Xiumin tidak mengerti.

Sebaik sahaja Suho membuka genggaman tangannya, Kelihatan pil-pil yang bertaburan tadi. Wajah Xiumin jadi serba salah saat itu.

“Kenapa Hyung? Kenapa kau sanggup buat macam tu?” Soal Suho. “Bayangkan kalau Hyemi ssi lambat tadi. Mungkin sekarang hyung dah…”

“Hyung sedar salah hyung Suho. Hyung mintak maaf kerana buat pekara tak matang tu” Ujar Xiumin benar-benar menyesal. “Tapi masa tu hyung betul-betul tak dapat berfikir secara waras. Kamu tahukan hyung sangat cintakan Hyemi dan hyung tak mampu untuk teruskan hidup ini tanpanya. Bila Hyung dengar Harry cakap yang Hyemi dah tak ada, Hyung rasa dah tak ada ertinya hidup hyung di dunia ni. Tapi Hyung janji, lepas ni walau apa pun yang berlaku, Hyung tak akan pilih jalan tersebut. Sebab Hyung tahu masih ramai yang perlukan Hyung dan mereka pasti akan terluka sekiranya Hyung buat semua tu.” Jelas Xiumin dengan yakin sekali.

“Hyemi ssi ke yang bagi tahu Hyung semua ni?”

Xiumin angguk kepalanya. “Dia marah betul bila dia nampak hyung cuba telan pil-pil tu tadi.”

“Baiklah kalau macam tu. Aku harap hyung pegang dengan janji hyung tu.” Ujar Suho mengerti. “Aku tak sanggup lagi kehilangan seorang lagi member seperti dulu hyung. Rasanya sakit sangat hyung. Aku harap kau faham itu.” Suho sebak apabila mengingatkan peristiwa dulu.

“Hyung janji. Suho, hyung nak ucapkan terima kasih atas segala yang kamu dah buat untuk Hyung dan Hyemi.”Ucap Xiumin lalu menepuk perlahan bahu Leadernya itu.

“Tak ada bendalah Hyung. Aku harap Hyung dan Hyemi akan bahagia selamanya. Tapi hyung kena hati-hati. Jangan sampai pihak media tahu hubungan korang. Buruk padahnya nanti.” Pesan Suho.

“Jangan risau, Hyemi dah ingatkan Hyung. Kami akan cuba ambil langkah selamat.”

 

*************************************************

“Excuse me?”

Semua mata di ruang tamu itu menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Chen yang tadinya panik kini selamba mendekati orang tersebut.

“Hyemi ssi, kau dah sedar ke? Nak aku tolong apa-apa ke?” Soal Chen lalu memeluk bahu Hyemi dengan sebelah tangannya.

“Er… Chen ssi, boleh tahu mana Xiumin?” Soal Hyemi kepada mereka.

“Hyung tengah berbual dengan Suho Hyung tadi.” Jawab Kai kepada Hyemi. “Hai Noona, tak kan dah rindu, baru je berpisah kot.” Usiknya lalu di sambut usikkan yang lain.

“Kamu semua ni ada jelah. Mana ada rindu.” Hyemi mengawal perasaan segannya di usik sedemikian.

“Eleh, malu lah tu. Betul tak korang?” Soal Chen kembali mengusik girlfriend Xiumin Hyung mereka itu.

“Dah lah janganlah usik Noona.” Kata Sehun. “Noona don’t worry, I will protect you! Jangan dekat dengan Chen hyung ni dia ni bahaya.”

“Kau lagi bahaya!” Marah Chen.

Sehun menjelir lidahnya. Hyemi ketawa melihta mereka berdua.

“Chen Hyung, baik Hyung lepaskan Noona kalau tak siaplah Hyung bila Xiumin Hyung balik nanti.” Kata Sehun memberi amaran matanya terpadang sesuatu lalu tersenyum jahat.

“Takut dengan siapa? Xiumin Hyung? Sapa cakap aku takut?” Ujek Chen selamba.

“Kamu cakap apa Chen?” Soal seseorang lalu mereka pantas menoleh ke arah orang tersebut.

“Kelihatan Suho dan Xiumin sedang berdiri di belakang mereka. Suho cuba menyembunyikan senyumannya. Sementara Xiumin merenung Chen tajam.

“Hehehe, hai Hyung. Bila sampai?’ Soal Chen pura-pura innocent. Dia segera melepaskan pelukannya pada bahu Hyemi lalu berundur sedikit dari Hyemi.

“Lama lah jugak aku dengan Suho hyung kau terpacak kat sini, kamu je yang tak perasan.” sindir Xiumin. “Berbalik pada soalan hyung tadi, boleh kamu ulang balik apa kamu cakap tadi Chen?” Soal Xiumin semula dengan senyuman yang mengerikan.

Chen yang panik cuba mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya.

“Hyung~~~” Panggilnya dengan nada comel lalu berlari mendapatkan Xiumin dan merangkul lengan lelaki tersebut. “Hyung janganlah marah… Chen Chen gurau jelah tadi… Chen Chen tahu Hyemi ssi Hyung punya. Saje je nak usik dia… Hehehe sorry hyung..” Kata Chen sambil mengelipkan matanya.

“Ew.. berbulu telinga aku dengar suara Chen hyung.” Kata Sehun

“Mak ai kembang der anak tekak aku!” Sokong Beakhyun lalu menunjukkan reaksi loyanya.

“Eleh jealous cakap je lah!” Ejek Chen kepadanya.

Xiumin tidak menghiraukan mereka lalu menghampiri Hyemi yang masih ketawa kecil melihat kerenah membernya.

“Hyemi ah. kau mesti dah laparkan? Sorry aku ada hal dengan Suho tadi.” Ujar Xiumin lembut kepada buah hatinya itu.

“Maaf Hyemi ssi, aku pinjam Xiumin kejap.” Kata Suho pula.

Hyemi hanya gelang kepala dan tersenyum. “It’s okay Suho ssi.”

Xiumin meletakkan tapak tangannya ke dahi Hyemi. “Dahi kau hangat lagi ni, Kau naiklah dulu nanti aku datang bawakan bubur untuk kau. Kau nak aku papah kau naik atas tak?” Soal Xiumin bimbang.

Hyemi menggelengkan kepalanya lalu tersenyum lemah kepada Xiumin.

“Minseok ah, aku demam sikit je pun. Tak perlulah nak papah bagai. Macamlah aku ni ngidap penyakit kronik. I still can walk okay. Tadi je letih sangat. Sekarang dah okay.” Ujar Hyemi.

“Okay, kau ni memang degilkan.” Ujar Xiumin sambil menarik lembut hidung Hyemi.

“Hyemi menggosok hidungnya yang ditarik tadi lalu mencebirkan bibirnya tanda merajuk. Reaksinya itu di lihat comel sekali di mata member yang lain.

“Hyung, korang buat apa kat atas sampai Noona penat tak larat nak jalan?” Soal Baekhyun membuatkan yang lain ketawa terbahak-bahak melihat mereka.

“Yah!Byun Byunte! Kau nak cari mati ke? Kau fikir Hyung ni gatal sangat ke?” Marah Xiumin kepada Baekhyun yang masih ketawa.

“Bukan ke kau memang macam tu Minseok?” Sokong Hyemi membuatkan yang lain ketawa besar. Sementara Xiumin melihat Hyemi bagai tidak percaya.

“Our Hyemi Noona is the best!” Kata Sehun.

“Hyemi ah, kau pun sekongkol dengan mereka?” Soal Xiumin seperti merajuk.

Hyemi ketawa riang melihat reaksi Xiumin itu lalu menghadiahkan satu kucupan di pipi Xiumin membuatkan lelaki terpaku lalu tunduk malu dengan tindakan Hyemi yang tiba-tiba itu.

“Ah….aku nak ada girlfriend cepat macam Xiumin Hyung.” Ujar Chen cemburu.

“Betul tu. Jealousnye aku…!” Sokong Baekhyun.

Lay yang baru sahaja muncul dari dapur bersama Chanyeol terkejut melihat Hyemi.

“OH! Hantu girlfriend Xiumin!” Ujarnya yang masih blurr membuatkan mereka yang lain ketawa.

“Aku rasa baik kau kenalkan diri kau secara formal kat mereka Hyemi.” Saran Xiumin kepada Hyemi.

Hyemi angguk kepala setuju.

“Sorry, for late introduce myself.” Ujar Hyemi kepada mereka. “Hello my name is Destiny Yoon Hyemi. You can call me Hyemi. Please drop the formality okay. I am Xiumin @ Minseok girlfriend and I’m not a ghost.” Ujarnya lalu melambai kepada mereka semua.

“Welcome to the family Hyemi!” Ucap mereka kepada Hyemi dengan ramah.

“Group hug!” Teriak Chen kepada mereka.

“Chen jangan nak mengada-ngada. Hyung tahu apa dalam kepala otak kamu tu.” Kata Xiumin lalu menarik Hyemi dekat dengannya.

“Betul tu Hyung.” Sokong Sehun lalu berdiri di sebelah Hyemi dan Chen.

“Diamlah Makne!” Marah Chen.

Mereka akhirnya ketawa.

“Lets eat!” Teriak Chanyeol dari dapur membuatkan mereka bersorak seperti kanak-kanak riang.

Tak sampai seminit pun meja makan sudah di penuhi oleh mereka kecuali Suho, Xiumin dan Hyemi yang geleng kepala melihat mereka.

“Sorry Hyemi ssi kalau perangai mereka ni…” Suho segan saat itu.

Hyemi ketawa kecil lalu mengiyangkan tangannya. ‘Its okay Suho ssi. They are so cute can’t you see? I’m happy to join the club!” Ujar Hyemi lalu menyertai kanak-kanak riang itu.

“Hyemi noona, meh la duduk kat sini dengan kitaorang.” Ajak Sehun lalu menepuk kerusi kosong di sebelahnya sambil tersenyum manis kepada Hyemi.

“Sehun kau ni sibuklah! Dah tentu Noona nak duduk sebelah Xiumin Hyung. Diorangkan nak main suap-suap nanti. Ye tak Hyung?” Ujar Chen bangga dengan idea bernasnya itu.

“Kau ni banyak sangat nonton drama Korealah Chen oi, otak kau pun dah berkarat macam hero drama tu.” Kata Chanyeol yang baru sahaja tiba bersama D.O dari dapur. “Pedulikan si Chen ni Noona. Noona duduk je kat sebelah Sehun tu. Baek meh duduk sebelah aku ni biar Xiumin Hyung duduk sebalah Hyemi noona. Karang boleh kita main suap-suap macam yang Chen cakap tu.” Sindirnya dalam diam.

“Okay, aku setuju. Chen make sure kau rakam tau. Manalah tahu, boleh jadi idea tuk fanfic kau tu nanti.” Sokong Baek membuatkan mereka tergelak sakan.

“Siapa kata aku buat fanfic?!” Marah Chen menafikan hal tersebut.

“Eleh, tak payah nak berdalih. Yang kat dalam laptop kau tu amende?”

Kini Chen yang bengang tunduk malu.

“Alah, tak salah kan kalau Chen ada hobi tulis fanfic. “ Bela Hyemi tiba-tiba “Lagipun ramai je penulis fanfic tkat luar tu yang sekarang ni dah jadi terkenal. Ada tu siap buat filem lagi. Korang tau tak itu ertinya Chen ni kreatif orangnya.Betul tak Chen?” Soal Hyemi lalu membuatkan Chen kembali tersengih melihat mereka.

“Korang tengok, aku dah agak. Hyemi Noona memang berbeza orangnya. Dia je yang paham aku. Korang ada?” Ejek Chen bangga diri. “Thanks Noona.”

“No worries.” Kata Hyemi lalu tersenyum kepada Chen.

“Okay jom makan.” Ajak Suho.

“Finaly my Chicken!” Ujar Kai dengan penuh semangat sekali lalu menyambar ayam gorengnya.

Mereka yang lain geleng kepala melihatnya.

“Cam manalah Soojung bley jatuh hati kat anak orang Somalia macam kau ni? Sedap sangat ke ayam tu?” Soal Sehun di sebelah dengan hairan.

“Diamlah kau! Kalau kau tak nak ayam kau tu meh sedekah kat aku. Dapat gak pahala.” Seloroh kau yang rakus mengerjakan ayamnya.

“Jangan mimpilah aku nak bagi!” Ejek Sehun.

 

**********************************

Selesai makan malam, Xiumin menghantar Hyemi pulang. Mulanya Xiumin enggan dan meminta Hyemi agar pulang esoknya sahaja kerana demam Hyemi masih belum kebah lagi. Namun Hyemi menolak pelawaan Xiumin itu dengan alasan tidak manis sekiranya dia tinggal disana. Itu rumah bujang. Nanti kalau ada yang melihatnya akan jadi isu. Lebih-lebih lagi pihak media. Lagipun Edward masih di hospital, Hyemi amat rindukan anaknya. Xiumin dengan berat hati terpaksa setuju dengan kata-kata Hyemi itu.

Dalam perjalanan, mereka singgah di kawasan pantai yang terletak tidak jauh dari Villa EXO. Mereka ingin melihat matahari terbenam. Mereka terpesona dengan warna langit petang itu. Pemandangan di hadapan mereka tidak ubah seperti lukisan yang biasa mereka lihat di galeri seni.

“Hyemi ah,” Panggil Xiumin lembut.

“Hm?” Hyemi pantas menoleh ke arahnya

“Boleh kau bagi tahu aku apa sebenarnya yang terjadi tempoh hari? Macam mana kau boleh selamat?” Soal Xiumin ingin tahu.

Hyemi tunduk melihat jari jemarinya yang digemgam erat oleh Xiumin itu.

“Semuanya dah berakhir Minseok, mereka dah terima balasan yang setimpal dengan dosa mereka.” Kata Hyemi ringkas lalu pandangannya beralih kea rah pantai di hadapan mereka.

“Aku tak faham maksud kau?” Berkerut dahi Xiumin memikirkan kata-kata Hyemi tadi.

“Asalnya aku memang rancang untuk hancurkan keluarga Jang. Namun, kau ingatkan waktu kau temankan aku pergi ke lama kita?”

Xiumin angguk kepala sahaja.

“Kau mesti ingat waktu peguam Appa bagi aku sebuah kotak dan sepucuk surat.”

“Ye aku ingat. Apa isi dalamnya?” Soal Xiumin semula.

“Dalam kotak tu ada dua anak patung beruang. Omma buat sendiri anak patung tu. Mulanya aku ingat dua-dua anak patung tu aku punya. Tapi bila aku tengok balik kad pada hadiah tersebut, salah satu dari hadiah tersebut milik Hana.”

Xiumin terkejut mendengar pekara tersebut. “Maksud kau mereka juga sediakan hadiah untuk Hana?”

Hyemi menganggukan kepalanya. “Kau ingatkan Appa pernah plan nak ajak Hana bercuti sekali dengan kami? Rasanya Omma rancang untuk berikan pada Hana waktu itu. Sayangnya tak sempat lepas…” Hyemi tak sanggup lagi meneruskan kata-kat apablia teringat peristiwa hitam itu.

Genggaman tangan Xiumin semakin erat seperti memberitahu Hyemi yang dia akan selalu ada disampingnya. Hyemi hanya tersenyum melihat Xiumin di sebelahnya.

“Bila aku baca surat tu, aku dapat tahu apa tulis surat tu sehari sebelum hari jadi aku. Dalam surat tu terkandung wasiat yang Appa tulis untuk aku. Appa dengan senyap memiliki hampir 45% saham dalam JGroup. 15% sudah di berikan kepada Hana memandangkan Min Nari sudah pun memiliki 15% saham JGroup. Min Nari rampas semua yang Appa bagi pada aku kecuali saham yang Appa bagi kat aku sebab dia tak tahu pekara tersebut. Appa dah rancang segalanya sebab dia tahu bertapa liciknya bekas isterinya itu.”

Xiumin mengakui perkara tersebut. Sememangnya Appa Hyemi seorang yang bijaksana, dan kebijakkannya itu diwarisi oleh Hyemi.

“Lepas tu?”

“Seperti yang aku beritahu kau, dalam surat tu Appa ada tulis, bahawa share itu hak aku sepenuhnya. Terpulang kepada aku bagaimana aku nak gunakan share tersebut. Aku putuskan untuk membiarkan sahaja pekara itu. Aku memang dah tak nak ada hubungan dengan keluarga Jang lagi. Tapi lepas apa yang terjadi pada Edward, kesabaran aku selama ini terhadap keluarga tu tercabar. Aku dapat tahu dari Harry, Kangyeol hantar orang untuk culik Edward dan ugut Min Nari supaya serahkan share kakanya itu kepada dia. Dalam pada masa yang sama dia juga telah berjanji dengan Kiseop untuk jual rahsia JGroup kepada KINZ, Syarikat Kiseop. Mereka fikir mereka bijak, tapi sayangnya tidak. Aku pura-pura tawarkan harga yang lebih tinggi dari KINZ tawarkan pada Kangyeol. Seperti yang aku dah jangka, lelaki itu memang tamak. Dia sanggup khianati Kiseop, kawan baik dia serta Min Nari, kakak kandungnya demi sejumlah wang yang aku tawarkan.”

“Bayangkan bertapa terkejutnya wajah mereka apabila aku muncul di bilik mesyuarat tersebut. Kiseop mesti tak percaya separuh dari pengikutnya itu adalah orang kanan Appa yang berpura-pura menyokongnya selama ini. Hari itu sangat bersejarah dalam hidup dia apabila dia diseret dari bilik mesyuarat tersebut dengan sangat hina sekali. Sementara Kangyeol dapat loloskan diri dalam keributan tersebut.”

“Macam mana Jingguk boleh jadi Pengerusi syarikat pulak?”

“Lelaki tak guna tu, susah payah aku pujuk dia agar terima jawatan tersebut. Aku tahu dia adalah orang yang layak untuk ambil alih JGroup. As you know already. Aku tak berminat nak amik alih syarikat sebesar tu. Jingguk setuju asalkan aku tak lepaskan share aku dalam company tu. Dia cakap dia akan run the company on behalf of me. Aku tak de pilihan. Suka hati dia lah nak buat apa sekalipun. Asal dia setuju dengan permintaan aku tu.”

“Kau percayakan dia Hyemi?” Soal Xiumin aneh.

Hyemi hanya tersenyum dan angguk. “Jingguk dah banyak berubah. Memang sukar untuk aku maafkan mereka, tapi bila aku tengok dua anak patung tu aku sedar maksud yang Omma cuba sampaikan kepada aku. Aku yakin Omma tak mahu aku dan Hana bermusuhan. Dia juga anggap Hana seperti anaknya sendiri walaupun apa yang telah Min Nari lakukan terhadapnya. Demi Omma, aku akan cuba terima Hana dalam hidup aku. Lagipun dia ibu kandung Edward.”

“Masa kebakaran tu pulak, mereka kata kau dah mati. Macam mana kau boleh selamat Hyemi?”

“Lepas aku tengok Jingguk dan Hana berjaya keluar dari gudang tu, aku cuba cari jalan keluar lain. Api dah semakin marak. Aku sempat putus asa masa tu. Namun bila aku teringat kat Edward, kau serta semua orang yang aku sayang aku tak jadi putus asa. Aku tak nak korang sedih pasal aku. Jadi lepas bersusah payah, akhirnya aku jumpa terowong yang menghala ke laut. Aku teragak-agak nak terjun tapi masa dah semakin suntuk. Jadi aku tak de pilihan lain selain terjun ke dalam terowong air tu. Bila aku sedar je aku dah kat hospital. Ada nelayan yang jumpa aku. Mereka kata hampir seminggu aku tak sedarkan diri. Thank to your dad, he found me and bring me back to your house. After settle everything, aku cepat-cepat bersiap untuk pulang ke sini. Then aku sendiri tahu apa yang berlaku selepas tu.”

Xiumin tidak tahu apa yang harus katakana saat itu. Perasaannya bercampur baur. Namun apa yang pasti dia sangat bersyukur Hyemi sudah selamat dan semuanya sudah berakhir.

“Hyemi ah, aku bangga dengan kau. Kau dah buat pekara yang terbaik Hyemi.” Kata Xiumin lalu mengusai rambut Hyemi sambil tersenyum bangga.

“You think so?” Soal Hyemi semula dengan reaksi comelnya.

“Yup! My girlfriend is the best person in the world!” Ujar Xiumin lalu menarik Hyemi ke dalam pelukkannya. “ Ah…I’m so lucky to have you.”

“Aku tahu.” Kata Hyemi sengaja mengusik Xiumin lalu membalas pelukan itu.

Xiumin hanya ketawa mendengarnya.

“Ah! Lupa pulak.” Kata Hyemi tiba-tiba.

Tindakkan Hyemi itu mengejutkan Xiumin. Dia segera meleraikan pelukannya namun tangannya masih merangkul erat pinggang Hyemi.

“Kau lupa apa?” Soal Xiumin sambil berkerut dahinya melihat Hyemi yang kembali excited.

“Hana dah jumpa penderma organ yang sesuai.”

Xiumin yang mendengar berita tersebut turut teruja.

“But how?”

“Semua atas jasa Appa kau Minseok.”

“Appa aku?” Soal Minseok masih tidak mengerti.

“Yup, Appa kau. Dia jumpa salah satu relative Hanri Ajussi, orang tersebut sudi mendermakan hatinya kepada Hana. So akau dah refer case ni kat kawan aku. Dia memang antara pakar bedah terbaik di sini. Dia sudi untuk tolong aku.

“Wow, itu berita baik. Mereka mesti sangat gembira sekarang.

“Nanti bila semuanya dah ready, Hana akan tinggal dengan aku buat sementara sebelum dia menjalani pembedahan.”

Xiumin melihat Hyemi dengan serba salah. “Kau okay ke macam tu?’

Hyemi hanya tunduk melihat pasir pantai di kakinya. “Aku tak tahu, seperti yang aku katakan. Aku masih dalam proses untuk menerima kehadiran mereka.”

Xiumin mengangkat dagu Hyemi untuk melihatnya.

“I know you can Hyemi. You have a good heart. I will alway be there for you if you need me.”

“Thanks Minseok.” Hyemi tersenyum manis mendengarnya.

Tapi kenapa Appa sudi nak tolong Hana?” Soal Minseok aneh. Bukan ke appanya itu amat benci kepada Min Nari.

“Appa kau dah janji dengan Hanri Ajussi untuk jaga Hana. Walau apa pun yang berlaku, Hana tetap anak sahabatnya. Aku respect dengan Appa kau tau tak.” Puji Hyemi.

“Ye, aku tahu tu. Lagipun dia tu kan bakal bapa mertuakan jugakkan?” Usik Xiumin sambil tersenyun nakal.

“Perasan! Sapa nak kawin dengan kau?” Usik Hyemi.

Bulat mata Xiumin mendengar usikan Hyemi itu. “Kau cakap apa Hyemi? kau tak sudi nak kawin dengan aku? Kau tahu tak aku ni jejaka idaman semua gadis di seluruh dunia? Mereka sanggup bersusah payah untuk dapatkan perhatian aku tau tak.”

“So?” Soal Hyemo masih selamba.

“Kau tak rasa bangga ke dapat jadi girlfriend aku?”

“Hm.. adalah sikit.”

“Yah!” Jerit Xiumin dengan geram sekali. “Malas nak layan kau. Merajuk!” Ujar Xiumin lalu melepaskan rangkulannya di pinggang Hyemi.

“Okay.Pergilah sana merajuk, kita tengok nanti sapa yang menyesal akhirnya.” Ejek Hyemi lalu beredar ke kereta. “Jom balik aku dah tak de mood nak tengok matahari terbenam.” Ajaknya tanpa menghiraukan Xiumin yang masih merajuk itu.

Xiumin tanpa banyak kata kembali ke keretanya. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam sahaja. Hyemi tersenyum sendiri apabila mendapati Xiumin yang masih merajuk dengannya. Dia sengaja mengusik Xiumin. Hyemi tahu Xiumin amat sayang kepadanya kerana itulah dia suka membuat Xiumin merajuk. Dia suka melihat wajah Xiumin waktu itu. Pada Hyemi Xiumin sangat comel sehingga mahu sahaja dia cuit pipi gebu teman lelakinya itu.

Setelah sampai di hadapan hospital, Xiumin masih tidak mahu bercakap dengan Hyemi. Ketika Hyemi sedang membuka seatbeltnya Xiumin keluar dari kereta tiba-tiba membuatkan Hyemi pelik.

Dari tingkap kereta yang bertinted gelap itu, Hyemi dapat melihat Xiumin sedang berjalan menuju ke tempat duduknya. Xiumin dengan selamba membuka pintu kereta lalu membiarkan Hyemi yang masih terkebil-kebil kebingungan.

“Orang dah tolong bukakkan pintu pun masih tak mahu ke? Tak kan nak minta dukung hantar naik sekali?” Kata Xiumin yang masih selamba.

Hyemi cuba menyembunyikan senyumannya. Merajuk-merajuk pun gentelman juga boyfriend aku ni. getus hatinya. “Sapa suruh bukakkan. Aku boleh bukak sendirilah hm!” Ejek Hyemi pura pura sombong lalu keluar dari kereta.

“Kirim salam kat Edward. Cakap dengan dia sorry harini aku tak dapat nak jenguk dia. Esok baru aku boleh singgah.” Ujar Xiumin tanpa melihat ke arah Hyemi lalu meninggalkan kawasan hospital tersebut.

“Merajuk konon. Tengoklah sapa yang mengalah nanti.” Ujar Hyemi lalu tersengih nakal.

 

****************************

“Mama!” Teriak Edward dengan semangat sekali apabila Hyemi melangkah masuk ke bilik ward tersebut.

“Hai dear! Buat apa tu?” Soal Hyemi kepada anak kesayangannya itu.

“Ed tengah baca buku cerita baru ni.” Edward menunjukkan beberapa buku cerita di tangannya.

“Daddy belikan ke?” Soal Hyemi apabila mendapati ada beberapa lagi buku cerita yang masih baru di atas meja.

“Taklah, ini Xiumin Hyung yang belikan.” Jawab Edward semula.

“Xiumin Hyung?” Hyemi agak terkejut mendapati pekara tersebut.

“Haah hari tu dia datang. Dia tahu Ed bosan duduk kat hospital ni. So Hyung tanya Ed nak mainan apa. Ed cakaplah Ed dah banyak permainan kat rumah. Esoknya dia belikan Edward buku-buku ni. Xiumin Hyung tu baik kan Mama?” Kata Edward dengan senyuman yang tidak lekang di wajahnya.

Hyemi tersenyum gembira lalu menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba tekaknya terasa haus lalu dia pantas menuang air ke gelas untuk diminumnya.

“Bila Mama dengan Hyung nak kawin?”

PRURRRRRR!!!!!!

Air yang di minum Hyemi tersembur keluar dari mulutnya akibat tersedak teruk setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Edward sebentar tadi.

“Ed, apa yang Ed merapu ni.” Soal Hyemi mengurut dada. “Ada jelah dia ni.” Hyemi menggelengkan kepalanya.

“Eleh Mama seganlah tu.”

“Segan kenapa?"

“Tae Ajussi yang cakap dengan Ed, Mama dengan Xiumin Hyung nak kawin kan tak lama lagi? Yeah Ed dapat papa baru nanti!” Kata Ed dengan sangat gembira.

Hyemi rasa mahu sahaja dia sumbat mulut si Taehyun dengan penumbuknya saat itu. Kurang asam punya Taehyun, entah apa jelah yang dia sumbat kat otak si Ed ni masa aku tak de. Gumam Hyemi dalam hatinya. Kakau aku dapat Mama sewel tu siaplah dia nanti!

“Mama, Ed tanya ni.” Panggil Ed mematikan lamunannya.

“Ed jangan dengar apa yang Tae ajussi kau cakap okay. Tae ajussi kau tu masa kecik-kecik dulu dia pernah jatuh pokok masa kecar tupai. So skru dalam kepala dia tu longgar sikit sebab tu dia suka cakap yang bukan-bukan.”

“Oh macam tu ke Mama? Alah sedihlah Ed kalau macam ni….” Ujar Ed dengan kecewa lalu memuncungkan bibirnya.

Hyemi segera mendapatkan anaknya itu lalu memeluknya.

“Honey, please don’t be sad okay.” Pujuk Hyemi kepada anaknya. Tae kalau aku dapat kau sekarang mati kau aku kerjakan! Geram hati Hyemi saat itu membayangkan wajah Taehyun yang sedang ketawa bahagia dengan plannya.

“Mama, I like Xiumin Hyung so much. Don’t you like him too Mama. Hyung is very nice to me. Why you don’t want to marry him Mama?” Soal Edward yang masih ingin tahu.

Hyemi melihat wajah Edward yang bersungguh-sungguh itu.

“Ed, do you realy want me to marry you Xiumin Hyung?”

Edward angguk kepalanya.

“Why?”

“As I told you, Hyung is a nice person. He like to play with me. Hyung hansome and very strong. If Mama marry with Hyung, Mama will be happy. Edward want mama to be happy.”

“What about Ed? Will Ed be happy?”

“As long as Mama happy, Ed will be happy too. I love you mama!”

Hyemi yang terharu dengan kata-kata Edward itu pantas memeluk erat anaknya itu. Ed, you have grown up now. Mama tak sangka Ed akan berfikir seperti ini. Bisik hati Hyemi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Ed, ingat tak mama pernah bagi tahu Ed yang Mama jumpa kakak Mama masa kat Korea hari tu?”

“Ingat. Kenapa mama?”

“Dia…. dia nak jumpa Ed. Ed nak jumpa dia tak?”

“Hm….. dia baik tak dengan Mama?”

“Kenapa pulak Ed tanya macam tu?’

“Yelah, sepanjang kita tinggal kat sini, Ed tak ingat pun ada saudara Mama yang datang jenguk kita selain dari Aunt Lucy dan Aunt Rinita. Jadi Ed pelik lah. Diaorang tak suka Mama ke? Kalau diaorang tak suka Mama, Ed lagi tak suka diaorang.”

“Ed tak elok cakap macam tu. Dia tu baiklah. Kakak Mama tu sakit. Dia nak buat operation kat sini. So nanti sepanjang dia ada kat sini dia akan tinggal dengan kita. So Ed tak kisahkan?”

“Dia nak tinggal dengan kita Mama?”

Hyemi angguk.

“Hm… asalkan dia baik, Ed okay je.” Ujar lalu melentokkan kepalanya ke dada Hyemi.

Hyemi tersenyum bahagia melihat anak lelakinya yang seorang itu. Namun dia masih teragak-agak dengan keputusannya untuk mempertemukan anak beranak itu. Namun Hyemi sedar, walau apa sekali pun yang berlaku, Edward tetap anak kandung Hana, dan dia tidak berhak untuk menafikan pekara tersebut. Kalau dahulu dia terpaksa memisahkan mereka atas sebab mahu melindungi Edward, namun kini segalanya sudah berakhir dan tiada sebab lagi untuk Hyemi berbuat demikian. Cuma waktunya belum tepat untuk Edward mengetahui pekara sebenar. Mungkin bila Ed sudah dewasa dan lebih matang, Hyemi akan ceritakan kebenarannya kepada anak itu.

 

 

 

To be continued……

 

 

 

 

Hi! Akhirnya siap another chapter. Chapter yang seterusnya akan Ara keluarkan lagi beberapa hari. I hope you all tak kisah denga babak kiss tu. Kalau ada salah spelling ke, apa ke, sila maafkan le ye…. Please leave your comment okay. Janganlah senyap je… Your comment mean a lot to me so I can improve my story.Love you all and Tq so much for all your support!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!