Chapter 14

Dear My Tinkerbell

Rumah Agam tersebut kelihatan indah dari pintu gerbang rumah tersebut. Sebuah kereta mewah meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu dan berhenti di hadapan pintu masuk rumah Agam tersebut. Seorang lelaki muda berpakaian kemas keluar dari kereta tersebut lalu masuk ke dalam rumah itu.

Suasana dalam kediaman mewah tersebut tidak seperti luarannya. Semua pembantu rumah melakukan tugasan mereka dengan serius dan langsung tidak menghiraukan lelaki yang baru sahaja tiba itu.

“Selamat petang Puan Jang.!” Ucap lelaki itu kepada seorang wanita separuh usia yang sedang duduk dihadapan balkoni rumah tersebut.

“Kamu baru sampai ke Hyuk?” Soal Puan Jang yang leka melihat pokok bunga Rosnya.

“Ye puan. Maaf kerana lambat. Ini fail yang puan minta hari tu.” Ujar Hyuk lalu menyerahkan sampul surat tebal yang berukuran A4 kepada majikannya itu.

Puan Jang mengambil sampul surat tersebut dan melihat isi kandungannya. Dia mengeluh berat.

“Ini sahaja ke yang mereka ada?” Soalnya kembali.

“Maaf Puan. Pihak kami dah buat yang terbaik untuk menjejaki mereka. Namun sepertinya sukar untuk kami ketahui keberadaan sebenar mereka. Sila bagi masa untuk kami teliti dengan lebih lanjut. Lagi pun bukan senang untuk kami kumpul maklumat ini Puan.” Ujar Hyuk denga panjang lebar.

“Dah hampir 7 tahun berlalu. Semuanya salah saya. “ Ujar Puan Jang dengan penuh kesal. “Kalau dulu saya tak terlalu taksub dengan ketamakan harta dunia semua ini pasti tidak akan berlaku…” Dia melihat kakinya yang lumpuh itu lalu mengeluh berat. “ Tuhan itu maha adil…Lihatlah balasan yang saya terima sekarang…”

“Puan, tolong jangan cakap macam tu. Kita masih ada masa. Jadi saya mohon supaya Puan jangan putus asa dahulu.” Pujuk Hyuk.

“Saya harap sangat supaya saya sempat jumpa dengan mereka sebelum semuanya berakhir…”

“Saya akan pastikan itu berlaku Puan.” Janji Hyuk. “Macam mana dengan anak puan?”

“Dia masih menginap di hospital. Kata doctor penyakitnya semakin parah. Kami masih mencari penderma yang sesuai untuknya. Menantu saya masih berusaha mencari penderma yang sesuai untuk anak saya.”

“Sabarlah, ye puan. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki Cik Yoon.”

"Saya tak yakin yang dia akan pulang Hyuk, selepas apa yang telah kami sekeluarga buat terhadap dia dulu. Inikan lagi nak maafkan kesalahan kami."

"Puan, selagi kita belum cuba kita tak akan tahu hasilnya."

Puan Jang hanya mampu mengeluh berat apabila mengenang nasib malang yang menimpa keluarganya sekarang.

 

***********************************************

 

“Welcome Everyone! Ho! Ho! Ho!” Ucap Lelaki berpakaian Santa yang menyambut orang ramai yang hadir di pusat beli belah tersebut.

Hari itu Lucy dan Edward keluar untuk membeli barang-barang untuk hari Natal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Hyemi tidak dapat menyertai mereka di sebabkan ada terpaksa menguruskan kedainya. Emma telah mulai cuti untuk pulang ke kampungnya di Texas.  Kedai pertama yang mereka kunjungi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pusat beli belah tersebut ialah gedung permainan kegemaran Edward. Namun Edward hanya telah berjanji dengan Hyemi bahawa dia hanya dibenarkan memilih tiga barang sahaja. Sebagai anak yang baik Edward menurut sahaja kata Mamanya itu. Hyemi tidaklah terlalu mengongkong kebebasan Edward cuma dia tidak mahu pembaziran. Ini kerana setiap tahun bilik Edward pasti akan di banjiri dengan permainan yang dihadiahkan oleh kawan-kawan yang datang mengunjungi rumahnya. Hadiah Edward dua tahun lepas juga masih ada yang tidak disentuhnya. Jadi setiap tahun Edward akan memilih tiga barang sahaja mengikut keperluannya.

Setelah selesai berbelanja barang Edward, Lucy membawa Edward makan tengah hari di restoran sahabatnya. Restoran itu juga merupakan restoran sama Edward makan tempoh hari bersama Daddy dan EXO hyungnya.

“Lucy!”Panggil seseorang sebaik sahaja mereka tiba di pintu hadapan restoran tersebut.

“Hello Rinita.” Jawab Lucy dengan senyuman manisnya.

Dua wanita itu berpelukan.

“Bila sampai?” Soal Rinita kepada Lucy. “Hai Ed, wow makin kacaklah kamu ni.” Tambahnya lalu mencuit pipi Edward.

“Hello Aunt Rinita.”Edward yang malu itu segera tunduk. Pipinya kemerahan.

“Aw..so cute. Mama kamu tak ikut sekali ke?”

“Mama sibuk harini. So dia tak sempat nak ikut.”

“Mama kamu tu sibuk je memanjang. Lebih-libih lagi mesim perayaan ni. Pelanggan kedai dia tak putus-putus.”

Edward tersyume bangga mendengar Mamanya di puji oleh Rinita.

“Both of us are very tired and hungry after finish our Christmas shopping. So please make us something very delicious okay.” Pinta Lucy.

“Don’t worry my dear, you can eat everything you want. My treat!” Ujar Rinita dengan gembira.

“Ow realy?” Lucy melihat Edward yang sangat excited itu. “ Well give us the best menu in your restaurant.”

“No problem Madam!”

Mereka ketawa. Rinita membawa Lucy ke meja makan VVIPnya.

 

************************

Hyemi sedang sibuk memeriksa semua resit kedai sambil menikmati tehnya. Bulan itu penjualannya meningkat serta merta. Hyemi sangat gembira dengan pencapaian tersebut. Kedai tersebut adalah hasil titik peluhnya selama lima tahun. Pelbagai cabaran dia lalui demi mencapai impiannya sekarang ini.

Pekara gembira itu sedikit sebanyak dapat membuat dia lupa dengan masalahnya dengan Xiumin.

Tiba-tiba telephonenya berdering.

“Hello?….What?! I’m on my way now.” Hyemi tiba-tiba panik lalu berlari mendapatkan kunci keretanya.

Sepuluh minit kemudian dia tiba di hadapan bilik hospital. Dengan pantas Hyemi melangkah masuk ke bilik tersebut.

“Hai!” Harry tersenyum sambil melambai ke arahnya.

“What happen? Are you alright?’ Soal Hyemi bertubi-tubi kepada lelaki tersebut.

‘Hei,hei relax okay. I’m fine.”

Hyemi mengambil nafas lega lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Harry.

“What happen?” Soal Hyemi kembali. Kini dia lebih tenang.

“Kemalangan kat tempat shooting tadi. Besi palang tu tiba-tiba jatuh. Jadi set rosak teruk. That big board nearly fall on me. Lucky someone save me. So here I am with my sprained wrist.”

“Thank god.” Hyemi menarik nafas leganya. “How long you will wear that thing?”

“Hm…probably in three week.” Harry melihat tangan kanannya yang berbalut itu.

“That mean you have to ask someone to replace you for awhile. Have you talk to James about it?”

“Yup. And I already have someone to replace me.”Ujar Harry lalu tersenyum melihat Hyemi.

“Realy? Who is it?”

Harry tidak menjawab dia hanya tersengih kepada Hyemi.

“Who?” Berkerut dahi Hyemi cuba untuk mengerti maksud senyuman Harry itu. “Wait. What? Are you kidding me?!” Hyemi bagai tidak percaya saat itu.

“Nope I’m not.” Harry menggelengkan kepalanya. “Hyemi, please. I cannot find the best person that can run the project other than you.”

“Harry you know that I’m running the shope alone right?”

“I know. That why I already talk to James. I will pay the same amount of your daily profit as you helping us to run the project. Please Hyemi. Help me this time…” Rayu Harry sambil menunjukan wajah comelnya ala-ala kucing Shrek.

“But…”

Bunyi tapak kasut memasuki bilik tersebut mematikan perbualan mereka. Hyemi pantas menoleh ke arah belakangnya. Bulat matanya apabila menyedari siapakah gerangan orang tersebut.

“Fayde!” Hyemi pantas memeluk wanita di hadapannya itu. “Bila kau balik?”

Fayde yang membalas pelukkan Hyemi itu ketawa melihatnya.

“Semalam. Aku penat sangat so tak sempat nak call kau.” Ujar Fayde lalu melepaskan pelukan. “Aku tadi ingat nak singgah kat kedai kau tapi lepas dapat call dari Harry aku tyerus datang sini.” Jelas Fyde. “ I buy you your favourite coffee Honey. Hope you like it.” Katanya lalu memberikan kopi tersebut kepada Harry.

“Your the best Fayde!” Harry pantas menghirup kopi kegemarannya itu. Dia tersenyum gembira apabila menikmati aroma kopi di tekaknya saat itu.

“Aigoo…tengoklah dia tu. He and his coffee.” Hyemi hanya menggelengkan kepalanya.

Harry tidak peduli dengan kata-kata Hyemi itu. Dia menjelirkan lidahnya kepada Hyemi.

Fayde hanya ketawa kecil melihat dua orang tersebut.

“Well just now you said set pengambaran tu rosak teruk. Selain you Harry, ramai lagi ke yang cedera?” Soal Fayede semula kepada Harry.

Harry meletakkan cawan kopinya di meja sebelah katilnya.“Semua mangsa yang tercedera adalah lima orang. Me, our three stunt man and one of our cast.”

Hyemi dan Fayde berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan berita tersebut.

“What?! Who is it?” Fayde mulai panik. “Is it my Suho Oppa?”

Harry melihat Fayde sambil mengangkat keningnya bagai tidak percaya apa yang di dengarnya. Sementara Hyemi masih kaku di situ. Dia mula merasa  tidak sedap hati.

“Cepatlah bagi tahu siapa..” Paksa Fayde.

“Sabarlah Mak Cik!” Marah Harry. “Yang cedera tu bukan Suho.”

Fayde mengeluh lega.’

“Tapi Xiumin.”

Hyemi merasakan dunianya berhenti berputar saat itu. Dia mulai panik namun dirinya cuba untuk mengawal reaksinya agar tidak disedari oleh mereka berdua.

“How is he now?” Soal Hyemi cuba yang berlagak tenang.

“You mean who?" Soal Harry tidak mengerti.

"That cast, how is he?"

Harry menggelengkan kepalanya"I’m not sure dear. He save me and the big white board end up fall on him. Both of us was unconscious when they sent us to the hospital. I plan to visit him after this.”

Cukuplah samapai di situ sahaja. Hyemi tidak dapat mengawal perasaannya lagi dia harus memeriksa sendiri keadaan Xiumin.

“Excuse me, but I need to go now.” Ujar Hyemi meminta dirinya. Dia pantas meninggalkan bilik tersebut tanpa mempedulikan Harry dan Fayde yang melihatnya dengan aneh.

“What was that?” Soal Harry.

“I don’t know. She look so panic.”

“She did.”

Harry dan Fayde berpandangan. Tiba-tiba Harry mengukirkan senyuman kepada Fayde yang mulai mendekatinya.

 

 

******************

 

Suho dan Chen menemani Xiumin yang masih terbaring lemah di atas katil sejak dia di bawa ke hospital tadi. Member yang lain masih dalam perjalanan ke hospital selepas menerima panggilan darinya tadi.

Pintu bilik itu di rempuh tiba-tiba. Kelihatan Member EXO yang lain tiba dengan wajah panik mereka.

“Hyung!!!!!!! Tolonglah sedar Hyung. Jangan tinggalkan kami…” Raung Sehun di sebelah katil Xiumin. Airmatanya mengalir deras di pipinya.

“Sehun ah…” Panggil Suho kepada Si Makne. “Jangan buat macam ni. Kesian Xiumin Hyung.” Dia cuba menarik Sehun dari terus meraung di sebelah Xiumin yang masih kaku di atas katil hospitalnya.

“Suho Hyung, tolong jangan halang Sehun.  Sehun tak nak berpisah dengan Xiumin Hyung.” Tambah Sehun dengan tersedu-sedu.

“Sehun, aku faham perasaan kau tapi….”

“Kai, kau tengoklah di hadapan kita ni. Hyung yang selama ini ceria serta selalu ada untuk kita sekarang sedang terbaring lemah tak sedarkan dirinya.. Hati aku ni hancur Kai..Hancur…” Sehun mengenggam erat tangan Xiumin sambil mengesat air matanya. “Hyung , kau harus kuat ye. Sehun dan yang lain akan sentiasa di sini menemani Hyung sampai Hyung sedar.” Ucapnya kedengaran bersungguh-sungguh membuatkan member yang lain terharu. Sehun mengesat air matanya.

‘Sehun..” Kai terkesima.

“Tak sangka Sehun ni sebenarnya serius  juga orangnya..” Kata Lay.

Sehun perasan ada peluh dingin yang terbit di dahi Minseok. Dia pantas mengeluarkan tisu dari dalam poket seluarnya. Tanpa Sehun sedar sekeping kertas tercicir  dari poket seluarnya itu. D.O yang perasan segera mengutip kertas tersebut lalu melihat isi kandunganya.

“Surat apa  ni Sehun?” Soal DO. “ ‘Brother… please wake up! I’m begging you….Please open your eye. Don’t die. Don’t leave us brother…’ Sehun dengan rasa hibanya merangkul tubuh abangnya sambil menangis teresak-esak. Eh,ni bukan ke…..” D.O membaca barisan ayat dari muka surat skrip tersebut. “ Yah! Ni bukan skrip babak kau ke? Kenapa ayat cam familiar?”

Saat itu Sehun mulai mati kutu. Tembelangnya Sehun akhirnya pecah. Tak guna macam mana boleh tercicir pulak! Getus hati kecilnya. Tak boleh jadi ni…

“Oh, so tadi tu kau praktis babak kau aje ke?” Soal Chen. “ Hampeh punya Makne. Mati-mati aku ingat kau serius.”

“Eh, mana ada Hyung aku betul betul sedihlah. Tengok ni, aku nangis tau sampai keluar air mata.” Nafi si Sehun dengan bersungguh-sungguh.

“Sudahlah. Kau dengan airmata buaya kau tu!” Kai menolak Sehun ke tepi.

“Wei, korang aku serius lah…” Marah Sehun.

SHUDDUP YOU!” Kata mereka serentak membuatkan Sehun mencebik bibir.

“Korang ni bising betullah!…Aku nak tidur dengan tenang pun tak boleh ke?”

Mata mereka serta merta menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

“Xiumin Hyung!” Kata mereka serentak.

Mereka semua pantas mengerumuni katil Xiumin dengan wajah bimbang.

“Hyung kau dah sedar dari koma!” Sehun masih mood Drama Kingnya..

“Ei.. bisinglah kau ni!” Kai menolak Sehun ke tepi. “Hyung, syukurlah kau dah sedar. Risau betul kita semua tadi.”

“Betul tu. Kami ingat Hyung koma tadi.”

Xiumin terharu apabila melihat wajah bimbang mereka.

“Chill okay. Aku tak apa-apa. Lepas buat MRI dan segala prosedur aku penat sangat. So doctor nasihatkan aku supaya berehat. Tadi tu aku tidur jelah.”Jelas Xiumin menenangkan mereka. “Nanti dulu, ini siapa yang memandai buat cerita aku koma ni?” Soalnya kepada mereka.

Semua mata kecuali Suho menoleh ke arah Kim Jongdae yang tersengih macam kerang busuk itu.

“Ni ha Si Bedebah Dinosaur ChenRex ni. Buat kami sakit jantung je.” Marah Chanyeol kepada Chen.

Chen masih tersengih kepada mereka. “Sorrylah Hyung. Aku bukan apa. Seronok dapat tengok muka panic korang.. HEHEHEHE sorry semua.” Katanya sambil mengangkat tangan. “Alah Sehun pun tahu kot. Dia yang menyumbangkan aku idea bernas ni.”

“Er..maaf kau siapa? Aku tak kenal.” Sehun selamba mengelakkan dirinya.

“Yah Oh Senget! Kau jangan nak selamatkan diri kau saja ye.” Chen pantas merangkul kuat leher Sehun.

“Adoi!  Adoi! Argh…! Sakit Hyung. Sorry, sorry. Yelah Sehun mengaku Sehunlah Mastermindnya.” Kata Sehun yang sedang bergelut dengan Hyungnya. “ Please don’t hurt my hansome face.” Rayunya lagi.

“Parah kes budak Yehet ni.” Lay geleng kepalanya.

“Siaplah korang lepas ni!” Kata mereka semua.

“Well doctor cakap apa Hyung?” Lay kebali kepada topik sebanar mereka.

“Doctor cakap tak de apa-apa. Cuma luka ringan je. Mungkin sebab terkejut kot itu aku yang pengsan tu.” Jelas Xiumin. “ Well cakap pasal tadi, Harry Hyung macam mana?” Soalnya semula.

“Dia okay. Cuma tangan dia terseliuh sikit je. Tadi Manager Hyung dah datang tengok dia. Dia dah sedarkan diri pun. Dia cakap nanti dia datang  jenguk kau.” Jawab Suho.

“Ye ke? Baguslah kalau macam tu.” Xiumin menarik nafas lega.

“Cakap pasal Harry Hyung, tadi aku jumpa wife dia. Korang tau tak wife dia cun gila. Patutlah Harry Hyung sayang gila kat wife dia tu.” Baekhyun yang tak ubah seperti mak joyah ketika itu.

“Betul ke?”

“Betul kata chen tu. Aku pun pernah jumpa sekali masa dia jamput Edward balik. Memang lawa.” Sokong Chanyeol.

Xiumin mendengar kata-kata mereka itu dengan tawar hati. Mesti Hyemi tengah risau pasal suami dia sekarang. Rasanya dia tahu tak aku pun cedera dan di rawat kat sini? Eh apa yang aku fikirkan ni. Xiumin tolonglah sedar. Kau tu bukan sapa-sapa dia. Tak mungkin dia risau pasal kau. Bisik hati Xuimin.

Suho di sebelah Xiumin menyedari Xiumin yang termenung tiba-tiba itu.

“Hyung, kau okay ke?” Soal Suho bimbang membuatkan lamunan Xiumin terhenti.

“Apa? Oh aku okay je.” Jawab Xiumin cuba untuk tersenyum.

 

 

 

****************************

 

 

 

Member EXO yang lain semuanya disuruh pulang oleh Suho. Dia tahu mereka bimbang dengan keadaan Xiumin namun kelihatannya Xiumin tidak boleh berehat dengan tenang sekiranya mereka ada di situ. Menurut doktor yang merawat Xiumin, dia perlu rehat yang yang cukup.

“Hyung aku laparlah. Aku keluar kejap tau. Nak beli barang makan. Nanti aku datang balik. Hyung nak pesan apa-apa tak?”

Xiumin berfikir sejenak. “Kau belilah apa yang kau rasa orang sakit macam aku ni boleh makan. Asalkan sedap.” Jawab Xiumin ringkas.

“Okay.”

Sebaik sahaja Suho keluar dari bilik tersebut. Xiumin mulai rasa bosan.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.

Itu pasti Suho. Dia tertinggal barang ke? Xiumin meneka sendiri. “Masuklah. Kau tertinggal barang ke Suho?” Soal Xiumin lalu menoleh. Matanya terpaku pada susuk tubuh seseorang yan berdiri di hadapannya saat itu.

“Minseok ah…” Air matanya tak dapat di tahan lagi. Dia segera berlari mendapatkan Xiumin lalu memeluka erat tubuh lelaki tersebut.

Xiumin yang tergamam dengan tindakkan Hyemi itu hanya kaku dan membiarkan Hyemi memeluknya dengan erat.

“Syukurlah kau selamat.” Lega hati Hyemi ketika itu. Dia segera melepadkan pelukkannya. “Kau okay tak? Sakit kat mana? Doctor cakap apa?” Soal Hyemi bertubi-tubi kepada Xiumin sambil memeriksa jika ada sebarang luka atau lebam pada Xiumin.

Xiumin yang baru sedar dengan situasi tersebut segera menghentikan Hyemi dari memeriksa dirinya.

“Kau buat apa kat sini?’ Soal Xiumin dingin.

“Minseok ah…” Hyemi terkejut dengan sikap dingin Xiumin itu. “Baiklah, aku menyesal sebab tak pernah nak datang jumpa kau walaupun aku tahu kau dekat dengan aku. Tapi aku ada sebab buat semua tu. Hari tu aku terkejut bila kau tiba-tiba muncul depan aku. Aku tak bersedia lagi nak jumpa kau.”

Xiumin hanya dia membatu di situ.

“Aku panic betul tadi lepas Harry bagi tahu aku yang kau cedera lepas tolong dia.” Ujar Hyemi lalu melihat Xiumin dengan bimbang. “Tapi lega aku tengok kau tak apa-apa.” Kini dia memberikan Xiumin senyuman leganya. “ By the way aku nak ucap terima kasih kat kau sebab selamatkan Harry. Kalau tak ada kau masa tu tak tahulah apa yang jadi pada kami sekarang.”

Xiumin masih senyap dan tidak membari sebarang respond kepada Hyemi. Dia memalingkan wajahnya mengadap jendela biliknya.

Berkerut dahi Hyemi melihat Xiumin yang lansung tidak mengendahkannya saat itu.

“Minseok, kenapa kau diam je?” Soal Hyemi hairan. “Kau penat ke? Baiklah kalau macam tu kau rehatlah. Nanti aku datang jumpa kau lagi okay.” Tangan Xiumin digenggamnya erat. “Kau ada apa-apa terasa nak makan tak? Nanti kau boleh masakkan untuk kau.”

“Tak perlu.” Xiumin menarik tangannya dari genggaman Hyemi. Dia melihat Hyemi dengan pandangan dinginnya.

Hyemi tergamam dengan tindakkan Xiumin itu.

“Aku ada Manager Hyung untuk jaga aku. Kau tak perlulah nak tunjuk yang kau perihatin pasal aku dan aku…” Xiumin teragak-agak untuk teruskan ayatnya. Namun dia kuatkan hatinya. “Aku tak suka kau ada kat sini.”

“Minseok…” Hyemi benar-benar terkejut dengan kenyataan Xiumin itu.

“Maaf nama aku Xiumin, bukan Minseok.” Xiumin masih dingin. “Sila tinggalkan bilik ni, aku nak berehat.”

“Minseok, please don’t do this..” Airmata Hyemi mulai bertakung di kelopak matanya.

“Bukan ke kau ada suami yang sedang sakit. Suami kau lebih memerlukan kau sekarang. Dia tu sayang gila kat kau. Isteri jenis apa kau ni?” Marah Xiumin kepada Hyemi.

“Harry..dia..”

“Aku kata keluar!” Tengking Xiumin membuatkan Hyemi terkejut.  Dia sebenarnya tak berniat nak buat macam tu tapi dia terpaksa.

Airmata Hyemi mulai mengalir di pipinya. Hatinya betul-betul terluka dengan perlakuan Xiumin itu.

“Kau cakap kau rindu kat aku dan kau akan selalu tunggu aku.” Suara Hyemi kedengaran sangat sayu. “Aku faham yang kau masih marah sebab aku lari dari kau macam tu je. Tapi sekarang bila aku dah ada depan mata, kau tak endahkan kehadiran aku. What actualy you want from me Minseok ah?”Tambahnya. “I risk everything to come here just to see you. Why did you do this to me Minseok? Why? Please answer me.”” Hyemi mulai tersedu-sedu saat itu. “You refuse to listen my explanation and you make your own decision. You never change Minseok. You and your stupid brain!” Hyemi mulai hlang kesabarannya. “You know what? You‘re right, Harry love me more than you. Dia selalu ada dengan aku setiap kali aku perlukan seseorang. Bodoh betul aku sebab risau pasal kau. I hate you Kim Minseok!” Ujar Hyemi lalu pergi dari situ.

Minseok mulai berasa kesal dengan tindakkannya tadi. Namun dia tahu itu yang terbaik untuk mereka. Dia tidak mahu menjadi perosak rumahtangga orang.

“I’m sorry Hyemi ah..” Minseok mengesat air mata yang ditahannya dari tadi.

 

 

 

 

Hyemi berlari dengan sekuat hati. Jiwanya sangat terluka.  Dia benar-benar berasa sangat bodoh saat itu. Airmata masih mengalir deras di pipinya tanpa henti. Hyemi lansung tidak mempedulikan orang ramai yang melihatnya.  Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Hyemi hampir sahaja terjatuh namun nasib baik orang tersebut sempat menangkap tubuhnya dari menerpa lantai.

“Are you alright?” Soal lelaki tersebut kepadanya.

Hyemi pantas menoleh kepada pemilik suara itu. Mata mereka bertentang. Lelaki itu merenungnya tanpa berkedip.

“I’m fine. Thank you.” Ucap Hyemi. “Will you excuse me..”

Lelaki tersebut menyedari maksud Hyemi itu lalu segera membantu Hyemi untuk berdiri. Dia perasan dengan mata Hyemi yang berkaca itu.

“I’m sorry Miss, are you sure that you’re okay?” Soalnya semula dengan dengan lebih perihatin.

“Yes, I’m fine. Thank you for helping me.” Hyemi cuba memberikan senyuman manisnya lalu tunduk hormat kepada lelaki itu sebelum beredar dari situ.

Lelaki tersebut hanya memerhatikan Hyemi yang semakin jauh meninggalkannya. Dia bagai tidak percaya apa yang dilihatnya saat itu.

“Hoi! Kau buat apa kat sini? Puas aku cari kau tau tak?” Sapa seseorang kepada lelaki tersebut.

Masih tidak ada respond.

“Oh Sehun! Kau dengar tak aku panggil kau ni?” Soal kawannya semula.

“Kim Kamjong….”

“Yah!” Marah Kai.

Sehun pantas menoleh ke arah Kai dengan gembira. “Aku tak mimpikan?”

“Apa yang kau merapu ni setan? Jangan nak mengelak lepas kau panggil aku Kamjong okay.” Soal Kai geram.

“Kau nampak tak gadis tu.” Tujuknya kepada Hyemi yang sedang berjalan menuju ke pintu lift

Kai pantas menoleh kea rah orang yang di maksudkan Sehun itu.

“Mana? Yang itu ke?”

“Haah. Kau pun nampakkan?”

“Ye lah aku nampak. Itukan orang. Bukannya hantu.” Jawab Kai selamba. “Dah tu kau ni kenapa?”

“Kai… Dialah orangnya.” Ujar Sehun bertambah excited.

“Siapa?”

“That girl! Dialah Fairy yang aku jumpa hari tu! Tak sangka kami akan jumpa lagi.” Kata Sehun dengan gembira.

“Realy? Yang kau cakap dengan aku haritu ke?” Kini Kai turut sama teruja seperti Si Makne.

“Yup. Kau ingat kan?”

“Wow untunglah kau!’ Kai menepuk bahu Sehun.

Mereka ketawa bersama.

“So siapa nama dia?” Soal Kai semula membuat Sehun tersedar dengan kenyataan itu.

“Alamak!”

Sehun melIhat kelibat Hyemi yang sudah lama hilang itu.

“Adoi…” Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Kenapa wei?” Kai kembali melihat Sehun dengan aneh.

“Aku lupa nak tanya nama dia.” Sehun kini mengeluh kecewa.

“Hampeh betullah kau ni.” Ujar Kai sambil menggelengkan kepalanya. “Chat dengan awek aku lagi best dari layan kau ni..” Kai meninggalkan Sehun sendirian di situ.”Dah jom balik!”

Sehun menggaru kepala sambil mencebik bibirnya yang seksi itu.

“My Fairy, Kita akan jumpa lagikan?” Soalnya dengan sangat berharap waktu itu.

 

 

 

********************************

 

 

 

Disebabkan kemusnahan teruk berlaku pada set selepas incident tempo hari semua aktiviti pengambaran terpaksa di tangguhkan. Semperna sambutan hari Natal yang bakal tiba lagi tiga hari, pihak pengurusan membenarkan EXO supaya pulang ke Korea untuk menyambut perayaan Natal bersama keluarga mereka.  Sudah tiga hari Xiumin keluar dari hospital. Dia lebih suka menghabiskan waktunya di rumah daripada lepak di luar bersama member yang lain. Oleh sebab itu Suho mengarahkan dua maknenya untuk membawa Xiumin keluar membeli-belah hadiah untuk di bawa pulang ke Korea lusa. Xiumin mulanya malas dan menolak pelawaan mereka namun setelah di nasihatkan oleh  Chen akhirnya dia akur.

Sebaik sahaja mereka tiba di Mall sambil ditemani oleh Manager mereka , Dia orang Makne itu mula bershoping tak ingat dunia. Mereka tak ubah macam wanita-wanita yang gila bershoping di luar sana tu. Semua yang dilihat berkenan di hati pasti akan mereka beli. Sementara Xiumin pula hanya diam memerhatikan mereka berdua sambil menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja selesai bershoping sakan mereka bertiga singgah di sebuah restoran makanan segera untuk mengisi perut mereka yang lapar itu. Sehun tiba-tiba terasa seperti ingin minum Bubble Teanya. Xiumin yang bosan mendengar celoteh dua orang tersebut tentang barangan yang mereka beli tadi memnawarkan dirinya untuk membeli minuman kegemaran Maknenya itu.

“Hyung Sehun nak perisa coklat.” Pinta Sehun dengan reaksi wajah comelnya.

“Yelah, kau pulak Kai?”

“Hm… samalah.” Jawab Kai ringkas.

Xiumin bingkas bangun lalu meninggalkan mereka dan menuju ke gerai Bubble Tea yang terletak tidak jauh dari restoran yang mereka singgah.

“Welcome Sir.” Ucap pekerja gerai tersebut dengan senyuman manisnya. “ What flavour you want Sir?” Soalnya kepada Xiumin.

“Two Chocolate and one Coffee please.” Pesan Xiumin.

“Okay.” Pekerja gerai tersebut mengambil pesanan Xiumin itu dan mulai menyediakan Bubble Tea mereka. Sementara menunggu pesanannya siap Xiumin duduk di bangku yang disediakan sambil termenung melihat suasana mall yang dihias dengan hiasan hari Natal. Ramai para pengunjung yang datang bersama keluarga mereka untuk membeli-belah semperna sambutan hari natal yang akan berlansung lagi dua hari.

“Hyemi mesti tengah gembira buat persiapan untuk kaluarga dia sekarang..” Bisik hati Xiumin sambil tersenyum tawar. Sejak peristiwa di hospital kelmarin Hyemi lansung tidak mengunjunginya lagi. Walaupun Xiumin terkilan dengan tindakkannya namun dia tetap merasa itu adalah yang terbaik untuk mereka berdua. Hyemi sudah mendapat kebahagiaannya bersama Harry. Dia tak sepatutnya jadi batu penghalang dalam rumahtangga wanita yang dicintainya itu.

“Sir, sorry for taking your time. This is your order.” Suara pekerja gerai tersebut mematikan lamunan Xiumin.

Setelah membayar harga minuman tersebut Xiumin mula melangkah menuju ke restoran di mana Kai dan Sehun sedang menunggunya.

Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat seseorang yang sangat familiar. Kelihatan Harry sedang berjalan berdua-duaan dengan seseorang. Mereka kelihatan sangat mesra berpegangan tangan dan berkucupan di sepanjang koridor mall tersebut. Dijangka wanita tersebut adalah Hyemi namun sangkaan Xiumin meleset. Wanita itu bukan Hyemi. Siapa wanita itu? Soal Hati Xiumin. Hati Xiumin panas apabila mendapati kecurangan Harry itu. Dia dengan pantas cuba untuk menyapa mereka namun bunyi handphone Xiumin menghentikan langkahnya.

“Hello?” Jawab Xiumin.

“Hyung kau kat mana? Kitaorang dah nak gerak balik ni.” Kedengaran suara Sehun di balik speaker.

“Aku..Aku still kat dalam mall ni.” Ximin melihat semula ke arah Harry dan wanita itu tadi. Sayangnya kelibat mereka sudah tiada. Xiumin menyumpah dalam hatinya.

“Hyung? Hyung? Kau dengar tak?” Sehun mulai bimbang.

“Ye Aku dengar. Korang tunggu kat kereta je. Kejap lagi aku datang.” Ujar Xiumin lalu mematikan pangillan tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang hati Minseok tak pernah tenang. Sehinggalah mereka tiba di villa. Xiumin tidak berhenti berfikir tentang apa yang dilihatnya tadi. Dia benar-benar geram dengan Harry. Lelaki yang dia sangka dapat membahagiakan Hyemi itu ternyata curang terhadap isterinya. Harry berpura-pura memberitahu semua orang bertapa dia cintakan isterinya , namun kenyataannya dia tak ubah seperti serigala yang bertopengkan biri-biri. Xiumin cuba mengagak sama ada Hyemi tahu tentang kecurangan suaminya itu. Hatinya sayu apabila mengenangkan nasib Hyemi sekiranya dia mengetahui kecurangan suami tercintanya itu. Apa yang lebih teruk ialah Edward anak mereka. Xiumin tidak dapat membayangkan semuanya.

“Oh Tuhan, apa yang harus aku lakukan saat ini.” Xiumin benar-benar gelisah saat itu.

 

********************************************

Doorbell kediaman milik keluarga Kim dibunyikan seseorang pada pagi tersebut. Puan Kim yang sedang sibuk menghias halaman rumah bersama pembantu rumahnya berhenti melakukan tugasannya seketika.

“Min, cuba awak tengok siapa yang datang tu.” Arah Puan Kim.

“Baik, Puan.” Jawab Min mengikut arahan majikannya.

Tidak lama kemudian Min kembali bersama dua orang tetamu yang salah satu darinya cukup familiar pada Puan Kim.

“Puan mereka datang sebab nak jumpa Tuan Muda.”

“Anyeong haseyo ommonim. ” Ucap wanita muda itu lalu memberikan dia dan lelaki yang bersamanya segera memberikan tunduk hormat kepada Puan Kim.

Puan Kim yang terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu serta merta berubah dingin.

“Ada urusan apa kau datang kemari Hana?” Soal Puan Kim yang tidak senang. Namun hatinya serba salah apabila menyedari keadaan Hana yang kelihatan lemah tidak bermaya itu.

“Maafkan saya jika mengganggu keluarga Puan, tapi saya ada hal penting yang harus diselesaikan dengan Minseok.” Ujar Hana dengan suara lemahnya. Dia terbatuk-batuk disebabkan cuaca sejuk ketika itu membuatkan lelaki di sebelahnya itu mengusap perlahan-lahan belakangnya.

“Hana, awak okay ke?” Soal lelaki tersebut kepada Hana.

Hana hanya memberikan senyumannya yang tidak bermaya itu kepada lelaki tersebut.

“Mari masuk dalam dulu. Dekat luar ni sejuk. ” Puan Kim tidak sampai hati melihat keadaan Hana itu. Walaupun dia sebenarnya tidak senang dengan kehadiran Hana itu. “Min, sila sediakan teh hangat untuk tetamu kita.”\

“Baik Puan.”

Sebaik sahaja mereka semua duduk di ruang tamu rumah tersebut Min tiba bersama tiga cawan teh hangat. Dia menghidangkannya kepada majikan serta dua tetamu tersebut lalu beredar dari situ.

“Minumlah dulu air tu. Kamu pasti kesejukan tadi.” Pelawa Puan Kim kepada mereka sekadar berbudi bahasa.

“Terima kasih ommunim.” Ucap Hana lalu menghirup teh hangat tersebut, Badannya serta merta terasa segar seketika.

“Baiklah, sekarang bagitahu Mak Cik apa urusan kau dengan Minseok.” Puan Kim kembali tegas.

Hana dengan berat hati melihat lelaki disisinya itu. Lelaki itu menggengam erat tangannya untuk memberi semangat kepada Hana.

“Sebelum itu biar saya jelaskan. Tujuan saya kesini bukan sebab nak ganggu kehidupan Minseok. Saya dah tak ada hati dengan Minseok. Ini suami saya Jingguk. Saya datang kesini sebab nak minta maaf atas kesalahan yang telah kami lakukan kepada Minseok dahulu. Saya dah buat kesilapan besar dalam hidup saya.  Saya tak dapat nak maafkan diri sendiri sekiranya saya tak jelaskan semua dosa yang saya pikul tujuh tahun yang lalu.”

Puan Kim tidak mengerti maksud Hana itu. Apa maksud Hana dosa yang dia pikul tujuh tahun lalu?

“Jadi saya mohon ommunim, sila benarkan saya jumpa dengan Minseok. Sekali ini sahaja. Saya janji yang saya takkan ganggu hidup lagi dia lepas ni. Silalah tunaikan hajat terakhir saya ini.” Rayu Hana yang kedengaran sayu.

“Hajat terakhir? Maksud kau?” Berkerut dahi Puan Kim yang semakin keliru.

“Hana mengidap penyakit barah hati. Dia mungkin tak akan…hidup lama.” Jelas Jingguk walaupun dia juga berat hari untuk mengatakan sedemikian.

“Ini balasan di atas dosa yang saya lakukan dulu Ommunim. Tuhan itu memang adil. Lihatlah keadaan saya sekarang. saya mohon sangat-sangat, izinkan saya jumpa dengan Minseok sekali sahaja.”

Hati Puan Kim mulai simpati mendengar kata-kata Hana itu. Walaupun dia marah dengan Hana di atas perlakuannya terhadap Minseok dulu tapi melihat situasi sekarang membuatkan Puan Kim tidak tegar untuk tidak menghiraukan permintaan terakhir Hana itu.

“Baiklah, Mak Cik izinkan. Tapi itu terpulang kepada Minseok sama ada nak jumpa kamu atau tidak.”

Hana tersenyum lega mendengar kata-kata Puan Kim itu. Ada sinar harapan untuk dia mendapat kemaafan dari Minseok.

“Terima kasih ommonim. Saya sangat hargai jasa baik Ommonim.” Ujar Hana denga sangat gembira.

“Terima kasih sebab sudi tunaikan hajat isteri saya Puan Kim.” Ucap Jingguk pula.

“Itu pekara kecil sahaja. Tapi Minseok tak ada kat sini sekarang. Esok mungkin dia baru balik.Tapi tak apalah. Kamu tinggalkan nombor kamu. Nanti bila dia dah balik Mak cik akan bagi pada dia.”

Pasangan itu setuju lalu segera memberikan nombor mereka kepada Puan Kim sebelum meminta diri.

Sebaik sahaja pasangan itu beredar Puan Kim duduk termenung di ruang tamu tersebut lalu mengeluh berat.

“Minseok. Omma tak tahu nak buat apa lagi. Bilalah hidup kamu nak bahagia nak.” Ujar Puan Kim memicit kepalanya yang pusing saat itu.

 

 

***********************************

 

“Surprise!!!!”

Hyemi dikejutkan dengan kehadiran dua individu yang sudah lama dirinduinya. Dia tidak dapat mengawal perasaan terharunya apabila dirinya ditarik di dalam pelukkan erat mereka.

“Yah pabo! Berhentilah nangis tu..” Pujuk Haejun.

“Aigoo biar betul kau ni Hyemi kami. Sejak bila kau jadi crybaby ni?” Usik Taehyun pula dia juga tidak dapat menahan perasaan terharunya ketika itu. Airmata yang mula bertakung cuba ditahan olehnya.

Sebaik sahaja menerima berita dari Xiumin mereka pantas menempah tiket ke LA untuk bertemu sendiri dengan sahabat atau lebih kepada adik mereka yang sudah lama terpisah itu.

“Diamlah kau Tae, macam mana aku tak nangis. Korang tahu tak dah lama aku berharap untuk jumpa dengan korang balik. Selama ni dalam mimpi je aku dapat jumpa korang. Tapi harini tak sangka apa yang aku hajatkan selama ini jadi kenyataan.” Hyemi tersedu-sedu dalam tangisannya.

Haejun yang dari tadi cuba menahan airmata akhirnya tewas apabila mendengar kata-kata Hyemi yang menyentuh perasaan itu. Dia dengan pantas mengesat air matanya itu lalu tersenyum bahagia kepada Hyemi.“Kami pun rindu sangat kat kau Hyemi.”

“Okay. Dah, dah cukup-cukuplah tu babak jejak kasih kita.” Taehyun Hai Hyemi, kitaorang datang dari jauh ni. Penat tau. Tak kan kau nak biar kita terpacak kat depan kedai kau ni je?” Soal Taehyun sambil mencebik bibirnya seperti ke anak-anakkan.

Hyemi ketawa melihat kecomellan Taehyun itu lalu mengesat air matanya. “He. He.He. Sorry guys, aku happy sangat tadi sampai terlupa pulak. Jomlah pergi rumah aku. Nanti aku masakkan something untuk korang. Korang mesti laparkan?”

“Kau masak? Kau pasti kita tak akan dapat keracunan makanan kan?” Usik Taehyun sambil tersengih nakal.

“Kau tak nak sudah! Jom Haejun.” Hyemi menjelirkan lidahnya lalu menarik Haejun yang ketawa kecil melihat dua sahabatnya itu.

“Wei, tunggulah! Kau gurau je kot.” Taehyun mengejar mereka yang lari darinya.

 

 

Edward yang sedang menonton television segera berpaling ke pintu masuk rumah apabila terdengar loceng pintu tersebut dibunyikan.

“Siapa?” Soal Edward.

“Ed, Mama ni. Mama bawa barang banyak. Tolong buka pintu ni sayang.” Kedengaran suara Hyemi dari corong speaker pintunya.

“Kejap Mama!” Ed menekan butang open lalu berlari membuka pintu rumahnya.

“Hi!”

Edward terpaku saat dia melihat dua individu kacak memiliki wajah yang seiras sedang tersenyum melihatnya sambil melambai tangan mereka.

“You must be Edward right?” Soal Haejun kepada Edward yang masih terkebil-kebil melihatnya.

“Oh My, he’s so cute!” Taehyun pantas mendapatkan Edward lalu mencuit pipi anak kecil itu.

“Can the two of you not standing infront of the door?” Rungut Hyemi kepada mereka berdua.

Edward yang sedar akan kehadiran Mamanya di situ segera membantu Hyemi mengangkat barang yang banyak itu.

“Sorry, tak perasan kau dah ada kat belakang kita. Suara je dengar, orangnya tak nampak.” Taehyun tersengih kepada Hyemi yang menjelingnya.

Sebaik sahaja mereka masuk Hyemi pantas mengatur langkahnya ke dapur dan meletakkan semua barang yang mereka beli tadi di atas meja. Sementara itu, si kembar dan Edward duduk di ruang tahu. Hyemi yang selesai di dapur menyapa mereka.

“Mama, who are their? They look familiar.” Soal Edward manja kepada Hyemi.

Hyemi tersenyum melihat Edward yang bingung itu lalu duduk di sebelah anaknya itu.

“Remember that I always tell you about my two best friend?” Soal Hyemi kepada Edward.

“Yes, I also remember that you used to end up crying because you miss them so much.” Jawab Edward dengan suara comelnya.

“That right. Now here they are. We come all the way from Korea just to see me.”

Edward melihat dua lelaki yang tersenyum melihatnya itu.

“You never tell me that their twin Mama.” Edward kedengaran masih serius.

“Kenapa? Ed tak suka ke kalau kami ni kembar?” Soal Heajun yang kedengaran kecewa.

Edward pantas menggelengkan kepalanya. “Tak, bukan macam tu. Ed tak sangka dapat jumpa korang depan mata. You guys Cool!”Edward mengangkat ibu jarinya kepada mereka.

Mereka ketawa melihat reaksi Edward itu.

“Eh, eh. Maaf Ed lupa pulak.” Edward segera turun dari sofa dan berdiri di hadapan Si kembar. “Anyeonghaseyo, my name is Edward. Nice to meet you.” Ucap Edward lalu tunduk hormat kepada si kembar. Si Kembar tersenyum melihat Edward yang sangat berbudi bahasa itu.

“Aigoo, comelnya dia!” Teahyun mengusai rambut Edward membuatkan budak itu tersenyum malu kepadanya.

“Sopan betul anak kau ni Hyemi.” Puji Haejun.

“Well, tengoklah siapa Mama dia.” Hyemi bangga.

“Itu yang membuat aku pelik.” Usik Taehyun semula.

“Hoi!” Marah Hyemi

Mereka akhirnya ketawa geli hati.

 

**********************************

 

“So,korang masih tengah lepak kat rumah dia ke?” Soal Xiumin sewaktu dia sedang bersembang dengan seseorang di telefon.

Yelah, kita baru je habis makan tadi.” Jawab Haejun di hujung talian.”Sekarang ni Tae dengan Hyemi tengah lepak kat balkoni tu. Dua orang tu tak habis-habis berceloteh. Naik pening aku dibuatnya.”

“Dia mesti gembira sangat bila dapat jumpa korang kan?” Xiumin ketawa kecil mendengarnya.

Mestilah. Kau tahu tak teruk dia nangis tadi. Tapi sekarang dah okay. Kan baik kalau kau sendiri je yang turun sini. Boleh kita kumpul sekali.”

Xiumin mengeluh berat.

“Aku tak boleh. Kau tahukan sebabnya…”

Aku tak fahamlah korang berdua ni. Susah payah korang dapat jumpa balik. Tapi sekarang kau pula yang jauhkan diri kau dari dia. Perlu ke macam tu sekali?

“So how is she? Did she tell you about her problem?” Xiumin pantas mengalihkan topik mereka.

“Nope. Semuanya nampak normal je. Kenapa?”

“Er.. tak de apa-apalah.” Xiumin mengelak soalan Haejun itu. “Dahlah, enjoy your day. Jangan lupa aku okay.”

“Ye, aku tahu.Apa pun thank Minseok sebab bagi tahu kami pasal Hyemi.”

“Alah itu memang sepatutnya aku buat.”

“Thank you for return your Hyemi to us. Bye Minseok!”

Pangillan dimatikan. Xiumin kembali duduk termenung merenung ke luar jendelanya. Dia amat berharap sangat untuk dapat menyertai mereka saat itu. Namun sayangnya dia tahu itu mustahil. Dalam pada masa yanag sama Xiumin masih dalam dilema memikirkan soal scandal Harry. Dia teragak-gak sama ada dia  harus memberitahu Hyemi atau tidak tentang apa yang dilihatnya. Dia tak sanggup melihat Hyemi kecewa lagi.

 

 

 

To be continued….

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!