Chapter 10

Dear My Tinkerbell

Matahari pagi menerangi kawasan bilik tersebut. Minseok merasakan tubuhnya digoncang oleh seseorang. Dengan malas Minseok membuka matanya lalu menoleh. Bulat matanya apabila menyedari Puan Kim sedang merenungnya dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Minseok dengan pantas cuba bingkas dari katil namun di halang oleh Puan Kim.

 

“Perlahan-lahan Minseok, jangan sampai Hyemi terjaga.” Ujar Puan Kim.

Minseok yang bingung hanya mengangguk kepala lalu mengikut kata Ommanya itu.

 

Mereka duduk di ruang santai di hadapan bilik Minseok. Minseok bersungguh-sungguh menjelaskan apa yang berlaku semalam kepada Ommanya.

“Kitaorang tak buat apa-apa pun. Minseok cuma temankan Hyemi tidur je Omma. Semalam Hyemi meracau-racau dalam tidur dia. Minsok tak sampai hati nak tinggalkan Hyemi.” Jelas Minseok.

Puan Kim masih merenung Minseok dengan pandangan yang curiga membuatkan Minseok jadi serba salah saat itu. Melihat wajah panik Minseok itu membuatkan Puan Kim ketawa geli hati.

Minseok terkebil-kebil melihat Ommanya.

“Ye, Omma percaya korang. Omma saja je nak usik kamu.” Ujar Puan Kim yang masih.

“Omma!” Minseok geram.

“Hahaha! Kamu patut tengok muka kamu tadi.” Puan Kim mencubit pipi anaknya itu. “Omma percaya korang berdua ni tak akan kecewakan Omma. Omma ni muda sangat okay nak jadi nenek.”

“Ye Omma.” Minseok memeluk Ommanya itu.

“Minseok.” Panggil Puan Kim.

“Hm?”Minseok melihat Ommanya.

“Hyemi. Kamu janji dengan Omma, tolong jangan buat dia sedih. Dia dah banyak terluka” Nada Puan Kim bertukar sayu.

Minseok agak bingung apabila Ommanya berkata demikian. Namun dia tidak mahu birfikir banyak.

“Itu sudah tentu Omma. I promise.”

“Baiklah, Omma nak buat sarapan dulu.” Ujar Puan Kim lalu bingkas bangun. Nanti kalau dah siap Omma suruh Butlrt Jin untuk panggil kamu berdua. Hyemi masih masih demam ke?” Soal Puan Kim bimbang.

“Belum check lagi pagi ni.”

“Nanti kamu check temperature dia. Kalau still demam Omma call Doktor Lee.”

“Ye Omma.”

 

Minseok kembali ke biliknya. Kelihatan Hyemi masih lena tidur di katilnya. Wajah Hyemi ditenung oleh Minseok dengan teliti. Cahaya mentari pagi membuat wajah Hyemi berseri. Minseok tersenyum sendiri.

“Cantiklah kau ni Hyemi.” Ujar Minseok sambil membelai rambut Hyemi.

Malam tadi Minseok terjaga apabila Hyemi di serang demam serta mengingau teruk. Hyemi menangis sambil memanggil nama ibunya. Minseok berjaga sepanjang malam disebabkan bimbang dengan keadaan Hyemi.

Minseok mengeliat. Tubuhnya terasa kebas sana sini akibat kurang tidur. MInseok meletakkan tapak tangannya pada dahi Hyemi untuk memeriksa sama ada masih hangat atau tidak. Ternyata sudah kurang sedikit hangatnya. Minseok lega.

Hyemi terjaga dari tidurnya apabila merasakan ada sentuhan pada dahinya. Apabila dia membuka matanya, kelihatan Minseok sedang melihatnya sambil tersenyum.

“Good morning my dear Tinkerbell!” Ucap Minseok ceria.

Hyemi hanya memberikan senyuman tawar. Dah lama dia tak mendengar Minseok memanggilnya dengan nama timangan itu. Badannya masih terasa lemah.

“Aku tidur sini ke malam tadi? Maaf sebab susahkan kau.” Ujar Hyemi serba salah.

“Yah, kau merepek apa ni? Kau tahu tak kau demam panas semalam. Kau ingat aku nak tinggalkan kau seorang diri kat rumah sewa kau tu? Risau aku tau tak.” Rungut Minseok.

Hyemi tersenyum mendengar kata kata Minseok itu.

“Gomawo, Chinggu ya.” Ucap Hyemi.

“Alah benda simple je pun. Kau rehatlah. Omma kat bawah. Dia tengah buat sarapan untuk kita. Nanti bila dah siap dia panggil turun makan. Kalau kau tak larat, aku suruh Butler Jin hantar sarapan kat bilik je.”

“Tak perlu aku larat nak jalan.” Ujar Hyemi. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa.

“Ye aku tau kau kuat.” Ujar Minseok sinis. Hyemi ni memang ego orangnya. “Nasib baik harini cuti, Kau stay je kat sini ea, kau kan demam lagi, Biar aku jaga kau hm?” Ujar Minseok lagi sambil melihat Hyemi dengan expressi wajah cutenya.

“Tak payah sangat okay. Aku demam sikit je. Tak tah teruk sangat aku boleh jaga diri sendiri.” Ujar Hyemi yang masih berdegil.

“Kau ni degil ae cakap orang. Aku tak peduli, harini kau stay kat sini. Nanti bila petang sikit aku hantar kau balik. tu pun kalau aku ada mood nak hantar kau balik.” Ujar Minseok sambil menjelir lidahnya.” Muktamad. Aku nak mandi dulu. Nanti aku datang balik.”

Hyemi seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar. Minseok lansung tidak memberi peluang untuk dia bersuara.

“Yah, Kim Minseok!Suka hati kau je kan?” Hyemi mengeluh.

Sementara Minseok di bilik air tersengih sendirian kerana berjaya menyakat Hyemi pagi itu.

 

*************************************************************************************

 

Petang itu selepas tamat sekolah empat sahabat itu mengambil keputusan untuk keluar menonton wayang. Minseok sudah siap dengan penampilan segaknya. Dia sampai dulu. Rama wanita yang lalu lalang di situ mencuri curi pandang ke arah Minseok. Namun Minseok hanya focus pada seseorang yang sedang berjalan pantas menghampirinya sambil tersenyum.

“Sorry lambat.” Ujar Hyemi sambil tercungap-cungap. “Mana Si Kembar?” Soalnya pula sambil melihat sekeliling mereka.

“Belum sampai lagi.” Jawab Minseok sambil mengangkat bahunya. “Hei, cuba tengok muka kau ni. Kau lari ae tadi?” Soal Minseok sambil mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap wajah Hyemi yang berpeluh itu.

Mata gadis-gadis di situ dengan automatik merenung Hyemi dengan pandangan ingin membunuhnya. Hyemi menyedari situasi tersebut lalu membalas pandangan mereka dengan reaksi ‘Kau pehal? Nak mati ke?’ kepada mereka. Gadis-gadis tersebut segera tunduk. Hyemi bukan lawan mereka.

“Rasa diorang lambat sikit kot. Kita beli popcorn dulu ae?” Ujar Hyemi sambil melihat jam di tangannya.

“Aku pun rasa macam tu. Jom lah.”

Mereka segera berbaris untuk membeli popcorn mereka. Tiba-tiba handphone Minseok berbunyi. Isyarat ada mesej masuk.

Minseok membuka mesej tersebut.

 

From Twins:

         Kitaorang dah arranged semuanya untuk kau. Please take care of our Hyemi. Enjoy your date!

 

Bulat mata Minseok membaca mesej tersebut. Namun dia terharu dengan usaha si kembar itu. Minseok tersenyum sendirian.

“Kau pehal tersengih sorang-sorang? Takut pulak aku. Tahulah nak tengok cerita hantu. Takkan awal awal kau dah kena rasuk kot.” Ujar Hyemi yang kebingungan.

“Hehehe. Tak ada apa-apalah. Cuma Si Kembar mesej. Mintak maaf tak dapat datang. Diorang ada hal.” Ujar Minseok masih lagi tersenyum.

“Mak ai, haritu janji beriya-iya.” Hyemi geleng kepala.

“Tak pelah, kita tengok duaorang je .” Ujar Minseok berlagak innocent.

“Nak buat macam mana. Lagipun elok jugak. Selamat telingaa aku dari dengar Si Taehyun jerit dah mengalahkan hantu dalam wayang tu.” Ujar Hyemi membuatkan mereka tergelak mengenang Taehyun yang pengecut itu.

 

 

 

 

Dalam panggung wayang…

 

Mereka tercengang apabila melihat seat mereka.

“Seriously couple seat? Dak mabuk ae diorang?” Soal Hyemi.

“Dah tu je seat yang valid kot mase tu. Jom duduk movie nak start dah.” Minseok still dengan muka innocent dia tu.

Sepanjang cerita tu mereka tak banyak bercakap. Minseok melihat Hyemi yang focus pada skrin wayang tersebut. Hyemi dan Minseok melihat sekeliling mereka dengan perasaan janggal kerena hanya mereka sahaja yang bukan couple di situ.

Hyemi tidak dapat focus pada movie tersebut dan terkejut apabila babak hantu tiba-tiba muncul di skrin membuatkan dia secara tidak sengaja memaut lengan Minseok. Menyedari situasi tersebut Hyemi segera melepaskan pautannya. Minseok cuba menyembunyikan senyumannya. Dia berharap selepas ini lebih banyak babak hantu seperti tadi muncul. Nakal jugak mamat ni. Namun sayangnya Hyemi kini lebih peka dan dia lansung tidak berkedip apabila babak yang sama muncul semula membuatkan Minseok agak kecewa.

 

Selepas menonton wayang mereka keluar bersiar-siar di taman tema. Kawasan taman tema tersebut penuh dengan orang awam pada waktu itu. Maklumlah hujung minggu. Makan malam mereka pula adalah di restoran Lucy. Lucy Unnie menyediakan menu makan malam special untuk mereka.

“Minseok ah,” Panggil Hyemi tiba-tiba.

“Hm?”

“Harini kita balik naik bus boleh tak? Dah lama tak naik buskan?”

Minseok tak kisah. Dia hanya menurut sahaja kata Hyemi.

Dalam perjalanan pulang Minseok dan Hyemi terlelap akibat kepenatan. Setibanya mereka di perhentian terakhir, driver bus tersebut mengejutkan mereka. Kelihatan Pemandu Han telah menunggu mereka.

“Pemandu Han dah tunggu tu.” Ujar Hyemi.

Minseok menggelengkan kepalanya. “Biar aku nak hantar kau sampai rumah ye.” Ujar Minseok.

“Tapi kesian En Han. Mesti lama dia tunggu kita.”

Minseok melihat Pemandunya.

“ Saya hantar Hyemi dulu. Kamu tunggu sini ye.” Arah Minseok kepada Pemandunya Han itu,

“Baik Tuan Muda.”

Minseok tanpa banyak kata menarik tangan Hyemi menuju jalan ke rumah sewanya yang tidak jauh dari situ..

Minseok berjalan dengan cepat, kaki Hyemi mulai berasa lenguh.

“Minseok ah, boleh perlahan sikit tak? Kaki aku …”

Minseok menyedari situasi tersebut pantas berhenti dan menoleh.

“Wae? Kaki kau sakit ke?” Soal Minseok dengan bimbang.”Maaf aku tak perasan.”

“Tak lah lenguh sikit je..” Ujar Hyemi sambil tersenyum seperti biasa.

Minseok masih tak yakin dengan jawapan Hyemi itu. Dia lansung membongkokkan dirinya di hadapan Hyemi.

“Yah Kim Minsoek, kau buat apa ni?” Soal Hyemi yang terkejut dengan tindakkan Minseok itu.

“Naiklah.”

“Tak naklah.” Hyemi segan.

“Wae, kenapa? Kau segan ke?”

Hyemi hanya diam.

“Cepatlah, belakang aku dah sakit ni tunggu kau. Bukan senang aku nak tawarkan belakang aku yang seksi ni kat orang.” Usik Minseok membuatkan Hyemi tergelak.

Hyemi melihat sekelilingnya. Orang awam yang lalu lalang di situ melihat Minseok dengan aneh. Demi menjaga air muka Minseok, Hyemi perlahan-lahan memaut leher Minseok dari belakang.

Minseok tersenyum gembira lalu mendukung Hyemi sepanjang perjalanan mereka di taman tersebut.

“ Aku berat tak?” Soal Hyemi bimbang.

“Bolehlah….Kau makan apa sampai berat cam ni?” Soal MInseok.

“What?!” Hyemi separuh menjerit. “Bwoh? Turunkan aku sekarang!” Ujar Hyemi yang bimbang pada Minseok.

“Hahaha! Aku gurau jelah. Kau tak berat pun.” Minseok ketawa selepas mengenakan Hyemi. “Hyemi ah.” Panggil Minseok tiba tiba.

“Hm?”

“Kau dengan Yeonseok tu ada apa-apa yang special ke?”

“Kenapa kau tanya?”

“Saja.”

Hyemi melihat Minseok dari belakang.

“Aku rasa dia suka kat kau. Sebab aku boleh lihat dari cara dia pandang dan ambil berat soal kau.”

“Aku tahu. Dia dah confess kat aku hari tu.”

Langkah Minseok terhenti. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Hyemi tadi. Adakah dia sudah terlambat?

“Kau jawab apa kat dia?” Soal Minseok dengan berhati-hati.

Hyemi hanya diam dan mengeluh.

“Kau… suka kat dia ke?” Soal Minseok lagi.

“Terus terang aku kata Yeonseok memang lelaki yang baik, dia selalu ambil berat tentang aku. Siapa pun dapat dia, pasti beruntung.”

“Macam tu ke?”

Hyemi angguk kepala.

“Tapi pada aku kitaorang kawan je.Aku tak rasa kami sesuai untuk ke tahap itu.”

Hati Minseok berasa lapang apabila mendengar jawapan Hyemi itu.

“Kau ada kat orang lain ke?” Soal Minseok semula.

“Entah, Kau un tahu, aku mana pakar dalam hal-hal semua ni ,aku tak berani nak confess kalau aku suka kat orang tu. Aku.. sebenarnya takut dia tak rasa benda yang sama macam aku rasa.” Ujar Hyemi ringkas.

“Kalau kau tak cuba, macam mana kau nak tahu. Who knows orang tu pun suka kat kau.”

“Maksud kau?”

“Hyemi ah, tak apa kalau orang tu tak terima cinta kau. At least kau dapat jawapan yang pasti, dari kau terus-terus simpan dalam hati kau.” Nasihat Minseok.

Hyemi tiba-tiba ketawa kecil.

“Oh ho.. our Minseok dah pandai nasihat orang ae sekarang.” Usik Hyemi. “Kau pulak, ada suka sesiapa ke?”

“Kalau aku kata ada macam mana?”

Tiba-tiba Hyemi senyap. Minseok menoleh sedikit ke belakang.

“Is it Hana?” Soal Hyemi.

“Hana tu dulu. Kau pun tahukan kami hanya pura-pura je.” Jawab Minseok.

“Kau… Dah ada orang baru ke kat hati kau?” ada getaran pada nada Hyemi saat itu.

“Rasanya macam tulah.” Ujar Minseok sambil melirik kepada Hyemi dan mengukir senyuman di bibirnya.

“Mesti dia special kan?” Hyemi kedengaran lemah sahaja. “Kau dah confess ke pada dia?”

“Belum.” Jawab Minseok pendek.

“Kenapa? Hai tak kan kau takut dia tak suka kat kau?” Usik Hyemi. “Aku… kenal ke dengan orang tu?”

“Sangat.”

“Hm?” Hyemi pelik.

Saat itu mereka sudah tiba di hadapan pintu rumah Hyemi.

“Siapa?”

Minseok perlahan-lahan menurunkan Hyemi dan menoleh mengadapnya.

“Hm?” Hyemi masih penasaran.

Minseok menarik nafas panjang dan melihat tepat ke wajah Hyemi.

“Orang tu adalah…”

Jantung Hyemi berdegup kencang.

Yoon Hyemi.”

Hyemi terpaku seperti patung. Matanya lansung tidak berkedip dengan pengakuan Minseok itu.

“Saranghe Hyemi ah” Ucap Minseok sekali lagi. Membuat Hyemi tersedar dari lamunannya.

Minseok Ah, that not funny okay..”

No, I’m not. Hyemi ah I know all this is too sudden. Im not forcing you to give me your answer now. I’ll give you time until the night of our graduation day. Meet me at our usual place. Promise me okay.”

“But what if..”

“Tak kisah apa pun jawapan kau, aku tetap akan terima.” Ujar Minseok bersungguh-sungguh. Just promise me that you will come okay?”

Hyemi hanya angguk kepalanya. Dia mungkin masih terkejut saat itu.

See you Hyemi!” Ujar Minseok sebelum meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

 Hyemi melambai Minseok dari jauh sambil tersenyum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malam Graduasi

 

 

Semua orang bersuka ria. Malam ini malam terakhir mereka sebagai pelajar di Sekolah Tinggi. Si Kembar tidak dapat hadir kerana ada urusan keluaega mendadak. Minseok masih mencari kelibat Hyemi di antara hadirin di pesta tersebut. Namun tidak kelihatan sama sekali. Waktu yang dijanjikan hampir tiba. Minseok mengambil keputusan untuk terus pergi ke tempat yang mereka janji untuk bertemu.

Hyemi masih belum tiba. Minseok melihat jamnya. Masih ada masa. Di tangan Minseok terdapat sekuntum bunga Calla Lily kegemaran Hyemi.

Setelah hampir dua jam lebih, Hyemi masih tidak muncul-muncul. Perasaan Minseok bercampur baur. Minseok segera menalifon Si Kembar untuk bertanyakan keberadaan Hyemi. Menurut mereka Hyemi tidak menghubungi mereka seharian itu. Minseok tanpa berfikir panjang segera bertolak ke rumah Hyemi. Setelah hampir sepuluh minit menunggu, tuan rumah Hyemi muncul.

 

“Kamu cari siapa?” Soal Pemilik rumah tersebut.

“Ahnyeonghaseyo, saya datang nak cari Hyemi.” Ujar Minseok.

Pemilik rumah tersebut melihat Minseok atas bawah.

“Hyemi? Dia dah pindah dua hari lepas. Dia tak bagi tahu kamu ke?”

Minseok merasakan dunianya berhenti berputar seketika. Minseok cuba mengawal perasaannya.

“Dia ada cakap dia pindah ke mana?” Soal Minseok cuba bertenang.

“Tak pulak. Dia pergi pun tergesa-gesa. Deposit rumah pun dia tak ambil.”

 

Minseok bagai orang yang sudah hilang kewarasan. Diam cuba menghubungi handphone Hyemi. Namun Handphone Hyemi dimatikan. Minseok mendapatkan bantuan dari Si Kembar. Mereka pantas menghubungi keluarga Hyemi di Malaysia. Menuruh ayah Hyemi, Hyemi sudah lama tidak menghubungi mereka.

 

“Hyemi ah.. Hyemi ah…This cannot be… you cannot do this to me…” Minseok hampir separuh gila dibuatnya. Si kembar cuba menenangkan Minseok.

 

Handphone Minseok berbunyi. Isyarat ada mesej yang masuk.

 

From Hyemi:

           Im sorry Minseok. Please don’t wait for me anymore…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

End Flashback

 

“Hyung sorry lama ke Hyung tunggu?” Soal Suho ynag tercungap-cungap membawa makana mereka.

Xiumin mengesat air matanya. Lalu tersenyum melihat Soho yang bingung melihatnya.

“Hyung kau okay ke?” Soal Suho bimbang.

“Hah? Aku okay je lah. Angin kuat sangat sampat berair mata ni.” Ujar Xiumin.

“Tak pelah kalau macam tu. Jom makan. Ajuma ni baik gila. Dia bagi kita extra makanan.” Suho sangat teruja saat itu.

“Hm.. sedapnya. Kau beli kat mana pau ni?”

“Tu ha, kat gerai sana tu. Nanti balik kita tapau sikit ye hyung.”

Xiumin mengangguk setuju.”Yah, jangan habiskan semuanya!”

 

 

 

 

 

 

 

Finaly update. Sorry kalau chapter ni pendek. Ara cuma ada 1 jam je nak update new chapter sebelum hantar laptop Ara ni pergi bengkel... apa pun enjoy.  Luv you all!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!