Chapter 4

Dear My Tinkerbell

“Aish kenapa boleh terlewat bangun harini!” Rungut Minseok lalu pantas berlari menuju ke bus stop berhampiran dengan rumahnya. Dia berlari sekuat tenaga kerana takut terlewat sampai ke perhentian bas.

Hari ini adalah hari yang malang bagi Minseok. Pertama, dia terlewat bangun pagi akibat terlalu kaletihan. Kedua, tayar keretanya pancit tiba-tiba dan yang ketiga, pekara yang amat dibenci oleh Minseok ialah terpaksa menaiki bas ke sekolah.Bukan sebab dia anak orang kaya manja yang  tidak suka menaiki transport awam, tetapi ada sebab lain yang menyebabkan dia berasa tidak aman menaiki bus ke sekolah.

Minseok lega bas masih belum bergerak dia dapat melihat orang ramai yang berpusu-pusu menaiki bus tersebut. Minseok masih jauh dari perhentian bas. Dia berlari dengan lebih pantas. Namun dengan saiz tubuh yang gempal itu menyukarkan dirinya untuk melangkah lebih pantas.

“Oh!” Minseok panic apabila melihat bas tersebut sudah mula bergerak meninggalkan perhentian. “Tunggu, Jangan pergi dulu! Encik Pemandu!!!” Jerit Minseok sekuat hati. Sayangnya pemandu bus tersebut tidak menyedari Minseok kerena muzik MP3 yang dimainkan oleh salah satu penumpangnya terlalu kuat. Minseok sedaya upaya berlari sambil memanggil permandu bas tersebut untuk berhenti.

Sementara di dalam bas si pemandu masih tidak menyedari kelibat Minseok yang sedang berlari dan melambai pada cermin tepi bas tersebut.Tumpuan pemandu bas tersebut hanya pada bunyi muzik yang kuat oleh sekumpulan pelajar yang berada di tempat duduk belakang basnya. Orang awam yang menaiki bas jelas terganggu dengan dengan bunyi bising tersebut.

“Boleh perlahan sikit tak volume MP3 awak tu. Tolong pakai earphone ya.” Ujar salah satu penumpang bas kepada pelajar tersebut tersebut.

“Bisinglah Ajuma!” Marah pelajar lelaki tersebut.Sambil menoleh ke arah belakang bas tersebut sambil tersengih melihat kemenangannya.

Minseok tergamam setelah menyedari kelibat Jingguk yang sedang melambai serta tersengih jahat kepadanya. Bas tersebut sudah semakin jauh dah mustahil untuk Minseok kejar. Dia akhirnya terduduk di bahu jalan sambil tercungap-cungap keletihan.Dia bingung bagaimana untuk ke sekolah sekarang. Kalau bukan kerana ada ujian bulanan sudah tentu dia tidak panik seperti ini. Untuk berjalan kaki ke sekolah, akan mengambil masa hampir setengah jam. Mustahil untuk dia tiba tepat sebelum pagar sekolah tutup. Mahu tidak mahu itu sahaja yang dia mampu fikirkan. Minseok pasrah lalu bingkas bangun dan mula berjalan kaki ke sekolah. Peluh membasahi belakang bajunya.Tubuhnya masih belum pulih lagi dari luka akibat dibelasah teruk semalam. Kakinya mula berasa sakit dan langkah kaki Minseok semakin lemah. Dia kuatkan dirinya untuk terus berjalan. Tiba-tiba kakinya tersadung batu menyebabkan dia tersungkur di atas jalan raya tersebut. Dalam pada masa yang sama sebuah motorsikal sedang memercut laju ke arah Minseok.

PIN!PIN!PIN!!!!!!

Bunyi hon motorsikal mengejutkan Minseok.Bulat matanya apabila menyedari situasi tersebut. Oh no!Minseok cuba untuk bangun namun kakinya tidak memberi respond yang sama. Dengan pasrah Minseok memejamkan matanya dan bersedia untuk menjadi tajuk utama surat khabar esok. Selamat tinggal Omma…Appa…..Semua….

Suasana sepi tiba-tiba.Hanya kedengaran bunyi burung bersiulan.Tiada rasa sakit serta bunyi dentuman

…………..

………….

………….

 

Semua para pelajar berlari untuk memasuki pekarangan sekolah sebelum loceng pagi dibunyikan dan pintu pagar sekolah ditutup. Jingguk dan gangnya tersenyum puas selepas berjaya mengenakan Minseok pada pagi tersebut. Memang dasar anak dajal, pagi-pagi lagi rutin hariannya mengainaya orang. Jingguk tak padan dengan jalan mengengkangnya akibat digigit anjing penjaga sekolah semalam. Masih lagi tidak serik.

“Bernas betul idea kau kan Sahee” Puji Jingguk sambil dibantu oleh dua orang gangnya untuk berjalan.

“Well kawan, apa guna pergi sekolah kalau otak tak bernas. Betul tak?” Ujar Sahee bangga.” Kau apa kurangnya, siap pancitkan tayar kereta dia pagi-pagi lagi.”

Mereka ketawa kuat mengenangkan kejayaan rancangan jahat mereka itu. Suasana tiba-tiba bertukar riuh-rendah apabila sebuah kereta Audi R8 biru memasuki perkarangan sekolah tersebut. Para pelajar perempuan menjerit bagai tak ubah seperti tersampuk histeria apabila dua individu keluar dari kereta mewah tersebut. Daehyun dengan tersengih kepada peminatnya. Manakala Haejun tetap dengan reaksi coolnya.

“TAEHYUN OPPA!!!!”

“HAEJUN OPPA!!!”

Jeritan para peminat mereka mampu memecahkan gegendang telinga orang yang lalu lalang di sekeliling kawasan tempat letak kereta tersebut. Seperti langau tak sampai seminit mereka sudah pun dikerumuni pelajar perempuan bertanyakan banyak soalan serta luahan hati mereka.

“Tenang wahai kekasih hatiku sekalian. Oppa tahu kamu semua terseksa kerana kita terpaksa berjauhan selama tiga bulan disebabkan rancangan pertukaran pelajar yang kejam tu.” Ujar Taehyun dengan penuh dramatic. Haejun yang berada di sebelahnya cuba menahan diri dari termuntah mendengar ayat buaya darat kembarnya itu.Namun sayangnya ayat tersebut disokong dengan teriakan peminat mereka. Ada yang sampai menangis terharu.

“Oh no! My baby is crying. Come, let this hansome oppa give you his warm hug!” Taehyun menarik pelajar perempuan tersebut ke dakapannya. “You must be missing me too much don’t you?”Ujar Taehyun memujuk gadis tersebut lalu menghadiahkan senyuman bangganya kepada Haejun.

“Hadoi ai, kenapalah aku kena hadap drama buaya darat sekor ni pepagi buta…” keluh Haejun berat lalu menggelengkan kepalanya.

“So, korang dah balik!” ujar seseorang menyebabkan semua para pelajar yang berkumpul tadi berganjak memberi ruang untuk si kembar melihat pemilik suara tersebut.

Jingguk yang berdiri tidak jauh dari situ dengan senyuman jahatnya itu. Wajah Taehyun yang ceria bertukar sirius. Begitu juga Haejun. Suasana tegang saat itu. Lebih kurang macam scene drama koboi kat tv tu. Namun sebaik sahaja Jingguk membuka langkah sambil dipapah oleh gengnya untuk menghampiri mereka. Si kembar ketawa terburai melihat gaya jalan mengengkang si ketua samseng tersebut yang tak ubah seperti orang yang baru lepas berkhatan.

“Hoi Jingguk! Kau baru lepas buat Circumcision ke? Ha!Ha!Ha!” Soal Taehyun ketawa geli hati. “Mak ko bagi pulak kau pergi sekolah masa dalam pantang?” Sambungnya lagi.

Semua para pelajar di situ turut ketawa mendengar lawak Taehyun itu.

“Diam!” Marah Jingguk. “Korang semua ingat kelakar?” Soal Jinnguk sinis pada mereka semua di situ lalu di sokong gangnya. Matanya merenung tajam ke pada semua para pelajar yang mengetawakannya tadi. Wajah mereka bertukar pucat akibat ketakutan.

“Korang ingat bila dua ekor badut sarkas ni dah balik, aku dah kalahlah?” soal Jingguk dengan wajah bengisnya. “Korang salah okay. Sampai bila-bila pun aku tetap berkuasa kat sini!” Tegas Jingguk kepada mereka semua.

“Kuasa? Kau ni Iron Man ke? Aku tak tahu plak sekolah kita ni ada club Avenger.” Sindir Taehyun. Membuatkan mereka semua kembali ketawa.

And for your information Mr. Jingguk, yang baru balik dari L.A tu kitaorang, tapi kenapa bahasa Korea kau pulak yang hancur ni? Badut tu “se”oranglah, bukan “se”ekor. Gelak budak tadika dengar kau cakap Jingguk.” Ujar Haejun.

Bertambah kuat ketawa mereka. Wajah Jingguk bertukar merah padam menahan malu.

Bunyi deruman enjin menarik perhatian mereka semua.

WTH?!" Sanhee tercengang melihat apa yang sedang berlaku di hadapannya sekarang. Dia dan Jingguk berbalas pandangan.

Bukan mereka berdua saja pelajar lain serta si kembar juga turut tercengang.

“Wow, this is crazy dude!” soal Taehyun kepada Haejun.

Sebuah motosikal Honda CBR putih meluncur laju masuk ke dalam kawasan sekolah lalu berhenti bersebelahan dengan kereta Audi R8 milik si kembar. Kebetulan Hana baru tiba dan turut tercengang. Penunggang motorsikal tersebut mematikan enjin motorsikal dan membuka helmetnya. Hyemi segera turun dari motornya lalu melihat wajah serta rambutnya melalui cermin sisi motornya itu. Sementara si pembonceng masih terkial- kial cuba membuka helmetnya. Hyemi menyedari akan pekara tersebut hanya mengeluh lalu menghampiri orang tersebut.

“Meh sini aku tolong.” Ujar Hyemi lalu membantu orang tersebut.

CLICK! Helmet tersebut berjaya dibuka dan terserlahlah wajah orang tersebut membuatkan semua pelajar tersebut lebih-lebih lagi Jingguk terlopong.

“Terima kasih, Hyemi-ssi” Ucap Minseok kepada Hyemi. Hyemi hanya mengangguk kepalanya. Minseok terlihat kelibat Jingguk and the gang segera tunduk.

Lucky we made it.” Ujar Hyemi sambil melihat jam di menara sekolah. Dia akhirnya menyedari situasi tersebut setelah melihat reaksi aneh si kembar yang masih tercengang di kereta mereka. “Apa pulaklah ni...Jom.” Pendek sahaja ayat Hyemi lalu menarik Minseok berjalan bersamanya.

“Whazzup!” Sapa Hyemi kepada dua sahabat baiknya itu. Mereka berlaga buku lima.

Care to explain Princess?” Soal Haejun sambil melihat Hyemi serta Minseok.

Explain...? Explain for??” Soal Hyemi kepada si kersambil mengangkatkan sebelah keningnya.

Taehyun pantas memeluk Hyemi dan membuatkan Hyemi tergamam.

“Hyemi-ah.... Sekarang barulah aku faham kenapa kau sanggup tolak cinta hampir semua pelajar lelaki yang kacak tapi tak sekacak aku kat sekolah ni. Salah satunya si Jendul Sahee tu.Er….nanti, Sanhee dikecualikan.” Jingguk merenung tajam Sahee yang panic ditenung saat itu. ”Rupa-rupanya Minseok ni pilihan hati kau. Tak sangka unik jugak taste kau. Tapi tak pelah apa pun welcome to the family Minseok. Please take good care of our ice princess okay!” ucap Taehyun lalu menyenyitkan matanya kepada Minseok yang masih terpinga-pinga.”Let’s celebrate shall we?”

...............

...............

?????

 

“Apa yang ko merepek ni setan........?” Soal Hyemi dengan geram pantas menolak Taehyun dari terus memeluknya. “Bila masa pulak aku kitaorang couple?”

“Eh, bukan ke? Hehehe, sorrylah kalau aku salah faham.” Taehyun tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. ”Abis tu kenapa korang boleh datang sekolah sama-sama?” Soal dia semula kepada mereka.

Hyemi menoleh ke arah Minseok yang turut kebingungan lalu mengeluh berat.

“Okay, that it!” Hyemi bertambah bengang. “Stop it will ya? Let me explain okay.Aku terserempak dengan dia ini tadi kat tepi jalan tadi masa nak pergi on the way nak ke sekolah. Nasib baik tak penyek aku langgar tadi.Mana taknya, pepagi buta lagi mamat ni pergi menyembah jalan. Lagipun tak salahkan kalau aku tumpangkan dia memandang aku pun nak menuju ke tempat yang sama” Jelas Hyemi.”Puas hati sekarang sahabatku sekalian? And jawab soalan aku .Salah ke?”

Heajun dan Taehyun berpandangan sesame sendiri bagai tidak percaya dengan apa yang mereka dengar sebentar tadi.Haejun ingin bertanya semula,namun Taehyun segera mencelah.

“Tak, mestilah tak salah. Siapa jahat sangat yang curiga niat baik kau tu Hyemi. Busuk betul hati orang tu! Betul tak Haejun?” soal Taehyun.

Haejun sekali lagi mengeluh.

“Diamlah kau Taehyun! Jom Hyemi, malas betul aku nak layan drama dia ni.” Ujar Haejun malas untuk melayan kerenah kembarnya itu.”Minseok, kau ikut kitaorang sekali. Karang tak pasal-pasal kau pun tersampuk sawan perasan glamor Taehyun ni."

Minseok hanya angguk kepala. Ini dapat menyelamatkan dia dari Jingguk yang merenungnya seperti singa lapar itu.

“Kau cakap apa Haejun? Yah! berani kau!” Taehyun geram hati.

“Oppa, gwencana yo?” Soal salah satu peminat Taehyun yang masih berada di situ.

“Yes?” Taehyun menoleh ke arah pelajar tersebut lalu wajah bengisnya bertukar comel. “Oppa hurt” *pout.

“Argh!!!! Oppa hajima!!!!”jerit para fansnya.

Pantas semua peminatnya panic dan berusaha memujuk Taehyun. Taehyun apa lagi seperti biasa suka diberikan perhatian begitu.

Jingguk dan gengnya meluat melihat aksi Taehyun segera beredar dari situ.

“Urusan kau dangan aku belum abis lagi.” Tegas Jingguk lalu menolak Sahee sehingga kawan baiknya itu terjatuh.

 

 

 

 

Minseok masuk kedalam kelas dengan disambut oleh pandangan aneh oleh rakan sekelasnya. Dia tidak menghiraukan mereka berjalan menuju ke tempatnya.Tempat duduk Minseok kini sedang diduduki oleh Kang Joon yang lansung tiding mempedulikan Minseok di situ.

Hana yang baru tiba menyedari perbuatan Kang Joon itu segera menghampiri mereka.

“KangJoon, cepat kembali ke tempat kau.” Arah Hana sebagai ketua kelas.

Kang Joon menoleh ke arah Hana dengan pandangan sinis. Dia lansung tidak berganjak. Saat itu Jingguk dan gangnya tiba lalu melihat mereka. Dia tersengih dan menghampiri Kang Joon.

“Kang Joon-ah..” Panggil Jingguk dengan mesra sekali. “Bagus betul kau dengar cakap.”Dia melayan pelajar itu seperti haiwan peliharaannya.

Kang Joon tunduk tidak berani untuk berbuat apa-apa.

“YAH, JINGGUK!”Marah Hana.”Kau buat apa ni?”

“Kau boleh tak jangan nak memekik pagi-pagi buta. Sakit tau tak telinga aku ni.” Ujar Jingguk selamba.

“Inikan tempat duduk Minseok, kenapa kau suruh KangJoon duduk dekat sini?”

“Oh, macam tu ke?” soal Jingguk sinis.”Sorry, aku ingat hantu tak perlukan tempat duduk, aku pun suruhlah Kang Joon duduk sini. Aku risau Kwangho kesunyian.”Ujar Jingguk lagi membuatkan gangnya terburai ketawa.

“Apa maksud kau?”Soal Hana semula.

“Maksud aku, hidup dudak gemuk ni dah tak lama lagi. Maybe dua atau tiga hari, pastu…. Zap!” ujar Jingguk membuatkan semua pelajar ketakutan termasuk Minseok yang berubah pucat mendengar ugutan Jingguk itu.Jingguk puas hati kerana mereka masih takut kepadanya.

“Pedulikan dia Minseok,”Ujar Hana.”Sesiapa yang ada tempat kosong untuk Minseok?” Soal Hana pada yang lain.

Semua pelajar senyap. Tidak berani untuk berkata-kata. Ada yang sengaja meletakkan bed mereka di kerusi bangku kosong sebelah mereka bagi memenuhi tempat duduk kosong tersebut.

“See? Diaorang semua takut pada aku.” Ujar Jingguk bangga.”So, tak guna kalau kau nak law….”

“Tepilah!”

“Adoi!”? ~(@_@)~ Jingguk ditolak keras ke tepi oleh sekumpulan pelajar membuatkan dia tercampak dan terduduk di atas riba KangJoon.Posisi mereka saat itu amat janggal membuatkan satu kelas terburai ketawa.Jingguk geram lalu segera bangun dan menoleh kepada orang yang menolaknya tadi.Mukanya merah padam apabila mengetahui siapa mereka. Dengan cepat dia menghampiri mereka lalu menghentak kuat meja salah satu pelajar tersebut. Satu kelas kembali senyap.

“Mata kau dah buta ke?”Soal Jingguk kepada Taehyun yang tidak mempedulikannya. Bulat mata Taehyun saat itu.

“Oh no, My Baby! Are you alright?”Soal Taehyun.

“Hey, aku bukan baby kau lah!” Pekik Jingguk lagi lalu menarik kolar baju Daehyun.

Taehyun dengan geram menarik semula kolar baju Jingguk. Suasana tegang saat itu.

 “Mintak maaf sekarang!” Tegas Taehyun. Wajahnya bertukar Sirius.

“Untuk apa?” Soal Daehyun sinis.

“Baby aku…BERANI KAU SAKITKAN BABY AKU!”

“Kau merapu apa ni setan?” Jingguk semakin bingung.Dia melihat arah jari Taehyun.”Meja ni? Kau gila ke apa?”

NI BUKAN MEJA! NAMA DIA BABY! MY PRECIOUS BABY! APOLOGIZE TO MY BABY NOW!”Tegas Taehyun.

Haejun yang duduk di sebelah Taehyun menahan ketawanya melihat kerenah gila adiknya itu.

“Taehyun paling benci kalau orang usik barang dia tanpa kebenaran.” Jelas salah satu pelajar dalam kelas itu kepada kawannya.

Minseok mengakuinya kerana dia tidak percaya Taehyun yang dikenalnya dengan sifat cool itu boleh berubah bengis Shrek.

“Baby are you okay?” Soal Taehyun kepada mejanya kemudian kembali merenung Jingguk. “Semua dalam dunia ini layak dihargai termasuklah Baby. Hanya puak Sakai macam kau ni je yang tak faham benda tu.”

SAKAI?! SETAN!” Jingguk cuba untuk menghayungkan penumbuknya ke arah Taehyun namun sebaliknya dia di haling seseorang. Tubuh Jingguk ditekan di atas meja lalu tangannya di lipatkan kebelakang badannya membuat dia meraung kesakitan.

“Kau ni tak habis habis memekak mengalahkan ayam betina nak bertelur.”

Semua pelajar terkejut melihat situasi tersebut.

“Yah, Yoon Hyemi lepaskan aku!”Jerit Jingguk yang kesakitan.

Minseok tercengang melihat Jingguk yang selama ini disangka kuat itu boleh dikalahkan dengan begitu mudah oleh Hyemi. Ternyata Hyemi bukan orang sebarangan.

“Hyemi, lepaskan Jingguk.” Hana cuba untuk menghentikan Hyemi setelah mendapati Jingguk benar-benar kesakitan saat itu. Dia tidak mahu rakan kelas itu mendapat masalah disebabkan Jingguk.

“Not until Tae forgive him. Tae?”

Taehyun tersengih melihat Hyemi. Sememangnya Hyemi selalu membelanya.

“Hm…let see, should I forgive him?”Taehyun berpura-pura berfikir.”But he never said sorry to me?”

“That true.”Hyemi menekan lebih kuat lagi tangan Jingguk.

Jingguk menjerit kuat.”Sakit!!! Baiklah aku mintak maaf. Tolong lepaskan aku.”

Semua pelajar tergamam mendengar perkataan yang baru keluar dari mulut Jingguk itu. Minseok pelik melihat geng Jingguk yang berada di belakang kelas hanya tunduk. Mereka jelas tak berani untuk masuk campur.

“Oklah disebabkan aku tak nak jadi macam kau, well aku maafkan.”

Walaupun Jingguk sudah meminta maaf pada Taehyun, Hyemi masih belum melepaskan Jingguk.

“Hyemi ah, Jingguk dah mintak maaf kat Taehyun.Lepaskan dia.” Ujar Hana yang bimbang melihat keadaan Jingguk yang kesakitan itu.

“Wei perempuan! Kan aku dah mintak maaf, kau nak apa lagi?” Pekik Jingguk.

Haejun dan Taehyun juga turut hairan melihat Hyemi yang masih belum melepaskan Jingguk.

“Hyemi ah, Aku tahu kau memang sayangkan aku tapi akukan dah maafkan Jingguk. Kau lepaskanlah dia.” Ujar Taehyun.

Hyemi tidak menghiraukan mereka. Matanya mencari sesuatu.

“Hoi, kau mata empat!” Panggil Hyemi kepada Minseok yang terpinga-pinga. “Meh sini jap.”

Semua mata menoleh ke arah Minseok.

“Aku ke?” soal Minseok bagai tidak percaya.

“Yelah, takkanlah Si Siput Gonggong kat sebelah kau tu.” Kata Hyemi merujuk kepada Kangjoon yang berada di sebelah Minseok.

Muka Kangjoon merah padam dengan gelaran barunya itu.

Minseok perlahan-lahan menghampiri mereka. Peluhnya mula membasahi dahinya akibat gemuruh. Apa lagilah si Wonder Women ni nak dari aku ni…. Gumam hati Minseok saat itu.

“Kau buat apa panggil dia ni ha? Gila!” Pekik Jingguk pada Hyemi.

Minseok perlahan-lahan menghampiri mereka.

“Mintak maaf kat dia sekarang!” Arah Hyemi kepada Jingguk tiba-tiba membuatkan semua pelajar tercengang.

“Apasal pulak aku nak mintak maaf kat dia?” Soal Jingguk tidak puas hati.

“Perlu ke aku jelaskan apa yang kau dah buat kat dia pagi tadi dengan tuan penasihat kau yang tak berapa nak sihat sangat tu?” Soal Hyemi sinis.

“Aku tak tau...” Jingguk cuba nak menafikan kerja kotornya itu.

“Okay.” Hyemi menekan Jingguk lebih kuat lagi.

“Okay! Okay! Aku mengaku.” Jingguk akhirnya mengalah. “Minseok ah, aku mintak maaf pasal pagi tadi.” Kata Jingguk yang hampir ingin menangis akibat kesakitan.

“Er.. aku… O..kay.” Kata Minseok tergagap-gagap. dia bagai tidak percaya apa yang baru saja berlaku. Setelah hampir 2 bulan dia di situ, ini kali pertama seseorang membelanya di hadapan semua orang.

Hyemi dengan serta merta melepaskan Jingguk lalu pergi ke tempat duduknya di belakang si kembar.

Jingguk dibawa ke bilik rawatan oleh konco-konconya selepas dia mengadu kesakitan yang teramat. Semua pelajar kembali memeruskan aktiviti mereka yang terbantut tadi. Sementara Minseok masih terpacak di sebelah tempat duduknya yang masih diduduki oleh Kangjoon itu.

“Kangjoon balik tempat kamu sekarang.” Arah Hana.

“Ni meja akulah! Meja Minseok si Jingguk dah buang.” Jelas Kangjoon akhirnya.

“What?!” Minseok hampir tidak percaya apa yang dia dengar.

“Kangjoon!” Marah Hana. “Kau biarkan dia rosakkan harta benda sekolah?!”

“Habis tu kau ingat apa? Nak takkan biar dia lanyak aku?”

Hana melihat Minseok dengan simpati. Sesungguhnya Jingguk sudah benar-bebar melampau.

 

“Minseok Ah!”

Minseok menoleh ke arah Haejun.

“Meh duduk sini.” Ujar Haejun menunjukkan bangku di sebelah meja Hyemi.

Minseok teragak-agak untuk menerima pelawaan Haejun itu. Duduk di sebelah Hyemi itu sepertinya bukan pilihan yang baik. Lagipun dia takut Hyemi tidak senang dengannya.

“Kau terpacak kat situ buat apa? Cepatlah kelas dah nak mula ni.” Sokong Taehyun.

Minseok melihat Hyemi yang tidak mempedulikannya. Taehyun menyedari situasi tersebut lalu pantas mengetuk meja Hyemi membuatkan Hyemi menoleh ke arah Taehyun. Taehyun memberi isyarat mata kepada Hyemi. Gadis itu menoleh ke arah Minseok yang terkebil kebil melihatnya lalu mengeluh. Bangku sebelahnya ditarik keluar dari meja.

“Duduklah cepat, ujian dah nak mula dah ni.” Ujar Hyemi memberi lampu hijau kepada Minseok.

Minseok pantas mengambil bangku tersebut lalu menyusun atur alat tulisnya di atas meja barunya itu. Apa pun ujian mesti diutamakan dahulu.

“Welcome to the family Minseok!” Ucap Taehyun.

Minseok hanya mengangguk kepala.Hyemi di sebelahnya merenung keluar jendela kelas mereka tanpa berkata apa-apa.

 

Ujian berjalan dengan lancar tanpa kehadiran Jingguk yang ditahan di bilik rawatan. Minseok Berjaya menjawab hampir semua soalan. Dia melihat Hana yang masih gigih menjawab kertas ujiannya. Kegigihan Hana itu membuat Minseok semakin terpikat pada gadis tersebut. Mata Minseok menoleh ke arah Hyemi yang masih merenung ke luar jendela. Kertas ujian di atas meja masih belum disentuh. Dia ni memang tak kisah ke kalau gagal ujian ni? Soal Minseok dalam hatinya.

“Lagi setengah jam sebelum waktu tamat! Sila periksa kertas jawapan kamu.” Ujar Ms Han.

Minseok kembali memeriksa kertas soalannya sekali lagi. Ternyata ada kesilapan pada salah satu jawapan Minseok. Minseok pantas mengeluarkan pennya untuk menjawab semula soalan tersebut, malangnya pen yang digunakan Minseok terjatuh ke bawah meja dan berguling jauh ke sudut kelas.Jam di dinding masih berjalan. Tinggal dua puluh minit lagi.

“Ottoke?!” Minseok kembali panik.Dia menyesal kerana tidak terkupa memeriksa alat tulisnya sebelum ke sekolah pagi tadi.Minseok membenamkan wajahnya ke atas meja sambil mengeluh. “Eh?!” bulat matanya sebaik sahaja melihat ada pen di atas mejanya. Dia menolah ke kiri dan kanan. Semua pelajar sedang sibuk menjawab soalan kecuali Hyemi yang masih termenung. Tanpa berfikir panjang Minseok segera menjawab soalannya semula.

“Lima belas minit lagi..”

Minseok menyedari Hyemi yang kini sedang sibuk menjawab kertas soalannya. Lagi lima belas minit, sempat ke dia ni ??” Minseok menggelangkan kepalanya.

Masa menjawab akhirnya tamat. Semua kertas soalan akhirnya dikutip oleh Ms Han.

“Baiklah, esok cikgu akan pulangkan semula kertas jawapan kamu. That’s all for today. Thanks for your hard work everyone!” ujar Ms Han sebelum meninggalkan kelas tersebut.

Sebaik sahaja guru itu keluar semua pelajar mengeluh lega.

“Susahnya soalan tadi…”

“Aisy! Kenapalah aku boleh lupa baca Bab tu semalam…”

“Ha… leganya ujian dah selesai…”

Macam-macam rungutan kedengaran daripada para pelajar kelas tersebut. Ada juga yang yakin dengan jawapan mereka. Ada juga yang melalak bagai dunia ini akan berakhir esok.

“Bising betullah…”

Minseok menoleh kepada Hyemi yang kelihatan tidak senang dengan keriuhan kelas tersebut. Gadis itu terus bangun dari tempatnya lalu meninggalkan kelas tersebut. Minseok kembali mangemas mejanya. Dia mula menyedari pen yang dia gunakan tadi sama seperti yang digunakan oleh Hana. Ternyata Hana yang menolongnya tadi. Minseok segera menyimpan pen tersebut sambil tersenyum sendiri.

“Pabo…”Kata seseorang sambil tersenyum.

 

***********************************

End Flashback

Xiumin termenung di hadapan jendela biliknya. Sudah dua hari dia sedar setelah pengsan tempoh hari. Kini rutin hariannya ialah duduk di tepi jendela itu sambil termenung. Semua teman temannya bimbang melihat keadaan Xiumin itu.

“Gembira ke kau tengok aku tersiksa macam ini?” Xiumin mengeluh berat. “Kejam betul kau ni ..” Air mata Xiumin menitis menerpa ke lantai.

Baru tadi Haejun memberitahu bahawa parti reunion ditangguhkan atas sebab tertentu. Semua yang sepatutnya hadir ke parti tersebut kembali ke tempat mereka semula sehingga di beritahu tarikh baru parti tersebut.

 

 

Suho dan Sehun yang baru sahaja tiba dari set pengambaran berjalan melalui koridor untuk ke bilik ward Xiumin sambil membawa sedikit makanan untuk Xiumin.Langkah mereka terhenti apabila terlihat seseorang yang baru keluar bilik Xiumin. Tanpa menyedari kehadiran mereka, orang tersebut terus berlalu pergi dari situ tanpa menoleh kebelakang.Bimbang itu kemungkinan sasaeng mereka pantas mendapatkan Xiumin. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Xiumin, kelihatannya Xiumin tiada di biliknya. Mereka mulai panik.

“Telefon Manager Hyung!” Arah Suho yang bimbang terjadi sesuatu yang buruk pada Xiumin.

Belum sempat Sehun mengeluarkan Handphonenya, pintu bilik ward tersebut di buka. Kelihatan Xiumin melangkah masuk sambil membawa dripstandnya. Tangan kirinya memegang secawan kopi yang masih hangat.

“Korang dah sampai?” Soal Xiumin yang baru tiba.

“Hyung!!” Sehun pantas medapatkan Xiumin. “ Hyung okay ke?”

Minseok melihat mereka aneh.

“Tadi kitaorang nampak ada orang keluar dari bilik ni masa Hyung tak ada tadi.” Jelas Suho pada Xiumin. “Kitaorang ingat sasaeng tadi. Hyung pergi mana?”

“Beli air kat vending machine tu.” Jawab Xiumin meletakan airnya pada meja katilnya. Tiba-tiba dia terlihat kotak homemade chocolate di atas meja tersebut berserta kad berwarna biru.

“Wah banyaknya hadiah Hyung…” Sehun berubah seperti budak lima tahun apabila melihat hadiah dari peminat Xiumin.

Xiumin lansung tidak berminat untuk ambil perhatian dengan gelagat si Makne sudah yang hilang dalam timbunan hadiah tersebut.Dia kembali ke kerusi nya yang terletak di tepi jendela.

“My Twin Pinku!”

“Rillakuma!”

“Apa benda ni??”

“Wow!!!”

“Banyaknya bunga diaorang bagi…To Xiumin oppa, Please get well soon!”Sehun mengecilkan suaranya seperti budak perempuan.

“Sehun, hadiah tu Xiumin Hyung punya. Tak perlulah kau nak excited sangat.” Tegur Suho sambil menggelengkan kepalanya.

“Suho hyung, tahu tak maksud (perkongsian)?”

“Saat nilah kau boleh terfikir pasal perkongsian ye Makne?”

“Hyung…..” Sehun berlagak comel.

Suho hanya mampu mengeluh lagi.

“Eh,ada coklat!” Sehun pantas mengambil kotak coklat berwarna biru itu.Aha…With love card…!” Usik Sehun. “Let see…apa dia tulis.” Sehun membuka kad berbentuk kepingan salji itu.

“Makne ni….”Geram Suho.

Please give up. Fairytale doesnt exist anymore.” Sehun membaca kad tersebut dengan reaksi aneh. “Apa yang dia merapu ni? Tak kisahlah coklat ni nampak sedap je..”

“Buang coklat tu!” Ujar Suho lalu mengambil kotak coklat itu untuk dibuang namun dihalang Minseok.

Minseok mengambil kad dari tangan Sehun itu lalu melihat tulisan tangan pemilik hadiah tersebut. Jatungnya berhenti seketika apabila menyedari sesuatu. Dia pantas berlari keluar untuk mencari pemilik hadiah tersebut. Sehun dan Suho terkejar-kejar mendapatkan Hyung mereka yang sepertinya kembali hilang kewarasannya itu.

“Xiumin Hyung, kenapa ni?” Soal Suho bimbang.

“Hyung kenal ke orang yang bagi coklat tu?”

Xiumin keletihan selepas berlari ke sana sini bagai orang gila sebentar tadi. Dia terduduk di lantai sambil memeluk erat hadiah tadi dengan sebak. Ada sesuatu yang terjatuh dari kotak coklat tersebut. Xiumin segera mengambil benda yang menyerupai butang baju itu.

“You asked me to give up on you...? You wrong Hyemi... Even if you try hard to hide yourself from me. I belive one day I will find you." Xiumin semakin sebak.

Suho dan Sehun simpati melihat Hyung mereka itu. Sehun memapah Xiumin untuk kembali ke biliknya. Sementara Suho membuat panggilan kepada Manager Hyungnya.

Tanpa mereka sedari dari jauh seseorang sedang memerhatikan mereka.

“Mianhe Minseok ah.. Mianhe…” Kata orang itu sambil terduduk dilantai dan menekup mulutnya dengan tapak tangan untuk menahan tangisannya dari didengari mereka. “Its hurt me too…” Kata orang tersebut sebelum beredar dari situ.

 

************************************************************

Flashback

“Kau buat apa menyembah jalan pepagi buta ni?”

Minseok membuka matanya lalu menoleh ke arah si pemilik suara.

Hyemi sedang merenung Minseok dengan reaksi wajah yang pelik. Mereka berdua terpaku di situ.

“Kenapalah setiap kali aku terserempak dengan kau, mesti kau dalam masalah.” Ujar Hyemi.

Minseok hanya tunduk merenung jalan tar di bawahnya. Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas soalan Hyemi itu.Dia sendiri keliru kenapa hidupnya semalang itu..

“Kalaulah aku tahu kenapa Jingguk tu suka sangat buli aku.” Keluh Minseok hampir tidak kedengaran.

“Apa?”soal

“Ha?Er…tak ada apa”Minseok kembali tunduk. Tak sangka Hyemi dapat mendengar rungutannya itu.

Hyemi geleng kepala melihat reaksi Minseok yang kebingungan itu.

“Dah habis menyembah belum?”

“Hm?”Minseok masik bingung.

“Nah, pakai ni.”Hyemi menghulurkan helmet keduanya pada Minseok.

“Ini…?”

“Kau nak kita sampai lewat ke sekolah ke?”

Minseok kini mengerti apa yang dimaksudkan oleh Hyemi. Dia segera memakai helmet tersebut dan dengan janggal dia perlahan-lahan duduk di belakang Hyemi.Dia teragak-agak untuk memeluk pinggang Hyemi saat itu.

“Dah sedia?” soal Hyemi dari cermin sisi motornya.Hyemi sedar Minseok posisi duduk Minseok yang janggal itu. Dia dengan selamba mengambil kedua tangan Minseok untuk memeluk pinggangnya. Minseok terkejut beruk dengan pekara tersebut.”Pegang kuat-kuat. Karang tak pasal-pasal ke hospital pulak kita.”

“Kau pasti ke kita sempat?” Soal Minseok ragu-ragu ketika melihat jam di tangannya.

“Trust me we will.” Ujar Hyemi sebelum menghidupkan enjin dan memercut laju motornya itu.

 

Minseok akhirnya tahu maksudkan oleh Hyemi. Sememangnya dia hampir sahaja terjatuh dek kelajuan motor yang dipercut laju oleh Hyemi tersebut.Gaya gadis tersebut tak ubah seperti pelumba motor yang dilihatnya dalam television. Tidak sampai 5minit mereka sudah tiba di hadapan pintu masuk sekolah yang hampir ditutup oleh penjaga sekolah mereka. Hyemi memercut lebih laju lagi. Minseok bimbang dengan idea gila Hyemi segera tersebut memeluk lebih kuat pinggang gadis tersebut. Hyemi dengan tenang meluncur laju melepasi pintu pagar sekolah dengan tersenyum puas.Setibanya mereka di tempat paking sekolah semua mata melihat mereka dengan pendangan yang penuh tanda tanya. Namun Hyemi lansung tidak menghiraukan mereka semua kecuali dua orang yang sedang terpacak di sebelah kereta Audi R8 biru bersebelahan motornya.

"Kan dah cakap tadi, mesti sempat." Ujar Hyemi , bangga dengan pencapaiannya itu sambil menoleh ke arah Minseok yang masih kaku di belakangnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!