chapter 16

Dear My Tinkerbell

Apa kau buat datang sini, Min Nari?”

Pandangan mereka beralih kepada Puan Kim yang melihat wanita separuh usia itu dengan reaksi tidak senang.

“Mina, aku datang sini cuma nak jumpa Hyemi.” Jawab wanita itu lalu cuba untuk mendekati Hyemi, namun Hyemi segera berundur dan bersembunyi dibelakang Xiumin.

Xiumin dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua dan ommanya tahu tentang pekara tersebut.

“Hyemi ah, kau kenal ke wanita ni?” Bisik Xiumin kepada Hyemi. “Tapi muka dia macam familiar….” Bisik hati Xiumin.

Mata Hyemi tidak lepas dari melihat wanita di hadapannya itu dengan perasaan benci.

“Hyemi,” Panggil wanita tersebut.

“Sila pergi dari sini. Rasanya tidak ada yang harus kita bincang lagi.” Tegas Hyemi kepada wanita tersebut. “Minseok jum masuk.” Hyemi menarik tangan Xiumin untuk mengikutinya.

“Hyemi tolong jangan macam ni. Dengarlah dulu apa yang mak cik nak cakap kat kamu ni.”

“Nak cakap apa lagi? Puan Jang, saya dah serahkan semua yang saya ada kepada awak dulu. Rasanya tak ada apa lagi antara kita yang harus dibincangkan.” Tegas Hyemi.

Puan Jang? Jang Hana? Dia mesti Omma Hana. Kalau macam tu dialah ibu tiri Hyemi yang kejam tu! Wanita yang telah memisahkan Hyemi dari hidup aku! Getus hati Xiumin dengan geram.

“Hyemi, mak cik datang sini bukan sebab duit nak . Mak cik datang sebab mak cik dah menyesal dengan semua yang kami sekeluarga dah buat kat kamu dan omma kamu. Tolonglah Hyemi. Tolong maafkan kami sekeluarga. Kami semua sedar apa yang terjadi kepada kami sekarang adalah balasan dari dosa-dosa yang kami buat dulu. Mak cik dah insaf Hyemi. Tolonglah ampunkan Makcik.” Ujar Puan Jang dengan sayu.

Hyemi pantas menoleh semula kepada Puan Jang.

“Puan datang sini hanya untuk cakap yang puan dah menyesal dan ingin minta maaf kat saya? Saya silap dengar ke?” Hyemi tersenyum sinis. Hatinya benar-benar sakit saat melihat wanita di hadapannya itu.“Kenapa baru sekarang puan? Kenapa bukan 20 tahun yang lalu sebelum Omma dan Appa masih hidup? Puan ingat setelah apa yang Puan dah buat kepada kami, senang-senang saja saya akan maafkan puan? Boleh ke puan kembalikan Omma dan Appa kalau saya sudi maafkan puan?” Soal Hyemi dengan geram. Air matanya mulai bertakung di kelopak matanya.

Xiumin di sisinya segera menenangkan Hyemi.

“Cukuplah dengan drama puan tu. Beritahulah apa yang puan nak sebenarnya?” Soal Hyemi lalu memandang tepat ke wajah Puan Jang dengan amarahnya yang tak dapat dikawal lagi.

“Hyemi ah.. tolong jangan salah faham. Makcik sebenarnya tak de niat nak gunakan kamu. Makcik ikhlas nak minta maaf dari kamu. Tapi benar kata kamu, mak cik.. makcik juga perlukan bantuan kamu sebenarnya.” Ujar Puan Jang teragak-agak.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Jang itu, Puan Kim tergelak besar. Semua mata melihat kepadanya. Dia segera menghampiri Puan Jang lalu merenung wanita itu dengan perasaan meluat sekali.

“Aku dah agak, kau ada tujuan lain Nari. Sebab tu kau sanggup pura-pura baik dan datang sini nak jumpa Hyemi. Kau tak pernah berubah dari dulu lagi. Syaitan bertopengkan manusia!” Teriak Puan Kim kepada Puan Jang.”baik kau berambus dari rumah aku ni sekarang! Dasar perempuan tak tahu malu. Kalau ikutkan hati aku nak je aku ganyah kau ni!”

“Omma sabar dulu.” Kata Xiumin. Walaupun dia juga turut geram di atas perbuatan wanita itu terhadap Hyemi namun dia masih mahu mendengar penjelasan wanita tersebut.

“Apa yang Hyuna dah buat kat kau sampai kau tergamak buat dia dan anaknya macam tu? Kau tuduh dia rampas Joon dari kau. Sedangkan kau sebenarnya yang rampas dia dari Hyuna. Kau tahu mereka saling cinta antara satu sama lain dan keluarga Joon menentang hubungan mereka, kau malah ambil kesempatan untuk gunakan kekayaan keluarga kau untuk dapatkan Joon. Kau cakap bukan-bukan kat keluarga Jang pasal Hyuna sampai mereka benci padanya. Hei ,Nari! Kau sedar tak Hyuna tu kawan baik kita? Hyuna selalu mengalah demi kau. Waktu dia tahu kau kawin dengan Joon dia lansung tak bencikan kau. Dia juga doakan kebahagiaan kau. Dia juga cuba pujuk Joon supaya lupakan dia dan terima kau sebagai isterinya. Tapi apa kau balas kat dia? Kau upah orang untuk hancurkan hidup dia. Bukan sekali tapi dua kali Nari!”

Puan Jang hanya diam dan menangis teresak-esak. Dia benar-benar rasa menyesal dengan dosanya itu.

“Aku menyesal lepas tu Mina…aku..”

“Bohong! Kau jangan cuba nak tipu kami! Kau ingat aku tak tahu? Lepas semua plan kau gagal kau takut diri kau di persalahkan. Kau tuduh pulak anak dia, Hyemi sebagai pembawa malang dalam keluarga Jang sampai Hyemi dihina dan dibuang dari keluarga Appa dan Ommanya. Kau hantar dia kat rumah anak yatim sehelai sepinggang sedangkan dia masih ada keluarga yang boleh menyaranya. Duit derma waktu majlis pengebumian Hyuna dan Joon yang sepatutnya diberikan pada Hyemi, kau gunakan untuk Hana. Busuk betul hati kau ni! Sekarang kau datang sini, pura-pura baik semata-mata nak minta bantuan kat Hyemi? Manusia jenis apa kau ni?!” Tengking Puan Jang lagi. “ Sebagai orang tua angkat Hyemi, aku minta kau pergi dari sini. Kehadiran kau ke sini tak diperlukan. Kau boleh simpan je kata maaf kau tu!”

“Mina, tolonglah bagi aku peluang cakap dengan Hyemi. Aku betul-betul perlukan dia. Aku tak ada niat pun nak gunakan dia.”Rayu Puan Jang.

“Aku kata cukup lah tu!” Puan Kim segera menarik Puan Jang yang masih bertegas untuk tidak mahu beredar dari situ.

“Hyemi ah! Mina tolonglah jangan buat macam ni. Bagi aku peluang…” Rayu Puan Jang.

“Aku cakap pergi. Jangan jejak kaki kau kat rumah aku lagi! Orang macam kau ni memang patut pun dapat balasan macam ni.” Tegas Puan Kim yang masih menolak Puan Jang ke pintu pagar kediamannya. “Minseok bawak Hyemi masuk dalam. Biar Omma yang uruskan perempuan ni.” Arah Puan Kim.

Xiumin mengangguk kepalanya lalu membawa Hyemi yang masih kaku melihat Puan Jang diheret omma Xiumin ke pintu pagar.

“Hyemi ah! Hyemi ah!” Teriak Puan Jang yang masih degil. Dia bergelut dengan Puan Kim yang masih menolaknya dengan keras.

“Kau tak faham ke kalau orang tak nak jumpa kau! Geram betullah aku!” Puan Kim terpaksa menggunakan cara kasar. Dua tukang kebunnya diarah untuk mengheret Puan Jang. Wanita itu masih melawan dan akhirnya secara tidak sengaja Puan Jang terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu perhiasan taman menyebabkan dahinya berdarah. Semua terpaku melihat kesungguhan wanita tersebut. Puan Jang masih menangis dan tidak mempedulikan kesakitan yang dirasanya.

“Mina ah, aku tak boleh pergi selagi Hyemi tak maafkan aku.” Puan Jang melutut di hadapan Puan Kim sambil merayu kepada wanita tersebut. “Tolonglah Mak cik Hyemi. Mak cik dah tak tahu nak buat apa lagi. Hyemi ah, kau dah lupa ke Hana tu kakak kau juga. Tolong lah Hyemi…”

Semua senyap. Hanya kedengaran suara Puan Jang yang teresak-esak menangis saat itu.

“Kakak?” Puan Kim tambah panas mendengar gelaran tersebut. “Baru sekarang kau mengaku mereka ni adik beradik? Selama ni , Hyemi kau buat macam sampah!” Marah Puan Kim lagi.

Hyemi yang tadinya berdiam diri tiba-tiba mendekati Puan Jang perlahan-lahan.

“Hyemi ah..” Panggil Xiumin bimbang. Hyemi memberikan Xiumin senyuman agar dia tidak perlu bimbang.

Hyemi melutut di hadapan Puan Jang untuk menyamakan ketinggian mereka. Puan Jang melihat Hyemi dengan pandangan sayu.

“Hyemi ah…” Panggilnya.

Hyemi melihat luka di dahi Puan Jang yang masih berdarah. Dia melepaskan satu keluhan berat lalu mengeluarkan sapu tangan dari poketnya seluarnya dan mengesat luka tersebut. Semua terpaku melihat pekara tersebut. Lebih-lebih lagi Puan Jang. Dia pantas merangkul tangan Hyemi membuatkan Hyemi tergamam.

“Bangun dulu Puan.” Ujar Hyemi lalu membantu Puan Jang untuk berdiri.

“Hyemi ah, kamu akan tolong makcik kan?Hana sedang sakit tenat. Mak cik tak tahu lagi apa nak buat. Hana saja yang mak cik ada. Mak cik tak sanggup kehilangan Hana. Tolonglah Hyemi. Satu-satunya orang yang boleh selamatkan Hana cuma kamu. Mak cik merayu pada kamu. Mak cik sanggup buat apa sahaja yang kamu minta asalkan kamu mahu selamatkan Hana. Tolonglah makcik ye Hyemi. Tolong ye.”Rayu Puan Jang yang kedengaran terdesak sekali.

Perlahan-lahan tangannya ditarik dari gengaman Puan Jang. Hyemi melepaskan satu keluhan berat lalu merenung tepat ke arah ibu tirinya itu.

“Puan, tak perlulah puan nak buang masa merayu kat saya. Saya tak dapat tolong puan. Maafkan saya.” Ujar Hyemi lalu berpaling dan beredar dari situ.

Xiumin pantas mendapatkan Hyemi semula. Dia sedar wajah Hyemi yang sudah mulai pucat ketika itu.

“Hyemi ah..” Panggil Xiumin bimbang namun Hyemi menghalang Xiumin dari menujukkan reaksi bimbangnya.

“Minseok ah, tolong bawa kau masuk dalam.”Pinta Hyemi

Xiumin hanya mengangguk kepalanya lalu membawa Hyemi masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Puan Jang yang masih merayu kepada Hyemi bagai orang hilang kewarasan.

 

 

 

*********************

 

Selepas peristiwa pagi tadi, keadaan Hyemi bertambah lemah. Dia disuruh berehat oleh Puan Kim. Sementara Xiumin pula sentiasa di sisi Hyemi menemani gadisnya.

“Hyemi masih tidur lagi ke Minseok?” Soal Puan Kim separuh berbisik apabila dia menjenguk mereka untuk makan tengah hari.

“Haah, badan dia tak panas macam semalam. Tapi tadi dia kata kepala dia pening je sikit.” Jawab Minseok sambil merenung Hyemi yang masih nyenyak tidur.

Puan Jang sekadar mengangguk kepala.

“Makan tengah hari dah siap, kamu pergilah makan dulu. Biar Omma tengokkan Hyemi.”

“Tak pelah Omma, saya tak lapar lagi. Omma makanlah dulu.”

Puan Kim mengeluh mendengar kata-kata anaknya itu.

“Minseok, omma tahu kamu risau pasal Hyemi. Tapi kamu janganlah skip makan.”

“Min menyesal sangat Omma. Kalau Min tahu pekara sebenar dari awal, Min pasti takkan pernah biar dia terluka. Ini tidak, tanpa dengar penjelasan dari Hyemi, Min tuduh dia bukan-bukan dan buat dia menangis. Min pun sama macam yang lain. Hanya tahu lukakan hati Hyemi je.”

“Minseok, omma faham perasaan kamu sekarang. Omma yakin Hyemi tak salahkan kamu. Buktinya dia masih terima kamu di sisinya.”

“Tapi omma, boleh Min nak tanya sesuatu?”

“Min nak tanya apa?”

“Tadi, Hyemi cakap dia tak dapat nak tolong Puan Jang. Apa maksud Hyemi sebenarnya Omma?”

“Maksud kamu?”

“Minseok tak ada maksud nak persoalkan kata-kata Hyemi tapi sepertinya apa yang Hyemi cuba sampaikan ialah dia bukan tak mahu menolong Puan Jang tapi dia tak mampu untuk berbuat demikian. Betul tak Omma? Tapi kenapa? Hyemi sakit ke Omma?” Soal Minseok kembali bimbang.

“Bukan macam tu Minseok.”

“Habis tu? Omma please, dah jadi macam ni pun Omma nak simpan dari Min jugak ke? Omma, Min sayangkan Hyemi dan nak lindungi Hyemi. Jadi Min harus tahu semuanya tentang Hyemi Omma. So please do not keep anything about Hyemi dari me.” Ujar Minseok bersungguh-sungguh.

Puan Kim mengeluh berat. Dia faham perasaan anaknya saat itu.

“Baiklah kalau kamu betul-betul nak tahu.” Puan Kim akhirnya mengalah. “Minseok, Hyemi kata yang dia tak dapat nak tolong Hana sebab dia mungkin dapat dermakan hatinya untuk Hana.”

“Tapi kenapa? Mereka kan adik beradik tiri. Ada kemungkinankan omma.”

“Itulah sebabnya Minseok. Hana bukan darah daging sebenar keluarga Jang.”

Minseok tergamam mendengar kenyataan itu.

“Jadi ,maksudnya… Hana anak siapa?”

“Omma tak patut ceritakan keburukkan keluarga mereka tapi tak mengapa kalau kamu sahaja yang tahu kebenaran ini. Hana, sebenarnya anak hasil dari hubungan sulit Min Nari dengan abang sepupunya Hanri. Min Nari dan Hanri sangat rapat dari kecil lagi. Hanri jatuh hati kepada Nari namun mereka tak mungkin bersama kerana mereka sepupu dan Nari cinta pada Joon. Sewaktu Joon dan Nari mengalami konflik rumah tangga mereka. Nari kembali rapat dengan Hanri. Hanri mengambil kesempatan untuk mengoda Nari yang dahagakan belaian seorang suami. Mereka sering ketemu dan melakukan hubungan sulit sehinggalah Nari hamil anak Hanri. Hanri ingin bertanggungjawab namun Nari tidak mahu ada yang tahu mengenai hubungan mereka. Dia menafikan anak itu adalah anak Hanri. Nari juga menggunakan anak dalam kandungannya untuk mendapatkan Joon semula. Pada suatu hari mereka bergaduh apabila Hanri berjaya membuktikan bahawa Hana adalah anaknya. Hanri tak mahu anaknya didik menjadi tidak berhati perut seperti Nari. Dia nekad mahu membawa Hana pergi ke luar negara bersamanya. Nari yang mendapat tahu rancangan Hanri itu, berpura-pura menyesal dengan perbuatannya dan menawarkan diri untuk pergi bersama mereka di hari ulang tahu Hana. Hanri terpedaya dengan Nari kerana dia masih menyintai Nari. Pada hari tersebutlah Nari bertindak meracuni Hanri di rumah rahsia mereka dan meninggalkannya.”

“Macam mana Omma boleh tahu semua ni?”

“Nari tak tahu, bahawa Appa kamu dan Hanri adalah kawan baik sejak kecil. Tuhan telah mengatuersegalanya. Selepas Nari pergi meninggalkan Hanri yang sedang bertarung nyawa akibat diracun oleh kekasihnya itu, appa kamu sempat datang dan menyelamatkannya. Hanri dibawa ke hospital. Dia hanya mampu bertahan selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Namun Hanri sempat memberitahu semuanya kepada Appa kamu. Appa kamu ingin membongkar segala perbuatan Nari itu namun Nari mengugut untuk memusnahkan syarikat keluarga kita. Sehingga datuk kamu di erang sakit jantung dan meninggal dunia. Saat itu kita dah tak ada apa lagi dan tiada sesiapa pun yang mahu mendengar cerita Appa kamu. Appa terpaksa menghentikan niatnya untuk membongkar perbuatan keji Min Nari itu demi keselamatan Omma dan kamu. Appa bersusah payang untuk membangun semula syarikat keluarga kita yang hampir bankrup saat itu.”

“Kejamnya Puan Jang tu. Jadi Haraboji meninggal sebab Puan Jang? Tak guna! Sememangnya Tuhan tu adil. Dia dah pun menerima pembalasan dari perbuatannya.” Ujar Xiumin geram. “Nanti kejap, kalau Puan Jang tahu Hyemi dan Hana bukan adik beradik. Kenapa dia masih merayu kepada Hyemi untuk menyelamatkan nyawa anaknya?” Soal Xiumin kembali bingung.

Puan Kim mendekati Hyemi yang masih nyenyak dalam tidurnya. Dia mengusap lembut ranbut gadis tersebut. Xiumin yang berdiri di hujung katil masih menunggu jawapan dari Ommanya.

“Hyemi mesti ada bagi tahu kamu tentang nak Hana bukan?”

“Betul tu” Kini Xiumin mulai mengerti maksud Ommanya. “Jadi dia mahu Hyemi untuk menyerahkan anak Hana yang Hyemi jaga selama ini?”

“Betul tu. Tapi Hyemi berkeras tidak mahu menyerahkan anak tersebut. Sebab itulah dia bertindak demikian.”

“Mana dia tahu soal anak Hana?”

“Hyemi yang bagi tahu Hana agar kuatkan semangat untuk terus hidup jika dia mahu melihat anaknya. Jadi Omma rasa Hana yang cakap kat Ommanya. Hyemi bukan tak mahu bantu Hana. Tapi menurut Hyemi dia tak mahu mengambil risiko membiarkan anak Hana itu untuk menyelamatkan ibunya memandangkan anak itu juga mengalami masalah kesihatan akibat dari perbuatan Nari yang cuba membunuh anak itu sewaktu dia baru lahir.”

“Kalau Min jadi Hyemi pun Min akan buat pekara yang sama juga Omma.” Ujar Xiumin sambil mengeluh berat setelah mendengar cerita Ommanya. “Kesian Hyemi, hidupnya tak pernah tenang selagi keluarga Jang tidak berhenti mengganggunya.

“Dahlah tu, tak perlulah banyak sangat fikir. Lebih baik kamu pergi turun makan dulu. Biar omma yang tengokkan Hyemi. Nanti minta tolong Min masakkan bubur untuk Hyemi. Omma rasa dia mesti tak lalu nak makan nasi.”

“Okay,”Xiumin akhinya mengalah. Dia dengan berat hati bangun dari kerusinya dan meninggalkan Hyemi bersama ommanya.

 

 

*********************************

 

Baekhyun, Sehun dan Chanyeol sedang lepak di dorm mereka. Tahun ini keluarga mereka masing-masing bercuti ke rumah saudara mereka. Jadi dari pada bosan di rumah mereka mengambil keputusan untuk lepak di dorm sahaja.

“Chan bagilah remote tu. Kau tengok cerita apa ni?” Rungut Baekhyun.

“Alah jap ar, cerita aku dah nak abis ni.”

“Kau ni, dah banyak kali kita tengok cerita kau ni. Sekali sekala bukak lah cerita lain.”

“Cerita apa yang menarik sangat tu Hyung?” Sehun yang baru turun dari tangga mulai berminat untuk menyertai mereka.

“Cerita ni sedih Sehun, mengisahkan seorang lelaki yang bersusah payah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencari dan menyelamatkan seorang anak kecil yang terpisah dari ayahnya. Pelbagai cara dilakukan agar mendapat wang untuk menghantar anak itu kepada ayahnya.”

“Sedihnya Hyung. Cerita apa tu?’

 

 

“Mr Bean On Holiday.”

 

 

“………………………….?”

“Seriously Hyung cerita Mr Bean?” Sehun mengangkat kening sebelahnya. “Hai, ingat cerita apalah tadi.” Keluh Sehun sambil melihat Hyungnya yang tersengih kepadanya.

“Wei bosanlah. Jom pergi jalan. Nak tak?” Cadang Baekhyun.

“Menarik. Tapi nak pergi mana?” Soal Chanyeol semula.

Bunyi loceng pintu rumah dibunyikan.

“I’m home!” Suara seseorang kedengaran dari sedang menuruni tangga menuju ke ruang tamu. “Hai Hyung!”

“Kai!” Sehun segera menyapa Kai lalu memeluknya.

“Korang tak keluar mana-mana ke harini?” Soal Kai kepada mereka.

“Tu lah si Baek baru je cadangkan. Tapi tak tahu nak pergi mana. Kau ada idea tak?” Soal Chanyeol semula.

Kai berfikir sejenak.

“Hm… okay, jom ikut aku. Kebetulan aku pun tengah lapar ni hyung, boleh kita pergi makan sekali.”

“Okay! Our Kai is the best! Baek belanja.” Ujar Chanyeol tiba-tiba lalu berlari ke biliknya untuk menukar baju.

“Asal plak aku kena belanje korang tetibe ni?”

“Thanks Hyung!” Ujar Kai dan Sehun serentak sambil tersengih kepada hyung mereka itu. “ Kami tunggu kat kereta ye.” Mereka pantas meninggalkan ruang tamu tersebut.

“Yah!!!” Geram si Baekhyun melihat kerenah mereka.

 

************************

Petang itu Xiumin terjaga dari tidurnya. Dia tadi tertidur selepas berehat di balkoni biliknya. Xiumin pantas mencari Hyemi namun gadis itu tidak kelihatan di mana-mana. Xiumin mulai panik dan meluru ke tingkat bawah mencari ommanya.

“Minseok ah, kenapa kau nampak panik sangat ni?” Soal Puan Kim yang pelik melihat reaksi anaknya itu.
“Omma, Hyemi mana?” Soal Minseok bimbang.

“Oh, kamu cari Hyemi ke?” Puan Kim ketawa kecil. “Hyemi tadi lepas dia makan dia cakap dia nak keluar kejap.”

“What?! Keluar? Keluar pergi mana? Omma, dia kan belum sihat lagi.” Soal Xiumin yang semakin bimbang.

“Omma dah cuba halang dia. Tapi dia degil jugak nak keluar. Katanya dia nak melawat Omma dan Appanya.”Jelas Puan Kim.

Xiumin pantas berlari ke atas menuju ke biliknya lalu mengambil handphone, dompet serta kunci keretanya.

“Eh,eh. Kamu nak pergi mana tu Minseok?” Soal Puan Kim.

Xiumin tidak menjawab soalan Ommanya lalu menuju ke keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan ,Xiumin pantas memercut menuju ke destinasi yang difikirkannya.

“Takut benar dia kalau si buah hati dia tu hilang lagi.” Ujar Puan Kim sambil menggelengkan kepalanya.

 

***********

Hyemi duduk termenung di antara makam Omma dan Appanya. Hampir setengah jam dia di situ. Sudah lama dia tidak melawat mereka. Kalau dulu dia selalu curi-curi datang. Ini kerana jika Puan Jang tahu dia datang, Puan Jang akan menghantar orang untuk mengusirnya dengan kasar.Ada sekali tu Hyemi di ukul dengan teruk kerana bergelut dengan orang upahan Puan Jang. Dia akhirnya dimasukkan ke hospital akibat cedera parah. Kata Puan Jang anak pembawa malang sepertinya tidak layak untuk berada di situ.

“Omma , Appa, Hyemi tak tahu apa yang harus Hyemi buat sekarang. Keluarga Jang dah dapat balasan di atas perbuatan mereka. Sepatutnya ini adalah pekara yang membahagiakan Hyemi, tapi….tapi kenapa Hyemi sedikit pun tak rasa bahagia keadaan mereka sekarang. Malah Hyemi kesian tengok mereka. Kenapa Omma? Hyemi keliru dengan perasaan Hyemi. Mana perginya dendam serta perasaan benci Hyemi kepada mereka selama ni? Omma kenapa dengan Hyemi sebenarnya.” Ujar Hyemi lalu menitiskan airmatanya. “Appa, maafkan Hyemi kerana tak dapat nak bantu Hana. Hyemi tahu Hana kakak Hyemi tapi situasi sekarang tak mengizinkan Hyemi untuk berbuat demikian. Hyemi tak mahu mengambil risiko sekiranya itu sahaja jalan yang Hyemi ada untuk kesembuhan Hana. Apa yang Hyemi patut buat sekarang?” Keluh Hyemi berat hati sekali. “Selfish ke Hyemi ni Omma?” Soal Hyemi lalu memeluk erat tubuhnya sambil menangis teresak-esak. “Hyemi rindukan Omma dan Appa.” Ujarnya sambil tersedu-sedu. Suasana di sekeliling sunyi sepi. Yang kedengaran ialah suara tangisan Hyemi.

Tiba-tiba Hyemi merasakan tubuhnya di tarik di dalam pelukkan seseorang. Hyemi yang terkejut cuba untuk menolak orang tersebut namun haruman yang dipakai orang tersebut sangat dikenalinya lalu dia berhenti berbuat demikian. Dia membiarkan orang tersebut memeluknya. Kerana dirinya berasa sangat aman ketika itu.

Perlahan-lahan tubuh Hyemi dilepaskan. Kini mereka menatap wajah masing-masing. Sisa air mata dipipi Hyemi dikesat oleh lelaki di hadapanya itu.

“Macam mana kau boleh ada kat sini?” Soal Hyemi kepada Xiumin yang tersenyum melihatnya.

“Omma yang bagi tahu aku. Kenapa kau pergi tak bagi tahu aku. Kau tahu tak bertapa paniknya aku bila kau hilang tiba-tiba.” Ujar Xiumin kedenaran agak bimbang.

“Maaf, tadi aku memang nak bagi tahu kau. Tapi bila aku tengok kau kepenatan sangat sebab jaga aku, aku tak sampai hati nak kejut kau. Kau mesti marah kat aku kan?” Soal Hyemi dengan sayu.

“Er.. taklah aku tak marah kaulah.” Kata Xiumin yang kekok melihat Hyemi yang kelihatan hampir menangis itu. “Aku cuma risau je. Tapi bila tengok kau dah okay, lega hati aku.” Ujar Xiumin lalu cuba tersengih. “Senyumlah. Muka sedih kau tu buat aku tak boleh tahan tau tak.”

“Tak boleh tahan?” Hyemi pelik dengan kenyataan Xiumin itu. “Pelik,sebab apa?”

“Sebab…. kau cantik sangat!” Usik Xiumin lalu menarik pipi Hyemi sambil ketawa riang.

“Apa-apa jelah kau ni!” Kata Hyemi lalu menahan perasaan malunya. Pipinya bertukar kemerahan.

“See, tambah cantik bila pipi kau jadi merah macam tu. Risau aku nanti kalau ada lelaki lain nampak kau macam ni. Kang tak pasal-pasal jatuh hati. Payah kisahnya pula.”

“Sebab?’

“Yelah, kang ramai sangat pulak persaing aku.” Xiumin kembali tersengih lalu mencuit pipi Hyami sekali lagi.

“Merepek jelah kau ni!”Marah Hyemi sambil cuba menyembunyikan senyumannya. “Sejak bila kau pandai buat ayat bunga -bunga ni hah Kim Minseok?”

“Sejak bila ea? Hm….. jap aku try ingat” Xiumin pura-pura berfikir.”Actualy mulanya aku dengar Si Kai cakap kat girlfriend dia. Pas tu aku tengok dari drama. Eh, jap bukan lah. Bila ea? Hm….”

Hyemi menggeleng kepalanya. Malas ingin melayang kerenah gila Xiumin itu. “Dah lah lama sangat nak tunggu kau fikir. Aku nak balik.” Ujar Hyemi lalu cuba melangkah namun tangannya pantas ditarik oleh Xiumin membuatkan dia tergamam dan menoleh ke arah Xiumin yang sedang merenungnya.

“Kau nak pergi mana?’ Soal Xiumin lembut. “Aku baru baru je sampai kot. Sekurang-kurangnya biarlah aku sapa Omma dan Appa kau dulu.” Ujar Xiumin lalu menoleh ke arah kedua makam di hadapannya itu lalu tersenyum ceria.

“Ahnyeonghaseyo , Omonim, Abonim.” Ucap Xiumin lalu tunduk hormat. “Rasanya lama kita jumpa. Harap kalian masih ingat pada saya. Saya Minseok, anak kepada kawan Omonim,Mina. Saya juga kawan kepada Hyemi waktu kecil dahulu.” Xiumin menarik tangan Hyemi untuk menyertainya.

Hyemi merenung tangannya yang digenggam kemas oleh Xiumin waktu itu.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Omonim kerana melahirkan gadis yang sangat istimewa dalam hidup saya. Abonim pasti bangga kerana mempunyai anak yang baik hati serta kuat seperti Hyemi. Saya tahu kalian berdua pasti bimbang soal Hyemi. Saya berjanji, mulai dari sekarang , serahkan semuanya kepada saya. Saya akan menjaga dan melindungi Hyemi. Saya tak akan biarkan sesiapa pun cuba untuk menyakitinya. Walaupun itu berkait dengan nyawa saya sekalipun. Saya rela asalkan Hyemi hidup bahagia.” Ujar Xiumin dengan serius sekali.

“Minseok ah…” Panggil Hyemi yang terharu dengan kata-kata Minseok saat itu.

“Jadi saya harap Omoni dan Abonim merestui kami.”

Hyemi kini terkejut dengan kenyataan lelaki di hadapannya saat itu.

“Minseok apa yang kau merepek ni.” Marah Hyemi. “ That not funny okay.”

Xiumin pantas menoleh dan merenung tepat pada anak mata Hyemi yang melihatnya dengan penuh tanda-tanya.

“Hyemi ah.” Panggil Xiumin lembut. “I have lost you twice, its hurt me a lot and since then,I already promised myself that I wont do the same mistake. I will never let you leave me again. So Hyemi ah, “ Xiumin merapatkan dirinya kepada Hyemi yang kelihatan agak kekok pada waktu itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu perlahan lahan menghembuskannya keluar semula.

Hyemi tidak berani membalas renungan mata Xiumin itu kerana dirinya sangat teruja saat itu.

“Hyemi, di hadapan makam kedua orang tua kau, I would like to ask you, will you be my girlfriend?”

Hyemi terdiam apabila mendengar luahan cinta dari Xiumin itu. Dia tidak menyangka yang Xiumin akan berbuat demikian.

“Hyemi ah, kenapa kau dia saja?”Soal Xiumin bingung. “Apa jangan-jangan kau tak ada perasaan pada aku?” Xiumin terkejut serta hampa.”Maaf aku… tak pelah kalau kau tak…”

“Minseok,”Panggil Hyemi menghentikan andaian Xiumin itu. “Bukan macam tu. Aku tadi.. terkejut je.”

“Maksud kau?” Xiumin tidak mengerti.

“Yelah, kau tetiba je cakap kau suka kat aku. Terkejutlah aku.” Jelas Hyemi.

Xiumin mengangguk kepalanya dan terukir senyuman gembira di bibirnya. “Jadi, apa jawapan kau?”

Hyemi melepaskan satu keluhan yang berat lalu mendongak kepalanya melihat Xiumin yang masih menunggu jawapannya. “ I love you Minseok. I always love you.” Ucap Hyemi dengan matanya yang berkaca.

Xiumin merasakan satu kebahagiaan yang luar biasa pada saat itu. Dia tak pernah berasa sedemikian bahagianya selama ini. Dia segera menarik Hyemi dalam pelukannya.

Mereka berdua tersenyum sambil mengalirkan airmata bahagia.

“Oh My God, finaly..” Ucap Xiumin. Dia perlahan-lahan melepaskan pelukannya dan merenung Hyemi yang turut berbuat pekara yang sama. Dia menekup kedua belah pipi Hyemi dengan tapak tangannya. Ibu jarinya megesat air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

“This is not a dream right?” Soal Hyemi.

“Nope it real. Why?”

“Because if this all just a dream, I turn myself into Aurora. I will never wake up from this dream so that I can be together with you forever.” Ujar Hyemi.

Xiumin ketawa mendengarnya. “Unfortunately dear, I wont let you do that.”

“Why?” Soal Hyemi hairan.

“Because you are not Aurora, The Sleeping Beauty.” Kata Xiumin sambil tersenyum. “You are Yoon Hyemi , The Tinkerbell, my dear Tinkerbell.” Ucap Xiumin lembut membuat Hyemi bertamabah terharu mendengarnya. Dia kemudian perlahan-lahan mendekati wajah Hyemi lalu menghadiahkan satu kucupan lembut di dahi Hyemi. “And you will always be.”Tambah Xiumin lalu mengambil tangan Hyemi dan meletakkannya pada dadanya. “Can you fell it?”

Hyemi menganggukkan kepalanya.

“Only you can make my heart beating like this Hyemi. No one else can do that. Only you and always you. So, promise me one thing Hyemi.”

“Say it.”

“What ever happen to us in the future, we will face it together. Don’t run away like what you did before.”

“Minseok I’m sorry, you know all I did is for.....”

“Shuuu..” Xiumin meletakkan jarinya pada bibir Hyemi. “I know all you did it for my happiness. But you wrong Hyemi. My life is meaningless without you with me. So promise me that you will never ever do that again love.” Soal Xiumin separuh merayu.

“I promise you Minseok. I will never leave you again.”

“Thank you love.” Ucap Minseok lalu menghadiahkan satu kucupan lembut di bibir Hyem  tiba-tiba.

Itu membuatkan Hyemi itu terpaku seketika. Xiumin menyedari hal tersebut kehairanan melihat reaksi Hyemi yang tak ubah seperti patung cendana saat itu.

“Kenapa? Ada yang salah ke?” Soal Xiumin bimbang.

“You…. you kiss me.” Ujar Hyemi separuh berbisik. Wajahnya bertukar kemerahhan.

“Ya, I just did. Why? I cannot kiss my girlfriend?” Soal Xiumin bertambah aneh.

“No, its like that.... Its just… to sudden, I’m... just surprise. I never been kiss..”

“Wait!” Xiumin segera memotong kata-kata Hyemi. “ What do you mean by first? Don’t tell me its was you first kiss? You never kiss someone before?”

Hyemi tunduk malu. Wajahnya bertambah kemerahan.

“Oh My God! Realy Hyemi? I’m your first kiss? Hahahaha!” Xiumin ketawa seperti orang yang hilang kewarasan.

Hyemi segera menghentikan Xiumin memandangkan mereka sekarang berada di kawasan perkuburan. Takut kalau-kalau ada yang melihat mereka.

“Minseok, sedar kita kat mana ni.” Tegas Hyemi.

“”Ops, sorry. But I cannot help it. I’m too happy about it. Let see, I’m very sure that I am your first love, I’m your first boyfriend and now I am your first kiss!” Ujar Xiumin dengan sangat excited.

“So what?’ Hyemi tunduk malu.

“I will make sure that I will add another two on your list.”

“What is it?”

Xiumin mendekatkan wajahnya ke telinga Hyemi untuk berbisik sesuatu.

“You first husband and your first…”

“Ew….. gatal!” Hyemi segera menolak tubuh Xiumin yang ketawa nakal melihatnya. “Hi… sejak bila kau jadi pevert ni ha?”

“Sejak bila ae? Apa kata kalau kau bagi aku kiss kau lagi lepas tu aku bagi tahu kau?” Usik Xiumin sengaja. Dia suka melihat Hyemi yang naik dengan usikannya itu.

“Dah, dah malas nak layan kau. Aku nak balik!” Hyemi pantas meninggalkan Xiumin yang masih mentertawakannya itu.

“La, nak pergi mana tu? Wei tunggulah!” Panggil Xiumin lalu berlari mendapatkan buah hatinya itu.

Hyemi berpura-pura tidak dengar dan mempercepatkan langkahnya.

“My First Love Broke My Heart For The First Time And I’m Just Like Baby, Baby, Baby Oh….” Xiumin menyanyikan rangkap lagu Baby oleh Justin Bieber.

“Stop it!” Marah Hyemi dan disambut dengan gelak tawa oleh Xiumin.

"Hyemi ah cepatlah, kau nak tau tak bila?"

"Diamlah kau pevert!"

"Aigoo... My girlfriend soo cute!"

"Yah, Kim Minseok!"

"Apa kau nak mintak kiss lagi?"

 

 

************************************

 

 

Si Kembar membawa Edward keluar berjalan-jalan di Mall. Berkerut dahi Edward apabila semua gadis yang berada di sekitar situ merenung mereka tanpa henti. Ada yang tersenyum-senyum kepada mereka. Semetara Si Kembar yang mengetahui pekara itu hanya berlagak macho dan tidak mempedulikan gadis-gadis yang tergila-gilakan mereka itu.

“Ed kamu lapar tak?” Soal Taehyun kepada Edward.

Edward yang mendengar soalan tersebut segera menoleh. Lalu menganggukkan kepalanya.

“Kita makan fast food jelah. Nak tak?” Cadang Haejun. “Ed pilih je nak makan kat restoran apa. Harini Ajushi belanja kamu.” Ujar Haejun salbil megusap kepala anak buahnya itu.

“Betul ke?”Soal Edward dengan gembira dan di balas anggukan kepala dari Si Kembar. “Kalau macam tu Ed nak makan kat McDonald boleh?”

“Boleh je. Jom.” Jawab Haejun lalu menarik tangan Edward memasuki restoran McDonald di hadapan mereka.

Sementara menunggu Haejun memesan makanan mereka di kaunter, Taehyun dan Edward yang duduk tidak jauh dari situ sibuk bersembang. Taehyun gemar melayan telatah Edward yang comel itu. Tingkah laku Edward memang tak ubah seperti Hyemi. Baik dari cara dia bercerita mahupun ketawa semuanya menyerupai Hyemi. Tak lama kemudian Haeju tiba bersama makanan yang di pesan mereka. Haejum memesan Happy Meal untuk Edward. Edward gembira dengan permainan yang didapatnya dari set tersebut.

“Wah! Ed dah lama nak mainan ni. Hari tu masa Ed nampak iklan dia kat TV Ed tanya Mama, Mama cakap nnati dia nak belikan. Tapi Ajushi dah belikan untuk Ed. Terima kasih Ajushi!” Ucap Edward dengan gembira.

“Ajushi gembira kalau kamu sukakannya.” Balas Haejun sambil menepuk perlahan bahu Edward. “ Dah cepat makan. Nanti kat rumah, kamu boleh sambung main lagi.”

“Baik.” Jawab Edward lalu menikmati makanannya.

Taehyun dan Haejun tersenyum melihat Edward yang menurut kata mereka itu sambil tersenyum senang hati. Tak susah untuk menguruskan anak kecil itu. Hyemi telah berjaya mendidik anak itu dengan baik sekali.

“Ada call” Kata Taehyun apabila Handphonenya berdering. Dia melihat nama pemanggilnya lalu tersengih.

“Siapa?” Soal Haejun.

“Hyemi.” Jawab Taehyun. “Hyemi ah…” Panggil Taehyun manja. “Ada dengan kami ni… kat Mall…saja, bosan duduk kat rumah. Kitaorang bawaklah dia jalan-jalan……Ye jangan risau kami akan jaga Ed dengan baik. Kau uruskan hal yang patut kat sana……. Minseok ada dengan kau? Bagi phone kat dia jap..… Hai Minseok, korang tengah dating ea…”Usik Taehyun membuat Haejun turut tersengih mendengarnya. “So how?…. What!? serious? OMG, I’m happy for both of you! Congratulation bro.” Ucap Taehyun dengan gembira membuatkan Haejun di sebelahnya tertanya-tanya apa yang sedang mereka bualkan. “Please take care of her and come back soon. Bro, we still have a lot to talk. See you….. okay bye!” Taehyun menamatkan pangilan.

“Kenapa? Apa yang berlaku?” Soal Haejun tak sabar.

Taehyun tersenyum melihat mereka. “Those two dumb dumb, They finaly together now.” Ujar Taehyun dengan gembira. Haejun yang dari tadi tegang berubah gembira mendengar khabar tersebut.

“But how did that happen?”

“Well, kau tengoklah siapa tuan penasihatnya.” Kata Taehyun dengan bangga.

“You did a briliant job bro! Finaly boleh tahan juga akal kau ni."

"Hello Mr Twin, mestilah. Kalau tak tak mungkin aku bergelar CEO Muda terkaya di Asia ni tau tak." Marah Taehyun.

"Yelah, sorry." Kata Haejun. Walaupun Taehyun sikapnya kebudak-budakkan. Kemampuannya dalam menguruskan hal ehwal syarikat memang tidak diragui oleh sesiapa pun termasuk Haejun sendiri. Sekadar hal bergini memang kacang baginya. Tapi sayang, Taehyun masih belum menjumpai pasangan hidupnya."After all those terrible year..” Tambah Haejun yang hampir menangis terharu.

“OMG, our Mr Cool nangis ke?” Usik Taehyun.

“Diamlah kau! I’m just so happy for then okay.” Jawab Haejun yang bengang di usik kembarnya itu.

“Ajushi, kenapa ni? Tadi tu Mama ke?” Soal Edward menarik perhatian mereka semula.

Si Kembar tersenyum melihat Edward.

“Haah. Dia call sebab risau pasal Edward.” Jelas Haejun.

“Mama memang macam tu. Dia selalu bimbang kalau Ed jauh dari dia. Hai sebab tulah Mama sampai sekarang tak kawin-kawin.” Ujar Edward dengan petah membuatkan Si Kembar tercengang mendengarnya.

Taehyun kemudian tersengih nakal. “Hm… Ed,”

“Ye Ajushi?”

“Kalau Mama Ed ada boyfriend, Ed suka tak?”

“Boyfriend? Hm.. Ed tak kisah asal Mama happy sudah.” Jawab Edward sambil menikmati kentang gorengnya.

“Betul ke?” Haejun turut sama,

“Betul. Lagipun bila Ed dah besar Mama cakap dia nak hantar Ed belajar kat sekolah Daddy. Tapi kat sana jauh Ed kena tinggal asrama. Nanti kesian Mama sorang-sorang.” Ujar Edward. “Kalau Mama ada boyfriend, Mama tak sunyi nanti.”

Si Kembar tercengang mendengarnya. Budak seumur Edward sudah boleh berfikir seperti itu. Edward memang luar biasa pada pemikiran mereka.

“Edward nak boyfriend Mama Ed macam mana?” Soal Taehyun. “Kalau macam Tae Ajushi okay tak?”

Edward pantas menggelengkan kepalanya membuatkan Taehyun kelihatan kecewa. Sementara Haejun terbahak-bahar mentertawakan abangnya. “Mana ada perempuan nak kat kau ni? Kalau ada pun mesti yang cacat akalnya.”

Taehyun pantas menjeling adiknya itu.

“Why?” Soal Taehyun pura-pura kecewa.

“Ed kalau boleh nak Papa macam Xiumin Hyung.”

“Minseok?” Sekali lagi mereka terkejut.

“Ye, Sebab Xiumin Hyung kuat, kacak, baik hati dan dia selalu sayang kat Ed. Kalau dia dengan Mama, Ed yakin dia akan jaga Mama Ed dengan baik.” Jawab Edward dengan yakin.

Si Kembar benar-benar terkesima saat itu.

“Ed, kamu yakin ke umur kamu ni baru 7 tahun. Ajushi rasa macam nak bawak kamu ni pergi buat medical check up kat hospital pulak.” Ujar Taehyun “Bila Hyemi balik nanti aku nak tahu apa yang dia bagi budak ni makan sampai jadi genius macam ni.”

“Merepek jelah kau ni Taehyun.” Kata Haejun. “Dah tentulah dia makan nasi macam kau.”

“Apa-apa jelah. Now my next plan is to get them on the isle.”Ujar Taehyun dengan semangat sekali.

“Count me in!” Sokong Haejun.

Edward melihat kedua Ajushinya itu dengan aneh. Apa-apa jelah orang tua berdua ni. Katanya dalam hati.

 

 

 

 

To be continue……

 

 

 

 

Hi sorry for taking so long tu update. I’m very busy with my new workload. Partner kerja Ara amik cuti sebulan so Ara kena cover dia without day off (T~T). Tapi hujung bulan kaya, sebab banyak buat overtime. ($0$). Sorry kalau chapter ni pendek sangat. Still working on for the next update. Hope you like it and don’t forget to leave your comment . tq. Love, Arabella12.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!