Chapter 3

Dear My Tinkerbell

Exo baru sahaja selesai sesi fotografi untuk salah satu majalah remaja terkenal di Korea. Kini mereka semua bersiap sedia untuk pulang ke dorm mereka setelah hampir 12 jam terkurung di dalam gudang tersebut. Perjalanan pulang mengambil masa hampir 3 jam. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti berehat di sebuah perhentian. Baekhyun, Sehun, Suho dan Manager Hyung keluar membeli makanan untuk member yang lain kerana mereka semua keletihan dengan aktiviti mereka yang amat padat hari itu.

"Argh!!! penatnya......." Chen rasa sangat bosan lalu mengeliat sambil tangannya sengaja direngangkan hingga hampir mengenai muka Chanyeol yang nyenyak tidur di sebelah.

"YA!!! tepilah aku nak tidur..." rungut Chanyeol.

Chen tersengih melihat muka Chanyeol yang sangat comel ketika sedang merungut itu."Aigoo comelnya yoda kita...." tarik pipi Chanyeol.

"Sakitlah!!!"Marah Chanyeol. "Hyung... tolonglah angkut anak dinasor ni gi jejauh dari kitaorang."

"Chen sudahlah tu, kenapa dua tiga hari ni hyung tengok ko ni hyper sangat." Xiumin menggeleng kepala melihat Chen yang hanya tersengih memandangnya.

Lay yang baru terjaga dari tidur melihat sekelilingnya. "Lapar....." itu saja yang boleh dia katakan saat itu.

"Sabar ye Lay diaorang tengah beli makanan untuk kita tu."

"Baik." Jawab Lay pendek lalu kembali tidur.

 

BOOOOM!!!!!!!!!!

 

"Oh Macau!" Chanyeol melatah terkejut.

"Bunyi ape tu?" Bulat mata DO mendengar dentuman kuat tersebut  pantas menarik telinga Chanyeol. "Yah!Ko bakar mercun dalam kereta lagi kan?"

"Adoi...Sakit Hyung mana ada.." Chanyeol cuba melepaskan diri.

Orang ramai berpusu-pusu menuju ke tempat kejadian. Exo hanya melihat dari dalam kereta mereka. Sebuah kereta mewah kemungkinan hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan. Mujurlah pemandunya sempat keluar dari kereta sebelum dihempap tiang lampu tersebut. orang ramai memberi bantuan kepada pemandu kereta tersebut. 

Dalam pada masa yang sama Suho, Sehun, Baekhyun dan Manager Hyung tiba bersama makanan mereka.

"Rasanya kita makan dalam perjalanan jelah. kat luar tu sesak sangat." saran Manager Hyung."Semua ada kat sini kan?"

"Ye hyung."

"Baik, jom gerak!"

Mereka bersedia untuk meneruskan perjalanan mereka semula. Xiumin kembali memasang Mp3nya sambil merenung keluar tingkap kereta. Tiba-tiba matanya terhenti kepada susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri di antara orang ramai yang mengerumuni kawasan kemalangan tersebut. Jantung Xiumin seakan terhenti saat itu. Dia segera berlari keluar dari kereta membuatkan ahli EXO yang lain terkejut beruk aka makye dibuatnya. Namun sayangnya sebaik sahaja dia menoleh kembali ke tempat tadi.Orang tersebut telah tiada. Xiumin mula panik.

"Hyemi ah, Hyemi ..." Xiumin seperti hilang kesedaran dan hampir dilanggar oleh kereta yang lalu di situ. Mujur Suho sempat menariknya.

"Hyung, ko dah gila ke?" marah Suho separuh gila."Hyung?" kini dia mulai bimbang. Xiumin kelihatan seperti orang hilang kewarasan.

"Suho, aku..." tubuh Xiumin menggigil dan dia tiba-tiba rebah membuatkan Suho bertambah panik.

"Manager Hyung..!!!!!" jerit Suho.

 

Xiumin dikejarkan ke Hospital. Dia dimasukan ke ward kerana demam panas.  Gambarnya kini menjadi tumpuan di media sosial. Para peminat menghantar komen serta ucapan semoga dia sembuh. Tidak lupa juga para anti-fans yang membuat pelbagai spekulasi buruk tentang Xiumin dan member Exo. Ada yang mengatakan Xiumin overdose ketika itu  membuatkan ahli EXO yang lain marah. Pihak SM segera mengeluarkan kenyataan bahawa Xiumin tidak sihat hari itu akibat aktiviti mereka yang amat padat.

Suho merasakan ada sesuatu yang cuba aneh dan disembunyikan oleh Xiumin. Kebetulan kembar yang mendapat tahu berita buruk Xiumin tersebut bergegas menuju ke hospital untuk melihat keaadaan  Xiumin. Suho megambil keputusan untuk mencari tahu punca kenapa Xiumin jadi sebegitu. Pada mulanya mereka enggan membuka mulut kerana mereka telah berjanji dengan Xiumin agar tidak menceritakan kepada sesiapa tentang dirinya. Suho merayu kepada mereka demi Xiumin. Dia tidak sanggup melihat Hyungnya itu bertambah teruk. Setelah melihat kesungguhan Suho akhirnya mereka setuju.

 

 

 

Semuanya bermula sewaktu mereka berlajar di sekolah tinggi. Minseok jatuh hati pada seorang gadis bernama Hanna. Minseok saat itu sangat hodoh dan selalu di buli oleh semua pelajar.

"Ew... tengok tu peluh dia, kalau aku tadah confirm sebaldi.." ejek salah seorang pelajar sekolah tersebut. semua pelajar yang lain ketawa kuat

Minseok tidak mempedulikan mereka dia terus menumpukan perhatian pada bacaannya. Tiba tiba sekumpulan pelajar perempuan masuk ke dalam kelas. Salah satu dari mereka menarik perhatiannya.Hana, pelajar perempuan paling cantik di sekolah mereka. Hana sangat terkenal dengan kecantikan. Semua orang pelajar lelaki mengimpikan untuk menjadi teman lelakinya. Hana sedar Minseok sedang memerhatikannya lalu memberikan senyuman pada Minseok membuatkan muka Minseok merah lau segera tunduk. Hatinya berbunga saat itu.Namun tiba-tiba bahunya ditepuk kuat oleh seseorang dari belakang.

"Hoi Minseok, mane kerja sekolah aku?" soal Jingguk, Kingka sekolah mereka. Dia memang suka membuli pelajar lain untuk kesenangan dirinya.

Minseok segera memberikan buku nota Kingka tersebut.

"Bagus kerja ko." Jinnguk membelek setiap helaian muka surat buku notanya tersebut. Wajahnya berubah apabila salah satu soalan di dalam buku tersebut tidak diselesaikan. buku tersebut dilempar lalu mengenai muka Minseok. Minseok ketakutan segera berundur. Para pelajar terdiam melihat mereka. Dia segera mengheret Minseok keluar dari kelas menuju ke kawasan belakang sekolah. Minseok di tolak ke tanah. Lalu dibelasah teruk oleh teman teman Jingguk. Minseok meraung kesakitan.

"Ko sengajakan nak kenakan aku?" soal Jinnguk dengan wajah bengisnya.

"Tak , aku betul-betul tak perasan.Maaf." Minseok rasa nyawanya hampir tercabut saat itu apabila Jingguk mengambil penyapu di tepi tong sampah lalu menghampiri Minseok.

Hana dan kawan-kawannya tiba. Dia segera  menahan Jingguk.

"Kang Jingguk kau dah gila ke?" Tegas Hana. Dia ditenung tajam oleh Jingguk lalu ditolak ke tepi. Mujur ada kawannya membantu supaya dia tidak jatuh.

Minseok menggigil ketakutan.Dia dipegang oleh dua teman Jingguk yang lain supaya tidak boleh lari.Dia hanya mampu pasrah saat itu.

"Kau tahukan hukuman kalau kau ingkar cakap aku?" Soal Jingguk sambil tersengih jahat. Kayu penyapu tersebut dihentak kuat kemeja membuat semua pelajar tersentak ketakutan.

"Aku mintak maaf Jingguk.Aku...."

ZAPP!! satu hayunan mengenai lengan Minseok . Minseok meraung kesakitan sekali lagi. Dia berdoa agar seseorang datang menyelamatkannya waktu itu. Jingguk masih belum berhenti memukulnya dengan kayu tersebut. Teman teman Jingguk yang lain ketawa melihat kejadiaan tersebut. Manakala Hana lari mendapatkan bantuan dari guru. Air mata Minseok mengalir menahan kesakitan, Dia merayu agar Jingguk berhenti memukulnya. Namun Jingguk menganggap itu seperti melodi indah di hawa telinganya lalu terus memukul Minseok dengan teruk.

BUK!

Kepala Jingguk dilempar sesuatu membuatkan dia berhenti memukul Minseok. Bau busuk menusuk batang hidungnya Ternyata seseorang melemparnya dengan najis. Teman temannya menutup hidung menahan bau busuk najis tersebut ada yang terkena tempias najis tersebut.

"Siapa yang buat?!!" Soal Jingguk kepada mereka. Semua pelajar di situ gelang kepala keliru. Mukanya merah padam menahan geram. "Baik korang mengaku cepat!" tengkingnya lagi.

BUK!

Sekali lagi bom najis dilemparkan kepada Jingguk. Kali ini tepat ke wajahnya. Kedengaran suara ketawa dari arah belakang mereka. Jingguk kini tahu siapa itu angkara siapa. Musuh ketatnya.

"Amacam wangi tak bau losyen kitaorang buatkan khas untuk ko?" Soal Haejun kepada Jingguk.

"Samakan dengan bau hati ko?" sokong Daehyun.

Mereka sambung ketawa bagai orang gila.

"Kurang ajar!!!!!" Teriak Jingguk kepada mereka. Maruahnya tercalar diperlakukan sedemikian. "Mampuslah korang!" Jingguk mengarahkan temannya yang lain untuk menyerang mereka. Namun teman-temannya turut dibaling dengan najis membuatkan mereka berundur meninggalkan Jingguk sendirian.

"Yah!!Korang nak lari ke mana?" jerit Jingguk kepada teman seperjuangannya itu."Argh!! tak guna pengecut!" Teriaknya. "Eh?" Seseorang menggantung bungkusan sosej kegemaran Jingguk pada belakang seluarnya..

"Ko ingat aku nak makan sosej yang ko beli untuk aku ni?" soal Jingguk sinis kepada orang tersebut.

"Tak lah, ko silap. Ni untuk Rookie." kata gadis itu

"Rookie?" Jingguk tidak mengerti maksud gadis itu." Siapa Rookie?"

"Tu" Gadis tersebut menunding ke arah seekor anjing besar yang sedang berlari menuju ke arah Jingguk sambil menyalak kuat. Jingguk pantas lari menyelamatkan dirinya."Makan tengahhari untuk Rookie!!!!"teriak si gadis tersebut pada anjing itu.

"Siaplah ko Yoon Hyemi!!!!!!" kata Jingguk sambil berlari menyelamatkan diri dari dikejar Rookie.

Hyemi segera mendapatkan  Minseok yang masih terbaring di tanah berlumuran darah. Dia mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap debu di wajah Minseok.

"Gwencana?" katanya lalu menghulurkan tangannya pada Minseok.

Dengan perlahan-lahan Minseok mgambil tangan gadis tersebut. Kembar yang tadi menghampiri mereka.

"Korang bawak dia pergi bilik rawatan. Nampaknya luka dia teruk gila ni." Kata Hyemi. Dia meninggalkan mereka.

"Ko nak pergi mana?" Soal Daehyun.

"Hal aku dengan Jingguk dah setel. Yang ini bukan termasuk dalam hal aku. Korang setelkan jelah." kata Hyemi lalu pergi dari situ.

"Dia memang suka buah hal sendiri kan? tak faham betul aku lah dengan perangai pelik dia tu." rangut Daehyun.

"Biar jelah. Dah jum hantar dia ni pergi bilik rawatan." kata Haejun pula.

"Adoi beratnye ko ni...." rungut Daehyun.

Mereka memapah Minseok ke bilik rawatan sekolah. Minseok sempat menoleh ke arah gadis yang menyelamatkannya itu. Itulah kali pertama mereka bertemu dan dia masih tidak dapat melupakan hari tersebut

Image result for dahyun

Yoon Hyemi

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!