Chapter 12

Dear My Tinkerbell

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu lebih mereka bertapak di tanah Hollywood itu. Seperti hari sebelumnya pengambaran berjalan seperti biasa. Gudang lama itu telah diubah suai menjadi set pengambaran filem tersebut. Ahli EXO sedang bersiap sedia di bilik make up. Menurut skrip, mereka akan membawa watak sebagai golongan manusia yang ditangkap dan dikurung di sebuah pusat penyelidikan untuk dijadikan bahan experiment oleh pihak yang bernama DARKFORCE. Semakin lama, semakin ramai manusia istimewa seperti mereka mati akibat dari hasil experiment yang gagal serta ada yang nekad untuk membunuh diri mereka. Sehinggalah suatu hari, sembilan orang telah terpilih untuk dijadikan bahan experiment terakhir pihak tersebut. Semasa uji kaji sedang dijalankan, berlaku kesilapan menyebabkan semua sistem hilang kawalan. Suasana menjadi kelam kabut. Sembilan individu itu mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari tempat tersebut. Setelah susah payah akhirnya mereka berjaya meloloskan diri dari tempat neraka itu. Mereka pulang ke tempat asal masing-masing namun sayangnya semua ahli keluarga mereka sudahpun meninggalkan mereka dan ada juga yang sudah dicuci otaknya agar lupa tentang kewujudan mereka. Mereka dengan perasaan hampa kembali bertemu semula dan bercerita mengenai nasib malang mereka. Dalam pada masa yang sama mereka menyedari bahawa hasil kegagalan experiment tersebut membuatkan setiap salah satu dari mereka memiliki kelebihan yang tidak ada pada manusia biasa. Mereka mula menggunakan kelebihan pada diri mereka tersebut untuk terus hidup. Mereka juga masih diburu oleh ahli DARKFORCE yang ingin mengunakan kelebihan mereka itu untuk menakluki dunia.. DARKFORCE juga mengugut akan mencederakan ahli keluarga serta orang yang mereka sayang sekiranya mereka tidak mahu menyerahkan diri mereka. Mereka akhirnya nekad untuk berdepan dengan DARKFORCE. Bukan itu sahaja, apa yang lagi mengejutkan, semua tahanan yang berjaya melarikan diri dari pusat penyelidikkan berkumpul semula dan menyertai mereka untuk menentang kumpulan DARKFORCE. Mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diketuai oleh sembilan individu yang menggelar diri mereka sebagai EXO. Misi mereka diberi nama MONSTER. Itulah sedikit sebanyak ringkasan filem tersebut. Yang pasti banyak babak aksi yang akan diselitkan dalam filem ini.

 

Sehun serta Kai terkesima melihat Si Chanyeol yang sedang tergantung di atas platform sambil berpura-pura mengeluaran api dari tangannya.

“I’ll burn you alive!!!!!!!” Teriak Chanyeol dengan reaksi ganas di hadapan camera. Dia sebenarnya cuba untuk menahan diri dari ketawa.

Namun Si Chen dan Baekhyun sudah lama pecah perut melihat Chanyeol.

“Yoda keluar api wei!” Kata Chen yang ketawa mengekek.

 

“Ko tengok muka dia tu, serious gila. Tak macam diri dia yang sebenarkan?” Ujar Sehun yang leka memerhatikan Chanyeol tanpa menghiraukan badut duaorang yang sibuk mempermainkan reaksi serius Hyungnya.

“Habis tu takkan kau nak dia terloncat-loncat macam Teletubies ke depan camera tu? Dah tentu babak perang kot. Lainlah yang dua lagi tu.” Balas Kai sambil melihat Chanyeol yang sudah selesai babaknya dan juga kepada dua Hyungnya yang sudah lari menyelamatkan dari amukkan Yoda Chanyeol. “Lepas ni babak siapa pulak?” Soal Kai kepada manager mereka.

Si Manager hanya menunding ke arah Baekhyun dan D.O yang sedang bersiap sedia untuk scene mereka. Baekhyun bermain dengan probsnya.

“Is this realy for me?!” soalnya kepada coordinator mereka.

“Ye Baekhyun, pistol tu kamu punya.” Jawab Coordinator itu sambil menggeleng kepalanya.

“MY GADDDDD! This is like a dream!” Baekhyun sangat teruja saat itu. “Channie tengok ni, diorang bagi aku shortgun!”

“Peh terbaiklah!” Chanyeol yang baru selesai menanggalkan peralatan keselamatannya terus meluru ke arah Baekhyun.

 Mereka berdua terlalu taksub dengan design senjata tersebut.

“Chanyeol ah, korang nampak Xiumin tak?” soal Suho kepada mereka.

Chanyeol dan Baekhyun berpandangan sesama sendiri.

“Rasanya tadi kitaorang nampak dia kat bilik make up.” Kata Baekhyun sambil disokong oleh Chanyeol.

“Hyung cakap tadi dia tak sihat, so nak berehat sekejap.” Tambah Chanyeol.

Suho mulai tidak sedap hati apabila mendengar kata-kata mereka berdua. Dia bimbang Xiumin jatuh sakit seperti dulu lagi.

“Korang tolong inform dengan yang lain lepas ni kita ada sesi fans meeting okay. And satu lagi, sila jaga props korang dengan baik. Jangan sampai rosak. Company bukan ada banyak duit nak ganti.” Pesan Suho separuh tegas.

“Okay Hyung!” Ujar mereka kepada leader mereka itu.

 

 

 

 

Xiumin duduk termenung sendirian di bilik make up itu sambil bermain dengan jam rantainya itu. Jam itu Xiumin tempah dua tahun lalu. Jam yang asli ada pada Hyemi. Entah mengapa, dia kurang focus kebelakangan ini. Xiumin juga lebih banyak menghabiskan masa mengikut dua makne mereka untuk bermain dengan anak-anak di rumah asuhan Hanzel. Entah mengapa setiap kali dia di sana, dia mendapat ketenangan dan yang peliknya mereka membuat Xiumin berasa dekat dengan Hyemi. Mingkin kerana dulu, ibu bapa mereka selalu membuat kerja amal di rumah anak yatim dan mereka sering bermain bersama dengan anak-anak yatim di rimah asuhan tersebut. Memori indah itu sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya kepada Hyemi.

 

Xiumin tiba-tiba berasa perutnya kurang selesa lalu mengambil keputusan untuk ke tandas sebentar. Sebaik sahaja dia kembali, kelihatan Kai dan Sehun sedang bermain dengan seorang budak lelaki. Gelak tawa mereka memenuhi ruang bilik tersebut. Dia segera mendapatkan mereka.

 

“Siapa ni?” Soal Xiumin kepada mereka.

“Oh, Hyung! Ini kawan kitaorang nama dia Edward.” Ujar Sehun memperkenalkan Edward kepada Xiumin.

Xiumin dan Edward berbalas pandangan. Xiumin merasakan wajah Edward seperti mirip seseorang. Namun dia gagal untul mengingat siapa orangnya.

Edward yang duduk di riba Kai sengera turun dan menyapa Xiumin.

“Hello nama saya Edward,” Ujar Edward lalu tunduk hormat kepada Xiumin.

Xiumin kagum dengan sikap sopan budak lelaki itu.

“Nice to meet you too Edward, Saya abang mereka, nama saya Xiumin.” Ujar Xiumin dengan ramah lalu mengusap kepala Edward. “Comel betullah kamu ni.”

“Terima kasih.” ucap Edward malu dipuji oleh Xiumin.

“Macam mana dia boleh ada kat sini?” Soal Xiumin kepada Sehun.

“Ha.. itu yang menariknya. Kitaorang jumpa kali pertama kat rumah asuhan Hanzel, Tapi tak sangka ayah si Edward ni sebenarnya orang yang kita kenal.” ujar Sehun excited.

“Maksud kamu siapa?”

“Hyung tahu tak bapak dia siapa?” Soal Kai yang juga sama seperti sehun.

“Manalah hyung tahu. Kau belum bagi tahu lagikan. Tapi.... muka dia ni memang familiarlah. Sayang hyung tak dapat nak cam siapa.” Ujar Xiumin masih keliru.

“Hahaha, bapak Si Edward kitaorang ni rupa-rupanya Harry hyung.” Ujar Kai kepada Xiumin yang bagai tidak percaya.

“Serious? How came you guys know?”Xiumin masih tidak percaya.

“Harry yang bawak dia kat sini. Dia kena jumpa client kejap, so since Edward rapat dengan kitaorang, So Harry mintak tolong kitaorang untuk tengokkan kesayangan dia ni.” Jelas Sehun.” Comelkan dia ni hyung, macam nak picit je pipi tembam dia ni.” Ujar Sehun dengan geram.

“Jangan…” Kata Edward sambil ketawa kedengaran sangat comel di telinga mereka.

“Okay, okay Hyung gurau jelah.” Sehun mengusap kepala Edward dengan gembira. “Oh, lupa pulak. Kalau hyung nak tahu, Edward ni boyfriend Alice.” Usik Sehun sekali lagi.

Wajah kemerahan akibat malu.

“Realy? “ Xiumin ketawa menlihat reaksi Edward itu.

“Edward, kalau Edward nak tahu Xiumin hyung dengan Alice rapat tau. Alice cakap Xiumin Hyung ni prince charming dia.” Usik Sehun kepada Edward.

Reaksi wajah Edward dari pada malu bertukar terkejut.

“Tak boleh,!Alice saya punya. Awak tak boleh amik dia!” Ujar Edward yang hampir menangis.

Kai serta Sehun mulai panik.

“Tu lah kau, cakap bukan-bukan lagi.” Ujar Kai kepada Sehun.

“Alah, aku gurau je kot.” Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Xiumin menggeleng kepala melihat dua maknenya itu. Dia lantas memeluk Edward untuk menenangkan budak itu.

“Gwencana, Edward ah, Hyung janji Hyung tak akan ambil Alice okay?” Pujuk Xiumin.

Edward mengesat air matanya lalu melihat Xiumin dengan pandangan innocentnya. “Betul?”Soalnya dengan suara yang masih bergetar kepada Xiumin. Airmatanya masih bertakung di kelopak matanya.

“Ye, Hyung janji.” Balas Xiumin sambil mengesat air mata Edward. “Kalau Ed nak tahu, Hyung pun ada kawan special macam Ed.”

“Betul?” Soal Edward mulai tenang. “ Siapa?”

Xiumin tersenyum melihat reaksi comel Edward itu lalu mengangkat Edward untuk dudu ke ribanya. Kai dan Sehun hanya melihat mereka dengan minat.

"Nama dia Tinkerbell.”

“Tinkerbell? Kawan baik Peterpan tu ke?”

“Haah.”

“Wah!! Seronoknya, boleh tak Ed jumpa dia?” Soal Ed teruja.

“Hm…Buat masa sekarang tak boleh.” Suara Xiumin kedengaran sayu.

“Kenapa?”

“Sebab…..” Xiumin terdiam saat itu. Hatinya terasa sebak.

Edward yang masih duduk di riba Xiumin terkebil-kebil melihat Xiumin yang senyap tiba-tiba itu. Dia tiba-tiba menekup wajah Xiumin dengan dia dua tapak tangannya membuatkan lamunan Xiumin terhenti.

“Kenapa? Kenapa Ed tak boleh jumpa dengan Tinkerbell?” Soal Edward yang masih ingin tahu.

Xiumin segera menghadiakan senyumannya kepada budak comel itu lalu berpura-pura berfikir.

“Sebab… kitaorang suka main permainan Hide and Seek. Tinkerbell sedang sembunyi dan Hyung kena cari dia.” Jelas Xiumin kepada Edward.

“Tinkerbell sembunyi kat mana?”

“Hmm… Hyung tak tahu dia sembunyi kat mana. Tapi Hyung yakin, satu hari nanti Hyung pasti dapat jumpa Tinkerbell.” Ujar Xiumin lagi. Suasana sunyi sepi tiba-tiba. Dua makne tersebut dapat merasakan kesedihan hati Hyung mereka itu.

“Wah seronoknya, Hyung,Ed pun nak main Hide and Seek.” Ujar Edward Kai dan Sehun lalu memecah kesunyian mereka saat itu.

“Hmm, menarik jugak bunyinya tu. Apa kata kalau Kita sembunyi, lepas tu Xiumin Hyung yang cari?” Cadang Sehun

“Okay, tapi baik korang sembunyi betul betul kalau Hyung dapat tangkap, habislah korang.” Xiumin berpura-pura

“Okay!” Kata mereka lalu pantas bersembunyi.

Mereka bertiga pantas sembunyi dan Xiumin mula mencari mereka. Dari balik pintu bilik tersebut, kelihatan Suho mendengar semuanya. Dia dapat merasakan kesedihan yang dirasakabn oleh Xiumin saat itu.

“Hyung, bagi aku masa sikit lagi, aku yakin aku pasti satukan korang semula.” Bisik Suho dalam hatinya.

Sepanjang tempoh sebulan ini dia cuba sedaya upaya untuk mencari tahu keberadaan Hyemi. Maklumat yang diberikan oleh Si Kembar sedikit sebanyak membantu dalam usaha mencari kekasih hati Xiumin itu.

 

“Okay Edward, dah tiba masa untuk pulang,” Ujar Harry.

Edward yang berada dalam pelukkan Sehun itu segera memuncungkan mulutnya.

“Ed, kita balik dulu ye, Mama kamu dah tunggu kat rumah. Kalau Daddy lambat hantar kamu balik, mati dia kerjakan Daddy.” Rayu Harry kepada Edward membuatkan yang lain ketawa mendengarnya.

“Okay, Daddy.” Ed mengerti maksud Harry itu. Dia tahu, Mama pasti akan panik sekiranya mereka pulang lewat.

Sehun memberikan Edward kepada Harry.

“See you again Ed. Lain kali kita main lagi okay.” Kata Baekhyun sambil melambai ke arah Edward.

“Okay,” Ujar Ed lalu membalas lambaian mereka sambil tersenyum.

Mereka semua sudah mulai rapat. Edward sangat gembira apabila mendapat ramai kawan baru.

“Okay. Daddy, Chanyeol Hyung cakap kat rumah diorang banyak patung Ironman. Boleh tak nanti kita pergi rumah dia?” Soal Edward kepada Daddynya.

“Hmm.. Ed tanyalah diorang.” Balas Harry kepada si kecil yang mulai petah bercakap itu.

Edward pantas menoleh ke arah Hyungnya. “Boleh tak nanti Ed pergi rumah Hyung? Ed nak tengok patung Ironman tu.” Soal Edward kepada mereka dengan suara comelnya.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

“Sudah tentulah boleh.” Ujar Suho sambil mengusap rambut Edward sambil tersenyum.

“Horay!”Teriak Edward dengan gembira.

 

 

***************************************************

 

 

 

Sebaik sahaja Edward keluar dari kereta. Dia segera berlari masuk ke dalam rumah sambil menggendong anak patung beruangnya dengan gembira.

 

“Mama Ed dah pulang!” Teriak Edward dengan gembira.

Harry hanya menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak kecil itu.

“Mama! Mama?” Edward mencari kelibat Mamanya. “Daddy, mana Mama?”

Harry meletakkan barang-barang makanan yang mereka beli tadi di atas meja dapur lalu mendukung Edward ke bilik tidur Mamanya.

Sebaik sahaja pintu bilik itu di buka kelihatan orang yang mereka cari sedang tidur lena di atas katil.

Mereka berpandangan sesame sendiri sambil tersenyum.

“Mama kamu tengah tidur lah Ed. Mungkin dia keletihan sangat harini.”

Ed sekadar mengangguk kepala sahaja.

“Daddy, Ed nak cium pipi Mama boleh?.” Pinta Edward kepada Daddynya.

“Hm…Okay, tapi jangan sampai Mama terjaga ye.” Ujar Harry dengan lembut. Dia faham ibu dan anak itu memang susah untuk dipisahkan.

“Okay!”

Edward turun dari dukungan Daddynya lalu perlahan-lahan menghampiri Mamanya yang sedang lena tidur di atas katil.

“Edward sayang Mama. Good night Mama!” Bisik Edward lalu mengucup pipi Mamanya.

“Jom Ed.” Panggil Harry lalu memimpin tangan anaknya itu meninggalkan bilik tidur tesebut.

“Malam ni kita makan apa?” Soal Edward kepada Daddynya.

“Hmm.. let see apa yang kita beli tadi…” Ujar Harry sambil menuju ke dapur. “Ed pergi mandi dulu, nanti bila dah siap Daddy panggil, Kita makan sama-sama.”

“Okay Daddy!” Edward menurut kata lalu berlari ke biliknya.

“Jangan lari Ed, nanti jatuh.” Pesan Harry kepada si kecil.

“Sorry Daddy.” Edward tersengih kepada Daddynya lalu berjalan perlahan-lahan ke biliknya.

Harry hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba handphonenya berdering. Nama pemanggil yang tertera di skrin handphone tersebut membuat Harry tersenyum lebar lalu menjawab panggilan tersebut.

“Hai Sayang… Miss me already?”

 

*********************************

 

 

Malam itu semua aktiviti mereka berakhir pada lewat malam. Sebaik sahaja tiba di villa, mereka sangat keletihan. Ada terus terlantar di atas katil dan ada yang masih lepak di ruang tamu. Xiumin masih belum dapat melelapkan matanya, dia duduk di balkoni biliknya lalu merenung ke atas langit. Suasana malam itu sangat indah. Bulan dan bintang bersinar terang menghiasi langit malam.

 

“Hyemi ah.. aku keliru sekarang sekarang ni. Kenapa aku seperti dapat rasakan bahawa kau ada dekat dengan aku saat ni..” Bisik Xiumin sambil melihat jam rantainya. “Sampai bila kau nak terus bersembunyi dari aku? Sekurang-kurangnya kau cakaplah apa salah aku sampai kau marah sangat kat aku ni. Kau tak pernah sedikit pun rindu kat aku ke? Kau tahukan sampai sekarang aku masih berharap kau akan pulang semula….. Kau akan pulangkan Hyemi..?” Keluh Xuimin lalu mengesat air matanya.

 

 

Suho baru sahaja keluar dari bilik air,berjalan dengan pantas untuk mendapatkan handphonenya yang bordering di atas katil.

“Hello, Suho here……..” Jawab Suho sambil tercungap-cungap. “What?!...Realy?” Soal Suho dengan sangat gembira. “Can you sent me the detail ASAP? By the way, thank you soo much guy. Im very appreciate it.” Ujar Suho sebelum mematikan talian. Suho manghempaskan dirinya di atas katil lalu tersenyum lebar. “Sikit saja lagi..” Kata Suho lalu melelapkan matanya dan menarik nafas lega. Sebaik sahaja dia membuka matanya semula….

 

“OMMAYAH!!!!!”

 

Jantung Suho hampir tercabut akibat terkejut melihat wajah seseorang yang merenungnya dengan rapat sekali.

“Yah! Zhang Yixing!, kau pun nak aku mati cepat ke?!”

Lay terkebil-kebil melihat Suho yang merah padam melihatnya.

“Sorrylah Suho, aku ingat kau kena rasuk tadi. Yelah, mata kau tutup, tapi kau tersengih sorang-sorang.” Jelas Lay. “Kau tengah ingat apa sampai seronok sangat tu?”

“Hmmmm..buat masa ni aku tak boleh bagi tahu dulu. But I promise after everything settle aku akan bagitahu korang semua.” Ujar Suho sambil menepuk bahu Lay.

“Apa yang penting sangat tu sampai kau nak berahsia sangat?”

“Adalah…Aku nak tidur dulu ye.Selamat Malam.”

“Yah, cepatlah cakap apa yang kau rahsiakan tu…..”Lay masih tak mahu mengalah.

“Nantilah… Aku ngantuklah!”

“Kau ingat aku nak bagi kau tidur selagi kau tak nak cakap.”

“Apa-apa ajelah…” Suho lansung tidak menghiraukan Lay.

“Okay kau yang start dulu…”

…………

"Yah!!!!! Kenapa kau ni dah kenapa suka sangat tampar punggung orang hah?!”

“Hahahaha! Well that the way I show my affection to all of you!” Ujar Lay sambil dengan ketawa kuat lalu keluar dari bilik mereka.

“Apalah nasib aku….(T~T)” Ujar Suho sambil mengeluh berat..

 

 

*********************************************

Pagi itu……

 

 

Ding Dong!

 

“Biar aku bukak!” Teriak Chanyeol dari tingkat bawah.

Sementara yang lain kembali focus dengan aktiviti mereka.

“Good Morning!”

Sebaik sahaja pintu dibuka Chanyeol kelihatan sangat teruja apabila melihat orang di hadapannya.

“Ed!”Chanyeol pantas mendukung Edward yang tersengih melihatnya.

Harry geleng kepala melihat mereka berdua.

“Dia ni dari semalam tak henti-henti tanya bila nak pergi rumah Hyungnya.” Ujar Harry kepada Chanyeol.

“Ed rindu sangat ke dengan kita orang?” Soal Chanyeol kepada Edward.

Anak kecil itu pantas mengangguk dan tersenyum comel kepadanya.

“Aigoo comelnya.” Kata Chanyeol dengan gembira.

“Er... betul ke tak menyusahkan korang ni?” Soal Harry serba salah.

“Tak lah. Suho hyung sendiri yang suruh saya call Hyung. Jangan risau kami akan jaga Ed dengan baik. Pukul berapa kau akan jemput dia?” Soal Chanyeol.

“Petang sikitlah. Korang tak de schedule kan harini?”

“Haah. So harini kitaorang boleh main dengan Edward.”Jawab Chanyeol sambil mencuit pipi Edward.

Edward ketawa gembira melihat Chanyeol.

“Okay then. Ed, promis me that you will behave yourself okay?.” Pesan Harry.

“Okay Daddy, for the 20th times I’ll promise I will behave..” Ujar Edward yang mulai bosan. “Daddy, please don’t treat me like a small kid. Im 7 years old already.” Tambahnya sambil memuncungkan bibirnya.

“Okay-okay I get it.” Ujar Harry mengalah. Dia tahu kalau si kecil ti merejuk memang payah nak pujuk. Mamanya saja yang pakar.

Chanyeol hanya tersenyum melihat drama ayah dan anak itu.

“Okay Chan, I need to go now. Here his toys, anything call me okay.” Pesan Harry lagi.

“Okay Hyung, By the way thank sebab izinkan kitaorang jumpa Edward harini.” Ujar Chanyeol sambil mengambil beg mainan Edward dari tangan Harry.

“No worries. Daddy pergi dulu Ed.” Kata Harry lalu menunjuk pipinya untuk di cium..

Edward sudah mengerti lalu pantas mencium pipi Daddynya seperti biasa.

“Bye!”

Harry melambai mereka lalu masuk ke kereta mewahnya.

Sebaik sahaja kereta mewah itu hilng dari pandangan mereka, Chanyeol dan Edward berpandangan sambil tersengih nakal.

“Let start to play!!!!” Kata Chanyeol dengan excited lalu membawa Edward masuk ke dalam Villa mereka.

Yang lain masih lagi focus pada aktiviti mereka dan tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

“Guys, cuba tengok siapa yang datang melawat kita harini…..” ujar Chanyeol kepada mereka.

Mata mereka pantas menoleh ke arah Chanyeol lalu reaksi mereka bertukar excited apabila mendapati Edward yang sedang tersengih dan melambai ke arah mereka.

“Edward!” Sehun segera mendapatkan rakan kecilnya itu.

Tak sampai sesaat Edward sudah dikerumuni oleh mereka semua. Kepada peminat EXO kat luar sana tu mesti korang jealous dengan Edward sekarang ni kan? Hahaha.(aku pun kalau boleh nak jugak jadi budak bertuah ni...)Okay lets back to our story now.

"Xiumin Hyung!!!!" Edward pantas berlari ke arah Xiumin. Dua orang itu mulai rapat sejak mereka bertemu tempoh hari. Xiumin juga Oppa favorite Alice kerana itu Edward ingin menjadi seperti Xiumin. Comel sungguh Edward ni.

Edward sekarang lebih biasa memanggil mereka dengan panggilan Hyung. Kedengaran lebih mesra pada mereka.

“Macam mana dia boleh sampai kat sini?” Soal Lay kepada Chanyeol.

“Harry Hyung yang hantar.” Jawah Chanyeol ringkas.

“Ed mesti dah rindu sangat dengan kitaorang kan?” Soal Chen kepada Edward.

Anak kecil itu pantas mengangguk kepalanya. Membuat hati mereka semua gembira.

“Cutenya!!!” Kata D.O. “Ed dah makan sarapan belum?”

“Dah. Mama buat pancake untuk Ed tadi. Mama pun ada kirim makanan untuk Hyung semua.” Ujar Edward kepada mereka sambil menunjukkan bed berisi makanan kepada mereka.

“Okay jom duduk dulu lepas tu kita makan sama-sama okay.” Saran Baekhyun kepada mereka. Kebetulan perut mereka masing-masing tengah lapar. Pagi ni mereka cuma makan sarapan ringkas sahaja kerana Manager Hyung mereka cuti. Mereka pantas berkumpul di ruang tamu. Suho dan Chen ke dapur mengambil minuman untuk mereka.

Baekhyun mengambil beg makanan tersebut lalu melihat isi dalamnya. Terdapat bekas makanan bertingkat di dalam bed tersebut. Sebaik sahaja penutup bekas makanan itu dibuka kelihatan pelbagai jenis makanan di dalamnya. Ada Kimbab, Chapcae, serta makanan ringan lain yang di buat sendiri.

“Wow, Mama kamu masak semua ni ke Ed?” Soal Kai yang terpegun melihat rezeki dihadapan mereka itu.

“Ye Hyung. Mama memang pandai masak. Mama buat semua ni sebab nak ucapkan terima kasih sebab Hyung semua sudi terima Ed datang melawat Hyung harini.

“Cakap dengan Mama Ed terima kasih ye.” Ujar Baekhyun.

“Okay semua jum makan.” Ujar Suho.

Sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam mulut mereka semua terdiam lalu melihat sesama mereka…..

“SEDAPNYA!!!!!!!” Teriak mereka serentak.

Mereka semua ketawa lalu terus menikmatu makanan yang lazat itu.

“Pandainya Mama Ed masak. Mama Ed kerja Chef kat restoran ke?” Soal Lay

“Tak lah Lay Hyung, Mama kerja jahit baju je.” Jawab Ed ringkas.

“Sedaplah.” Sehun memasukkan satu potongan Kimbab itu terus ke dalam mulutnya.

“Makan perlahan-lahan Sehun.” Pesan Suho.

“Baik Hyung,,,”

Sementara itu Xiumin hanya senyap sambil menikmati makanannya. Dia terlalu taksub dengan makanan tersebut. Dah lama dia tak rasa makanan sesedap itu. Dia teringat akan Hyemi. Dulu Hyemi selalu sediakan makanan tengah hari untuknya dan mereka berempat termasuk Kembar akan lepak di rooftop sekolah pada waktu rehat. Kenangan tersebut sangat indah buat Xiumin.

 

Selesai makan mereka mula bermain bersama. Edward mengeluarkan semua permainannya. Ahli Exo memang pandai melayan kerenah anak kecil. Edward tak henti-henti ketawa apabila di usik Hyungnya. Tak kurang juga dengan EXO yang turut terhibur dengan telatah Edward yang comel itu. Niat hati mereka sebenarnya nak bawa Edward keluar berjalan-jalan hari itu. Namun cuaca tak mengizinkan. Hujan turun dengan lebat di luar. Mereka mengambil keputusan untuk menonton movie di rumah sahaja. sahaja. D.O dan Chanyeol sibuk di dapur menyediakan makanan ringan untuk mereka. Sementara Kai, Sehun dan Edward memilih cerita yang akan mereka tengok nanti dari laptop milik Sehun. Suho,Lay dan Xiumin memasang Set Home Theater mereka. Sesungguhnya Villa itu memang lengkap dengan semuanya.

 

Edward memilih untuk menonton cerita DORY. Menurut Edward cerita tersebut memang best.

“Ed meh duduk kat sini.” Ajak Xiumin lalu membawa Edward duduk di ribanya.Sepanjang cerita, mereka hanya senyap dan focus pada jalan cerita tersebut. Adakalanya mereka ketawa geli hati pada saat babak kelakar. Namun di akhir-akhir cerita mereka semua terharu apabila Dory si ikan biru tu berjaya menemukan kedua ibu bapa kandungnya yang telah lama hilang. Cerita tersebut memang menarik menurut mereka. Selesai menonton movie, Edward terlelap dipangkuan Xiumin.

“Kesian dia ,mesti dia penat sangat harini kan?” Soal Baekhyun.

“Jelas sangat.”Sokong Lay.

 

Handphone Chanyeol berdering.

“Hello?…..Ah Hyung! Ada, tengah tidur…….Kenapa?…..Oh macam tu ke?……Tak pe boleh…. Betul Hyung kitaorang tak kisahlah. Seronok ada dia kat kat sini. Jangan risaulah…. baik Hyung.” Chanyeol mematikan taliannya.

Yang lain melihat Chanyeol dengan tanda tanya.

“Siapa tu? Harry Hyung ke?” Soal Suho mewakili yang lain.

‘Haah.’

“Dia nak on the way datang jemput Edward ke?” Sambung Sehun yang kelihatan sedikit kecewa.

“Tak lah, Harry Hyung cakap dia mintak maaf sebab ada kena meeting last minute. So dia may be lambat sikit jemput Edward.” Jelas Chenyeol.

“Oh…macam tu ke? Tak pelah. Lagipun Edward baru je lelap.” Sambung Kai pula.

Mereka semua setuju.

“Okaylah, Kai bawak Edward tidur kat bilik kau, kat luar ni sejuk. Nanti dia kena selesema pulak.” Ujar Suho.

Yang lain melihat sesama sendiri.

“Ha, ni dah kenapa pulak?’Soal Suho apabila menyedari reaksi wajah Kai yang terkial-kial.

“Maaf hyung, bukan kitaorang tak bagi Edward tidur kat bilik kitaorang tapi…” Kai menggaru kepalanya.

“Tapi apa?”

“Bilik kitaorang dah macam tokang pecah Hyung. Belum sempat kemas lagi. Jadual minggu ni padat gila. Sorry Hyung…” Jelas Baekhyun lalu di sokong yang lain.

Suho geleng kepala.”Korang ni agak-agaklah kalau sibuk sangat pun bilik tu kenalah kemas.” Tegas Suho.

“Er….. Suho, kau cakap pasal diri kau jugak ke?” Seloroh Lay.

Yang lain turut ketawa. Wajah Suho merah padam menahan malu. Ingin sahaja dia sumbat mulut Lay itu dengan baki popcorn movie tadi.

“Tak pelah, Biar dia tisur kat bilik aku je.” Ujar Xiumin membuat yang lain terkejut.

“Xiumin Hyung betul ke?” Soal Suho. Dia tahu Xiumin sangat perihatin tentang tempat tidurnya. Dia tak pernah izinkan sesiapa tidur di atas katilnya.

“Tak apalah, lagipun kesian Edward. Takkan nak bagi dia tidur kat bilik korang yang penuh bakteria tu.” Usik Xiumin kepada mereka.

Yang lain hanya mampu tersengih macam kerang busuk sahaja.

 

Xiumin mengangkat Edward ke biliknya dan membaringkan Edward di atas katil. Entah mengapa Xiumin merasa selesa bersama Edward. Dia melihat Edward yang sedang tidur dengan nyenyak sambil tersenyum puas hati. Dari pertama kali sejak Xiumin melihat Edward, dia perasan wajah Edward mirip seseorang yang pernah dia kenal.

 

“Mama….” Panggil Edward yang sedang meracau dalam mimpinya membuat Xiumin tersenyum melihat kecomelan anak kecil itu.Pada Xiumin, Edward pasti sangat rapat dengan Mamanya.

Xiumin yang dari tadi terlalu tekun memerhatika si kecil yang nyenyak tidur turut terlelap.

Pintu bilik di buka. Kelihatan Chen masuk untuk mengambil tualanya. Chen sempat menoleh ke arah dua orang yang sedang lena di buai mimpi itu lalu tersenyum.

“Aigoo, comel betullah diorang berdua ni.” Ujar Chen lalu keluar dari bilik tersebut.

Setelah hampir setengah jam terlelap, Xiumin terjaga. Edward di sebelahnya masih lena. Gaya tidur Edward itu mengingatkan Xiumin dengan Hyemi. Hyemi suka tidur berbantalkan lengannya. Xiumin serta merta berasa rindu dengan kepada gadis tersebut. Kain selimutnya ditarik ke atas untuk menyelubungi tubuh kecil anak itu dari kesejukan. Xiumin pantas ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

Jam menunjukkan pukul 7.00 petang, mereka semua berkumpul di ruang makan untuk menikmati makan malam mereka. Harry menghantar pelbagai jenis makanan yang lazat untuk makan malam mereka. Mereka makan dengan selera sekali. Xiumin membantu Edward makan. Dua orang itu mulai akrab dan susah untuk berengang. Sehun dan Kai sedikit merajuk namun mereka tahu Xiumin memang seorang yang penyayang dan semua kanak-kanak suka padanya.

“Sedap tak?” Soal Xiumin.

“Em!”Edward menganggukkan kepalanya. “Nak air?” Pintanya kepada Xiumin.

“Air? Okay nah. Minum perlahan-lahan ye…” Ujar Xiumin sambil membantu Edward minum.

Yang lain memerhatikan mereka dengan minat.

“Hyung kalau orang luar tengok korang, dah tentu diorang salah faham yang korang ni anak dengan bapa.” Usik Kai.

“Gurae? (Ye ke?)” Soal Xiumin lalu melihat Edward yang masih berselera makan.

“Haah.” Sokong Baekhyun pula.

“Tak pelah kan Ed?” Ujar Xiumin sambil mengusap kepala Edward.

 

Selesai makan malam mereka duduk melepak di ruang tamu. Barang-barang Ed sudah siap dikemas. Harry baru sahaja telefon, sebentar lagi dia akan datang untuk menjemput Edward. D.O, Suho, Lay dan Kai keluar membeli barang.

 

“Xiumin Hyung, nampak tak t-shirt yang aku beli dengan hyung haritu?” Soal Chanyeol..

Xiumin yang sibuk melayan Si Edward segera menoleh.

“Baju kau tu Hyung letak kat dalam almari kau la. Cuba tengok betul-betul.”

“Dah cari Hyung. Tapi tak jumpa jugak.”

“Yelah, kejap aku cari.” Xiumin bingkas bangun.”Ed main dengan Sehun Hyung dulu ye.”

“Okay.” Jawab Edward.

Xiumin dan Chanyeol meninggalkan ruang tamu.

Giliran Sehun dan Baekhyun pula bermain dengan Edward. Mereka leka menonton cerita Pororo.

 

Ding Dong!

 

Mata mereka segera menoleh ke arah pintu rumah.

“Itu pasti Daddy!” Ujar Edward dengan gembira.

“Okay, time to go now. Jom Hyung hantar kamu.” Baekhyun mendukung Edward ke pintu rumah.

Sebaik sahaja pintu rumah di buka. Mereka berdua terkejut melihat orang yang sedang menunggu di hadapan mereka.

Baekhyun terkesima. Wanita yang berdiri dihadapannya sedang tersenyum kepada mereka.

“Hello.” Ucap tersebut kepada mereka.

“Er..hello.” Balas Sehun dengan kekok. “Siapa…?”

“Mama!” Panggil Edward lalu memeluk gadis tersebut.

“Hai sayang, Maaf Daddy kamu tak sempat nak ambil kamu so Mama yang akan datang.” Ujar Mama Edward.

“Tak apa, Ed lagi gembira Mama yang datang.” Kata Edward membuat Mamanya tersenyum.

“Terima Kasih sebab sudi jaga Edward hari ni.” Ucap Mama Edward kepada Baekhyun.

“Eh, tak ada apalah, lagi pun kami gembira ada Edward kat sini.” Ujar Baekhyun segan.

“Baguslah kalau macam tu. Edward ni tak habis-habis merayu nak ke rumah kamu semua. Risau jugak saya, takut menyusahkan kamu semua.”

“Tak lah Puan. Oh ye, terima kasih sebab sudi masakan untuk kami. Memang sedap.”

“Ye ke, jadi segan pulak saya.” Mama Edward sengan dipuji bergitu oleh Beakhyun.”Baiklah kalau macam tu, kami gerak dulu. Terima kasih sekali lagi.” Ucap Mama Edward lalu meminpin tangan anaknya menuju ke kereta.

Baelkyun melambai mereka sehingga kereta mewah tersebut hilang dari pandangan mereka. Dia kembali ke ruang tamu.

“Dah balik ke Edward?” Soal Xiumin yang baru keluar dari biliknya.

“Haah. Mamanya yang jemput tadi.” Jelas Baekhyun.

“Alah tak sempat nak hantar dia.” Xiumin agak kecewa.”Kau lah ni Chan, barang kau letak sepah-sepah.”

“Sorrylah Hyung.” Chanyeol tersengih macam kerang busuk.

 

 

 

 

 

 

Harry dengan keletihan melangkah masuk ke dalam rumahnya dia segera mancari kelibat anak kesayangannya. Pintu bilik Edward di buka kelihatan anaknya itu sedang nyenyak tidur. Harry pantas menghadiahkan kucupan selamat malam kepada Edward sebelum meninggalkan bilik tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu rumah, dia terkejut melihat wajah panik si ibu yang sedang kelam kabut menyelogkar sekitar kawasan ruang tamu rumah.

 

“Des, kau cari apa?” Soal Harry kepada Destiny, Mama Edward yang terkejut melihatnya.

“Harry, bila kau balik?” Soal Destiny semula.

“Baru je. Kenapa ni?” Harry mulai bimbang melihat wajah panik si ibu.

“Rantai aku hilang.”

“Rantai kau hilang?Kau letak mana? ”Soal Harry lagi.

“Aku tak ingat. Semalam… Alamak!” Destiny kembali teringat. “Dalam beg Edward!” Dia pantas menyelongkar beg kecil Edward.

Namun barang yang dicari masih belum ditemui.

“Beg ni tadi dia bawak pergi rumah EXO. Entah-entah tercicir kot kat sana.” Ujar Harry kepada Destiny.

“Alamak macam mana ni? Kenapalah aku ni cuai sangat.” Destiny mengeluh berat.

Harry kesian melihat reaksi bimbang wanita itu lalu mengluarkan Handphonenya untuk menelefon seseorang.

“Hello, Sorry kacau kau malam-malam ni. Aku rasa tadi anak aku ada tertinggal barang kat rumah budak-budak kau…..”

Mata Destiny pantas menoleh ke arah Harry.

“Betul ke? Baguslah…rantai tu mak dia yang punya….Okay esok aku datang ambil. Terima kasih tolong simpankan.” Harry mematikan talian.

“Dah jumpa ke?” Soal Destiny dengan sangat berharap.

“Manager dia cakap tadi Si Suho yang jumpa, so dia bagi kat Manager dia.”

“Macam mana dia tahu itu Edward yang punya?”Soal Hyemi aneh.

“Rantai tu ada dalam beg alat tulis Edward. Kau lupa ke bed tulis tu ada logo company kita.”

“Haah. Nasib baik.” Destiny meneluh lega. “ Esok kau nak ambilkan ke?”

“Nanti aku hantar Jeremy pergi ambilkan dari Manager diorang. Esok aku ada meeting pagi. Takut tak sempat.”

“Hm…. tak pelah esok aku sendiri pergi. Lagipun manager dia yang pegangkan?’

“Haah, Kau okay ke pergi sendiri?”

“Tak kisah lah. Terima kasih tau.”Ucap Destiny ikhlas.

“Okay my dear suka hati kau lah. Tapi penting sangat ke rantai tu. Kalau kau nak aku boleh belikan seratus macam tu untuk kau.” Soal Harry aneh.

“So precious to me and it cannot be replace.” Ujar Destiny lalu meninggalkan Harry di ruang tamu.

“Women are so complicated.” Kata Harry sambil mengeluh.

 

Destiny tak dapat melelapkan matanya. Hatinya masih tidak tenteram selagi rantai kesayangannya itu tidak ada di tangannya. Itu lah satu-satunya kenangan dia ada tentang Si Dia. Lebih tujuh tahun mereka terpisah. Dan dalam tempoh tersebut banyak pekara yang berlaku yang terlalu rumit padanya. Namun Destiny masih belum bersedia untuk berdepan dengan Si Dia. Dia perlukan masa untuk berbuat demikian walaupun dia tahu, Si Dia berada tidak jauh dengannya dan dia amat merinduinya. Destiny akhirnya terlelap sambil air matanya mengalir membasahi pipinya.

 

 

 

Petang itu…..

 

 

Perlahan-lahan Destiny memberhentikan keretanya di hadapan tapak lokasi pengambaran tersebut. Menurut Harry aktiviti pengambaran pada hari itu sudah tamat dan semua krew sudah pun meninggalkan tempat tersebut. Menurut Harry, Manager Hyung memberitahunya yang dia telah mengarahkan salah satu dari Coordinatonya menunggu Destiny untuk menyerahkan rantai tersebut.

 

Destiny melihat tidak ada sesiapa pun di sekitar kawasan tersebut. Dia melangkah masuh ke dalam bangunan tersebut. Masih tiada sesiapa di situ. Destiny terlihat lambu bilik make up terbuka. Dia yakin orang yang menunggunya pasti ada di situ. Pantas dia mengatur langkahnya ke sana. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik Make up tersebut, dia sekali lagi hampa kerana tiada sesiapa di situ. Destiny mengeluarkan Handphonenya untuk menghubungi Harry.

 

Tanpa dia sedari seseorang melangkah masuk ke bilik tersebut lalu berdiri di belakangnya.

 

“Kau datang untuk ambil barang ni ke?” Soal orang tersebut. Suara orang tersebut membuatkan Destiny sangat familiar dan tergamam. Dia dengan perlahan-lahan menoleh kebelakang.

Orang tersebut memandang tepat ke arahnya.

“How…. did you…..?” Dia merasakan dirinya bagai sedang bermimpi saat itu.

Belum sempat dia bersuara tubuhnya tiba-tiba ditarik dalam pelukan orang tersebut. Destiny tidak tahu harus berbuat apa. Dia hanya kaku di situ. Semua ini luar dari jangkaannya.

 

“I knew it.. Finaly, I found you Yoon Hyemi…” Xiumin menitiskan airmata bahagianya lalu memeluk Hyeminya dengan lebih erat.

 

 

 

 

To be continue.....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!