Part 4 -bonus-

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

"Youngji berasa sungguh gembira semasa menuruni tangga dari biliknya sambil memegang telefonnya. Dia menuju terus ke dapur untuk mencari ommanya.

Apabila nampak sahaja tubuh ommanya, dia terus menuju ke arah ommanya dengan cepat.

"Omma!!!!!," jerit Youngji dan terus memeluk ommanya dari belakang.

"Oh mak kau udang berlari!," latah Puan Heo yang mengusap dadanya dan terus memandang anaknya. Youngji tergelak mendengar Puan Heo melatah.

"Bertuah punya budak! Nasib baik omma tak ada serangan jantung. Kalau tak, memang mati juga omma dekat sini," bebel Puan Heo kepada anaknya.

"Alah omma, sorry. Hahahaha. Youngji gembira sangat hari ini," cakap Youngji.

"Apa yang buat anak omma gembira sangat hari ini? Si Kai tu melamar Youngji ke?," teka Puan Heo yang menyambung kerjanya menyapu jem di roti untuk sarapan.

"Omma! Ke situ pula! Youngji dengan Kai kawan jelah. Bukan apa-apa pun. Well, Youngji dapat kerja!," jawab Youngji.

"Ye! Baguslah. Youngji dapat dekat mana?," tanya Puan Heo.

"Kan Youngji minta kerja dekat Hospital Gangnam. So, dapatlah! Youngji kan doktor yang bagus. Hahahaha"

"Jauh tu dari rumah kita ni. Youngji tak ada kereta lagi. Dan juga tak ada lesen. Bila Youngji start kerja?," tanya Puan Heo lagi.

"Ye juga kan, omma. Youngji start kerja esok. Macam mana ni omma? Appa selalu busy. Lagipun tempat kerja appa dengan Youngji jauh" Youngji menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Macam mana aku boleh tak fikir benda ni, fikirnya.

"Nanti omma fikir. Youngji cuma tengok sahaja tau," cakap Puan Heo. Youngji mengangguk dan mengigit roti tersebut. Puan Heo tersenyum kecil.

 

Keesokanya harinya, Youngji keluar dari biliknya dan terus mencari ommanya. 

"Omma! Youngji nak pergi dengan siapa ni? Kalau tak ada siapa-siapa, Youngji naik komuter jelah," jerit Youngji yang melihat di sekelilingnya.

"Jangan Youngji! Ada orang nak tolong hantar Youngji ni," jerit Puan Heo tiba-tiba. Youngji terus memandang ommanya dan matanya membulat dengan serta-merta.

"Kai?!" Youngji memandang ommanya tanda tidak puas hati.

"Hello Youngji!" Kai senyum pada Youngji.

"Kai akan tolong hantar Youngji pergi dekat hospital. Kenapa Youngji pakai macam ni? Pakaian ni, tak sesuai untuk seorang doktor!," cakap Puan Heo. Youngji mengerutkan dahinya.

(Abaikan benda yang dia pegang tu. Hahaha)

"Dah okeylah omma. Jomlah pergi. Nanti Youngji lambat pergi kerja pula," cakap Youngji dan terus ke'uar dari situ.

"Hish! Memang bertuah ada anak macam ni," bebel Puan Heo.

"Kami pergi dulu auntie," kata Kai. 

"Yelah. Baik-baik tau," pesan Puan Heo. Kai mengangguk.

 

Hospital Gangnam berdiri dengan megahnya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...