Part 13 -bonus-

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

Kai menunggu di taman dengan sabar. Hari semakin gelap tetapi, itu tidak bermakna dia akan meninggalkan tempat itu. Dia melihat pada jam tangannya. Matanya meliar di sekelilingnya. Mukanya berkerut akibat duduk di bangku sudah lama.

"Manalah Youngji dengan Seulgi ni!? Call tadi, nak sampailah. Tak nampak batang hidung pun. Mereka ni, duduk bersama-sama tadi. Tak kan lah lambat sampai macam ni. Dah dua jam aku tunggu," bebel Kai berseorangan sambil melihat pada telefonnya. Dia mendail nombor telefon Youngji.

"Kai! Sorry lambat sampai. Kesesakan lalu lintas tadi," cakap Youngji tiba-tiba. Kai berpaling dan mematikan panggilan kepada Youngji. Matanya melihat Seulgi di sebelah Youngji.

"Tak apalah. Duduklah. Saya nak cakap sekejap je sebab ada kerja selepas ini," cakap Kai yang duduk semula di atas bangku. Youngji dan Seulgi turut duduk di atas bangku.

"Kau kenapa nak sangat jumpa aku dengan Youngji? Ada benda penting ke? Muka kau nampak macam serius je. Ada benda-benda buruk yang berlaku ke?," tanya Seulgi. Youngji mengangguk menandakan setuju dengan soalan yang diberi pada Seulgi untuk Kai.

"Seulgi, kau tak terkejut ke tengok Jackson?" Kai mengerutkan mukanya. Youngji mengeluh seketika.

"Hmmm. Terkejut jugalah. Aku percaya ramai yang ada muka sama dekat dunia ni. Aku rasa ada kot yang sama dengan aku. Kenapa kau tanya? Aku tahulah kau adik tiri Choi Jimin atau Jackson. Youngji dah ceritakan kat aku semuanya. Jangan risaulah. Aku bukan suka pun pada Wang Jackson," terang Youngji. Membulat mata Kai.

"Kau tak suka pada Wang Jackson? Lepastu kenapa kau..."

"Dahlah! Jangan ungkit kisah lama. Saya tak nak ingat pada Wang Jackson lagi! Cukuplah dengan Jackson yang sama muka dengan Wang Jackson! Hish!," marah Youngji tiba-tiba dan berlalu dari situ. Kai dan Seulgi terkejut.

"Youngji! Jangan macam ni! Sorry!," jerit Kai yang mengejar Youngji dengan pantas.

Seulgi hanya memandang dengan pandangan kosong sahaja. Dia tersenyum melihat Youngji. Kenapa? Dia mendail seseorang pada telefonnya.

"Esok lepas kau kerja, jumpa aku kat tempat biasa. Okey?" Seulgi mematikan panggilannya dan tersenyum sinis. Dia pergi dari situ untuk meengejar Youngji.

 

Kai merebahkan badannya di rumahnya. Hari ini dia malas pulang ke rumah ayahnya. Dia cuma malas menghadap muka Jackson tu. Benci! Kenapalah dia hadir dalam hidup aku? Hish! Membuatkan aku gila sahaja. Youngji pun satu! Masih lagi suka pada Jackson. Tak akan langsung tak buka hatinya pada aku?! Argh! Seulgi? Pelik? Ah, lantaklah!

Kai bangun dari tempatnya untuk membersihkan badannya. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan mesej baharu masuk tiba di telefonnya. Kai dengan malas membuka telefonnya.

'Jangan dekat dengan orang hospital' Terangkat kening Kai selepas membaca mesej itu. Pelik?

"Mungkin tersalah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...